Monday 23 November 2015

Pengalaman Berjual di USIM

Assalamualaikum.

Lamo bebeno eden dok tak upload any post on this blog (upload?) Semalam cuma sempat tukar rupa blog aje, tapi kalau nak post something new memang tak larat habis. Mata pun dah mengantuk, badan pun dah letih. Selama dua hari tanpa rehat. Eceh.

Jadi sekarang ni, baru aku tahu bukan senang untuk dapatkan rezeki yang halal. Susah sangat. Penat semua ada. Banyak cabaran. Aku baru dua hari dah mengeluh. Lagilah orang-orang yang bekerja selama 5 hari tu kan, huhu.


Wednesday 18 November 2015

New cerpen is updated!

Assalamualaikum.

Since aku pun dah tak tahu nak buat apa selain daripada buat art yang buruk, merosakkan planner dan memburukkan lagi planner aku, membuang tenaga elektrik dengan menonton movie sambil bermain phone dan ditemani oleh lagi exo, lebih baik aku buat cerpen atau novel yang memang lama aku tinggalkan sejak ada pt3.

Huh kau, ayat tak mahu kalah. Ayat nak bm aje, padahal bm fail. Kerek betul.

Please visit my second blog,


To read new short story, please click >here<

And please, do read my friend's novel too >here<

Tq!

Btw, sekarang ni aku cuma tinggal lagi dua nak sekolah. Lepastu cuuutiii. What a freedom guys. So then I can keep update my blog as usual in shaa allah if I have a time to post something new on this blog. Bye huhu.

Tuesday 10 November 2015

#planneraddictmalaysia

Assalamualaikum.

Sejak tengok tumblr inspired, planner, jurnal dan diy aku terus dah minat dan terikut-ikut perangai omputeh yang selalu buat jurnal dan planner yang cecomey. Gila ko tak comey, meh nak tunjuk sikit!

Comel gila kan?

Tambah-tambah planner hijau, masyaallah fav aku.

Aku ingat naklah buat planner cari dekat kedai diy, daiso dengan kaison. My forever and always favourite shop, which is I can find a cute stuff. Aku memang tak tahan dengan benda-benda comel dengan colourful hahaha. Tapi penat aku cari kebanyakkannya mahal, dan tak berapa nak lawa. Yang dekat daiso punya takyah cerita lah, memang comel bukunya tapi nipis sangat huhu.

Dan bila aku fikir balik, why not buat sendiri aje. Daripada beli buku dia, baik buat sendiri planner untuk seumur hidup. In shaa allah lah seumur hidup, sebab aku pun tak tahu berapa banyak muka surat yang ada tapi memang teballah kan. Planner sekali dengan jurnal. Kuh.

Gambar pun blur hahaha

Actually, I made this planner about 10 months ago waktu the first year 2015. Tapi baru harini teringat ada buat planner dan baru harini aku nak mula decorate :')

Muka depan tersangatlah simple. Aku cuma pakai kertas A4 warna putih dan warna-warni lepastu aku bahagikan dua dan aku tebuk lubang macam dalam gambar di atas. Untuk muka depan dengan belakang aku cuma pakai cardboard yang aku rembat daripada bilik abang aku memandangkan dia pun tak guna cardboard tu. Kah.

Pastu, balut dengan pembalut cute polka dot tu yang aku beli dekat kedai diy, rm0.80 aje okay, murah! lepastu buatlah design sesimple yang boleh. Dan cardboard tu kalau bosan, boleh tukar design lain hahaha. Dah siap buat lubang, boleh terus letak ring. Nampak buruk, tapi comel di mata aku sudahlah kann hahaha.


Annyeonghi gaseyo hahaha.

Thursday 5 November 2015

Resepi Kimbap (Korean Food)

Assalamualaikum.

Semalam aku baru post resepi puding roti. Actually, puding roti tu last week punya and it should be posted on last week lah kan. Haha, nampak pemalasnya aku ni.

So, ahad lepas adalah pergi beli barang untuk buat kimbap. Mana taknya, dah layan korea, sekali dengan makanannya sekali nak cuba. Poyo betul hahahaha benda biasaaa sama aje macam yang kita selalu makan western food tu. It's not wrong if we just want to try another things such as makan makanan daripada negara orang lain. It's not because I'm too obsessed with Korea guys, don't get me wrong hahaha. I'm type of person who always want to try a new thing. To me, why not kan hahahaha. Dah merepek apa dah.

