Thursday, 5 June 2014

#ShortNovel - Engkau Yang Aku Rindu (Bab 2)


"Fuh! Tak sangka aku, begitu ramai orang harini kan Sya kan?" Hana menyoal aku. Matanya masih lagi tertancap pada novel terbitan Karya Seni itu.

"Haruslah ramai! Harini kan cuti," Balas aku, acuh tidak acuh. Aduh Hana ini! Sudah tahu harini cuti masih lagi mahu bertanya.

"Hehehe!" Hana tersengih sahaja kemudian pandangannya terus ke novel yang bertajuk Isteriku 19 Tahun! Aku pula tertarik pada novel yang bertajuk Imam Mudaku Romantik. Wah wah! Harus beli ni!

"Kau nak beli berapa buah novel?" Hana menyoalku. Aku pula sekadar mengangkat bahu tanda tak tahu. Tengok lah dulu kalau ada yang berkenan banyak, aku ambillah!

"Kau?" Aku pula menyoal Hana.

"3 je kot. Aku bawak sikit je ni,"

Aku hanya mengganguk. Di tangan Hana sudah ada 3 novel. Tapi masih lagi mencari dan membaca sinopsis novel. Aku menggeleng. Kata nak tiga, tapi dalam tangan sudah ada lima buah! Hana, Hana!

"Aku beli dua je kot, lepastu kita cuci mata dulu." Aku bersuara. Suaraku terpaksa dikuatkan kerana terlampau ramai orang disitu.

Padahal aku dan Hana tiba 45 minit awal sebelum pesta buku bermula. Ini pun sudah ramai!

"Hm, okaylah. Aku memang dah tertarik dengan 3 buah novel ni."

"Suka hati kau lah Hana." Aku membalas. Jangan nanti dah sampai di tempat lain, dia mahu beli yang lain pula! Siapa mahu bayar? Ayahnya pula hanya menunggu kami di salah sebuah restoran di PWTC.

Aku dan Hana segera ke kaunter pembayaran. Orang semakin lama semakin ramai. Jadi lebih baik cepat-cepat aku dan Hana beredar. Kebetulan pula kaunter bayaran masih tidak mempunyai orang. Jadi cepatlah untuk aku dan Hana segera beredar. Boleh lemas kalau duduk lama-lama disini! Punyalah ramai! Ni mesti kesemuanya kaki novel. Dengan nak jumpa penulis novel lagi, pelakon dalam cerita novel lagi.

Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku bergambar sekali. Tapi, begini punya ramai, jadi lupakan ajelah!

Aku dan Hana berjalan beriringan. Berpegang tangan lagi! Hahaha! Hana lah, katanya 'aku takut kau hilang, nanti siapa yang nak bertanggungjawab?'

'Yelah, kat sini ramai orang, manalah tahu kau kena culik ke. Kau kan kiut miut.'

'Ramai orang sangat ni, aku takut kau hilang.'

'Kau baru 14 tahun, takut kau kena culik ke, kau dahlah belum kahwin lagi, kata nak kahwin dengan dia?'

Sampai begitu sekali pemikiran Hana. Macam-macam Hana membebel. Akhirnya, aku mengikut sahaja kehendaknya. Mungkin untuk keselamatan aku kan. Yelah aku kan masih lagi 'belum kahwin' hahaha! Hana, ohhhh Hana!

Kami berjalan bersama dari satu kedai ke satu kedai. Aku pula tertarik pada sebuah buku yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha. Nasib baik aku bawa lebih hari ini, duit yang aku kumpul dan duit yang diberikan oleh mak dan ayah.

Aku terus mencapai buku tersebut tanpa membaca sinopsisnya. Aku tahu, buku-buku agama islam semuanya bagus-bagus belaka. Jadi, tak perlu nak baca sinopsisnya lagi-lagi orang ramai sebegini.

"Kau beli buku apa tu?" Hana menyoal.

"Buku 'Sebarkan Cinta-Mu'. Ustazah Fatimah Syarha yang tulis." Aku menjawab sambil membelek harga novel tersebut.

"Ohhhh, kau kan peminat setia Ustazah Fatimah Syarha kan?" Hana mengangkat kening. Aku hanya menyengih. Tahu-tahu aje!

Aku terus ke kaunter pembayaran dan mengeluarkan not RM50 dan hulurkan not tersebut kepada 'akak' yang menjaga kaunter itu.

"Terima kasih dik." Ucap 'akak' itu. Aku hanya mengangguk dan tersenyum ikhlas kearahnya.

"Dah?" Hana menyoal. Aku mengangguk.

"Sudah," Pendek aku membalas.

Tanpa banyak bicara, aku dan Hana terus beredar daripada gerai buku PTS itu.

