Showing posts with label short novel. Show all posts
Showing posts with label short novel. Show all posts

Tuesday, 24 June 2014

#ShortNovel - Engkau Yang Aku Rindu (Bab 5)

Malu!

Satu sahaja perkataan yang boleh aku ungkapkan. Ya, MALU!

Aduh! Malunyaaa...

Macam mana boleh terjatuh ni? Kaki ni pun satu, boleh pula tersadung dekat karpet. Abang-abang aku pula boleh pulalah tergelakkan aku, nasiblah mereka gelakkan aku masa 'mereka-mereka' semua sudah pulang, kalau tidak... Memang menjadi bahan ajelah aku ni!

"Pe lah kau dik, jatuh depan suami. Hahaha!" Along ketawakan aku, angah pun sama.

"Eiii! Korang ni kan!" Aku terus lagakan kepala along dengan angah. Perangai sama aje, huh!

"Aduh! Ganas nyerrrr." Angah buat muka kononnya takut dengan aku. Eleh, pirahhh!

"Cuba kalau kitorang kacau kau, kau jangan membalas. Dosa tau! Lagi satu, cuba perangai tu sikit." Aku mengajuk kata-kata along.

Aku? Nak jadi sabar dengan perangai dorang?

Eh, memang taklah!

Bapak budak kot, perangai masih lagi macam budak-budak. Patutnya dorang yang kena ubah perangai tu. Heh!

"Ergh, stress betul layan bapak budak ni." Aku tayang muka menyampah.

"Aku tak suruh kau layan kitorang pun. Bwekkk."

"Entahnya, kitorang tak suruh pun okay!"

"Baik tuanku!" Aku mengangkat tabik, kemudian buat muka menyampah. Aduh, layan abang-abang aku asyik muka menyampah ajelah!

"By the way, handsome tak bakal suami kau tadi?" Soal along. Angah kini sudah senyap. Tengah dodoikan Isyraf. Wah, nampak mithali betul!

"Entah," Jawab aku sepatah.

"Kau tak ada perasaan dekat lelaki ke apa?" Soal along, muka pelik.

"Hoi! Tadi orang tak tengok muka dia, sebab tu lah tak tahu dia handsome ke tidak. Eii, orang bukan jenis yang perempuan dengan perempuan eh!"

Along ketawa. "Manalah tahu,"

"So, kenapa kau tak tengok muka dia tadi?" Soal along lagi. Dah macam pak polis pencen dah.

"Dah tadi terjatuh, malulah nak tengok muka dia. Lagipun orang tua-tua ada cakap, hilang seri kalau tengok muka bakal suami kita." Jawab aku, selamba.

"Pepatah mana kau ambik ni dik? Merepek yang amat!" Sampuk angah.

"Hahahaha pepatah Nur Qaleesya Imani lah!"

"Oh ya, aku rasa macam kenal aje bakal suami kau tu." Angah bersuara, anaknya Isyraf kini sudah bertukar ke tangan Kak Najihah.

"Oh eh?" Aku buat tak tahu, malas rasanya nak ambil tahu. Sebab, dalam hati sangat takut untuk tahu siapa sebenarnya bakal suami aku.

Mana tidaknya, macam mana kalau nak terima orang lain sedangkan hati ini terhadap Fakri?

Ah, serabut!

"Kau ni nak kahwin ke tak?!" Sergah along.

"Kalau tak?" Aku menguji kesabaran along.

"Melepas kau dik, dia tu senior sekolah kau dulu dan dia tu handsome dan baik orangnya." Angah menjawab. Along pula buat muka bengis.

"Oh eh?" Soalan yang sama aku kemukakan.

"Lantak kaulah dik, kami malas nak melayan. So, bulan depan nikah. Get ready my dear sister." Along dan angah mula angkat punggung.

Aku masih lagi ralit sedang menikmati oreo cheese cake yang masih berbaki.

"Jom sayang, layan budak ni memang menyakitkan hati." Along memeluk bahu Kak Nadia, diikuti oleh angah.

"Tak suruh pun layan orang," Balas aku, selamba. Sinis.

"Menjawab!"

"Hehe, peace!" Aku tayang gigi. Angah pula sudah hilang entah kemana, mungkin sudah masuk ke bilik untuk melihat anaknya tidur.

'Hm... Senior? Maknanya sama sekolah lah kan? Dan... Siapa? Serabutnya!'

