Sunday 29 June 2014

My Love, Prince Charming! Bab 2

Part 2


"Wahhh, siapa masak ni?" Soal Afiyah, teruja.

Di hadapannya kini ada lauk-pauk ikan masak lemak cili api, kangkung, ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang begitu menyelerakan!

"Kau rasa siapa aje yang ada dekat rumah ni?" Soal Sofia balik. Soalan dibalas dengan soalan, apabila soalannya langsung tak masuk dek akal.

"Hm, yelah mestilah kau. Mana tahu, ada tambah lagi sorang ke dekat rumah ni. Haaa." Afiyah sengaja menakut-nakutkan Sofia.

Memang dalam rumah itu hanya ada dua penyewa. Seorang Afiyah dan seorang lagi Sofia. Sepatutnya rumah itu boleh muat sampai enam orang, tapi memandangkan langsung tidak ada penyewa, memang tinggal berdualah mereka.

Lagi pula, Sofia ni jenis yang tidak suka ramai housemates. Katanya, takut kalau ada yang penipu lah, yang sengaja tumpang tapi tak bayarlah. Macam-macam pemikiran negatif dia.

"Kau jangan weh! Kita berdua je dekat rumah ni eh." Sofia mula cemas dengan kata-kata Afiyah. Sofia memang, seorang yang penakut. Tapi kalau bab-bab cerita hantu, memang dia paling excited sekali.

"Gurauan sahaja. By the way, bila pula kau pandai memasak ni?" Soal Afiyah, keningnya diangkat. Sengaja bertanya sebegitu. Padahal memang dia tahu yang Sofia ni jenis yang rajin. Tak macam Afiyah, tidur pun mahu dikejutkan.

"Cis, tanya macam tak tahu." Sofia mencebik.

"Dah, dah! Jom makan. Berselera gila ni. Thanks kawan!" Afiyah terus menyendukkan nasi kedalam pinggannya dan terus melahap. Langsung tak fikir Sofia.

"Ngek punya kawan, bukan nak sendukkan sekali." Sofia membebel. Afiyah sekadar tersengih.

"Kau ada tangan, dan masih belum cacat. Jadi, senduklah sendiri ya my beloved friend."

"Eleh,"

*********

'Ahhhhh...' Dengan malas, Afiyah mengambil telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.

"What?" Soal Afiyah kasar. Kini, langsung tiada kelembutan diantara Afiyah dan Khairul.

"Assalamualaikum, haih main terjah aje." Khairul bersuara tegas. Memang pantang juga dia kalau orang terjah tanpa bagi salam apabila menjawab telefon.

"Waalaikumussalam. Kau nak apa?" Soal Afiyah kasar.

"I want you," Bisik Khairul lembut dan penuh romantis.

Terkedu Afiyah dibuatnya. Jawapan apakah ini? Memang menempah maut Khairul ni!

"Serious boleh tak?!" Afiyah makin benci apabila Khairul menelefonnya semata-mata untuk membualkan tentang hati dan perasaan.

"Hm..." Khairul mengeluh. Sungguh sedih hatinya apabila Afiyah makin benci melayannya semenjak dia meluahkan perasaannya.

"Kalau asyik mengeluh, baik tak payah call!" Bentak Afiyah. Sudahlah esok kelas pagi, ganggu orang tidur sahaja!

"Kenapa kau makin berkasar dengan aku, Fiya?" Soal Khairul sebak.

"Entahlah. Hm, cepatlah kau nak apa call aku ni?" Afiyah kini berlembut, tiada lagi kekerasan. Dia bukan sengaja buat Khairul macam tu, cuma dia terlalu emosional. Entah kenapa. PMS lah kot.

"Kalau aku kata, aku nak kau, kau marah tak?" Soal Khairul ingin menduga.

Khairul terus menepuk dahinya. 'Cis, soalan ni Khairul?' Khairul menggumam dalam hati.

"Well, you've ask me already." Afiyah berkata selamba. Kalau dia marah pun, atas sebab apa? Tapi kalau dia suka pun, atas sebab apa juga? Jujur, Afiyah kini sudah berubah. Langsung tak ada perasaan untuk Khairul. Kecuali sebagai adik dan abang angkat sahaja.

"So, kau terima?"

"Terima apa pula ni?" Afiyah kerut dahi. Macam-macamlah Khairul ni. Ada sahaja soalan yang membuatkan diri jadi blur.

"Terima aku lah." Khairul berkata selamba.

"Sorry, I don't have answer for that question." Afiyah menjawab tenang. Langsung tak ada gugup. Kalau dalam cerita ataupun novel, orang yang meluahkan perasaan kepada seseorang pastinya akan rasa gugup dan berdebar. Tapi, tidak bagi Afiyah.

Kerana cinta itu sudah lama hilang!

"Tak apa, aku akan tunggu jawapan kau." Khairul berkata penuh berharap. Sedih hatinya apabila ditolak mentah-mentah.

'Mungkin inilah perasaan Afiyah, bila aku tolak cinta dia dulu...' Khairul berfikir sejenak.

"So, kau nak apa lagi ni? Langsung tak matikan talian kan." Afiyah masih bertanya lembut. Bimbang juga dia kalau-kalau Khairul merajuk dengannya. Siapa mahu pujuk? Afiyah? Ish, memang taklah! Dia mana tahu memujuk.

"Aku rindu kau. Kalau boleh, aku nak berbual lebih lama dengan kau." Khairul mengeluh. Mengharap agar jawapan yang diberikan akan diterima oleh Afiyah.

"Hm.. Aku nak tanya sesuatu boleh?" Afiyah mula bertanya. Dah lama juga soalan ini bermain di fikirannya.

"What question? Aku sedia mendengar dan menjawab." Ujar Khairul, ceria.

"Sejak bila kau cintakan aku? Dan kenapa?" Afiyah bertanya.

Afiyah terus terduduk daripada pembaringannya. Biar lebih selesa sedikit daripada sebelumnya.

"Aku pun tak tahu bila aku jatuh cinta. Tapi, pernah tak kau dengar pepatah inggeris, You will never find a reason when love someone, it’s because a true love comes with no logical reason?" Soal Khairul, siap dengan pepatah inggeris lagi.

"Hm, tak. Kenapa?" Afiyah memang, bab-bab pepatah dia kurang research. Tapi, kalau bab mereka pepatah sendiri, memang dia handal.

"Tapi kau faham kan maksud aku tadi?" Khairul bertanya lagi.

"Ya," Jawab Afiyah sepatah.

"Dulu, kau jatuh cinta dengan aku atas sebab apa?" Soal Khairul lagi.

Afiyah terdiam. 'Sebab? Sebab apa ya?'

"Diam maknanya tak ada sebab lah tu." Khairul cuba bergurau.

"Hm..." Afiyah mengaku. Memang tak ada sebab kot. Dia sendiri pun tak tahu bilanya dan apa sebabnya dia jatuh cinta dengan Khairul. Yang pastinya, Khairul itu baik. Itu aje. Tapi, takkan itu sebabnya? Langsung tak masuk akal.

"See. Langsung tak ada sebab kan? Fiya, cinta ni macam kentut. Kentut tak berbau bagi yang bercinta. Sama seperti orang bercinta. Semuanya dibutakan." Ujar Khairul. Afiyah terus terdiam. Memang ada benarnya kata-kata Khairul.

"Jadi, kau nak kata kentut aku wangilah?" Afiyah ketawa, begitu juga Khairul. Kelakar dengan pertanyaan Afiyah.

"Itu pepatah aku aje, kentut kau tetap busuk." Giliran Khairul pula bergurau, Afiyah turut tergelak sama.

"Cis!"

"Fiya, cinta itu datang kadang-kadang tanpa ada sebab. Kadang-kadang cinta datang tanpa kita sedari. Jadi, untuk soalan kau... Kau sendiri tahu apa jawapannya kan?" Pandai betul Khairul bermain-main dengan kata-kata sampai buat Afiyah terdiam membisu!

"Kau dah lupakan cinta pertama kau ke?" Duga Afiyah. Sengaja bertanya sebegitu. Mahu lihat, sejauh mana Khairul punya panas baran.

"Julia dah jadi sejarah dalam hidup aku. Jadi, tak perlu lah untuk kau tanya lagi." Khairul bersuara, tegas.

Dia kurang selesa apabila orang bertanyakan tentang Julia. Hatinya cukup sakit apabila orang menyebut nama Julia.

"Zaman dulu pun ada sejarah, tetapi masih lagi belajar sampai sekarang." Afiyah berkata, masih lagi mahu mendesak. Dia mahu lihat, adakah Khairul mencintainya sepenuh hati. Ataupun sekadar hidung dicium, pipi digigit.

"Hm... Kau pernah dengar kan, first love is amazing, but the last love is perfect?" Soal Khairul.

Afiyah terdiam. Apa maksud Khairul?

Ayat Khairul macam, aku ni adalah orang terakhir yang dia cinta. Aku sendiri pun ragu-ragu dengan perasaan aku, tapi dia begitu yakin. Kalau dia kecewa nanti, macam mana?

Jangan bagi harapan, Afiyah! Kalau kau tak suka, jangan bagi harapan!

"Hm, apa maksud kau sebenarnya?" Soal Afiyah, kurang mengerti.

"Maksud aku, kau adalah cinta terakhir aku." Sekali lagi Afiyah terdiam.

Afiyah langsung mati kata. Ideanya langsung hilang. Hatinya kini berdebar apabila Khairul berkata sedemikian. Wahai hati, apakah permainan kau?

Afiyah keliru dengan hatinya sendiri, suka ataupun tidak? Cinta atau benci? Afiyah buntu.

"Khairul, aku mengantuk. Esok kita jumpa ya. Assalamualaikum." Afiyah terus mematikan talian. Dia tidak tahan untuk melayan percakapan Khairul lagi.

Hatinya cukup berdebar. Kenapa pula tiba-tiba ni ya?

Sudah, tidur Afiyah! Esok kau ada kelas pagi.

************

"Hei makcik! Bangunlah!" Kejut Sofia. Pagi ini, mereka ada kelas MUET pada pukul lapan setengah pagi.

"Hmm..." Afiyah masih lagi mamai. Afiyah memang seorang yang paling liat untuk bangun tidur. Ibu angkatnya ada juga membebel, kerana asyik bangun lambat.

"Bangunlah! Kelas kita lagi sejam aje ni!" Kejut Sofia, tidak berputus asa. Selimut yang menutupi badan Afiyah terus diselak oleh Sofia. Langsir yang tertutup segera dibukakan ikatannya supaya matahari boleh masuk ke dalam bilik Afiyah.

Biar terjaga sikit minah tu!

"Hah? Apasal tak kejut aku awal-awal?!" Marah Afiyah, segera dia mencapai tualan dan berlalu ke bilik air.

Sofia menggeleng kepala. Sendiri salah, mahu salahkan orang lain pula.

"Aku tunggu dekat bawah! Kita breakfast dulu. Kau tu jangan mandi lama-lama sangat pulak." Pesan Sofia sebelum keluar dari bilik Afiyah.

Afiyah yang berada di dalam bilik air mencebik.

'Tahulah orang nak mandi berapa minit...' Gumam Afiyah dalam hati.

********

"Fiya, ada surat untuk kau!" Fareez, rakan sekelasnya menghulurkan sekeping surat berwarna biru muda.

Afiyah angkat kening. Surat? Daripada siapa?

"Siapa bagi? Soal Afiyah. Sofia yang berada di sebelah hanya terdiam dan sekadar mendengar perbualan diantara Afiyah dan Fareez.

"Entah, tapi dia senior dekat U ni." Jawab Fareez ringkas.

"Ohh, thanks." Ucap Afiyah, segera mencapai surat tersebut. Senior?

Nak kata Khairul, rasanya memang tak! Dia kenal benar tulisan Khairul. Tulisan Khairul sangat comel, kecil, bulat-bulat dan Sofia sendiri kata tulisan Khairul seperti tulisan budak-budak.

Tapi tulisan ini, berbeza sekali. Senget ke kanan dan lebih kemas. Mungkin orangnya menjaga penampilan diri, sebab itulah tulisannya kemas. Ceh!

"Cehhh, ada peminat daripada senior lagi." Sofia angkat kening.

Afiyah mencubit lengan Sofia. "Aduh!"

"Bacalah surat tu, apa yang kau nak tunggu lagi?" Sofia sudah tidak sabar untuk membaca surat itu. Padahal, surat itu milik Afiyah, Sofia pula yang terlebih-lebih.

"Tapi, orang yang bagi aku surat ni cakap baca dekat rumah." Afiyah kerut dahi.

Waduh! Baca surat pun kena ada tempat ke?

"Nampak sangat dia tak nak bagi aku baca sekali." Sofia menarik muncung sedepa. Afiyah tergelak. Itupun nak merajuk, alahaiiii...

"Kau rasa, siapa bagi?" Soal Afiyah, inginkan kepastian.

"Mestilah orang yang bagi." Jawab Sofia, acuh tak acuh. Tangannya mengemas barang-barang di atas meja dan sudah bersiap-sedia untuk pulang ke rumah.

"Yelah, tapi siapa?" Afiyah bertanya bengang. Orang tanya elok-elok, dia jawab main-main pula!

"Soalan kau macamlah aku ni tahu segala-galanya." Balas Sofia, masih lagi bersahaja dan tenang.

"Ish, kau ni main-main pula kan!" Afiyah pantas mencubit lengan Sofia tetapi dapat dielak oleh Sofia.

Sofia menunjukkan lidahnya. "Tak kena!"

"Eii, budak ni memang nak kena kan?!"

Dewan kuliah itu menjadi bising apabila dua orang gadis sedang berlari berkejaran.

*****************

"Kau rasa patut ke?"

"Apa yang patut?"

"Aku pergi ke taman itu, esok."

Afiyah mengeluh. Kalau dia tak pergi, takut orang itu kecewa pula menunggu aku berjam-jam. Sudahlah nombor telefon pun tak ada.

Kalau dia pergi, takut-takut kalau orang itu bawa dia pergi Thailand menikah dekat sana ke. Haaa, naya tu! Dia pun nak juga ada perkahwinan yang seperti dalam Raikan Cinta itu. Ewah!

"Aku tak tahu, up to you." Ahh, Sofia. Bukan nak bagi jawapan dan respon yang positif. Dari tadi asyik makannnn aje. Entah dengar ke tidak dia bertanya. Sofia kalau bab makan, memang jadi bisu dan pekak!

"Kalau aku pergi boleh tak?" Setelah diam agak lama, akhirnya Afiyah bertanya apabila Sofia sudah habis 'menela'ah' makanannya.