Sedang berjalan, mata aku tertancap pada sebuah gerai. Ya! Inilah gerai aku ingin pergi. Sudahlah ada diskaun RM8. Jadi, aku harus beli novel di sini. Rugi rasanya kalau tak beli! Kaki Novel. Sesiapa pun aku rasa orang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

"Murahnya! Rasa rugi pula beli novel banyak tadi. Dahlah novel yang ini pula yang menggoda aku! Ah! Ini yang tak boleh ni!" Hana bersuara, separuh teruja, separuh kecewa.

Tulah.... Siapa suruh habiskan duit tu semua. Dahlah novel kau semuanya tebal-tebal belaka.

"Kau nak novel apa? Aku tambah," Aku bersuara, kesian pula aku tengok Hana. Dari tadi hanya memandang sahaja novel novel di hadapannya.

"Hm.. Tak apalah Sya. Kau belilah. Aku ada lagi RM11. Novel ni pun cuma RM19 je. Kan diskaun RM8. Hehe." Hana menyengih.

"Suka hati kaulah," Aku terus mencapai novel yang bertajuk 'Dia Imamku' , 'Actually I Love You!' dan 'Alamak! Arziril ke Ariel'. Tiga buah kesemuanya. Tanpa banyak cakap, aku terus ke kaunter pembayaran untuk membayar. Lagi cepat lagi bagus! Balik ni aku boleh baca novel novel yang dibeli ini. Tidak sabar rasanya!

"Dah?" Soal ayah Hana. Aku hanya memerhati.

"Dah kot. Nak pergi mana lepas ni?" Hana menjawab sekaligus bersoal. Aku pula hanya mendiamkan diri. Malu rasanya untuk bersuara.

"Makan jom," Ayah Hana mempelawa. Aku hanya diam membisu. Angguk tidak, geleng pun tidak. Aku hanya mengikut dan menumpang sahaja.

"Nak pergi beli air kejap tau ayah," Hana bersuara. Ayah Hana hanya mengangguk. Aku pula mengekori Hana dari belakang. Kali ini, tidak lagi berpegang tangan. Orang tak ramai sangat di sini.

"Ehhhhh..." Aku berhenti. Dah macam 'brek' kereta lah pula.

Habis hidung aku terlanggar belakang badan Hana. Ish Hana ni!

"Kau ni main berhenti aje! Sakit hidung aku!" Aku memarahinya. Nasib tak patah hidung ni. Kalau patah, habislah nasib aku.

"Do you see what I see?" Hana menyoal, keningnya diangkat dan dia tersenyum mengejek.

"Apa?" Aku menyoal. Mukaku sudah muka 'bengong'. Hana ini, macam-macamlah.

"Tu kan pujaan hati kau, tu tengah ada dekat kaunter tu." Hana menunjuk kearah si 'dia' yang sedang membayar air yang telah dibeli. Aku pula tiba-tiba sahaja hati ini berdegup kencang.

"Dah cepatlah ambil air tu lepastu bayar dan balik!" Aku mengarah. Hana pula hanya tersenyum melihat gelagat aku dan mengikut sahaja arahanku.

"Kau nak air apa? Nak jajan tak? Ayah aku ada bagi duit tadi. Jadi mintak jelah apa kau nak," Hana bersuara. Matanya masih lagi tertancap pada air minuman di hadapannya. Masih lagi belum pilih apa-apa air. Lambatnya kau Hana!

"Tak kisah." Balas aku. Orang sudah mahu belanja, aku tidak mahu minta lebih lebih.

"Dah jom," Hana mengajak. Aku sekadar mengekorinya dari belakang. Mata aku pula mengekori langkah si dia keluar dari kedai itu.

Dia pula sedang berbual dengan rakan-rakannya. Aku hanya memerhatikan gelagat si dia yang tersenyum, lepastu tersengih, lepastu mengusik kawannya. Alahai comelnya!

"Berangan apa ni kak?" Hana mencuit aku.

"Eh dah bayar?" Aku menyoalnya sekadar berbasa-basi.

"Dah kak! Lama dah habis! Dari tadi aku perhatikan kau je, asyik tersenyum-senyum. Apehal ni? Sihat tak?" Hana meletakkan tangannya ke atas dahiku.

Aku terus menepis tangannya, "Ish aku sihatlah! Dah jom!"

"PMS ya? Janganlah marah hehehe." Hana bergurau. Aku pula tidak mengendahkannya. Aku berjalan laju meninggalkan Hana di belakang.

Lagi cepat aku beredar, lagi okaylah jantung aku ini. Dari tadi, tak habis-habis berdebar. Mahu putus juga jantung aku di sini!

"Hai, assalamualaikum!" Tegur seorang mamat.