"Menyesal pula tak tengok muka bakal suami aku yang kononnya handsome tu," Ish! Eisya, Eisya! Macam-macam lah kau ni. Kata tak nak tengok, lepastu tiba-tiba menyesal lah pula. Haiyaaaa!

**********

"So, macam mana?"

"Macam mana apa?" Soal aku pelik. Hana ni, kalau tak buat ayat tergantung tak boleh ke?

"Your future husband." Hana tayang muka teruja.

"Entah," Jawab aku pendek.

"Kau ni macam tak serious je nak kahwin." Hana sudah tayang muka pelik.

"Aku bukan tak serious, tapi.. Kau tahu kan hati aku dekat siapa?" Soal aku pula.

Dan, aku pasti Hana tahu!

"Ya aku tahu. Tapi, masalahnya sekarang ni kau dah nak kahwin. You should stop thinking about him and never tried to remember him anymore."

"Aku dah cuba tapi..."

"Eisya, aku tahu susah nak lupakan yang kau dah sayang dan cinta. Tapi, aku percaya kau boleh. Aku nak tanya, aku ada tengok muka bakal suami kau tak?" Hana menyoal, aku pula sekadar menggeleng.

"Laaa, apasal tak tengok?"

"Tak naklah,"

"Peliknya kau ni!" Hana buat muka menyampah.

"Kau dah buat istikharah?" Soal Hana lagi.

"Belum." Jawab aku sepatah.

"Cubalah buat, malam ni." Hana tersenyum.

Aku pula sekadar tersenyum sahaja. "Insya-Allah."

"Oh ya Hana!"

"Hmm.." Hana menyahut, tetapi matanya masih ralit memandang skrin televisyen.

"Aku ada mimpi yang aku kahwin dengan dia..." Aku mula membuka cerita.

Mimpi aku ini berlaku pada beberapa hari yang lepas. Mimpi aku sangat bahagia dengan Fakri. Aku sendiri pun tak tahu kenapa boleh munculnya mimpi macam tu. Orang kata mimpi tu mainan tidur. Tapi... Kenapa aku bahagia sangat mimpi tu? Dan, aku rasa mimpi tu macam betul.

"Mainan tidur ajekan?"

"Memanglah tapi... Hm tak apalah. Malas nak fikir." Aku senyum terpaksa. Padahal dalam hati macam nak menangis. Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan Fakri ni?! Kalau tak, pastinya aku tak kan sedih dan kecewa macam sekarang.

"Sya, insya-Allah, Fakri tu jodoh kau." Hana bersuara, tenang.

Aku pula yang semakin pelik.

"Hah? Mana kau tahu?" Soal aku, pelik. Muka dah berkerut dah ni!

"Based on your story dan mimpi kau tu,"

Erk?!

************

"Muat tak?"

"Okay?"

"Sesuai ke tak?"

"Nak tambah manik lagi ke macam mana?"

"Ke nak tambah lace?"

"Ataupun tak nak yang ini, kita tukar yang lain?"

Dari tadi, ibu asyik menyoal. Tapi aku pula, hanya angguk geleng angguk geleng. Jujurnya, aku langsung tak kisah rupa baju nikah aku.

Aku langsung tak kisah. Kalau pakai baju kurung biasa aje pun, aku tak kisah! Sebagaimana tak kisahnya aku dengan rupa paras bakal suamiku nanti.

"Ish Eisya ni! Pergi try cepat!" Mak sudah mula menyiga. Hehe!

"Ya buk ya bukkk." Aku buat gaya indonesia seperti dalam sinetron. Segera aku mencapai baju nikah aku yang berwarna putih itu, lalu aku masuk ke dalam bilik persalinan.

Sebelum mencuba, aku perhatikan baju tersebut. Hmmm, boleh tahan!

"Dah!" Aku segera keluar dari bilik persalinan dan kelihatan ibu dan along terpegun melihat aku.

"Apa tengok orang macam nak makan aje ni?" Aku ketawa kecil.

"Cun pulak kau ni dik," Along bersuara. Aku mencebik.

"Eleh, orang dah lama cun baru nak perasan ke?"

"Perasannya!!! Tapi memang betul pun, hehe." Along tersengih.

"Okay sangat baju ni dengan Eisya." Mak tersenyum, matanya masih lagi memerhatikan badan aku yang tersarung baju nikah.

"Nak jadi milik orang dah adik aku ni..." Along tersenyum manis ke arahku. Aku pula sekadar membalas senyumannya.