"Hm... Okay aje kot. Tapi aku teman!" Ujar Sofia. Sofia memasuki ke dalam dapur dan diikuti oleh Afiyah. Afiyah duduk di kerusi meja makan manakal Sofia sedang membasuh tangan.

Afiyah tersenyum. Hmmm... Good idea!

"Good! Tak adalah aku nak risau sangat bila kau ada. Kbye, assalamualaikum!" Afiyah segera mengangkat punggung.

"Eh, nak pergi mana?!" Jerit Sofia.

"Tidur!" Laung Afiyah dari tingkat atas.

**********


p/s : Semoga terhibur dengan bab 2 ni ya. Selamat menjalani ibadah puasa! Assalamualaikum.

Friday 27 June 2014

My Love, Prince Charming! Bab 1

Hey, assalamualaikum. I'm back with a new story. Sampai sekarang, novel "Only You In My Heart" tak siap-siap lagi. Haritu, ada perbaiki bab-bab yang sebelumnya, dan ada bab yang ditambah ceritanya. Dan ada cerita tak sama dengan dalam blog. Entahlah, sebab masa tu, taip suka-suki aje. Tapi, sekarang ni macam nak betul-betul bagi cerita tu best sikit. Ceh. Oh ya. Novel "OYIMH" ni mungkin dah berhenti sampai bab 13 je. Mungkin lah kan. Ah, tak menentu betul firasat aku ni. Ber "mungkin-mungkin" bagai kan. Sabar je lah dengan perangai aku. Ekkk.


Part 1






"Hoi, Puteri Berangan!" Jergah Khairul Najmi, rakan baik si Afiyah Aisyah.

Bukan Khairul tak tahu yang Afiyah ini memang 'kaki berangan' ataupun 'princess of the dreaming'. Masing-masing di kolej memberi nama yang sebegitu pada Afiyah.

"Ish kau ni, bagi salam tak boleh ke?" Marah Afiyah.

Sudahlah tak bagi salam dulu, lepastu main terjah aje. Buat bising dalam perpustakaan pula tu. Tak reti malu ke apa mamat ni? Gumam Afiyah.

Afiyah Aisyah, seorang perempuan yang berumur 21 tahun. Mengambil pengajian di Kolej Poly-Tech Mara. Dan mempunyai seorang kawan lelaki yang bernama Khairul Najmi. Khairul dan Afiyah masing-masing anak yatim piatu. Bertemu di rumah anak-anak yatim. Dan, mempunyai seorang ibu angkat, Puan Faridah.

Masing-masing dibesarkan oleh Puan Faridah semasa mereka masih kecil. Afiyah berumur empat tahun, manakala Khairul berumur enam tahun. Lepas Puan Faridah mengambil mereka sebagai anak angkat, mereka terus tidak tinggal di rumah anak-anak yatim. Tapi, tidak bermakna mereka langsung tidak menjenguk rumah anak-anak yatim.

Pada masa lapang sahaja, pastinya Afiyah dan Khairul akan melawat rumah anak-anak yatim. Disitulah tempat mereka dibesarkan semasa bayi lagi, sebelum Puan Faridah mengambil mereka sebagai anak angkat.

"Assalamualaikum..." Khairul tersenyum manis, padahal sekadar buat-buat.

"Ye, waalaikumussalam.." Jawab Afiyah, juga senyuman yang dibuat-buat. Masing-masing menyampah antara satu sama lain. Ceh!

"May I know something?" Soal Khairul, keningnya diangkat. Buku yang diambil tadi di atas rak di selak satu persatu.

"What question?" Soal Afiyah pula. Matanya kini tertumpu ke arah Khairul.

"Kau ni selalu sangat berangan kan? Kenapa eh?" Soal Khairul, pelik.

"Entahlah. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku suka sangat berangan. Tapi, let me tell you, dreaming is so cool and best." Afiyah buat gaya seperti di awangan. Cis, berangan lagi!

"Yelah, aku tahu best. Tapi, kalau dah 24 jam kau asyik berangan tak bosan ke cik kak?" Soal Khairul lagi. Masih tak puas hati dengan jawapan yang dikemukakan oleh Khairul.

"24 jam?" Afiyah buat muka pelik.

"Yelah, kau berangan itu ini, lepastu cerita dekat aku. Aku pun bosan jugak dengar cerita kau. Tak habis-habis pasal your 'prince charming' tu."

"Hahaha, serious kau bosan dengar cerita aku?" Afiyah angkat kening, gaya Ziana Zain.

"Yelah, aku bosan. Kenapa pulak?" Soal Khairul, pelik.

"Muka nampak cemburu gila bila aku cakap pasal prince charming." Afiyah tersenyum nakal. Pen yang berada di tangannya diketuk perlahan-lahan. Gaya ala professional sedang menyoal.

"Cis, mana ada!" Laju sahaja Khairul membantah.

'Waduh, gimana nih? Ketara sangat ke muka aku ni cemburu bila dia sebut pasal 'prince charming'? Gawat nih! Waduh waduh!' Bisik Khairul dalam hatinya.

"Kau suka aku, eh? Eh?" Afiyah masih lagi tersenyum nakal. Seronok benar dia mengusik Khairul.

Berona merah wajah lelaki itu. Sudahlah muka kulit putih, memang nampaklah sangatlah bila dia ada rasa 'malu-malu' gitu.

"Wadde... Mana ada, ish perasannya!" Marah Khairul lagi, gagap.

"Haha! Chill man! I'm kidding. And I know, you'll never falling in love with me. Kita kan dah macam adik beradik? Kau anggap aku adik, aku anggap kau sebagai abang. Not more than that. Right?" Afiyah kembali menyelak satu persatu helaian kertas yang ditulisnya sebentar tadi. Mahu memeriksa semula kertas-kertas tersebut sebelum menghantar kepada pensyarah.

Perlahan-lahan Khairul mengangguk.

'But, aku tak langsung tak boleh menganggap kau sebagai adik aku. Tapi, lebih daripada itu...' Khairul berkata-kata dalam hati.

*********

"Assalamualaikum, ummi!" Afiyah terus memeluk ibunya, Puan Faridah.

Khairul di belakang hanya jadi pemerhati, sambil tersenyum. Gembira apabila melihat orang yang tersayang, bahagia.

Memang semua orang nak tengok orang yang kita sayang, bahagia kan? Tapi, akan menjadi lebih bahagia apabila orang yang tersayang itu menjadi milik kita, dan kita sendiri yang membahagiakan orang yang tersayang. Kan?

"Waalaikumussalam, anak-anak ummi! Sihat?" Soal Puan Faridah, segera mengajak anak-anaknya duduk di ruang tamu. Nasib baiklah dia masak lebih hari ini, kalau tidak, memang kebuluran lah jawabnya Afiyah dan Khairul. Balik pula secara mengejut.

"Sihat ummi! Lagi-lagi Afiyah, makin berisi kan dia? Tengoklah siapa jaga..." Khairul mentabik dada.

Afiyah mencebik. "Eleh, poyo je dia tu ummi. Padahal Fiya yang selalu ingatkan suruh makan, jangan makan lambat." Afiyah menjeling Khairul, Khairul pula tersenyum nakal.

"Eleh, dia tu sayangkan orang. Sebab tulah selalu ingatkan orang pasal makan kita, minum kita, pakai kita, dah mandi ke belum, tidur lena ke tak..." Khairul mengenyitkan matanya.

"Hesh! Ini sudah lebih!" Afiyah pantas mencubit lengan si Khairul. Khairul pula mengaduh kesakitan.

Puan Faridah sekadar tersenyum melihat telatah anak-anaknya. "Sudahlah, bergaduh aje kerjanya."

"Afiyah yang mulakan!" Khairul menunjuk ke arah Afiyah, Afiyah menjeling.

"Dia yang mulakan, nak salahkan orang pula. Tak matured langsung."

"Sudah, sudah... Dua-dua tak matured, senang." Puan Faridah menggelengkan kepalanya. Bila jumpa, mesti ada sahaja benda yang nak digaduhkan.

Ni belum lagi kahwin. Agak-agaknya kalau kahwin ni, memang berhenti bergaduhlah agaknya. Ya tak?

Aik, kahwin? Hm... Dalam fikiran Puan Faridah, sudah memikirkan bagaimana untuk menyatukan mereka. Hm, menarik pula idea ni!

"Senang-senang kamu berdua kahwin, lagi senang!" Puan Faridah segera masuk ke dalam dapur, membiarkan Afiyah dan Khairul berduaan di hadapan.

"Aikk? Lain macam aje bunyinya?" Masing-masing memandang di antara satu sama lain, dengan muka yang pelik.

Dan serentak itu, masing-masing pula menjeling.

'Nahhhh... Good idea my dear mom! Hehe!' Khairul berbisik dalam hati.

***********

"Hishhh, sibuk aje budak ni.." Afiyah mencebik, geram pula dia. Tengah sedap feeling-feeling lagu kegemaran dia sambil buat assignment, tiba-tiba sahaja Khairul telefon.

Mahu apa lah ini mamat...

"Hm.." Jawab Afiyah acuh tak acuh.

"Assalamualaikum." Khairul menegur, baik.

"Waalaikumussalam, nak apa Encik Khairul?" Soal Afiyah, malas. Tangannya sedang ligat menekan keyboard laptopnya.

Memang Afiyah ini jenis yang tak suka buat kerja last minute. Kalau buat kerja last minute, mesti terlupa itu ini, tertinggal itu ini. Kalau buat awal-awal, tertinggal itu ini pun masih lagi boleh perbaiki.

"Sihat? Dah makan? Dah mandi? Dah tidur ke belum?" Tanya Khairul.

Afiyah pelik. "Sihat aje, dah makan, mandi pun dah. Aku tengah tidurlah ni sebab tu lah boleh cakap dengan kau." Afiyah cuba berlawak.

Nak sahaja Afiyah tergelak dengan soalan Khairul. Boleh pula dia tanya "dah tidur ke belum?" Memang sahlah dia belum tidur. Kalau dia tidur, sah panggilan itu tidak terjawab. Afiyah kan jenis yang suka tidur mati.

Kedengaran ketawa di hujung talian. "Pandai awak bergurau sekarang ni kan?"

"Erk... Awak? Since when?" Soal Afiyah, pelik. Muka Afiyah sudah berkerut seribu.

Awak???? Macam pelik aje bunyinya.

"Since I'm falling in love with you." Khairul berkata berani.

"Are you kidding me?" Afiyah cuba untuk ketawa. Ketawa Afiyah mati tatkala Khairul langsung diam tidak bersuara.

"Serious."

"Err, bukan ke kau cakap dengan aku dulu masa dekat sekolah menengah yang kau tak akan pernah sukakan aku lebih daripada adik?" Soal Afiyah.

Dia masih ingat lagi, Khairul pernah berkata dengannya dulu. Dia sudah anggap Afiyah seperti adiknya sendiri, dan tak mungkin adik dengan abang boleh bercinta.

So, what happen now? Takkan benda yang diludah, dijilatnya balik?

Dulu, Afiyah pernah juga ada simpan perasaan terhadap Khairul, tapi lepas Khairul kata yang mereka hanyalah sesuai sebagai adik-beradik angkat, Afiyah terus melupakan Khairul. Dan Afiyah terus berubah. Daripada menjadi keras persis seorang lelaki, terus menjadi seorang yang lemah lembut.

Dan, cukuplah hatinya pernah terlukan sewaktu dia berusia 14 tahun dulu. Cintanya ditolak mentah-mentah oleh Khairul.

"Itu dulu, but now... I'm really loves you." Ujar Khairul dengan jujur.

Dia tahu, dia tidak sepatutnya cakap sebegitu pada Afiyah suatu ketika dahulu. Tapi, apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

"Sorry, i'm not in mood right now. Bye, assalamualaikum." Talian terus dimatikan.

Fikiran Afiyah bercelaru. Dia sudah lama melupakan cintanya terhadap Khairul. Sekarang bila cinta itu hilang, Khairul pula datang untuk menangkap cinta yang telah lama pupus?

Adil ke begitu?

Takkan Afiyah nak cuba mencipta kembali cintanya terhadap Khairul? Dulu, bersusah payah Afiyah mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan Khairul yang digilai oleh orang ramai. Tapi, sikit pun Khairul tak pernah perasan. Tibalah suatu hari, Khairul menyatakan bahawa di sudah mempunyai seorang yang dia suka dan cinta.

Terus luluh hati Afiyah. Lebih luluh hati Afiyah lagi apabila Khairul menyatakan bahawa mereka tidak sesuai untuk bersama. Mereka lebih sesuai sebagai adik-beradik.

Afiyah buntu. Dia mengaku, perasaan cinta itu masih lagi ada untuk Khairul. Tapi dia sendiri tak tahu kenapa dia tidak boleh terima Khairul apabila Khairul meluahkan perasaannya.

Sebab itulah apabila Khairul bersamanya, Afiyah sering berkasar. Bergurau pun masih lagi bernada kasar. Kerana dengan cara itu, dia boleh melupakan cintanya terhadap Khairul dengan lebih mudah.

**********

Khairul mengeluh berat. Kalau dia tak bercakap sebegitu pada Afiyah sewaktu ketika dahulu..........

Pastinya cinta Khairul terhadap Afiyah akan diterima oleh Afiyah. Ternyata, Afiyah memang begitu kecewa dengan sikapnya dahulu.

Khairul sendiri pun tak tahu bilanya dia mula jatuh cinta dengan Afiyah. Tapi, apa yang dia tahu Afiyah adalah yang terbaik untuk dia sebagai seorang isteri.

Dia masih ingat lagi, tatkala Khairul dipermainkan oleh Julia, teman wanitanya sewaktu di sekolah menengah dahulu. Gadis yang pernah berada di dalam hatinya, gadis yang pertama mencuri hatinya kini telah melukakan hatinya.

Ternyata, Julia mahu mendekati Khairul hanya kerana rupa paras Khairul. Apabila bosan, ditinggalnya Khairul begitu sahaja. Dan apabila Khairul bersedih, Afiyah lah yang berada di sisinya. Afiyah lah yang selalu memujuknya. Dan kerana kebaikan Afiyah itu, Khairul mula jatuh cinta terhadap Afiyah.

"Aku cintakan kau, Fiya..."

*********

"Assalamualaikum, hai Fiya..." Tegur Khairul, dengan nada yang manja.

"Waalaikumussalam." Jawab Afiyah, tersenyum.

Afiyah nekad, dia akan berbaik semula dengan Khairul. Tapi, tidak bermakna dia akan menerima cinta Khairul.

"Gembira aje kau harini kan?" Afiyah memulakan bicara, apabila Khairul diam membisu tetapi bersama senyuman manis. Entah apa yang dia fikirkan pun tak tahulah. Dia pun tengah berangan ke apa?