Erk!

"Wa... Waalaikumussalam.." Aku membalas.

Gila! Ini gila!

"Buat apa dekat sini?" Soalnya si 'dia'. Lagi tahu di sini tempat orang membeli buku, lagi mahu tanya! Nasib baik kau 'pujaan hatiku', kalau tak dah lama dilempangnya. Heh!

"Tengah lari marathon kat sini," Balas aku sinis. Tapi senyuman aku, manis. Aduhai bibir ini! Cubalah sekali sekala kau jual mahal sedikit.

"Hahaha kelakarnya! Nak balik dah ke?" Aku pula tersenyum dan mengangguk. Aku menoleh kearah Hana. Aku hanya memerhatikan si dia. Senyum mengejek lagi! Aduhai!

"Ohh, jalan baik-baik tau," Dia memberi nasihat. Dia beri nasihat? Biar betul?! Oh stop it Sya! Jangan berangan lebih-lebih sangat. Oh hati! Berhentilah berdegup terlampau pantas!

"Oh okay-okay. Orang gerak dulu. Assalamualaikum." Balas aku lantas menarik tangan Hana tanpa menunggu si dia membalas apa-apa. Malu rasanya. Hati aku sudah mahu putus. Peluh aku pula tidak mahu berhenti daripada mengalir.

"Hahahahaha! Seronoklah orang tu ber'dating'. Amboiii kau!"

"Ish mana ada!" Aku memukul bahu Hana. Ada sahaja yang mahu disakatnya. Nasib baik kau bff aku Hana.

"Kuat betul jodoh korang," Hana membalas. Erk?!

"Merepeknya kau ni!" Aku memukul bahu Hana sekali lagi, ditambah lagi dengan cubitan aku. Haa rasakan!

"Ish sakitlah! Aku serious okay!" Hana pula memarahi aku.

"Hm dahlah. Aku dah nekad nak lupakan dia. Tup tup jumpa dia dan........" Sengaja aku berhentikan ayat aku. Tiba tiba sahaja Hana menyampuk.

"Dan dia tegur. Means that jodoh kau dengan dia memang kuat."

"Hahaha dahlah. Kebetulan aje tu. Dah jom, nanti lama pula ayah kau tunggu kita." Aku memeluk bahu Hana dan terus ke tempat parkir kereta.

*****************

Balik sahaja di rumah, aku terus ke bilik. Memandangkan ayah dan mak pergi ke kenduri kahwin, aku pun terus 'melepak' di atas. 

Aku merebahkan badan aku di atas katil. Huh penatnya!

Aku terus mencapai novel 'Imam Mudaku Romantik' lalu dibukanya pembalut plastik tersebut. Aku terus 'menikmati' novel itu. Daripada mula, aku hanya membayangkan si dia. Aduh! 

Banyak kali aku cuba aku membayangkan Amar Baharin, tapi hanya berapa saat dan tiba-tiba muncul muka dia. Sekali lagi aku cuba untuk membayangkan wajah Amin Idris, pun masih wajah yang sama! DIA! Oh tidak! Aku sudah diangau cinta. Padahal aku sudah nekad untuk lupakan dia. Tapi dia muncul secara tiba-tiba.

Dan tiba-tiba sahaja fikiranku melayang. Teringatkan pertemuan aku dengan dia sebentar tadi di PWTC. Tidak ku sangka aku akan bertemu dengan dia hari ini. Kalau aku tahu aku akan jumpa dia hari ini, pasti aku tidak jejak kaki aku ke PWTC. Sebab, aku sudah nekad ingin melupakan dia!

Tapi, semuanya sudah terlambat. Semakin untuk melupakan, semakin kuat fikiranku terhadap dia.

Aku terus mencapai diari aku dan menulis peristiwa aku sebentar tadi.

1 Mei 2014

Aku jumpa dia dekat PWTC. Allahu... Apalah nasib aku. Semakin ingin membuang, semakin mendatang. Tak sangka bahawa aku akan bertemu dengan si 'dia' di situ. Dan paling tidak ku sangka, dia menegur aku. Dan paling paling tak sangka sekali, dia mengambil berat terhadapku. Aku masih ingat lagi bait-bait yang terucap daripada bibirnya...

"Jalan baik baik tau."

Pendek dan ringkas. Tapi amat bermakna bagi aku. Seolah-olah di mengambil berat terhadap aku. Oh tidak! Cinta buat aku gila!

Aku terus menutup diari aku. Tiba-tiba sahaja rasa sebak. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi ada juga rasa gembira. Mungkin aku sebak kerana saat aku mahu lupakan dia, dia pula tiba-tiba munculkan diri. Dan mungkin aku rasa gembira kerana aku bertemu dengan dia hari ini.