Okey, kimbap dia rupanya macam gini

Ni kimbap waktu hari Ahad haritu.

Bahan-bahan untuk kimbap :
- Timun (Dipotong secara memanjang dan dibuang ditengahnya yang lembut dan berair)
- Carrot @ lobak merah (dipotong halus)
- Daging cincang
- Hotdog
- Telur 2 biji
- Nasi (Beras SUMO)
- Minyak bijan (But I didn't used it, sebab tak jumpa yang ada halal)
- Garam
- Sedikit lada hitam
- Seaweed (Rumpai laut)

Cara-cara : (Nasi)

Pastikan korang pakai beras yang ini. HALAL pun dah ada.

- Ambil nasi mengikut banyak mana yang korang nak. Kalau aku, agak-agak aje, ikut berapa banyak inti yang korang buat. Bagi aku, inti banyak, nasi kurang kan sikit. Sebab kalau nasi yang terlebih banyak pun tak sedap jugak.
- Basuh beras (Kalau aku basuh 5 kali huahua) dengan selawat tiga kali. Setiap kali basuh, setiap kali tulah selawat.
- Lepastu masaklahhh. Hahaha.
- Bila nasi dah masak, masukkan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit garam. Kalau ada minyak bijan, letakkan sedikit dalam dua ke tiga sudu. Sorrylah tak tahu berapa banyak sebab aku tak pakai minyak bijan.

Rupa nasi tu bila dah masak. Nasi dia melekat-lekat walaupun kau buat nasi ni dengan cara kau buat nasi yang biasa.

Untuk inti kimbap pulak,
- Potong carrot dengan halus, contohnya macam gini.


- Lepastu carrot yang dipotong tu, letak dalam pinggan dan letak sedikit garam. Nak bagi rasa. Sikit aje. Ketepikan.
- Hotdog pulak, kalau aku bahagikan 4 bahagian untuk satu hotdog yang panjang tu. Ikut koranglah nak potong macam mana. Nak bahagikan 2 pun boleh tapi asalkan jangan beso-beso sangat eh. Ketepikan.
- Daging cincang pulak, basuh di atas penapis. Dengan selawat 3 kali. Basuh sampai hilang darah dekat daging cincang tu. Ketepikan.
- Timun potong macam yang aku cakap dekat atas. Ketepikan.
- Lepastu, ambil telur 2 biji pecahkan dalam mangkuk @ pinggan. Masukkan sikit garam dan lada hitam kemudian kacau (kacau ke pukul?) telur sampai berbuih. Hah ikut hatilah nak pakai blender pun boleh kahkah. Ketepikan.

Masa untuk goreng pulak,
- Goreng carrot, masukkan dalam pinggan. (Nak rebus pun boleh)
- Goreng hotdog yang dipotong tadi, dan masukkan dalam satu pinggan yang ada carrot tadi. Takyah bebanyak pinggan, penat nak basuh nanti. (Nak rebus pun boleh)
- Goreng daging cincang, masukkan sedikit lada hitam dan garam. Masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam pinggan yang sama.
- Goreng telur dadar pulak, kemudian potong memanjang dan masukkan ke dalam pinggan yang sama. Macam dalam gambar bawah ni.

Menarik kan? Ceh ceh.

- Ambil papan (bagi yang tak pakai rolling apa entah namanya). Kalau nak pakai rolling tu pun boleh, semestinya. Tapi aku malas nak beli walaupun dekat kedai DIY RM1 aje haaa kau murah! Tapi lebih berbaloi kalau gulung pakai tangan kehkeh. Jimat rm1 aku huhu.

- Letak seaweed diatas papan @ rolling. Aku pakai seaweed ni.


- Diatas seaweed tu, korang letak nasi. Tekan sikit nasi tu supaya dia melekat. Part nak tekan ni susah sikit. Sebab nasi dia melekat-lekat. Tapi, aku pakai sudu plastik yang licin waktu nak tekan. Mudahkan kerja sikit.
- Lepastu, susun ajelah benda-benda yang korang buat tadi. Hotdog, timun, carrot, daging cincang dan telur. Tapi pastikan korang susun dalam keadaan bertindih. Kalau susun memanjang susah nak gulung.

Macam gini haa rupanya. Lagi banyak inti, lagi sedap.