"Mestilah, jumpa buah hati kan?" Khairul mengenyitkan matanya.

"Siapa?" Soal Afiyah bodoh. Padahal 'buah hati' yang dimaksudkan oleh Khairul itu adalah dirinya sendiri.

"Buat-buat tak tahu ke apa? Orangnya cantik, dia sebelah aku aje..."

"Oh." Pendek Afiyah membalas. Matanya tertumpu ke arah skin laptopnya. Tangannya sedang ligat menekan keyboard nya. Isu yang dibincangkan oleh Khairul langsung tak menarik perhatiannya.

"Kau suka aku lagi tak?" Soal Khairul, penuh berharap agar jawapannya adalah "YA".

"Aduh, sakit perut! Nak pergi tandas, bye!" Afiyah cuba mengelak. Laju sahaja tangannya mengemas buku-buku dan laptopnya ditutup kemudian dimasukkan ke dalam tote bagnya.

Afiyah mengangkat punggung dan segera beredar dari perpustakaan.

"Hmm..." Khairul mengeluh.

***********

"Are you okay?" Badannya terasa di awang-awangan apabila didukung seperti itu.

Wajahnya juga handsome, romantik dan tampak penyayang. Persis seorang "prince charming"!

"Err.. okay okay." Jawab Afiyah, pendek dan penuh gugup.

"By the way, you look more cuter when you're blushing." Si prince charming tersenyum senget.

Afiyah terpukau. Kalau nak pengsan sekarang ni, memang rugi yang amat. Sebab, prince charming yang diidamkan ada depan mata kot! Sudahlah dukung seperti ini, tampak sweet!

Afiyah cuma tersengih. Mukanya sudah merah, menahan malu apabila dipuji sebegitu.

Perlahan-lahan si prince charming menurunkan Afiyah. Apabila sudah menurunkan Afiyah, si prince charming terus memeluk Afiyah.

Makin lebar senyuman Afiyah.

"My dear Afiyah, do you want to know something?" Soal si prince charming.

"What?" Afiyah turut membalas pelukan tersebut.

Perlahan-lahan 'prince charming' membelai lembut wajah Afiyah.

"Are you believe in dreams?"

"Ermm..." Afiyah mengangguk perlahan, dia sendiri pun tak tahu sama ada nak percaya ke tidak. Tapi apa yang dia tahu, mimpi yang "sweet" tu best!

"Kalau awak percayakan mimpi, please don't be afraid of the gap between your dreams and reality. If you can dream it, you can make it happen." Kata-kata itu membuat Afiyah terpana.

Apa maksud si dia?

"Afiyah..."

"Afiyah..!"

"Afiyah!!!"

Afiyah tersedar. Ohhh, mimpi rupanya.

"Apa ni?" Marah Afiyah. Boleh pula ada orang ganggu masa cuti hujung minggu ni. Masa cuti hujung minggulah pelajar nak "spend time" dengan tidur. Nikmat tau cuti hujung minggu ni.

"Kaulah! Tersenyum-senyum sorang-sorang, dah kenapa? Kena sampuk?" Sofia, rakan sebilik Afiyah.

"Err yeke?" Soal Afiyah, tersengih-sengih. Dia membetulkan rambutnya yang kusut-masai.

Terus selimut yang menutupi badan Afiyah segera ditolak ketepi. Afiyah mengemas katilnya. Kelakuan itu hanya diperhatikan oleh Sofia.

"Kau mimpi apa eh tadi?" Sofia menyoal. Tersengih-sengih dia, ingin tahu.

"Kenapa kau nak tahu?" Soal Afiyah kembali. Dia mengambil duduk di sebelah Sofia.

"Sebab kau kan "princess of dreaming". Lagipun masa kau tersenyum-senyum tu, aku tersengar kau jerit nama "prince charming" Terang Sofia. Wajahnya kembali serius.

"Ohh, entahlah mimpi aje." Jawab Afiyah acuh tak acuh. Biarlah mimpi yang "bermakna" itu hanya dia seorang sahaja yang tahu.

"Cis, suka sangat berahsia dengan aku!" Sofia mencebik.

"Hahaha. Dah aku nak mandi. Keluar keluar, shuh!" Afiyah menghalau Sofia seperti menghalang kucing.

Afiyah menutup pintu, rapat dan terus menguncinya.

Dia tersenyum sendiri. Dia masih ingat lagi mimpi tadi. Tapi, wajahnya samar-samar. Tapi, masih lagi nampak handsome walaupun samar-samar.

Yang pastinya, bukan Khairul!

Dia tersenyum sendiri. Kata-kata mimpinya tadi mengingatkan dia. Don't be afraid of the gap between your dreams and reality. If you can dream it, you can make it happen...

*********

p/s : Suka-suki je buat novel ni. Yang pastinya, novel aku ni makin lama makin bosan. Hahaha, sebab dah lama tak "berjinak-jinak" dalam dunia penulisan. Ecewahhh. Enjoyed it and thanks for reading!

Tuesday 24 June 2014

#ShortNovel - Engkau Yang Aku Rindu (Bab 5)

Malu!

Satu sahaja perkataan yang boleh aku ungkapkan. Ya, MALU!

Aduh! Malunyaaa...

Macam mana boleh terjatuh ni? Kaki ni pun satu, boleh pula tersadung dekat karpet. Abang-abang aku pula boleh pulalah tergelakkan aku, nasiblah mereka gelakkan aku masa 'mereka-mereka' semua sudah pulang, kalau tidak... Memang menjadi bahan ajelah aku ni!

"Pe lah kau dik, jatuh depan suami. Hahaha!" Along ketawakan aku, angah pun sama.

"Eiii! Korang ni kan!" Aku terus lagakan kepala along dengan angah. Perangai sama aje, huh!

"Aduh! Ganas nyerrrr." Angah buat muka kononnya takut dengan aku. Eleh, pirahhh!

"Cuba kalau kitorang kacau kau, kau jangan membalas. Dosa tau! Lagi satu, cuba perangai tu sikit." Aku mengajuk kata-kata along.

Aku? Nak jadi sabar dengan perangai dorang?

Eh, memang taklah!

Bapak budak kot, perangai masih lagi macam budak-budak. Patutnya dorang yang kena ubah perangai tu. Heh!

"Ergh, stress betul layan bapak budak ni." Aku tayang muka menyampah.

"Aku tak suruh kau layan kitorang pun. Bwekkk."

"Entahnya, kitorang tak suruh pun okay!"

"Baik tuanku!" Aku mengangkat tabik, kemudian buat muka menyampah. Aduh, layan abang-abang aku asyik muka menyampah ajelah!

"By the way, handsome tak bakal suami kau tadi?" Soal along. Angah kini sudah senyap. Tengah dodoikan Isyraf. Wah, nampak mithali betul!

"Entah," Jawab aku sepatah.

"Kau tak ada perasaan dekat lelaki ke apa?" Soal along, muka pelik.

"Hoi! Tadi orang tak tengok muka dia, sebab tu lah tak tahu dia handsome ke tidak. Eii, orang bukan jenis yang perempuan dengan perempuan eh!"

Along ketawa. "Manalah tahu,"

"So, kenapa kau tak tengok muka dia tadi?" Soal along lagi. Dah macam pak polis pencen dah.

"Dah tadi terjatuh, malulah nak tengok muka dia. Lagipun orang tua-tua ada cakap, hilang seri kalau tengok muka bakal suami kita." Jawab aku, selamba.

"Pepatah mana kau ambik ni dik? Merepek yang amat!" Sampuk angah.

"Hahahaha pepatah Nur Qaleesya Imani lah!"

"Oh ya, aku rasa macam kenal aje bakal suami kau tu." Angah bersuara, anaknya Isyraf kini sudah bertukar ke tangan Kak Najihah.

"Oh eh?" Aku buat tak tahu, malas rasanya nak ambil tahu. Sebab, dalam hati sangat takut untuk tahu siapa sebenarnya bakal suami aku.

Mana tidaknya, macam mana kalau nak terima orang lain sedangkan hati ini terhadap Fakri?

Ah, serabut!

"Kau ni nak kahwin ke tak?!" Sergah along.

"Kalau tak?" Aku menguji kesabaran along.

"Melepas kau dik, dia tu senior sekolah kau dulu dan dia tu handsome dan baik orangnya." Angah menjawab. Along pula buat muka bengis.

"Oh eh?" Soalan yang sama aku kemukakan.

"Lantak kaulah dik, kami malas nak melayan. So, bulan depan nikah. Get ready my dear sister." Along dan angah mula angkat punggung.

Aku masih lagi ralit sedang menikmati oreo cheese cake yang masih berbaki.

"Jom sayang, layan budak ni memang menyakitkan hati." Along memeluk bahu Kak Nadia, diikuti oleh angah.

"Tak suruh pun layan orang," Balas aku, selamba. Sinis.

"Menjawab!"

"Hehe, peace!" Aku tayang gigi. Angah pula sudah hilang entah kemana, mungkin sudah masuk ke bilik untuk melihat anaknya tidur.

'Hm... Senior? Maknanya sama sekolah lah kan? Dan... Siapa? Serabutnya!'

"Menyesal pula tak tengok muka bakal suami aku yang kononnya handsome tu," Ish! Eisya, Eisya! Macam-macam lah kau ni. Kata tak nak tengok, lepastu tiba-tiba menyesal lah pula. Haiyaaaa!

**********

"So, macam mana?"

"Macam mana apa?" Soal aku pelik. Hana ni, kalau tak buat ayat tergantung tak boleh ke?

"Your future husband." Hana tayang muka teruja.

"Entah," Jawab aku pendek.

"Kau ni macam tak serious je nak kahwin." Hana sudah tayang muka pelik.

"Aku bukan tak serious, tapi.. Kau tahu kan hati aku dekat siapa?" Soal aku pula.

Dan, aku pasti Hana tahu!

"Ya aku tahu. Tapi, masalahnya sekarang ni kau dah nak kahwin. You should stop thinking about him and never tried to remember him anymore."

"Aku dah cuba tapi..."

"Eisya, aku tahu susah nak lupakan yang kau dah sayang dan cinta. Tapi, aku percaya kau boleh. Aku nak tanya, aku ada tengok muka bakal suami kau tak?" Hana menyoal, aku pula sekadar menggeleng.

"Laaa, apasal tak tengok?"

"Tak naklah,"

"Peliknya kau ni!" Hana buat muka menyampah.

"Kau dah buat istikharah?" Soal Hana lagi.

"Belum." Jawab aku sepatah.

"Cubalah buat, malam ni." Hana tersenyum.

Aku pula sekadar tersenyum sahaja. "Insya-Allah."

"Oh ya Hana!"

"Hmm.." Hana menyahut, tetapi matanya masih ralit memandang skrin televisyen.

"Aku ada mimpi yang aku kahwin dengan dia..." Aku mula membuka cerita.

Mimpi aku ini berlaku pada beberapa hari yang lepas. Mimpi aku sangat bahagia dengan Fakri. Aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh munculnya mimpi macam tu. Orang kata mimpi tu mainan tidur. Tapi... Kenapa aku bahagia sangat mimpi tu? Dan, aku rasa mimpi tu macam betul.

"Mainan tidur ajekan?"

"Memanglah tapi... Hm tak apalah. Malas nak fikir." Aku senyum terpaksa. Padahal dalam hati macam nak menangis. Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan Fakri ni?! Kalau tak, pastinya aku tak kan sedih dan kecewa macam sekarang.

"Sya, insya-Allah, Fakri tu jodoh kau." Hana bersuara, tenang.

Aku pula yang semakin pelik.

"Hah? Mana kau tahu?" Soal aku, pelik. Muka dah berkerut dah ni!

"Based on your story dan mimpi kau tu,"

Erk?!

************

"Muat tak?"

"Okay?"

"Sesuai ke tak?"

"Nak tambah manik lagi ke macam mana?"

"Ke nak tambah lace?"

"Ataupun tak nak yang ini, kita tukar yang lain?"

Dari tadi, ibu asyik menyoal. Tapi aku pula, hanya angguk geleng angguk geleng. Jujurnya, aku langsung tak kisah rupa baju nikah aku.

Aku langsung tak kisah. Kalau pakai baju kurung biasa aje pun, aku tak kisah! Sebagaimana tak kisahnya aku dengan rupa paras bakal suamiku nanti.

"Ish Eisya ni! Pergi try cepat!" Mak sudah mula menyiga. Hehe!

"Ya buk ya bukkk." Aku buat gaya indonesia seperti dalam sinetron. Segera aku mencapai baju nikah aku yang berwarna putih itu, lalu aku masuk ke dalam bilik persalinan.

Sebelum mencuba, aku perhatikan baju tersebut. Hmmm, boleh tahan!

"Dah!" Aku segera keluar dari bilik persalinan dan kelihatan ibu dan along terpegun melihat aku.

"Apa tengok orang macam nak makan aje ni?" Aku ketawa kecil.

"Cun pulak kau ni dik," Along bersuara. Aku mencebik.

"Eleh, orang dah lama cun baru nak perasan ke?"

"Perasannya!!! Tapi memang betul pun, hehe." Along tersengih.

"Okay sangat baju ni dengan Eisya." Mak tersenyum, matanya masih lagi memerhatikan badan aku yang tersarung baju nikah.

"Nak jadi milik orang dah adik aku ni..." Along tersenyum manis ke arahku. Aku pula sekadar membalas senyumannya.

********

Selagi akad tidak terlafaz, selagi itulah aku tidak mahu tengok siapa bakal suami aku.

Dengan penuh berhati-hati, aku turun dan berjalan dengan perlahan. Supaya kejadian yang terjatuh itu tidak berlaku buat kali kedua. Kalau jatuh lagi? Memang malulah!

Silap-silap kena cop, "ratu jatuh" pula. Mana tidaknya, asal jumpa mertua aje, mesti jatuh. Aduhaii!

Oh ya! Majlis pernikahan aku ni cuma buat biasa-biasa sahaja. Ini semua adalah atas permintaan aku. Buat apalah bernikah pun nak ajak camera-man photographer bagai kan? Aku ni bukannya artis pun!

Makeup pun, cuma kakak ipar aku sahaja yang tolong make-upkan. Make-up pun aku tak mahu tebal-tebal. Rasa semak sangat bila tebal-tebal. Aku ni jenis yang tak suka bermake-up. Cuma pakai bedak dan lip gloss sahaja sudah cukup. Tak perlu maskara ke, lipstik ke, blusher ke atau apa-apa sahajalah benda-benda untuk make-up. Aku pun mana tahu sangat pasal bab-bab make-up ni. Hehe!

Aku hanya menunduk. Aku sedar yang ada mata dengan memerhatikan aku. Yang pastinya, itu adalah bakal suami aku. Bakal suami aku pun sudah lihat muka aku, tapi aku?