********

Selagi akad tidak terlafaz, selagi itulah aku tidak mahu tengok siapa bakal suami aku.

Dengan penuh berhati-hati, aku turun dan berjalan dengan perlahan. Supaya kejadian yang terjatuh itu tidak berlaku buat kali kedua. Kalau jatuh lagi? Memang malulah!

Silap-silap kena cop, "ratu jatuh" pula. Mana tidaknya, asal jumpa mertua aje, mesti jatuh. Aduhaii!

Oh ya! Majlis pernikahan aku ni cuma buat biasa-biasa sahaja. Ini semua adalah atas permintaan aku. Buat apalah bernikah pun nak ajak camera-man photographer bagai kan? Aku ni bukannya artis pun!

Makeup pun, cuma kakak ipar aku sahaja yang tolong make-upkan. Make-up pun aku tak mahu tebal-tebal. Rasa semak sangat bila tebal-tebal. Aku ni jenis yang tak suka bermake-up. Cuma pakai bedak dan lip gloss sahaja sudah cukup. Tak perlu maskara ke, lipstik ke, blusher ke atau apa-apa sahajalah benda-benda untuk make-up. Aku pun mana tahu sangat pasal bab-bab make-up ni. Hehe!

Aku hanya menunduk. Aku sedar yang ada mata dengan memerhatikan aku. Yang pastinya, itu adalah bakal suami aku. Bakal suami aku pun sudah lihat muka aku, tapi aku?

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdullilah!"

Serentak itu, air mata aku mengalir. Dan lebih teruk mengalir bila aku terpandangkan wajah suami aku a.k.a imam aku. Tak tahu mahu cakap gembira ataupun sedih.

Tapi, yang pastinya... Teruja!

"Nahhh... You dream became true, beb!" Hana bersuara teruja.

Suami aku datang menghampiri aku, bibirnya mengukirkan senyuman manis. Lebih manis daripada sebelum ini. Sebelum ini, pasti ada masamnya. Tapi kali ini... Senyumnya hingga ke telinga! Walaupun capang. Ehehehe! Kutuk suamilah pula!

Aku terima suami aku seadanya. Tak kisah lah dia capang ke, sumbing ke atau apa-apa ajelah, janji si dia!

Oh ya, dia tak sumbing okay! Dia cuma capang aje. Itupun capang sikit. Hahaha!

Perlahan-lahan cincin nikah aku masuk ke dalam jari manisku. Gelang pula sudah pun tersarung elok di pergelangan tangan aku.

Dan kini giliran aku pula untuk menyalami tangan si suami. Dengan perlahan suami aku mencium lembut dahi aku. Penuh kasih dan sayang.

"Thanks for everything, mr sour." Bisik aku perlahan.

Selalunya, lelaki yang akan membisikkan sesuatu kepada isterinya. Tapi lain pula aku. Ceh!

Erk!

Asal dia angkat kening? Asal dia langsung tak senyum? Dan... Kenapa dia menjeling?

Nampak sangat dia tak suka dengan perkahwinan ni! Yalah, dia kan ada teman dia yang kononnya "suka sama suka" tu.

Nampak sangat, senyuman tadi tu sekadar untuk menutup rasa menyampahnya kerana berkahwin dengan aku. Ya, sah! Selalu dalam cerita dan novel, lelaki suka sangat buat macam tu.

Ish, apa kau ni Qaleesya? Buat apa ikut novel? Ah, kenapa boleh tiba-tiba sedih ni?

Dan... Sekali lagi dia menjeling, dan tayang muka menyampah.

********

"Imani, duduk sini kejap." Pinta si suami.

Malas nak layan!

"Imani!" Dia memarahiku.

Ah, mana perginya kelembutan terhadap aku dulu?

Aku benci Fakri yang sekarang!

"Awak boleh bersabar tak? Saya tengah kemas ni." Pinta aku, dengan sabar.

Kalau ni along ataupun angah, dah lama aku lagakan kepala. Ergh!

Tak nampak ke orang tengah kemas meja ni? Kang tak kemas takut bersemut pula yang hinggap dengan meja ni biarkan semalaman.

"Okay, i'll wait for you. Kalau dah habis bagitahu abang." Erk, abang?!

"Abang?" Soal aku pelik.

Tadi, marah. Jeling. Lepastu, sikit-sikit sinis. Sama aje perangai dia sebelum aku dengan dia berbaik semasa di sekolah menengah dulu.