Lepastu, siap! Disebabkan aku terbuat banyak nasi, jadi kimbap aku kurang sedap sebab terlampau banyak nasi dan inti tersangatlah kedekut. Yang kali pertama sedap (sedap? puji masakan diri sendiri) sebab kurang nasi, banyak inti.

Inti tu, kalau nak pakai crab yang panjang tu pun boleh. Ikut sukalah nak letak apa. Nak letak daun spinach ke. Up to you guys. That's your recipe, why not if you want to try something new kan.

Ni yang kali kedua. Tapi still nampak sedap bhahaha sebab dah ketagih sangat.

Zoom sikit. Hahahaha.

Selamat mencuba. I'm so sorry if you can't even understand my recipe, the way I'm talked (talked sangat). Goodluck untuk mencuba sesuatu yang baharu wah tak habis habis ayat tu.

Wednesday 4 November 2015

Resepi Puding Roti Berkuah Kastard

Assalamualaikum.

Nilah rupanya puding roti tu.

Why I'm so excited to publish this post. Hahaha, this recipe is not mine, I'm just watched it on youtube. Abang aku lah dok suruh buat puding roti katanya dah terliur lama tak makan. Dulu first time buat puding roti dia yang buat, tapi dia letak cheese. Boleh tahan sedap. Tapi taste aku, nak ala-ala sos gitu, aku pun trylah buat puding roti dengan sos kastard. Semua bagi komen yang positif, alhamdullilah kehkeh.

Bahan pun simple. Ikut resepi aku, memang simple, pemalas dan kedekut habis. Kalau orang lain adalah jugak letak buah-buahan yang dipotong kecil. Tapi aku senang aje, letak kismis. Btw, resepi akulah sangat kan. Memang semua orang biasanya letak kismis pun. Ahah.

Bahan-bahan untuk puding roti :
- Roti (6-10 keping)
- Telur 3 biji
- Esen vanila
- Gula 5 sudu (Jangan letak penuh sangat dalam satu sudu, agak-agak aje)
- Susu biasa 2 cawan (Maaplah, aku tak tahu berapa sukatan dia, main campak aje, tapi pastikan jangan terlalu banyak jangan terlalu sikit)
- Kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard :
- Tepung kastard 2 sudu
- Susu biasa 1 cawan
- Gula 2 sudu
- Esen vanila

Cara-cara :
-Potong @ koyak roti ikut citarasa koranglah nak besar ke kecik lepastu masukkan dalam loyang. Lepastu boleh tabur kismis kalau nak letak. Kalau aku potong kecik senang nak susun lelawa. Haa maklumlah, mak aku cukup cerewet orangnya. Dia mahukan anak daranya menunjukkan presentation yang lelawo. Ikut malas aku, koyak then campak. Simple.

-Ambil mangkuk, masukkan susu 2 cawan, telur 3 biji, esen vanila, gula 5 sudu dan kacau sambil gula larut. Kalau nak hilangkan bau telur, buang pusat (pusat?) telur. Aku pun tak tahu apa namanya, tapi mak aku panggil pusat telur. Alah, yang warna putih macam hinguih hehe. Tak tahu nak describe macam mana.

-Dah habis kacau, terus masukkan ke dalam loyang yang berisi roti tadi. Tekan sikit roti, bagi kesemua roti kena susu. Kalau nak sedap, rendamkan roti dulu. Aku cuma rendam 5 minit. Sebab malas nak tunggu. Pemalaih sungguh aih.

-Hidupkan oven dengan suhu 200 *C dan bakar selama 35-40 minit. Ikut oven aku, lambat sikit. Kekadang lebih daripada sejam. Oven lama katakan, oven pakai api punya. Beselahh.

Untuk kuah kastard pulak,

-Masukkan kastard 2 sudu, susu biasa 1 cawan, gula 2 sudu dan esen vanila ke dalam periuk. Kacau sehingga tepung dah tak berketul, dan gila dah terlarut. Masakkan di atas api yang perlahan. Kacau eh jangan tak kacau nanti berketul tak sedap. Jangan kacau sampai pekat sangat, agak-agak aje.

Lepastu, bolehlah hidangkan. Potong puding masuk dalam piring @ pinggan, kemudian letak aje kuah kastard dekat atasnya. Aku ni jenis orang yang penyabar (kononnyaa) sikit, so puding roti tu aku simpankan dalam peti ais besoknya baru aku makan. Baru sedaaappp makan sesejuk.


Bagaimana melelehnya kuah kastard tu, begitulah melelehnya air liur aku ketika melihat gambar ini. Hamboih. Ayat takmau kalah. Bon appetit. Cewah.