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdullilah!"

Serentak itu, air mata aku mengalir. Dan lebih teruk mengalir bila aku terpandangkan wajah suami aku a.k.a imam aku. Tak tahu mahu cakap gembira ataupun sedih.

Tapi, yang pastinya... Teruja!

"Nahhh... You dream became true, beb!" Hana bersuara teruja.

Suami aku datang menghampiri aku, bibirnya mengukirkan senyuman manis. Lebih manis daripada sebelum ini. Sebelum ini, pasti ada masamnya. Tapi kali ini... Senyumnya hingga ke telinga! Walaupun capang. Ehehehe! Kutuk suamilah pula!

Aku terima suami aku seadanya. Tak kisah lah dia capang ke, sumbing ke atau apa-apa ajelah, janji si dia!

Oh ya, dia tak sumbing okay! Dia cuma capang aje. Itupun capang sikit. Hahaha!

Perlahan-lahan cincin nikah aku masuk ke dalam jari manisku. Gelang pula sudah pun tersarung elok di pergelangan tangan aku.

Dan kini giliran aku pula untuk menyalami tangan si suami. Dengan perlahan suami aku mencium lembut dahi aku. Penuh kasih dan sayang.

"Thanks for everything, mr sour." Bisik aku perlahan.

Selalunya, lelaki yang akan membisikkan sesuatu kepada isterinya. Tapi lain pula aku. Ceh!

Erk!

Asal dia angkat kening? Asal dia langsung tak senyum? Dan... Kenapa dia menjeling?

Nampak sangat dia tak suka dengan perkahwinan ni! Yalah, dia kan ada teman dia yang kononnya "suka sama suka" tu.

Nampak sangat, senyuman tadi tu sekadar untuk menutup rasa menyampahnya kerana berkahwin dengan aku. Ya, sah! Selalu dalam cerita dan novel, lelaki suka sangat buat macam tu.

Ish, apa kau ni Qaleesya? Buat apa ikut novel? Ah, kenapa boleh tiba-tiba sedih ni?

Dan... Sekali lagi dia menjeling, dan tayang muka menyampah.

********

"Imani, duduk sini kejap." Pinta si suami.

Malas nak layan!

"Imani!" Dia memarahiku.

Ah, mana perginya kelembutan terhadap aku dulu?

Aku benci Fakri yang sekarang!

"Awak boleh bersabar tak? Saya tengah kemas ni." Pinta aku, dengan sabar.

Kalau ni along ataupun angah, dah lama aku lagakan kepala. Ergh!

Tak nampak ke orang tengah kemas meja ni? Kang tak kemas takut bersemut pula yang hinggap dengan meja ni biarkan semalaman.

"Okay, i'll wait for you. Kalau dah habis bagitahu abang." Erk, abang?!

"Abang?" Soal aku pelik.

Tadi, marah. Jeling. Lepastu, sikit-sikit sinis. Sama aje perangai dia sebelum aku dengan dia berbaik semasa di sekolah menengah dulu.

"Yalah, you should call me 'abang'. Lagipun aku ni tua tiga tahun daripada kau."

Wah, tenangnya dia bercakap?! Langsung tak fikir perasaan aku.

Ber 'kau-aku' pulak tu!

Sedihnya hidup!

"Awak suruh saya panggil awak 'abang'. Tapi awak ber kau - aku dengan saya. Adil ke macam tu?" Soal aku, tak puas hati.

"So, kau nak aku panggil kau 'sayang' or 'baby'? Macam tu?" Soal dia.

Ah Fakriiiiii! Bencinya!

"Suka hati awaklah nak panggil saya apa." Akhirnya aku mengalah juga.

Selesai membasuh pinggan, dan mengemas semua barang-barang di atas meja, aku terus pergi ke sofa di ruang tamu. Ini pun kerana permintaan 'tuan' aku yang seorang ini. Kalau tak, memang aku masuk tidur aje.

Oh, lepas daripada majlis pernikahan, suami aku terus bawa aku ke rumahnya. Banglo dua tingkat. Besar dan tampak mewah. Mesti dia dah berjaya jadi jurutera. Kan...

Sepanjang perjalanan tadi, aku dengan Fakri langsung tak bercakap. Huh, sadisnya hidup!

"So, apa dia?" Soal aku.

Aku duduk di sebelah Fakri, tetapi jarak masih ada. Boleh dikatakan 20cm jugaklah. Haa, jauh tu! Tengoklah betapa besarnya sofa si Mr. Sour aku ini.

"Nak cakap sikit ni."

"Yalah apa dia?"

"I love you."

"Hah?" Mulut aku terlopong. Daripada rupa macam tak ada cintakan aku langsung pun. Ini auta ke fakta ni?

"Tak dengar ke buat-buat tak dengar? Hah 'sayang'ku?" Perkataan 'sayang' tu sengaja dia kuatkan. Perli ke apa ni?

"Dengar tapi..."

"I'm really mean it." Potongnya, laju.

Makin teruk mulut aku terlopong.

"Fakta ke auta?"

"Fakta. I love you."

"Sejak bila?"

"Sejak dalam bilik pengawas."

Ini yang tak percaya ni!

"Awak main-main aje kan?" Soal aku, dan diikuti dengan ketawa kecil yang dibuat-buat.

"No, abang serious." Katanya membuatkan aku terperanjat.

"Tipu." Aku masih lagi tidak percaya dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Fakri. Mana mungkin dia akan jatuh cinta dengan aku, secepat itu? Macam mana pula dengan teman dia itu?

Oh, temannya!

"Habistu, awak punya "suka sama suka" tu pergi mana? Dan macam mana?" Soal aku, tak puas hati.

"Sayang cemburu eh?" Dia menaikkan keningnya. Haduh, cair!

"Taklah, jealous je." Jawab aku.

"Sama ajelah tu sayang oi." Fakri mencubit pipi aku. Tapi, sikit pun aku tidak membalas. Senyum pun tidak.

"You didn't answer my question yet." Aku bersuara keras. Pertanyaan yang ingin aku tahu, dia boleh pula main-main.

"Ok ok. Aida ke yang Eisya maksudkan?" Perlahan aku mengangguk, mataku masih lagi tertancap pada matanya. Ingin melihat, sejauh mana kejujurannya.

"Lepas clash, abang mana pernah suka dia dah."

"Tipu." Sekali lagi, perkataan "tipu" yang kemukakan.

Ah, lelaki! Semuanya manis-manis belaka!

"Serious. Dan Eisya sahajalah yang buat hati abang ni berdegup kencang." Pandainya dia ni buat ayat manis! Ish!

Aku mencebik. "Yelah tu."

"Kalau tak percaya, abang buktikan." Dia tersenyum nakal.

Aku tidak dapat menangkap apa yang sedang bermain di fikirannya. "Mana bukti?"

"I love you." Dia mengucup lembut dahi aku.

Terus aku mati kata. Kalau aku balas "saya pun suka awak, dah lama. Sejak bangku sekolah lagi." memang tahan malu lah jawabnya.

Ah, Eisya! Dia suami kau, perlu ke ada malu?

"Tak nak balas apa-apa ke?" Soal Fakri.

Laju aku menggeleng.

Pantas dia tersenyum nakal. "Are you sure?"

"Yelah, kenapa pulak yang tak surenya?" Soal aku, gugup.

"Bukan sayang pun suka dekat abang daripada sekolah lagi ke?"

Gulp!

"Err... Mana awak tahu ni?" Gugup lagi!

Tampar juga mulut ni, hish!

"Hmm... Masa sayang nampak abang aje, mesti akan terkejut. Lepastu, tiba-tiba patah balik. Jalan pun laju. Asal nampak abang aje, mesti muka merah. Asal nampak abang aje, mesti gugup. Cakap dengan kawan pun terhenti." Balas dia, tenang. Sambil tersenyum manis.

"Tapi, berlainan pulak dengan lelaki lain. Lelaki lain, sayang nampak tenang. Tapi bila dengan abang, mesti gagapnya lain macam. Nak aje abang cubit pipi sayang, tapi abang sedar. Kita belum ada ikatan yang sah. Dan dalam hati abang, abang dah berdoa yang kita akan disatukan." Sambungnya lagi.

Perlahan tangannya menyentuh lembut tangan aku, dan di bawa ke dadanya.

"Rasa tak degupan jantung abang ni?" Soalnya, dan aku hanya mengangguk. Laju!

"Ini bermakna, cinta abang pada sayang sangat kuat. Sebelum ni, abang tak pernah rasa jantung berdegup." Dia berterus-terang.

Perlahan-lahan air mata aku menitis. Setitis... Dua titis...

"Are you crying?" Soalnya, risau dan cemas.

Benci! Dah tahu lagi mahu tanya.

"Taklah, tengah gelak sakan ni." Aku membalas, sambil ketawa.

"Nakal," Dia mencubit hidung aku.

"Sayang..."

"Hm..." Sahut aku, perlahan.

"From now on..." Perlahan-lahan tangannya melingkar di atas bahu aku. Dan kepala aku dia tolak lembut, supaya aku terbaring di atas dadanya.

Sungguh aku tak tipu, aku suka dengar degupan jantung suami aku! Hehe.

"You have to called me, 'abang'"

"Hah?" Soal aku, buat-buat tak faham. Sebenarnya, aku masih lagi kekok untuk memanggilnya abang.

"Panggil orang, abang." Ceh! Ber'orang-orang' dengan isteri sendiri. Poyo!

Hahaha, aku pun apa kurangnya. Ber 'awak-saya' dengan suami sendiri. Ceit!

"Okay, abang...." Aku tersenyum, sambil membalas pelukannya.

Kini, aku terasa bahagia bersama orang yang aku cintai daripada bangku sekolah lagi. Sungguh, Allah itu maha adil!

-TAMAT-

Friday 20 June 2014

Cerpen : Surat Untuk Sahabat 1

"Yang benar, Sahabatmu Farina."

Farina menyudahkan kata-katanya di dalam surat itu. Bila-bila masa sahaja surat ini akan sampai ke tangan sahabat baiknya, Fatin, Nisa, Hanis, Hawa, Nabila, dan Izzatul.

Jujur dia cakap, dia belum bersedia.

Tipu kalau dia cakap, dia tak sedih jika aku pergi.

Dan dia, seorang manusia yang penuh dengan dosa. Dan semestinya dia tidak sempurna. Tapi dia cuba untuk menjadi sempurna.

Dia, masih belum mahu meninggalkan mereka. Jujur.

Tapi, siapalah dia? Kerana, ajal, maut, jodoh, rezeki dan semuanyalah terletak pada Allah. Dia? Cuma perlu berusaha sahaja. Dan dia, tidak boleh untuk mengubah takdir Allah.

*******

"Na, kau okay tak?"

"Okay je." Farina tersengih. Cuma menyembunyikan perasaan dia yang satu itu. Risau kalau rakan dia yang seramai enam orang risaukan tentang dia. Aku okay ajelah!

"Serious? Kenapa kami tengok kau muram aje? Kena reject ke?" Nisa cuba berlawak.

Farina tergelak. "Reject sangat!"

Yang lain turut tergelak, kecuali Fatin. Ah, tahu benar Farina dengan rakan dia yang seorang ini. Kalau masa serius, serius lah dia. Masa gelak, gelak lah dia.

"Tak lawak!" Marah Fatin.

"Rileks lah Fatin, mereka cuma bergurau. Lagipun, tadi kan korang tengok aku muram je? Ni kan dah tergelak?" Farina cuba mengusir perasaan itu.

"Err, sorry." Masing-masing meminta maaf. Yalah, buat lawak tak kena masa. Tapi, bagi Farina senang dengan lawak Nisa itu.

"It's okay. Aku pun tak patut emosi terlebih."

"Tak apa, kami faham."

Farina hanya tersenyum. Melihat mereka yang tersenyum, semakin pedih hati ini. Berat untuk meninggalkan mereka. Sampai sekarang, dia masih lagi tidak memberi tahu mereka tentang kepergian dia tidak lama lagi.

Macam mana aku mahu mulakan?

Dia ini tidak mahu seorang pun yang risau tentang keadaan dirinya. Itu sahaja.

Tak apalah, belum tiba masanya lagi untuknya memberitahu mereka semua.

**********

Susah betul untuk Farina melelapkan mata. Farina menoleh sekilas ke kiri untuk melihat jam. Hm, sudah pukul tiga setengah pagi. Dan sampai sekarang, matanya tidak boleh terlelap.

Sudah pastinya, dia sedang memikirkan masa depannya, jika tanpa mereka.

Dan, dia rasa... Farina tidak sempat untuk 'menikmati' zaman dewasanya.

Sedih.

Tapi, semua itu takdir Allah. Dan dia tidak mampu untuk membantah, menolak apalagi menghalangnya. Farina harus menerima dengan pasrah. Ya, pasrah. Terima dengan terpaksa.

Sekarang ini, manusia sedang enak dibuat mimpi. Tapi dia? Masih lagi memikirkan 'masa depan'. Jadi, Farina mengambil peluang ini untuk dia tebus dosa-dosanya, insyaAllah.

********

"Kau okay tak ni Farina?"

"Okay je! Kenapa?" Soal Farina. Tak habis-habis dengan risau mereka ini. Aku biasa-biasa aje, apa yang tak okeynya?

"Serious?"

"Ya, i'm deadly serious."

"Tapi, kami tengok tak macam okay."

"What do you mean by i'm not okay?"

Aduh! Beratnya kepala aku ni. Kenapa tiba-tiba aje ni? Gumam Farina.

Tolonglah jangan buat hal depan mereka semua... Ya Allah...

"Muka kau pucat, bibir warna biru. Mata sembap. Itu kau kata okay?" Soal Izzatul.

Yang lain hanya mengangguk, masih lagi khusyuk meneliti wajah Farina.

"Hahaha! Kenapa korang risau sangat ni? Don't worry, i'm fine and okay. Semalam aku tak tidur dan tak boleh tidur." Senyum.

"Aku bawak kau pergi klinik!" Hanis bersuara tegas.

'Tak apa... Buat masa sekarang ni, biar aku seorang sahaja yang tahu...'

"Ish, tak payahlah! Jom masuk kelas!" Farina mengelak.

Nanti bila dah pergi klinik, lepastu doktor cakap, "migraine biasa aje ni. Mungkin awak tak cukup rehat."

Memang menipu sangatlah kan? Tak apalah, Farina lebih rela pendam.

"Degillah! Jomlah!"

"No!"

"Jom!"

"Ish, kalau korang ajak lagi, aku merajuk dua tahun!" Farina cuba untuk berlawak.

Mereka tergelak. Nasib baik. Kalau buatnya mereka serius lagi? Memang terpaksa jugalah Farina mengikut kehendak mereka.