****************************

"Qaleesya!" Aku hanya buat tidak endah.

"Qaleesya Imani!" Sekali lagi namaku di panggil. Dan aku hanya buat tidak tahu.

"Nur Qaleesya Imani! Bangun!" Ahh! Kacau sahaja!

"Bangun!!!!!" Kali ini lebih kuat panggilan itu dan aku terus tersedar.

Aku memandang kearah mak dan............. Wah bengisnya muka! Seram pula aku tengok.

Aku terlelap rupanya. Lepas baca novel tadi, aku baring sekejap, dan tak sangka pula boleh terlelap sampai termimpi-mimpi.

"Bangun pun! Dah solat belum ha? Ish anak dara seorang ini," Mak menggeleng kepala. Aku pula sekadar tersengih.

"Hm... ABC." Balas aku pendek. Mak sekadar mengangguk dan berlalu. Tetapi sampai sahaja di pintu bilikku, mak bertanya.

"Mimpi apa tadi? Siapa ber-abang-sayang? Gatal eh?!" Mak bertanya, aku pula buat muka 'bengong' ala-ala muka blur.

Apabila mak memandang muka aku yang seperti mahu kena tampar, emak terus berlalu. Takkanlah aku nak bagitahu mak yang aku mimpi dia?

Huh, gila!

Sudahlah aku mimpi dia. Tapi, mimpi ni rasa bahagia sangat..... Aku pula memanggil si dia dengan panggilan manja iaitu 'abang' dan 'sayang'. Ah! Apalah! Mimpi kan mainan tidur?

****************************

"Huiii! Assalamualaikum. Dah siap sedia untuk exam esok?" Hana menyapa. 

Aku sedang berada di dalam perpustakaan sementara menunggu untuk masuk ke kelas bagi sesi petang.

"Waalaikumussalam. Insyaallah," Aku tersenyum manis kearah Hana. Dan Hana pun membalas.

Aku perhatikan Hana yang sedang mencari buku Sains. Esok periksa Sains dan Bahasa Inggeris. Tiba-tiba otak aku terfikirkan sesuatu dan aku ingin bertanyakan kepada Hana.

"Hm Hana..." Aku menegur.

"Shhh!" Hana menyuruh aku diam. Mungkin suara aku kuat sangat kot? Dan mungkin dia tidak mahu dia diganggu ketika dia sedang belajar.

10 minit kemudian...

"Hm kenapa kau panggil aku tadi? Sorry, tadi aku tengah menghafal, tiba-tiba kau kacau daun."

"Hehehe sorry! Aku ada something nak tanya."

"Apa dia? Silakan..." Aku memulakan persoalan aku yang bermain di fikiran aku.

"Kau rasa kan, kalau aku mimpi seseorang tu...."

"Kau mimpi dia kan?" Potong Hana.

"Ishh kau ni. Hm memang betul pun. Jadi persoalan aku ialah..."

"Kau mimpi dia dan kau nak tanya aku sama ada dia rindu kau ke tak?" Potong Hana lagi. Semakin fed-up pula aku berbual dengan minah ni. Ada sahaja yang ingin di potongnya.

"Hmm.." Balas aku. Malu pun ada. Padahal aku dengan Hana dah macam adik-beradik dah. Itu pun nak malu, Qaleesya, Qaleesya!

"Berdasarkan fakta yang aku baca, kalau kau mimpikan seseorang itu, maknanya dia tengah rindukan kau. Dan ada orang kata nonsense. Aku pun tak tahu mana satu. Mungkin kau asyik terfikirkan dia sampai terbawa-bawa ke mimpi. By the way, kau mimpi apa dengan dia semalam?" Panjang lebar Hana menerangkan kepadaku dan tidak menyampuk, sekadar mengangguk tanda faham sahaja.

"Aku mimpi yang aku dengan dia tengah berbual. Mesra sangat. Aku panggil dia 'abang' dan dia panggil aku 'sayang'.Aku tak tahu kenapa, tapi mimpi aku ni, bahagiaaaaaaaa sangat." Aku jadi malu sendiri. Tak tahu kenapa aku jadi malu malu kucing.

"Cehhh. Tapi, orang kata mimpi ni kan mainan tidur. Tapi aku doakan suatu hari nanti ianya akan terjadi dengan realiti dekat kau. Insyaallah." 

**************************

Novel ni aku asyik gelarkan 'si dia' ajekan? Hahaha. Bukannya tak ada idea nak letak nama apa, tapi aku rasa lebih baik kalau aku rahsiakan dulu nama 'si dia'. Nak gempakkan sikit cerita ni. Cehhh padahal tak delah gempak mana kan. Huhu.

No comments:

Post a Comment