Bonne chance cette recette :) Sekian.

Tuesday 3 November 2015

New look, again.

Assalamualaikum.

Aku jenis yang ketagih suka sangat tukar rupa blog lepas tengok blog orang lain yang lelawa. Alah, macam perempuan yang lawa, lepastu ko rasa diri ko tak lawa bila tengok dia ko rasa insecure, hahhh macam tu lah. (Contoh menyakitkan hati betul)

Lepastu mulalah nak gedek-gedek (gedek-gedek?) coding yang simpan untuk template yang dulu, then edit sesikit. You will know how and what I feel until you're in a 'boring' situation. Dah tak tahu nak buat, blog jugak kau gedek-gedek.

I've changed this look just because I'm getting bored dengan warna putih without any background on it.



So, this is the new look after I changed them. Lebih kurang sama aje rupanya, tak banyak yang berubah. Tu ajelahhh warna blog aku, hitam, putih dengan kelabu hah bosan. But at least, nampaklah jugak warna background. Kah.



I didn't use any blogskins or template yang free tu, I rather use blog sendiri which is I edited it by myself. Edit sendiri boleh tahu code sendiri, boleh tahu apa yang nak buat, you can know what you want and what you like to. I'm very satisfied now, eventhough I didn't changed it into a better look, kah. The look is not so important, yang penting isi blog, isi di dalam post. Rupa blog, it's just to attract your readers, but the post is about to attract their eyes and mind to read your blog.

Wah, cakap macam aku ni ada post yang menarik perhatian readers aje kan kahkah. I know I'm not good in writing, I really don't know how to attract readers just like how blogger-blogger yang pemes attracted their readers. They used a better words and something yang helpful to their readers unlike me. Wah ayat kemain rendah diri hengkooo. Kahkah.

Tuesday 27 October 2015

Resepi Brownies

Assalamualaikum.

This entry should be posted yesterday but I literally don't have a time to edit it a lil bit. Hahahaha, lepas habis pt3, I've tell to my mom that I really wanted to bake takpun memasak sebab dah bosan sangat so she gave me a green light. Nahhh, no need to bebel too much, so let's begin!

This picture was taken by my eldest brother.

The ingredients you should need :
- Chocolate bar 350g(make sure you use yang masakan punya) (hershey's or dark chocolate is better)
- Butter 100g (I used buttercup)
- Sugar (I only used 7 tablespoon) (100 g if you use dark chocolate)
- 3 eggs
- 1 teaspoon of vanilla extract
- 125g flour
-1/2 teaspoon of salt
- Walnut, chocolate chip (If you want to)

So... the first thing we need to do is.

Panaskan oven about 160 degree.

Make sure that the chocolate bar tu dah potong and the butter too senang untuk dicairkan. You can melt it on the oven or double boiler. Lepas dah cair coklat tu, angkat dari periuk dan terus masukkan gula. Mix it well.

After then, masukkan vanilla extract dan kacau seketika. Just a moment after then masukkan telur sebiji kemudian kacau, masuk sebiji lagi kemudian kacau ulang proses yang sama sampai habis 3 biji telur tu. Oh ya, make sure you only use a spatula or something else except MIXER. PLEASE DON'T. AMARAN KERAS. Hahaha.

Masukkan tepung dan garam, kacau sampai sebati but not take it too a long time to mix it. Dah siap tu, masukkan acuan (acuan boleh lapik dengan parchment paper or baking paper tapi tak nak guna pun boleh just make sure yang korang sapu butter sikit) Dah siap letak dalam acuan, masukkan walnut ataupun chocolate chip, kemudian masukkan ke dalam oven.

Biarkan ianya masak about 35 to 40 minutes.

Kalau nak tahu masak ke tidak, cucuk dengan pisau kalau pisau tu bersih ataupun tak ada kesan yang masih belum masak, maknanya your brownies is totally DONE.

So, this is my brownies. (Makan bebanyak mual actually sebab aku tak tahan makan manisan dengan kuantiti yang banyak)

Selamat mencuba guys, goodluck.

Assalamualaikum, calo betei.

Sunday 18 October 2015

Reason Why You Should Think First Before Speak.

Assalamualaikum w.b.t.