"Hahaha! Kau ni daripada dulu memang keras kepala kan? Suka hati lah. Aku dah puas memujuk, tapi kau tak nak. Lainlah prince charming datang mendukung kau bawak pergi klinik tu." Hawa pula bersuara.

Farina tergelak.

"Kalau prince charming dukung aku, tak termasuk dalam klinik aku tau," Gurau Farina pula.

Alhamdullilah, topik ke klinik lenyap begitu sahaja.

"Hahaha! Kalau kau ada masalah, cerita dekat kitorang. We're open ear. And please, jangan simpan dan pendam. Jangan rahsiakan sesuatu dekat kitorang. Kitorang sayang kau tau! Sahabat till jannah!"

Farina tergelak. Cuba untuk mengusir rasa sedih dalam hati. Sungguh berat untuk meninggalkan mereka.

Ya Allah...

Begitu berat ujian yang engkau berikan...

**********

"Kenapalah sakit sangat ni?" Farina mengurut kepalanya yang terasa berat, bagaikan batu menghempap diatas kepala dia.

Lepas solat maghrib, kepala Farina terus berdenyut. Makin lama, makin kuat.

Dan masuk hari ini, sudah empat hari Farina tidak makan nasi. Hanya mengenakan roti sahaja. Itupun beberapa cubit. Langsung tak ada selera untuk makan.

Ya Allah... Mungkin sudah tiba masanya?

**********

 "Korang perasan tak?" Soal Nabila.

"Perasan apa?" Soal Nisa pula.

"Yang Farina tu, semenjak dua menjak ni, tak makan. Asyik bangun solat pagi dan langsung tak tidur." Nabila bersuara.

Yang lain semuanya mula rasa risau.

"Yalah, tapi bila aku tanya, dia kata dia okay." Izzatul mencelah.

"Aku risau ni." Hanis mula rasa risau.

"InsyaAllah, dia okay. Mungkin dia ada masalah, tapi dia tak bagitahu kita. Korang macam tak kenal dia, suka sangat pendam." Hawa yang dari tadi senyap, terus bersuara. Cuba untuk menenangkan mereka semua.

"InsyaAllah." Balas mereka serentak.

"Eh, jap! Bunyi apa tu?"

Mereka semua bergegas naik ke atas, dan terus masuk ke dalam bilik Farina.

"Ya Allah!" Masing-masing tergamam.

*********

Assalamualaikum..

Hai korang!

Apa-apapun, senyum-senyum je bila baca surat ni. Jangan menangis tau! Sebab, mungkin bila korang baca surat ni, aku dah tak ada. Mungkin sudah menghadap Ilahi.

Aku minta maaf, sebab tak beritahu perkara yang sebenar. Tapi, aku tak sanggup nak tengok korang semua menangis sebab aku. Jadi, biarlah aku sahaja yang tahu. Ya, memang aku keras kepala, degil dan jenis yang suka sangat pendam dan simpan rahsia. Tapi, aku buat semua ini untuk korang, supaya korang tak menangis dan tak risaukan tentang aku.

Aku sebenarnya, sakit kanser paru-paru. Doktor cakap, aku cuma ada berapa bulan nak hidup, mungkin sebulan sahaja. Tapi, mungkin aku akan pergi awal. Sebab itu, korang nampak aku selalu tak tidur. Sebab, aku sedang bersiap-sedia untuk menghadap Allah.

Jangan nangis! :'))))

Senyum! :))))

Terima kasih, sebab selalu jadi yang terbaik untuk aku. Terima kasih jadi sahabat aku. Terima kasih kerana selalu mengambil berat tentang aku. Terima kasih, untuk segala-galanya. Maafkan aku jika aku tersalah, atau silap itu dan ini. Apa-apapun, kesalahan korang, aku dah lama lupakan. Dan aku dah maafkan.

Kalau korang rindu aku, selalu solat. Ingat, jangan pernah tinggal solat!

Aku sedih sangat bila dapat tahu pasal penyakit aku. Tapi, siapalah aku untuk menolak takdir kan? Bila doktor kata, aku dah tahap sangat membahayakan, aku makin sedih. Aku sedih sangat nak tinggalkan korang. Sebab, korang adalah yang terbaik untuk aku. Hidup aku yang sebelum ni kelabu, kini menjadi warna-warni sejak hadirnya korang. Terima kasih kerana gembirakan aku selalu!

Lagi-lagi, bila korang sebut pasal "Sahabat till jannah". Aku sedih sangat. Aku tak dapat nak luangkan masa yang lebih lama untuk korang. Tak apa, aku akan sentiasa ada di atas sana :)))))))))))

Semoga korang berbahagia selalu. Ingat, aku pergi pun sebab memang dah ajal aku untuk pergi. Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Jadi, korang kenalah redha! 

Senyum!

Semoga mendapat keberkatan dan kebahagian. 

Ingat, senyum boleh menghilang segala duka. I love you always my friends!

Aku akan selalu ingat korang, insyaAllah.

Terima kasih!

Senyum!

Jangan menangis!

Janji dengan aku, jangan menangis ya bila korang teringatkan aku? Janji ya?

Aku sayang korang, Fatin, Nabila, Hawa, Izzatul, Hanis, Nisa.

Yang benar, Sahabatmu Farina.

**********

Masing-masing menangis.

"Apa ni, kita tak boleh menangis! Farina kan suruh kita senyum?" Fatin bersuara, tetapi masih lagi dengan tangisan.

Mereka semua tersenyum.

Hidup perlu diteruskan. Yang pergi, biarkan ianya pergi. Cuma, kita perlu berdoa yang terbaik untuk mereka semua yang sudah menghadap Ilahi.





p/s : Cerita ni tak ada kena mengena dengan sesiapa. Hanya rekaan. Semoga terhibur!
p/s 2 : Nama rakan Farina dalam cerita ni semuanya nama kawan aku. Hehe!

Thursday 12 June 2014

Cerpen : Benci ke Cinta?

"Aku benci kau!"

"Kau fikir aku suka kau sangat ke?"

"Kalau tak suka, janganlah datang jumpa aku!" Aku membentak, sambil mengetuk meja. Bengang.

"Kau fikir aku jumpa kau untuk tatap wajah kau yang buruk tu ke?" Afham mendengus.

"Eh hello! Ciptaan Allah kau jangan sesekali kutuk okay! Nilah payahnya cakap dengan orang yang tak reti nak bersyukur." Aku tayang muka menyampah.

Memang, dari kecil lagi aku benci dia! Bagaimanalah boleh ditakdirkan untuk berjumpa lagi ni? Kata orang, ini adalah jodoh. Ah, tidak!

Muka dia tiba-tiba tersentak. Kemudian mukanya kembali tegang. Aku lihat muka dia yang merah. Menahan bengang lah tu. Apa dia fikir aku tak bengang ke tengok muka dia? Ingat dia seorang sahaja yang boleh ada rasa 'marah'?

"Apasal senyap? Dah kalah?" Aku ketawa sinis.

"Ah sudah! Aku benci kau forever and ever! Perbincangan kita tamat. Ni semua kau punya pasal, daripada mula kita jumpa tak bincang-bincang pun sampai sekarang!"

Aku mengajuk kata-kata dia.

Siapa suruh ungkit benda lama? Memang aku marah lah. Huh! Dah tak bincang, nak salahkan oranglah pula. Dia yang mulakan dulu.

"Whatever, aku pun tak suka tengok muka kau. Kau kata dah tamat kan? So, lebih baik aku pergi." Aku mengangkat punggung. Tidak betah duduk lama-lama di situ. Boleh terkeluar mata, akibat meluat yang teramat sangat.

"Oh ya, alang-alang kau yang orang terakhir duduk sini, kau bayarkan air aku tu ya. Thanks, bye. I hate you."

Aku terus berlalu. Sempat lagi aku pusing ke belakang, mahu lihat muka dia menahan kerenah aku. Dia masih lagi memandang aku dan, mengetap bibirnya. Ha ha ha! Padan muka!

**********

Peristiwa semasa aku berumur 6 tahun kini bermain di fikiran...

"Buat apa tu?" Lembut sahaja aku menegur Afham.

Dia memandang aku dari atas hingga bawah. Aku pula tersenyum. Tiba-tiba sahaja dia menjeling. Aku berkata-kata dalam hati, 'sombong betul budak ni, mentang-mentang anak bandar.'

"Hai, saya Fadhlina." Aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Sikit pun tidak diendahkan oleh dia.

"Afham," Balasnya pendek, tanpa memandang aku.

Aku masih lagi belum berputus asa untuk memikat dia. He he he, kecik kecik pun ada perasaan cinta okay!

"Seronok tak duduk bandar?" Aku bertanya kepada budak yang baru aku kenal itu. Sebenarnya budak itu adalah rakan baik ayah aku. Ibu bapanya menatap sementara di rumah ayah aku, katanya ada kerja sedikit di kampung aku. 

Dia masih senyap, masih khusyuk dengan permainannya, 'batman' nya itu. Aku sekadar memerhati. Sedih juga apabila aku buat baik tetapi tidak diendahkan oleh dia.

Ibu selalu berpesan, buat baik dengan semua orang walaupun orang itu buat jahat dengan kita.

"Nak main sekali boleh?" Soal aku lagi. Teringin juga main dia punya permainan, walaupun mainan lelaki.

Aku terdengar yang dia mendengus. Tetapi masih lagi boleh ditangkap apa yang dikatakan oleh dia. Sedih, orang buat baik, dikatanya aku ni sibuk nak ambil tahu hal dia.

"Mesti best kan duduk dekat darjah satu?" Aku bertanya lagi. Tak mahu putus asa.

"Sibuk betullah," Sekali lagi dia kata aku 'sibuk'. Ish, bengang pula rasanya!

Aku terus mengambil telefon mainan dia dan membawanya lari. Saja mahu ambil perhatian dia. Biar dia tahu, aku ini punya hati dan perasaan. Aku bukannya patung yang boleh bercakap tanpa perasaan tu!

"Bagi baliklah telefon aku!" Aku ketawa terbahak-bahak.

Eleh, mainan aje pun!

"Bagi baliklah!"

Kepalaku terasa berat, peningnya lain macam. Sudahlah sejuk lain macam.

**********

Sedar sedar sahaja aku sudah berada di dalam hospital. Erk! Hospital? Ah, tidak! Aku benci bau ubat!

"Kenapa Fad boleh ada kat sini?" Aku bertanya ibu aku. Kelihatan ibu, ayah, along, makcik Zuna berada di sisi aku. Cuma Afham sahaja duduk di kerusi sambil membaca buku. Eh, rajin pulak?

"Fad okay sayang?" Ibu menyoal.

"Sayang tak apa-apa kan?" Kini, ibu Afham, Makcik Zuna pula bertanya.

Yang lain hanya mengangguk, mengiakan pertanyaan ibu dan makcik Zuna.

Aku hanya memerhati semua orang, kemudian mata aku terarah pada Afham yang sedang mencebik benci apabila ramai yang mengambil perhatian terhadap aku, bukannya dia.

Aku sekadar mengangguk, bagi menjawab soalan-soalan mereka. Kepala aku masih lagi terasa berat lain macam. Aku cuba untuk bangun, tiba-tiba sahaja kepala aku sakit.

"Aduhhh!" Aduh aku.

"Dah tak payah bangun, baring aje. Fad kena tinggal dekat sini dalam dua atau tiga hari." Ibu menyuruh aku supaya untuk baring.

"Macam mana Fad boleh ada dekat sini?" Soal aku, hairan.

Aku cuba mengingati kejadian sebentar. Baru aku ingat, Afham menolak aku jatuh ke dalam sungai. Dan serta-merta mata aku terasa berat dan kepalaku pening.

"Fad jatuh dalam sungai tadi, sampai berdarah kepala." Makcik Zuna memberitahu aku sambil matanya menjeling ke arah Afham yang khusyuk membaca buku.

Eh, sini tempat untuk melawat bukannya tempat untuk baca buku! Gumam aku dalam hati.

"Siapa yang tolak Fad?" Sengaja aku tanya soalan itu. Biar semua orang sebut nama dia, dia buat kesalahan kan. Bukannya mahu minta maaf.

"Afham lah, sampai berdarah kepala Fad. Nasib baik tak jadi apa-apa tau! Makcik geram betul dengan dia ni tau!" Makcik Zuna memarahi anaknya, Afham. Kesian pula tengok Afham kena cubit telinga oleh ibunya.

"Sudahlah kak... Janganlah marah budak tu, mungkin dia tak sengaja ke.." Ibu memujuk makcik Zuna.

Ibunya memaksa Afham meminta maaf. Aku hanya memerhati dia datang ke arah aku. Muka masam aje, ikhlas ke tak dia ni?

"Sorry," Amboi senangnya?

Dia tolak akusampai jatuh ke dalam sungai, sampai berdarah segala. 'Sorry' aje dia cakap? Senangnya?! Sudahlah minta maaf muka langsung tak pandang, muka pula macam ikhlas.

"Ya saya maafkan." Ah, hati kata lain bibir tutur benda lain. Sudahlah, baik aku maafkan sahaja. Lagi pula, aku memang berminat mahu berkawan dengan Afham. Hm..

"Ikhlas ke tak Am? Salamlah!" Ibunya memarahinya sekali lagi.

Aku pula makin kesian tengok dia.

"Semua orang sayang dia lebih!" Afham berlari tanpa menyalami aku dahulu. Merajuk ke apa?

"Afham! Afham!" Makcik Zuna menjerit nama anaknya. Tetapi tidak pula mengejar Afham yang hilang entah ke mana. Mungkin mahu mengajar anak tunggalnya itu.

**********

"Ni semua kau punya pasal!" Tiba-tiba sahaja Afham mengamuk, dah kenapa?

"Eh, kenapa pulak salah saya?" Soal aku, sudahlah aku ini baru berumur enam tahun, memang makin bingunglah jawabnya.

"Sebab kau, aku kena tinggal dekat sini tiga minggu!" Marahnya lagi. Aku ketawa sinis.

"Siapa suruh tolak saya jatuh dalam sungai!" Nah, kau cari pasal dengan aku. Terimalah akibat dia.

"Ah! Aku benci kau!" Dia mengangkat tangannya untuk menampar aku.

Aku sudah tidak tahan lagi, air mata aku merembes keluar. Orang buat baik, dia balas jahat. Dalam hati, sumpah seranah, aku akan benci dia juga!

Belum sempat dia menampar aku, papanya datang menyergah. "Afham ni nak jadi kaki pukul ke?!"

Mukanya bengis, menahan marah. 