"Yalah, you should call me 'abang'. Lagipun aku ni tua tiga tahun daripada kau."

Wah, tenangnya dia bercakap?! Langsung tak fikir perasaan aku.

Ber 'kau-aku' pulak tu!

Sedihnya hidup!

"Awak suruh saya panggil awak 'abang'. Tapi awak ber kau - aku dengan saya. Adil ke macam tu?" Soal aku, tak puas hati.

"So, kau nak aku panggil kau 'sayang' or 'baby'? Macam tu?" Soal dia.

Ah Fakriiiiii! Bencinya!

"Suka hati awaklah nak panggil saya apa." Akhirnya aku mengalah juga.

Selesai membasuh pinggan, dan mengemas semua barang-barang di atas meja, aku terus pergi ke sofa di ruang tamu. Ini pun kerana permintaan 'tuan' aku yang seorang ini. Kalau tak, memang aku masuk tidur aje.

Oh, lepas daripada majlis pernikahan, suami aku terus bawa aku ke rumahnya. Banglo dua tingkat. Besar dan tampak mewah. Mesti dia dah berjaya jadi jurutera. Kan...

Sepanjang perjalanan tadi, aku dengan Fakri langsung tak bercakap. Huh, sadisnya hidup!

"So, apa dia?" Soal aku.

Aku duduk di sebelah Fakri, tetapi jarak masih ada. Boleh dikatakan 20cm jugaklah. Haa, jauh tu! Tengoklah betapa besarnya sofa si Mr. Sour aku ini.

"Nak cakap sikit ni."

"Yalah apa dia?"

"I love you."

"Hah?" Mulut aku terlopong. Daripada rupa macam tak ada cintakan aku langsung pun. Ini auta ke fakta ni?

"Tak dengar ke buat-buat tak dengar? Hah 'sayang'ku?" Perkataan 'sayang' tu sengaja dia kuatkan. Perli ke apa ni?

"Dengar tapi..."

"I'm really mean it." Potongnya, laju.

Makin teruk mulut aku terlopong.

"Fakta ke auta?"

"Fakta. I love you."

"Sejak bila?"

"Sejak dalam bilik pengawas."

Ini yang tak percaya ni!

"Awak main-main aje kan?" Soal aku, dan diikuti dengan ketawa kecil yang dibuat-buat.

"No, abang serious." Katanya membuatkan aku terperanjat.

"Tipu." Aku masih lagi tidak percaya dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Fakri. Mana mungkin dia akan jatuh cinta dengan aku, secepat itu? Macam mana pula dengan teman dia itu?

Oh, temannya!

"Habistu, awak punya "suka sama suka" tu pergi mana? Dan macam mana?" Soal aku, tak puas hati.

"Sayang cemburu eh?" Dia menaikkan keningnya. Haduh, cair!

"Taklah, jealous je." Jawab aku.

"Sama ajelah tu sayang oi." Fakri mencubit pipi aku. Tapi, sikit pun aku tidak membalas. Senyum pun tidak.

"You didn't answer my question yet." Aku bersuara keras. Pertanyaan yang ingin aku tahu, dia boleh pula main-main.

"Ok ok. Aida ke yang Eisya maksudkan?" Perlahan aku mengangguk, mataku masih lagi tertancap pada matanya. Ingin melihat, sejauh mana kejujurannya.

"Lepas clash, abang mana pernah suka dia dah."

"Tipu." Sekali lagi, perkataan "tipu" yang kemukakan.

Ah, lelaki! Semuanya manis-manis belaka!

"Serious. Dan Eisya sahajalah yang buat hati abang ni berdegup kencang." Pandainya dia ni buat ayat manis! Ish!

Aku mencebik. "Yelah tu."

"Kalau tak percaya, abang buktikan." Dia tersenyum nakal.

Aku tidak dapat menangkap apa yang sedang bermain di fikirannya. "Mana bukti?"

"I love you." Dia mengucup lembut dahi aku.

Terus aku mati kata. Kalau aku balas "saya pun suka awak, dah lama. Sejak bangku sekolah lagi." memang tahan malu lah jawabnya.

Ah, Eisya! Dia suami kau, perlu ke ada malu?

"Tak nak balas apa-apa ke?" Soal Fakri.

Laju aku menggeleng.

Pantas dia tersenyum nakal. "Are you sure?"