Since I've done edited my blog, so I decided to make a new entries since I don't have nothing to do and I really bored when pt3 is over because I really don't know what to do. Ahah. This post might be too boring to you guys plus there's no pictures in it. I don't any have idea to put what pictures in this post. And this post might be hambar too ceit. So now, let's discuss why we should think first before we use our mouth to speak.

1. If you doesn't use your mouth with full of care, it will ruin everything.
-Okay, this is because when you speak without think, main keluar aje dari dalam mulut ikut hati, it will ruin everything and it become worst plus when you're in a difficult situation. You really need to use your brain and think first before you want to say anything.

2. Someone will hurt.
-When you say something using a harsh words, I'm pretty sure someone will hurt. Things will become worst. You may not know what will they feel, what they're thinking about you, but when you're in their shoes, you will know how it feels. So, beware. What you give, you'll get back.

3. People will think that you're a bad person.
-Trust me, when you use a bad words, people will start to think that you're not a good person, you're bad. And people will don't like you just because you don't use your mouth carefully. I know that, mulut orang tak boleh nak tutup, but it doesn't mean that you can use your mouth just like that without thinking.

4. People will not trust you anymore.
-When you speak, it doesn't mean you only use a harsh words or something, tapi menipu pun termasuk jugak and you really should use your brain. Plus, menipu dosa kan? You're big now, you can think, you can know what is good and bad because you dah besar. Kau dah boleh fikir jauh, dah boleh fikir apa yang akan terjadi if you're lying. People will not trust you, so think wisely guysss.

It's just not an advice, but it's a reminder too for not being such a childish just because you don't use your brain before speak, you don't think wisely before you speak. Of course, this reminder is for me too since I'm type of person yang tak reti-reti nak pikir bila nak bercakap. Cakap pun main lepas, jujur ikhlas dari hati without think others punya hati dan perasaan. Well, that's me. I admit it.

So people, when you rasa tak puas hati ke, sakit hati ke, kalau nak bercakap tu you really have to think. Don't use a bad words even you're hurt to someone and you want to lepaskan dendam. A BIG NO.

And yeah, I don't have nothing to say for now, so... haaaaa bye lah bye. I really can't think. Kehkeh.

Saturday 6 June 2015

School Holiday - Part 1

Assalamualaikum.

It's quite long I'm not update my blog. Sekarang ni busy beno lah dengan pt3 (eceh kononnya padahal sibuk layan movie, buat benda yang tak berpekdah) But seriously, when I looked at someone's blog, I felt so jealousy tau sebab "eh asal aku tak update blog haaa blog dia lawanyaa" Kekadang jealous bila tengok blog orang yang simple template tanpa edit tapi tetap cantik tapi bila blog sendiri mesti tak puas hati. Tak paham apahei dengan aku ni. So then I've decided to edited my blog then. But still takde post yang baru kan? Kahkah it's because I'm too lazy to update my own blog.


So back to the topic, my school holiday part one. Ceh part one, lepas habis part one ni pun belum tentu aku akan update blog ni. Tapi in shaa Allah jika ada kerajinan pasti guwe update blog ini ya buk pak.

Nahhh, tak adalah pergi bercuti memana pun sebenarnya cuti ni. Maklumlah kalau bercuti pun tanpa kedua-dua abang aku mesti bosan (hai abang-abang guwe sila kembangkan diri) and you know what, makanan dekat atas ni pun aku pergi makan dengan kengkawan aku hari Rabu lepas. We've decided to going out this holiday pergilah memana kan, last-last aku cadang pergi uia sebab aku tersangatlah suka makan dekat situ sebab makanan dia sedap dan murah gila beb! Tak percaya? Engkorang pergilah uia Gombak. Oh ya, kepada perempuan diluar sana yang nak pergi uia sila bawa duit lebih dan anda boleh cuci mata dan sudah pasti mata anda akan rambang (ayat aku sukahatilah wah) apabila melihat pakaian dua helai cuma RM50 (hela nafas). Panjang ayat kau nyah sebab promote.

Sebenarnya aku nak makan nasi arab tau, tapi disebabkan nak jimat aku pun makan macaroni. Pikir macaroni RM7++ yelah sebab tak pernah makan lagi macaroni kan selama ni makan nasi arab aje. Rupanya RM3.70 aje, murah kan? Sekolah aku pun tak sebegini murah tau. Kihkih gurau.
Oh lupa nak bagitahu. gambar yang atas sekali dan kiri sekali ialah mandy chicken RM9!!! Dan yang ada roti tulah pinggan aku, total semua sekali dengan air RM6 :') Jimat sangat kan? Rasa pun puas hati. Eh lupa lagi, yang ada lasagna dengan macaroni tu pinggan Izzatul budak kuat makan katakan. Kahkah.