Aku terus menangis dan menangis. Entah kenapa hati ini pilu. Aku ikhlas mahu berkawan dengan dia, tapi dia layan aku macam sampah. Seolah-olah aku tidak pernah wujud di mata dia. Sudahlah aku baru sahaja keluar dari hospital, tadi.

Aku nekad, untuk benci dia juga. Sudahlah dia tolak aku jatuh ke dalam sungai, sampai berdarah kepala. Tapi aku sikit pun memarahi dia. Kali kedua, dia mahu menampar aku pula. Ini sudah melampau. Ya, hati aku sudah tutup untuk dia!

Aku benci Afham selama-lamanya!

*****************

"Kenapa Fad dah tak berkawan dengan Afham?" Soal ibu, ayah pula sekadar memerhati.

"Dah Am yang tak mahu kawan dengan Fad! Fad benci Afham!" Aku membentak.

Serentak itu, makcik Zuna dan Afham terdengar aku menjerit.
 
"Kau fikir aku suka sangat ke dekat kau?!" Marah Afham pula.

"Ah, kau benci aku sekalipun, bukan urusan aku dah!" Bentak aku lagi. Kini, tidak ada lagi tutur kata yang sopan, semuanya kasar sahaja.

"Dah, dah jangan gaduh!" Ibu cuba menenangkan keadaan.

Aku menahan marah. Apalah yang aku buat sampai dia marah sangat dekat aku? Aku cuma mahu berkawan sahaja, kalau beginilah perangai dia, sampai ke tua tak ada isteri!

"Aku benci kau! Sampai besar kau takkan dapat isteri!" Marah aku lagi. 

"Eh, kau pun takkan dapat suami, dahlah tomboy!"

Ini lebih, dikatanya aku ini tomboy. Aku cuma kasar, bukan tomboy okay!

"Diamlah! Ahh! Sampai bila-bila aku akan benci kau!"

Aku menghentak kaki aku dan terus naik ke atas masuk ke dalam bilik. Benci Afham sampai bila-bila!

*********

Sepanjang Afham berada di rumah orang tua aku, sedikit pun aku tidak maniskan muka. Kecuali ibu dan bapanya sahaja. Buat apa manis muka pada orang yang aku benci?

Simpang malaikat empat puluh empat lah!

Dan, dalam mimpi sahaja! Itu pun kalau aku nak muncul dalam mimpi dia. Uh!

***********

"Wah, wah! Doktor Fadhlina kita ni dah nak kahwin lah!" Terkejut aku. Tiba-tiba sahaja rakan-rakan kerja aku menjerit namaku. Kejap!!! Mana mereka tahu aku bakal berkahwin ni?

Ah, sudah!

Aku mahu rahsiakan pernikahan ini, tapi siapa pula yang bagi tahu?

"Err, mana kamu semua tahu yang saya bakal berkahwin nanti?" Soal aku, berani.

Haduhh, soalan 'berani-mati' betullah aku ini. Buat apa tanya? Nanti tak pasal-pasal mereka syak aku ini mahu sorokkan perkahwinan pula.

Muka mereka semuanya berkerut. Haa, sudah! Tolonglah jangan cop aku title 'rahsiakan pernikahan' pulak. Memang aku nak sorokkan, tapi janganlah sampai terbongkar. 

"Kami dapat kad jemputan, tapi tak tahulah siapa yang bagi. Handsome orangnya," Fuhhh! Aku menghembuskan nafas. Nasib baik!

"Handsome?" Berkerut dahi aku. Siapa pula yang 'rajin' sangat hantar kad kahwin aku ni?

Dan, dan kad kahwin aku dah siap ke? Ibu dengan ayah ada upah orang hantar kad kahwin ke? Ish, misterinya!

"Ha'ah, handsome! Nasib baik saya dah ada tunang. Kalau tak..... Aish! Macam manalah dia boleh jadi penghantar kad kahwin handsome-handsome macam tu? Tak sesuai langsung!" Bebel Syakirah, seorang nurse. Tidak bertudung, dan sangat cantik.

"Ish awak ni Irah! Rezeki kan di mana-mana? Mana tahu dia suka dengan pekerjaan dia tu. Sudah, sudah. Asyik bergossip aje, pergi buat kerja." Aku memberikan ceramah free aku kepada mereka.

Majoriti semuanya perempuan di situ.

"Hehe, baiklah doktor. Apa-apa pun tahniah! Mesti handsome bakal suami doktor kan, tahniah. Kami pergi dulu. Assalamualaikum."

Aku hanya tersenyum. Habis semua orang keluar, aku mencebik benci. Handsomelah, tapi hati tak handsome! Ah, aku benci dia! Apa-apa pun, aku kena juga terima dia. Pasrah sahajalah...

**************

"Kau ingat eh, kita ni kahwin sebab orang tua kita aje. Kalau tak, tak ingin aku."

Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu. Walaupun 'pedas' juga ayat dia, tapi aku bersabar. Dia kini sudah menjadi suami aku.

Oh ya! Pasal orang handsome yang kononnya menghantar kad kahwin aku tu, sebenarnya itu adalah suami aku sendiri. Ha ha ha! Entah sejak bila dia jadi 'postman' tak berbayar pun tak tahulah. Mahu terlopong mulut semua orang bila orang yang kononnya handsome, hantar kad kahwin tu sebenarnya adalah suami aku. Huhu!

Majlis bersanding kami buat selepas tiga bulan bernikah. Kalau boleh aku mahu lagi lama. Tapi, ibu pula yang tidak mengizinkan.

"Tak payah senyum sangat, bukannya manis pun," Sindir.

"Tak apa, senyum kan sedekah. Kenapa? Kau takut tergoda ke apa?"

"Oh please! Ramai lagi awek cun dekat luar sana nak dibandingkan dengan heng-ko." Dia ni dah kenapa? Ber hengko-hengko pulak. Cakap macam biasa tak boleh ke?

"Tapi hakikatnya, sampai sekarang kau masih tak ada girlfriend," Aku pula bersinis dengan dia. Padan dengan muka tu! Harap je handsome, huh! Eh, bagi awek-awek di luar sana memang handsome, tapi aku TIDAK!

Dia agak terkejut dengan kata-kata aku. Hah, kantoi lah tak ada makwe!

"Eleh, kau pun bukannya ada pakwe pun." Dia pula bersinis dengan aku. Siap senyum, ketawa sinis lagi. Amboi, se-pakej nampak?

"Ada, kau lah pakwe aku. Malah, suami aku lagi." Selamba. 

"Sudahlah, malas aku nak layan kau ni! Harap je lawa tapi hampeh!"

"Eh, kau puji aku lawa? Eh? Eh?" Aku sudah tersenyum nakal. Dulu, bukan main lagi kata aku ni buruk lah, comot lah, tak pandai bergaya lah. 

Ek eleh, aku tak buruk! Cuma malas nak ber-makeup aje. Buat apa pakai make-up? Buat semak muka sahaja. Cukuplah lip gloss dengan bedak johnson pun sudah memadai okay!

"Mana ada, aku kata kau buruk dan hampeh!" Balas dia, kelam kabut nampak? Ni makin galak aku nak kacau kau ni!

"Eleh, cakap jelah aku ni cantik. Apalah baby ni." Sengaja aku tekankan perkataan 'baby' tu. Ha ha ha! Merah padam muka dia, marah ke malu? Hiks!

"Eii, dahlah! Malam ni kau tidur sini, aku ada kat bilik sebelah. Kalau ada masalah settle kan sendiri. Dan kalau ada orang cuba buat apa-apa dekat kau, roger-roger aku di bilik sebelah." Dia ketawa sinis.

Hek eleh! Roger-roger konon, silap-silap aku kena penampar dekat muka sebab kacau dia tidur. Huh!

"Kalau ada orang kacau aku pun, kaulah orangnya." Selamba, sinis. He he! Kesian pula suami aku ni, terkena oleh isterinya pada 'malam pertama'.

"Menjawab!"

"Eh, kejap! Aku tidur dengan kau malam ni," Aku terus berlalu ke biliknya, tanpa banyak bicara. Aku terus menyusun baju-bajuku di dalam almari biliknya.

"Eh, kau ni tak faham bahasa ke apa? Kan aku kata kau tidur di bilik sebelah, bukan sebelah aku!" Bentak Afham a.k.a Suami Aku Yang Kureng Siuman. Ho ho ho!

"Dan, awak tak faham bahasa ke? Kan saya kata saya nak tidur di sebelah awak, bukan di sebelah bilik awak," Selamba. Dan serta merta panggilan aku terhadap dia telah berubah.

Mulut ni ha! Nak cakap 'kau' dengan 'aku' tak boleh, sebab hati melarang. Aduhai!

"Fine!!! Kau nak hempap atas aku pun aku tak kisah!" Marah dia.

"Oh really? Jangan marah kalau saya peluk awak malam ni. Awakkan bantal peluk saya? Nikmat tu," Gurau aku. Lantak kau lah Labu, nak pot-pet-pot-pet dua puluh empat jam sekalipun, aku tak kisah. Janji, tugas aku sebagai isteri aku laksanakan walaupun masih ada 'biadap'nya. Hehehe.

"Whatever! Dan sejak bila kau bertukar panggilan ni?" Dia bertanya.

"Sejak darling jadi suami ayang lah," Ha ha ha! Makin kuat pula aku menyakat dia. Jangan marah suamiku! Memang aku gurau, tapi aku memang maksud kannya. Biarlah nak ber'ayang-ayang' sekalipun, janji dah halal!

"Ewww" Dia tayang muka menyampah dan terus berlalu. Aku pula sekadar tersenyum mengejek. He he he! Terkena sudah ya cik abang sayang? Bahagia pula rasanya bila musuh aku, jadi suami aku! Huhuhu!

**********

"Diam boleh tak?"

"My head's under water, but I'm breathing fine, you're crazy and I'm out of my mind....." Aku terus menyanyi dan menyanyi tanpa menghiraukan si suami.

"Ish, kau ni! Pagi-pagi dah melalak! Diamlah!" Dia terus menguatkan volume televisyen. Eleh, fikir aku kisah ke? Hi hi hi!

"Well, open up your mind and see like me,
Open up your plans and damn you're free.
Look into your heart and you'll find love, love, love, love.
Listen to the music of the moment, people dance and sing, we're just one big family
And it's our God-forsaken right to be loved, loved, loved, loved, loved"

Lagu daripada Jason Mraz pula aku nyanyi. Maksud 'love-love-love-love' aku tu sebenarnya untuk suami aku lah! Ha ha ha!

"Fadhlina!!!" Dia merengus dengan kasar. Aku pula tergelak, tengok muka dia yang cemberut tu. Sumpah kelakar!

"Daripada kau melalak, baik kau masak. Perut aku dah berdangdut dah." Mata dia masih lagi menatap di skrin televisyen.

"Eh? Kenapa tak tak gelek sama?" Aku ketawa, kelakar pula 'lawak' suami aku ini! 

"Ish! Aku laparlah, tolonglah masak..." Rengeknya manja. Aku hanya sekadar tersenyum manis. 

Apalah kau ni Fadhlina, tak habis-habis layan lagu. Tapi makanan untuk suami sendiri pun tak masak-masak lagi! Buatnya dia cari yang lain? Naya kau! Tak sampai dua hari kahwin. Ish ish..

"Abang nak makan apa? Cakap je, Lina masakkan."

Dia menarik muka pelik dan masam apabila aku duduk di sebelah dia sambil mengurut kakinya. Ish, orang nak bagi layanan first class pun buat muka pelik!

"Abang? Lina? Urut kaki? Kau kena sampuk ke?" Soalnya pelik. Tangannya diletakkan di atas dahiku.

Aku segera menepis tangan dia.

"Tak adalah, Lina nak bagi layanan terbaik untuk abang ni. Cepatlah, abang nak makan apa?" Mulutnya terlopong bila aku cakap pasal 'layanan terbaik'. 

"Err, abang.. Eh, aku nak nasi goreng kampung ajelah." Mulutnya sedikit tergagap.

"Okay! Siap boss!" Kakinya segera aku letakkan kembali di bawah. Dan sempat lagi aku meng 'hadiah' sebuah kucupan di kiri dan kanan pipinya.

Dan sempat lagi memandang wajahnya yang terkedu, terkejut dengan perangai aku. Aku segera berlari masuk ke dapur. Takut juga kalau dia marah, hehehe jangan marah ya abang!

Selang beberapa minit, makanan telah pun terhidang. Dan kelihatan cik abang sayang aku sudah pun terlelap. Penat sangat lah tu. Kesian pula aku tengok dia. Sudahlah tak ada sarapan pagi, manalah tak penat kan...

"Sayangku! Makanan dah siap!" Jerit aku mesra, sambil membelai pipi dia.

Entah kenapa, terus lesap perasaan benci aku kepada dia.

"Err, kau buat apa ni?!" Tanya si dia. Aku pula tersenyum,

"Lina cium dahi abang tadi, kenapa? Kitakan dah halal?" Sengaja aku kenyitkan mata aku. Ingin menggoda si suami. He he he!

"Erk?! Patutnya lelaki buat macam tu, tapi ni terbalik pulak. Ada-ada ajelah kau ni." Dia tergelak kecil.

"Hahaha, sudahlah. Jom makan, makanan dah siap tu. Ke nak Lina suapkan?" Aku angkat kening aku.

"Boleh jugak," Balas dia, dengan senyuman nipis. Manis pula tu! Melting pulak aku tengok!

"Okay,"

"Aaaaaaaa..." Suapan itu aku masukkan ke dalam mulut dia. Hm, berselera sungguh aku tengok dia makan. Bila pula turn aku nak makan? Asal nak suap untuk aku aje, dia nganga mulut, asal turn aku aje, dia nganga mulut. Hailah suami aku ni!

"Sedap bang?" Dia mengangguk, masih lagi mengunyah makanan.

"Manjanya abang ni kan?" Dia mengangguk lagi. Khusyuk sangat ni. Masalah ni lah nak kenakan dia, hehehe!

"Do you love me?" Dia mengangguk lagi.

"Betul ni?" Soal aku lagi, dia ni daripada angguk-angguk, entah sedar ke tak apa yang aku cakap. Aku cuma kenakan aje, kot kot lah dia serius...

"Ya, aku sayang kau sebab kau masak sedap!" Balas dia, sambil tergelak.

"Ish! Awak makanlah sendiri!" Marah aku, ingatkan betul-betul. Kalau betul kan heaven...

"Hahaha merajuk ya Puan Fadhlina?" Aku mencebik.

"Mana ada,"

"Ada."

"Tak adalah!"

"Ada!

"Ish mana a....."

"Lain kali lawan cakap suami lagi, nak kena lagi? Aku boleh je bagi, nak lebih pun tak apa. Aku sentiasa on," Balasnya, sambil tersenyum mengejek.