"Yelah, kenapa pulak yang tak surenya?" Soal aku, gugup.

"Bukan sayang pun suka dekat abang daripada sekolah lagi ke?"

Gulp!

"Err... Mana awak tahu ni?" Gugup lagi!

Tampar juga mulut ni, hish!

"Hmm... Masa sayang nampak abang aje, mesti akan terkejut. Lepastu, tiba-tiba patah balik. Jalan pun laju. Asal nampak abang aje, mesti muka merah. Asal nampak abang aje, mesti gugup. Cakap dengan kawan pun terhenti." Balas dia, tenang. Sambil tersenyum manis.

"Tapi, berlainan pulak dengan lelaki lain. Lelaki lain, sayang nampak tenang. Tapi bila dengan abang, mesti gagapnya lain macam. Nak aje abang cubit pipi sayang, tapi abang sedar. Kita belum ada ikatan yang sah. Dan dalam hati abang, abang dah berdoa yang kita akan disatukan." Sambungnya lagi.

Perlahan tangannya menyentuh lembut tangan aku, dan di bawa ke dadanya.

"Rasa tak degupan jantung abang ni?" Soalnya, dan aku hanya mengangguk. Laju!

"Ini bermakna, cinta abang pada sayang sangat kuat. Sebelum ni, abang tak pernah rasa jantung berdegup." Dia berterus-terang.

Perlahan-lahan air mata aku menitis. Setitis... Dua titis...

"Are you crying?" Soalnya, risau dan cemas.

Benci! Dah tahu lagi mahu tanya.

"Taklah, tengah gelak sakan ni." Aku membalas, sambil ketawa.

"Nakal," Dia mencubit hidung aku.

"Sayang..."

"Hm..." Sahut aku, perlahan.

"From now on..." Perlahan-lahan tangannya melingkar di atas bahu aku. Dan kepala aku dia tolak lembut, supaya aku terbaring di atas dadanya.

Sungguh aku tak tipu, aku suka dengar degupan jantung suami aku! Hehe.

"You have to called me, 'abang'"

"Hah?" Soal aku, buat-buat tak faham. Sebenarnya, aku masih lagi kekok untuk memanggilnya abang.

"Panggil orang, abang." Ceh! Ber'orang-orang' dengan isteri sendiri. Poyo!

Hahaha, aku pun apa kurangnya. Ber 'awak-saya' dengan suami sendiri. Ceit!

"Okay, abang...." Aku tersenyum, sambil membalas pelukannya.

Kini, aku terasa bahagia bersama orang yang aku cintai daripada bangku sekolah lagi. Sungguh, Allah itu maha adil!

-TAMAT-

Monday, 9 June 2014

#ShortNovel - Engkau Yang Aku Rindu (Bab 4)



"Aku tumpang gembira weh!"

"Ishh! Belum kahwin, masuk meminang aje. Kang tetiba bertunang lepastu putus, tak ke naya?" Waduh Hana! Merisik baru, sudah teruja.

"Eh kau nak ke jadi macam tu?" Hana sudah tayang muka menyampah.

Kepala aku segera menggeleng, "Tapi, itu bermakna aku takde jodoh dengan orang yang aku tunang tu."

Dengan tenang aku membalas. Hana pula mengangguk tanda setuju dengan kata-kataku.

"Yalah. Tapi aku berdoa kau akan bertemu dengan jodoh kau yang baik. Semoga kau berbahagia." Hana tersenyum lalu memeluk bahuku.

"Kaulah kawan baik aku dunia akhirat, Hana." Aku tersenyum lalu membalas pelukan Hana.

"Oh ya," Aku mula terfikirkan sesuatu.

"Apa dia?" Hana mengangkat keningnya.

"Aku pun doakan kau berbahagia hingga ke akhir hayat dengan Hazimi! Hahaha!" Aku terus membuku langkah seribu. Hana ni, sejak pandai bercinta, pandai dah dia merajuk, cubit orang sana sini. Hahaha hebatnya panahan cinta!

"Kurang ajar kau, Sya!"

"Hahaha! Gurau manja dengan kawan baik!" Aku menayangkan barisan gigi putih aku.

"Hahaha, nak kahwin dah kawan aku seorang ni..." Hana berkata, nada pasrah mungkin? Aii sedih ke apa kawan aku ni?

"Asal kau sedih?" Tanya aku. Pelik.