Aku pun tak tahu kenapa aku tangkap gambar ni dan aku post dekat insta (dah delete pun). Tapi ada gunanya aku tangkap gambar ni. Supaya senang untuk kaum hawa cari jalan untuk beli baju ahaks. Kalau engkorang semua nampak bangunan ni, maknanya dah dekat sangatlah tu. Nampak bangunan ni, depan dia aje dah ada gerai jualan. Wah promote lagi. Waktu tu bawak pun doploh aje jangan berangan nak beli baju mahupun shawl bahahaha.

Lepas dah pusing dekat-dekat situ, kitorang pun pergilah dekat gerai yang lain and tetibe terjumpa inai lukis. Wahhh RM4 aje!!! Serious aku sayang Uia sebab baki duit aku tinggal RM10+ tersangatlah jimat. Makan pun kenyang kan. Semua pakat share duit beli henna. Dah beli tu, terus duduk dekat memana meja terus buat henna. Time buat tu, semua orang yang lalu-lalang pandang, mula-mula malu jugak yelah uia orang kan yang budak tiga orang ni dah takde kerja sangat ke nak buat henna dekat uia? Buang tebiat? Bahahahaha. Lama-lama tu dah terbiasa dah haaa depa nak pandang biaq pi lah dekat depa.


Yang kiri tu tak berapa nak jadi sangat sebab first aku nervous sebab ada kes orang pakai inai bengkak sampai kena potong kaki tangan seram oii. Tapi dorang think positive. Tapi aku ni tak habis-habis fikir "memanglah think positive yang lukisnya aku bukan korang nanti kalau jadi pape aku yang kena" kahkah fikiran aku ni merepek sikit so abaikan. Tiba-tiba mak Izzatul call so terpaksalah balik dan sambung dekat rumah Fatin.


Sampai turn aku terus buruk kahkah. Ikutkan pergi uia ada 4 orang kesemuanya. Atyn tetiba tak datang pulak kan kalau semua orang cukup mesti lagi meriah but it's okay aku akan pergi dengan Atyn dua orang pulak esok in shaa allah kalau tak cirit birit macam tadi. Kihkih. Ikut plan harini tapi ditunda pulak. Weh serious straightforward gila aku ni.

So cuti ni saja ajelah pergi uia kekononnya nak jalan-jalan cari makan tapi last-last aku cadang dekat uia sebab nak jimat punya pasal. (life student katakan)

Cuti ni tak adalah banyak masa sangat, sebab nak pt3 kan kena struggle habis-habisan kena buat projek bagai lagi (projek ke alah dia folio ajepun). Jadi sesiapa yang ada request sambungan novel tu, maaflah bebanyak tak dapat sambung sekarang, tak janji akan disambungkan ke tak tapi in shaa allah kalau rajin aku buat eh. Maaf lah ye. Sekian, assalamualaikum.

p/s : alhamdulillah akhirnya aku rajin juga meng-update post :')

Tuesday 31 March 2015

I really don't have any ideas to tell you guys.

Assalamualaikum.

As you guys know, aku memang dah lama betul tak update blog and a new story or something. And I really busy because of pt3 this year. But today I'm back to telling you guys what I'm doing before this.

So, I was in Makkah and Madinah about 12 days. And for sure I'm doing umrah with my family except my brothers. Tak apa, maybe bukan rezeki dorang lagi for now.

Pada mulanya aku sangat terkejut bila mak dengan ayah aku kata yang dorang pergi umrah dengan abang-2 aku without me and for sure aku tinggal seorang. Rasa sedih sebak semua ada yelah sampai hatikan tinggalkan aku. Huhu. Last2 mak pilih aku untuk pergi dengan dia sebab dekat sana nanti takut mak aku tak ada teman. Amboihh mak.

Kalau nak cerita panjang memang take boleh sebab bila dekat sana, we have to keep our mouth, kena buat apa semua kena fikir dulu. Besssttttttt sangaaaaaaat dekat sana. Rasa macam nak pergi lagi and I really want to stay there forever. Nah gambar.










Too many pictures in my phone sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Too all bloggers, people out there... I hope that korang pun dapat peluang nak pergi sana jugak. Insyaallah amin.

May Allah bless you guys.