Aku pantas menggeleng. Terus jari aku menyentuh bibir aku, masih lagi terasa hangat bibirnya. Ah, gila!

***********

Genap dua bulan lebih aku menjadi isteri kepada Muhammad Afham bin Azham. Dan selama dua bulan lebih lah, hubungan kami bertambah baik. Walaupun panggilan dia dengan aku masih lagi kasar. Tapi, manjanya bukan main lagi!

"Nena, esok majlis kita. Kau dah bersedia?" Ya, Nena. Entah apa maksud 'Nena' tu pun aku tak tahu. Main sesedap mulut dia aje panggil aku nama sebegitu. Tapi aku biarkan sahaja, asalkan dia bahagia.

"InsyaAllah, abang dah bersedia?" Soal aku, lembut. Kalau dia masih lagi belum boleh terima aku sebagai suri hidupnya, tak apa aku pasrah. Aku yakin, jodoh yang Allah tetapkan untuk aku ini adalah yang terbaik.

"Dah..."

"Ohh.."

"Malah.."

"Malah?" Soal aku, pelik. Siap ber 'malah-malah' lagi.

"Malah, aku dah bersedia lakukan tanggungjawab aku..."

"Tanggungjawab?" Soal aku lagi, hairan.

"Tanggungjawab abang sebagai suami kepada isteri."

Tangannya terus melingkar di pinggang aku. Aku membalas pelukannya itu.

"Tak sangka, orang abang benci dulu, buat hati abang berdebar-debar." Dia tersenyum manis.

Aku membalas senyuman itu, "Haha, tulah jual mahal lagi." Pantas jarinya menarik hidung aku.

"Tulah, menyesal abang jual mahal. Hm, sayang..."

"Ya?"

"Terima kasih terima abang, walaupun abang benci sayang dulu.."

"Not a big deal my husband. Lagipun, memang sudah takdir Lina dengan abang." Aku membelai lembut rambut dan pipinya. Dia pula tersenyum manis, dan menghadiahkan aku kucupan di dahi aku.

"I love you, my Fadhlina."

"Love you too."

-TAMAT-

Fuh, alhamdullilah siap jugak! Penat memikirkan idea, penat mengarang. Cececece. Thanks for reading. Bye, assalamualaikum.

Tuesday 10 June 2014

Cerpen : Seniorku, Suamiku!

Terbaru (6/6/2015) : Cerpen ni cerpen pertama. Cerpen yang pertama kan macam bosan sikit en hahaha. Decided nak buat chapter 2 untuk tajuk cerpen yang ini. Jadi, tunggulah chapter 2 ya. Memandangkan ramai yang minta part sedih, in shaa allah aku cuba untuk letakkan part sedih dalam cerita ni. Selamat membaca! Thank you for your support. Cerpen ni banyak rating tak sangka :')

 

Aku melangkah dengan penuh berhati-hati. Risau juga aku kalau-kalau terjatuh, siapa nak selamatkan? Lainlah kalau ada pujaan hati si 'manis cuka' aku tu datang selamatkan aku daripada terjatuh. Hiks!

"Kau ni apasal slow sangat hah?" Sergah suara itu. Ah, Laila ini! Sabarlah.

"Kau nak ke kawan kau yang kiut miut ni terjatuh? Dahlah lecak, slow-slowlah. Bukannya ada hantu kat belakang tengah kejar kita pun!" Tempelak aku. 

"Masalahnya sekarang ni, kau orang paling depan sekali. Tapi jalan macam siput. Siput pun kalah tau! Budak kat belakang tu dah bising-bising dah. Farhana, Farhana!"Aku mendengar sahaja "makcik" di belakang aku ini membebel.

"Yelah! Aku lari!" Aku merajuk dengan kata-kata Laila. Aku terus membuka langkah seribu. Susah betul masuk kem pengawas ini, semuanya mahu cepat sahaja! Gumam aku dalam hati.

"Farhana!!!" 

Eh? Apasal semua orang jerit nama aku ni? Aku berkata-kata dalam hati. Dia tidak dapat menahan lagi kesakitan, mata aku terus terpejam rapat.

*************

"Aku kat mana ni?" Pelik.

Macam pernah ku lihat tempat ini! Tapi di mana ya? Aku berkata-kata dalam hati.

"Kau dekat dalam dorm lagi. Tadi kau terjatuh..."

"Kau jatuh atas aku pulak tuh." Terdengar suara garau yang menegur. Eh? Ni kan dorm perempuan?!

Aku terus memeriksa keadaan diri aku, takut-takut kalau ada yang "cacat-cela" ataupun tudung tak pakai ke, tak ke naya?

"Err, awak buat apa kat sini?!" Terkejut, rupanya suara garau itu adalah suara si 'manis cuka' aku. Heh, nak gembira ke nak marah ni? Gembira sebab dia ada masa aku pengsan. Marah sebab dia masuk dorm perempuan. Ish serabut!

"Kau jatuh atas aku tadi! Nasib baik tak berat mana, huh!" Kedengaran dia mengeluh kuat. Sinis pulak tu. Tiba-tiba hati ini rasa sebak. Benci sangat ke dia dengan aku?

"Errr, sorry! Saya tak sengaja tadi." Terus aku menjeling ke arah Laila, seakan-akan membuat isyarat "semua-ni-kau-punya-pasallah."

Laila menunjukkan lidahnya. Mataku kini melirik pula ke arah si 'manis cuka' aku seorang ini. Pada mulanya dia memandang aku, lepastu cepat-cepat matanya melirik ke tempat lain. Eh, dah kenapa?

"Lain kali, kalau kau nak berlari tengok depan bukan belakang. Nasib baik kau langgar aku, kalau kau langgar pokok nanti siapa nak jawab?"

Eh?! Peliknya.

"Kalau saya jatuh terlanggar pokok pun awak peduli apa," Perlahan aku berkata, takut kalau terdengar, mati aku.

"Kalau apa?" Soal dia, pelik. Mukanya berkerut. 

Aku hanya menggeleng. Mata masih lagi tidak memandang ke arah dia. Malu! Patutlah mata rasa berat dan terasa macam aku ni ada hempap badan seseorang. Rupanya dia?! Err, malunya!

"Tak ada apalah," Balas aku, masih lagi perlahan.

"Kau ni kehilangan suara ke?" Sinis dia bertanya. Sikit pun aku tak terasa. Nasib baik kau ni 'mai cuitheart'. Ha ha ha! Gediknya kau ni Ana!

"Pape je lah kau ni. Daripada angguk-geleng-angguk-geleng, kau nak jadi teleng ke apa? Dah dah jangan banyak cakap lagi, makan ni cepat!"

"Awak yang asyik membebel, nak marah orang pula." Tak puas hati. Tapi aku menasihati diri aku supaya bersabar. Hish!

"Menjawab. Nah makan, tak perlu nak suruh aku suap kau." Selamba dia berkata.

Ni yang buat aku benci ni! Sikit-sikit sinis, sikit-sikit sinis. Tak ada ke yang sopan-sopan sikit? Takkan lah pasal kejadian dulu, dia nak marah melebih? Hm...

"Tak suruh pun awak suap.." Bagaimana selamba dia, begitulah selamba aku.

"Menjawab! Makan jelah!" Mengarah. Sikit-sikit mengarah. Tahulah orang nak makan.

Aku terus mengambil sudu. Belum pun sempat ingin menyuap, tiba-tiba ada orang menegur.

"Fahmi! Buat apa dekat sini?" Seorang fasi perempuan, Kak Irah menegur. Mungkin terkejut kerana ada budak lelaki berada di dalam dorm perempuan.

"Tadi budak ni pengsan, saya tolong hantarkan makanan untuk dia. Lepastu tak nak makan pulak, mengada!" Dia menuduh. Amboi, tahulah benci tapi janganlah tunjuk sangat depan aku. Haa, sadisnya hidup...

"Mana ada kak! Saya baru nak suap, lepastu... Hehe, lepastu akak datang. Tak tersuap lah nasi ni. Hehehe.." Sengih.

"Ni nak kata akak mengacau korang berdating lah ya?" Kak Irah bergurau, sambil tersenyum mengejek.

"Eh mana ada!"

"Tak ada maknanya! Tak ingin saya nak dating dengan budak ni. Eeee." Fahmi menunjukkan muka menyampahnya.

Sudah-sudahlah tu panggil aku budak. Tahulah kau tu tua 3 tahun... Nasib aku terpikat dekat kau, kalau tak... Dah lama aku hempuk dengan bantal aku ni!

"Hahaha... Dah dah, Fahmi keluar sekarang! Sesi menghantar makanan untuk makwe dah habis. Sekarang ni biar akak yang jaga Farhana pulak. Dah, pergi! Jangan sibuk nak jadi perempuan pulak dekat sini." Panjang lebar Kak Irah membebel.

Aku pula hanya memandang si dia sambil tersenyum menang. Ha ha ha! Kesian pulak tengok si pujaan hati aku ni kena halau. Hiks!

"Ya kak, saya pergi ni.. Lagipun, tak kuasa saya nak duduk dekat sini lama-lama dengan budak katik ni!" Sekali lagi dia menyindir.

Katik-katik pun, aku ini manusia juga! Bukan tunggul! Sepatutnya kau bersyukur sebab aku suka kau yang menyindir 24 jam ni tau!

***************

"Dia hidup lagi tak?"

"Dia dah kahwin ke belum?"

"Dia mesti bahagia kan."

Mengeluh.

Entah kenapa, kenangan 10 tahun dahulu kembali menjelma di mimpi aku, semalam. Selama 10 tahun aku tidak berjumpa dengan dia selepas kejadian di kem, aku terus tidak ada selera makan, mandi tak basah, tidur tak lena. Oh, cinta!

Tak mungkin dia akan suka aku, gara-gara kejadian semasa di sekolah rendah dahulu, aku tertumpahkan nasi lemak di bajunya. Habis terkena sambal. Sudahlah baju dia hanya ada sepasang. Habis mengamuk tak tentu arah dia masa itu. Aku ini baru sahaja darjah dua, mana tahu apa-apa. Lainlah dia yang darjah lima itu.

Itu satu, kemudian terserempak pula di sekolah menengah. Aku fikir dia sekolah lebih hebat daripada aku, tapi rupanya satu sekolah dengan aku! Huh!

Masa aku tingkatan satu, dia berada di tingkatan empat. Aku menuju ke kantin bersama rakan baikku, Laila. Ketika ingin membeli air, ianya memakan masa selama 10 minit. Habis sahaja membeli air, aku terus berlalu pergi. Tanpa memandang kiri, kanan, depan, belakang, aku terus berlalu.

Dan tiba-tiba terlanggar seorang mamat, pengawas pulak tu! Err, malu! Sudahlah aku lambat bertugas, bertemu pula dengan pengawas, dahlah tu, tumpah air di bajunya pula!

"Err, sorry! Tak sengaja, saya nak....."

"Kau?!"

"Erk!"

Terkedu, terkilan, terkejut. 

"Sorry, saya nak cepat tadi!" Aku memohon maaf, tetapi dibalasnya dengan jelingan "maut".

Muka aku menahan malu kerana ditengking oleh Fahmi. Orang lain hanya melihat "adegan" kami di kantin itu. Nasib baik tak ada cikgu...

"Lain kali, kau tak payah jadi pengawas kalau dah lembab semacam!" Sedih sungguh aku mendengar ayat yang keluar daripada bibir lelaki itu.

"Maaf kalau saya kurang ajar, tapi bukan salah saya kalau ramai yang beratur beli air dekat sini! Lagipun, kalau saya mati kehausan macam mana?" Sudahlah aku bertugas di dewan, punyalah jauh. Panas pulak tu! Mananya tak mati kehausan.

"Bukan urusan aku pun!"

"Whatever. Sorry!" Aku menghulurkan sapu tangan aku berwarna merah jambu.

"Sudahlah bro, dia tak sengaja tu. Salah kau jugak, ketawa sampai tak tengok depan." Hah, ada pun yang mem-backup aku. Alhamdullilah!

Huluran yang aku berikan tidak bersambut oleh Fahmi, tetapi disambut oleh rakannya, Ijul.

"Saya pergi dulu, sorry again."

Aku mengeluh. Dua kali aku tumpah makanan di bajunya, dan ada satu kali aku terhempap dia ketika di kem pengawas. Manalah lelaki itu tidak benci aku.....

Tapi, kenapa aku susah nak lupakan dia ni? Kalau dulu aku benci, lepas tu sayang, dan tiba-tiba jadi cinta. Aku sendiri pun tak tahu macam mana "benci" jadi "cinta".

Mungkin kerana aku selalu berjumpa dengan Fahmi, tak ada benda lain selain daripada bertikam lidah. Pernah sekali aku bertemu dia di depan perpustakaan, tiba-tiba dia bersuara

"Buku-buku dalam library ni pun bosan tengok muka kau tiap-tiap hari." Sinis.

"Lain kali makan tu biar berpada-pada, tak pasal-pasal badan kau daripada kering jadi belon. Kalah kucing kat rumah aku nanti." Sinis lagi. Padahal masa tu, aku hanya memakan karipap duit ketul aje kot! huh!

'Ahh, sudah.. Kalau dia benci kau, kau pun boleh benci dia jugak.'

******************

"Nur Farhana Bt Razlan, cepatlah jalan tu! Kau ni daripada sekolah rendah sampai ke University slow aje jalan kan!" Laila membebel macam mak nenek.

"Sabarlah!" Aku terus mengemas buku di atas meja, di perpustakaan. Hari ini, hari pertama aku masuk university bagi mengambil ijazah.

Tanpa memandang depan, aku terus mengatur langkah dan.......

"Aduh!" Habis, hidung aku daripada mancung jadi penyek jugaklah nanti. 

Whoott! Jap, siapa aku langgar tadi?

"Kau lagi! Ish!" Suara itu.... Eh?

"Awak study sini?!" Teruja. Tak sangka pula dia study sini jugak.

"Sorry sikit, aku pensyarah dekat sini."

"Ohhh..." Senyum. Dalam hati dah berbunga, 'kalau-jodoh-tak-kemana' ha ha ha ha!

"Kau ni daripada sekolah rendah, menengah, university asyik langgar aku aje kan!" Dia tak puas hati.

"Dah jodoh, nak buat macam mana..." Suara sengaja aku perlahan, kalau dengar oleh dia, mahu tanam muka aku ni nanti!

"Apa?"

"Mana ada saya cakap apa-apa."

"Dahlah, menyusahkan aku aje."

"Tak terasa."

"Woi Farhana, cepatlah! Kang marah pulak pensyarah kita tu nanti!" Laila ni, mengganggu ketenteraman aku ajelah! Baru aje nak feeling-feeling 'kuch kuch hota hei' dekat lantai ni. Ha ha ha! Dalam perpustakaan pulak tu, amboi kau Ana!

"Coming!"

*****************

"Ana, kau nampak apa yang aku nampak?" Laila bertanya. Aku sekadar senyap.

Berdebar sebenarnya, pensyarahnya terlalu garang. Aku pula jenis yang gerun bila tengok muka yang garang-garang ni. Tetapi aku cuba berlagak tenang di hadapan Laila.

Sebab, orangnya aku sudah kenal berapa kurun lamanya! Jadi, 'gerun-gerun' aku pun, ada terselit rasa gembira didalam hati ini. Gembiralah si pujaan hati jadi pensyarah! Hiks!

"Yang tudung hijau tu kenapa pandang saya macam nak makan?" Soal Fahmi.

Erk! Aku pandang dia macam nak makan ke? Setahu aku, aku pandang dia sambil tersenyum, tak ada pun rupa nak makan dia. Ish!

"Err, nothing sir. Sir ada nombor tak? Sebab kalau kami ada something yang tak faham, bolehlah call sir." Selamba aku meminta nombor telefonnya.

Namun, itu bukan tujuan utama aku untuk meminta nombornya, tujuan aku ialah untuk simpan nombor dia didalam memory. Ha, nampak sangat kau tak ada kerja Farhana!

"Nak nombor ke nak orangnya?" Sekali lagi aku terkena.

Dia ni sengaja nak buat aku malu ke apa? Habis satu dewan ketawakan aku. Termasuk Laila. Ish!

Tarik balik apa yang aku cakap tadi. Tak gembira okay! Tak gembira langsung, dah kerjanya menyindir aku di dalam dewan aje.

Ergh, stress!

***************

"Betul ke apa yang aku dengar ni?" Laila bertanya, terkejut. Tapi dalam senyuman.

"Hm tulah, aku pun masih tak percaya sebenarnya." Pasrah.

Pada mulanya, aku gembira sangat bila ibu kata yang aku akan berkahwin dengan anak kawan ibu, tak lagi dan tak bukan, Fahmi. Memang aku gembira sangat, sampai ibu pun pelik kenapa aku gembira sangat.

Selepas tahu berita gembira itu, tiba-tiba Fahmi telefon aku untuk berjumpa. Lagi bertambah gembira, lagi-lagi Fahmi tahu nombor telefon aku. Huhu!

Jumpa sahaja, hanya aku yang beria-ia. Ingatkan dia akan gembira dengan cadangan ibu aku dan ibu dia utnuk jodohkan kami, tapi tidak.

"Kau kena ingat, aku kahwin dengan kau sebab mummy aku. Kalau tak, tak ingin aku nak isteri macam kau!" Sinis. Memang aku terasa dengan kata-kata itu, tapi aku tetap bertahan.

"Listen here carefully young lady, kau akan menyesal." Senyum sinis, kemudian mukanya kembali tegang.

Sepanjang berjumpa dengan dia, aku langsung tak bersuara.

Gembira, sedih, marah, kecewa. Empat dalam satu perasaan aku.

'Tak apa, aku tak akan menyesal bila kahwin dengan kau. Tapi aku akan buat kau menyesal sebab kau cakap macam tu dekat aku.' Kata aku dalam hati.

Dan sepanjang berjumpa dengan dia, aku hanya tersenyum, manis. Biar dia rasa, apa yang dia cakap tu langsung aku tak hiraukan.

"Hoii bakal pengantin! Apa citer termenung bagai ni?" Laila menyergah.

Aku tersengih.

"Nak kahwin dah kawan aku ni! Aku pasti datang weh!"

*************

"Aku terima nikahnya Nur Farhana bt Razlan dengan mas kahwin RM500 tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Air mata aku terus mengalir. Air mata bahagia. Ibu dan abah memelukku erat. Mereka menangis teresak-esak, mungkin berat untuk melepaskan satu-satunya anak perempuan mereka.

"Kau pakai telekung ke tak?" Bisik si dia, perlahan. Aku pantas menggeleng, pakaian ini sudah memadai. Cukup menutup, tanpa memakai telekung.

"Ok." Ringkas.

Aku mendengar dia membaca doa, sangat menyentuh hatiku. Kalau benar dia membenciku, kenapa begitu syahdu sekali dia membaca doa? Dan...... hampir menitiskan air mata?

Selesai solat, sesi untuk membatalkan air sembahyang. Aku hanya memerhati si suami datang ke arah aku. Selang berapa saat, cincin sudah pun tersarung di jari manisku.

Aku mencium tangan si suami, dan dia menyentuh dahiku sambil membaca doa. Doanya aku tidak dapat didengari kerana terlalu perlahan.

"Tolong jadi isteri yang baik dan solehah buat abang," Bisiknya perlahan. 

Eh, aku salah dengar ke? Rasanya telinga aku ni masih lagi berfungsi dan belum pekak!

Aku tengok sahajanya bibirnya, dia menguntumkan senyuman yang manis dan........ seksi?

"Err, awak cakap apa tadi?" Sengaja aku ingin dia mengulangi ayat-ayat yang dia cakapkan sebentar tadi. Aku cuma mahu meminta kepastian.

"Pekak lagi rupanya." Selamba dia membalas, sinis, menyindir. Huh, menyesal pula aku tanya!

**************

"Farhana..." Si suami memanggil.

"Hm.."

"Duduklah sini kejap," Err, seksinya suara dia.. Ni yang buat aku malu ni!

Aku tak membalas apa-apa. Aku terus mengemas baju di dalam almari. Malam ni aku kena tidur di rumah dia, dan satu bilik dengannya!

"Biy..." Erk?!

Aku sudah menelan liur. Aku belum pekak lagi, tapi betul ke apa yang aku dengar ni? Dulu bukan main sinis lagi dengan aku, tapi sekarang bukan main manja!

Senyap.

"Sayang..."

Senyap lagi. Aku hanya menyepikan diri. Pada masa yang sama, aku sengaja ingin mengacau si suami. Mahu lihat sejauh mana dia melayan kerenah aku. He he he, sorry wahai cik abang sayang sebab dapat isterimu yang nakal lagi kiut miut ni!

"Darling..."

Ha ha ha! Nak aje tergelak! Tapi aku tahankan, kali ini aku mahu jadi sinis pula dengan dia. He he he!

"Farhanaku sayang, honey, darling, baby, wahai isteriku tak habis mengemas lagi ke?"

"Belum." Pendek sahaja aku balas. Yang peliknya, bukan ke dia kata nak buat aku menyesal? Heh! Entah-entah dia yang menyesal sebab cakap macam tu dekat aku dulu. Tulah, siapa suruh. Hehehe!

"Mak kau pocot!" Aku melatah, serta-merta dia ketawakan aku.

Errr, geramnya! Suka-suka hati aje peluk orang senyap-senyap. Nasiblah kau tu suami aku.

"Dah habis kemas dah, apa dia?" Aku bertanya, acuh tidak acuh.

Our game has begin! He he he.

"Sayang duduk dulu, abang nak cakap something." Whoot! Aku tak salah dengar lagi kan? Bahagianya rasa!

"Bukan awak cakap, awak nak buat saya menyesal bila kahwin dengan awak?" Segala pertanyaan yang bermain dalam fikiranku, kini aku tanya.

"Okay, let me explain.."

"Yeah, no lies."

"Sebenarnya, daripada sekolah rendah lagi abang suka dengan sayang. Sumpah, abang tak tipu! Mula-mula abang memang marah jugaklah bila sayang tumpah nasi dekat baju abang. Memang abang tak suka dekat sayang masa tu. Lepastu, bila abang masuk sekolah menengah, tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja rindu dekat sayang. Dan sampai kita terserempak dekat kantin tu, mula-mula abang happy sangat dapat jumpa sayang. Dan serta-merta kali kedua orang tu tumpahkan minuman pulak dekat baju kita." Dia mencubit pipi dan hidungku. Aku ketawa kegelian.

Dia menyambung semula "Lepastu, abang ikut ego abang. Abang marah sayang, tapi dalam hati dah sumpah menyumpah marahkan diri sendiri sebab marahkan sayang. Dan ingat lagi tak dekat kem pengawas?"

Soalnya, aku sekadar mengangguk.

"Ingat lagi tak yang sayang berlari dalam lecak tu?" Soalnya lagi dan aku hanya sekadar mengangguk. Dah burung belatuk dah gayanya. Angguk, angguk. Ha ha ha.

"Masa sayang lari tu, sayang tak perasan yang abang melintas depan sayang. Dalam fikiran abang timbul idea jahat nak kenakan sayang. Abang sengaja sepak kaki sayang, dan tak sangka pulak sayang jatuh atas abang. Ha ha ha! Tiba-tiba je sayang pengsan. Abang memang dah kalut sangat, tapi cuba untuk bertenang. Sebab abang tak nak dorang tahu idea jahat abang ni. Sebab tulah masa sayang pengsan, abang ada sebelah sayang." 

"Eiii, jahatnya awak ni!" Aku terus mencubit lengan si suami. Cubitan manja, ha ha ha!

"Aduh! Sakitlah sayang. Hehehe, tapi masa tu sayang gembira kan sebab abang ada time sayang pengsan? Kan kan kan?" Soalnya sambil menggeletekku.

Eh, tak geli pun lah! Si suami memandang aku dengan perasaan yang pelik, fikirannya seolah "dia-ni-robot-ke-apa-takkan-tak-geli-kot"

"Hahaha, apasal pandang saya macam tu?" Soal aku pula.

"Tak ada apa-apa. Nak tahu tak sebab apa abang asyik sindir sayang?"

"Kenapa?" Hah! Dia ingatkan aku tentang sindiran dan ke-sinis-an dia. Soalan ini memang nak sangat aku tanya.

"Sebab... Abang tak nak sayang tahu yang abang jatuh cinta dengan sayang. Dan, jodoh kita memang kuat. Sayang tahu tak?" Dia tergelak kecil, aku juga tergelak kecil.

"Sebab apa pula?"

"Sebab, kita berpisah time sekolah rendah, lepastu jumpa dekat sekolah menengah. Kita berpisah dekat sekolah menengah, kita jumpa dekat uni." Dia masih lagi ketawa kecil.

"Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak." Ucap aku.

Kini, aku sudah tahu kenapa dia selalu sindir-sindir, sinis dengan aku. Dan aku sudah faham kenapa dia kata dia mahu buat aku menyesal apabila berkahwin dengan dia. Semuanya sudah terjawab.

"Abang ada permintaan ni." Dia memegang erat tangan aku. Tiba-tiba sahaja hatiku gugup. 

Kalau minta yang bukan-bukan, memang aku tak bersedia. Oh pleaselah jangan wahai suamiku! Kalau dia minta untuk tambah payung emas, siaplah! Baru nak feeling bahagia, tiba-tiba dia mintak nak tambah cawangan pula. Memang kena hempuk dengan payung emas nanti!

Ehh, jauhnya aku fikir!

"Hm, apa dia?"

"First, abang sayang panggil abang dengan nama yang manja iaitu 'abang' dan sewaktu dengannya."

"Ha ha ha, awak ingat ni waktu azan ke apa nak sewaktu sewaktu?" Sindir aku sambil tergelak kecil.

"Hish, abang serious lah!"

"Okay okay, gurau-gurau." Jawab aku pantas. Takut juga kalau dia merajuk, sehari semalam tak tidur dengan dia. Naya! Jangan beb, malam pertama aku mestilah nak suami sebelah aku. Nak dijadikan bantal peluk. Hiks!

"Tahu takut." Dia mencubit pipi aku. Asyik-asyik pipi ini aje yang jadi sasaran, tahulah cute! Hohoho, perasan pulak kau ni Farhana!

"Syarat kedua, tak ada batas antara kita." Dia terus membuka tudung aku. 

Jap, jap. Aku memang tak buka tudung lagi eh? Boleh pulak terlupa yang aku belum buka tudung lagi. Ha ha ha.

"Syarat ketiga, tak ada rahsia antara kita. Syarat keempat, kalau ada masalah kita kena sama-sama selesaikan. Syarat kelima, sayang kena jadi makmum abang sepanjang solat kita."

Fuh, lima kesemuanya! Banyak tapi, yang terakhir tu buat aku rasa nak menangis...

Setitis, dua titis... Tiga titis...

"Eh kenapa tiba-tiba menangis ni?" Soalnya, hairan. Tak ada ribut, tak ada angin, tiba-tiba sahaja aku emosi. Suami mana yang tak pelik? huhu

"Tak.. Saya bahagia dapat suami macam awak.. Terima kasih sebab sudi terima saya," Menangis lagi. Terus dia memeluk aku. Aku begitu selesa dalam dakapannya. Rasa macam sampai besok tak nak turun. Ewah!

"Shhh, jangan nangis. Ini semua tanggungjawab abang sebagai suami. Dah, dah jangan menangis. Apa ni sayang abang menangis di waktu 'first night' ni?"

Perkataan first night tu sengaja dia kuatkan. Eii, geram pula rasanya!

"Saya cuma..."

"Shhh, abang kata apa tadi? Jangan menangis kan. Kalau nangis abang peluk sampai esok tak nak lepaskan."

"Kalau macam tu nak sambung menangis lah,"

"Gatal eh gatal,"

"Mana ada, saya gatal dengan awak je."

Aku tergelak kecil.

"Kan abang dah cakap, panggil abang dengan panggil yang manja, sweet macam gula. 'Awak' dan 'saya' langsung tak sweet tau. Kalau degil, abang cium." Dia mula nak merajuk.

Kelakar pula bila tengok lelaki merajuk, ingatkan lelaki ni keras sikit hati tu sampai tak tahu nak merajuk. Ops!

"Saya gu...."

Cupp!

Aku terpaku, terpana, terkejut, semuanyalah! Nasib dekat pipi, kalau tempat lain... Err...

"Tu baru sikit tau, kalau sayang nak lebih abang boleh bagi." Selambanya! Muka pun tenang macam tak ada apa-apa. Muka aku ni punyalah merah tahap infinity.

"Err... Abang.." Ucap aku lantas tersenyum.

Ya, aku perlu praktis dari sekarang dan panggilan itu memang sepatutnya aku gunakan untuk dia. Hanya untuk dia. Untuk dia. Ewah dah macam lagu Najwa Latif pulak.

"Good, that's my lovely wife."

Allah itu maha adil. Yang dulunya sinis-sinis, sekarang sudah jadi 'manja-manja kucing'. Yang dulunya menjadi musuh, sekarang menjadi suami. Ya, dialah Seniorku, Suamiku!

**********

p/s : Penat menaip, harap-harap korang terhibur dengan cerpen pertama aku. Selamat membaca!