"Aku tak sedih, ni airmata gembira." Hana bersuara dalam gerlingan air mata.

"Janganlah nangis, nanti aku pun nak nangis sekali." Aku bernada merajuk. Sengaja ingin buat lawak, tapi tak tahulah menjadi ke tidak.

"Hahaha tak tak. Aku tak nangis dah. Tak pasal-pasal mood sedih ni dah kenapa hahaha." Hana ketawa sendiri sekali gus mengelap air matanya.

"Aku berharap sangat Sya, orang yang masuk meminang tu adalah Fakri..." Hana bersuara lagi.

Mulut aku terlopong, "Tak mungkinlah,"

"Kenapa pulak?" Hana menyoal pelik.

"Entah entah dia dah kahwin dengan orang yang "suka sama suka" dia tu. Hahaha dahlah, tak payah bangkitkan isu ini lagi..." Aku tersenyum, walaupun pahit.

"Qaleesya Imani, i know who you are. Kau mesti sayang dan cinta lagi dekat dia. Dan aku kenal kau, pahit macam mana sekalipun, bibir kau tetap tersenyum." Hana bersuara, tegas tapi lembut.

Aku hanya tersenyum, pahit. Entah kenapa hati ini terasa sebak lagi kerana memikirkan dia. Sebak kerana dah lama tak jumpa dia, bertahun kot! Rindunya!

"Hahaha sudahhh, aku tak nak bangkitkan isu ni lagi. Lagipun, aku tak nak suami aku tahu orang pertama aku cinta, bukan dia." Ucap aku, perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Hana.

"Hm yelah Sya. Apa-apapun, aku akan doakan kau bahagia dunia akhirat." Hana memeluk bahuku. Mesra.

Aku membalas senyuman Hana. Bahagia rasanya bila kawan memahami jiwa kita, kan?

*****************

"Eisya, ingat tak Sabtu ni ada apa?" Ayah menyoalku. Mak pula sekadar mengangguk, tanda setuju dengan pertanya ayah.

Aneh. Apa yang ada Sabtu ini? Ada hari keluarga ke?

"Hm, ada apa ayah, mak?" Aku menyoal, kurang mengerti.

"Aiii, ni betul lupa ke, buat-buat lupa?" Ayah mengangkat kening. Kelihatan mak pula terkejut dengan jawapan "berani mati" aku.

"Mana ada, ada apa ayah?" Sekali lagi aku bertanya. Muka aku, muka blur.

"Sabtu ni kan ada orang masuk meminang Eisya? Lupa ke?" Ibu terus masuk ke dalam perbualan antara aku dan ayah.

"Ohhh..." Pendek aku membalas. Tenang. Tetapi hanya diluar, di dalam, punyalah berdebar. Ini belum lagi di hari nikah. Fuh, seram juga.

" 'oh' je Eisya balas? Tahu tak Sabtu tu, esok?!" Mak mula mahu memarahiku. Mungkin kerana kelalaian aku. Eisya risau mak, Eisya risau! Cuma anak dara mak ni yang "bajet" tenang.

"Hm..." Masih lagi mahu bajet tenang. Haih aku ini!

"Eisya tahu tak perkara ni serious?" Ayah yang dari tadi membisu, kini bersuara. Seram! Suara ayah sudah kembali tegas.

"Err, ya ya Eisya tahu. Apa yang Eisya perlu buat esok?" Soal aku. Al-maklumlah, first time kena masuk meminang, haruslah tak tahu apa yang nak dibuat. Eh, meminang ke merisik? He he he.

"Eisya cuma kena sediakan sediakan makan minum. Oh lagi satu, abang abang kamu balik esok."

"Okay boss..." Pendek aku membalas. Kekurangan idea untuk bicarakan dan kekurangan idea untuk bertanya.

"Esok masa mak dengan ayah berbincang, jangan menyampuk pulak yea. Bakal suami kamu tu pun datang sekali esok."

Gulp!

"Err.. Segan lah." Dengan beraninya aku berkata perkataan "segan" itu kepada mak dan ayah.

"Buat apa nak segan? Bakal suami kamu juga." Ayah tersenyum.

Ibu juga turut tersenyum.

"Pukul berapa dorang nak datang?" Dalam kepala aku, sudah terfikir mahu membuat dessert. 

Ya dessert! Aku memang suka sangat dengan manisan. Dalam kepala sudah terfikir mahu buat cream puff dan oreo cheese cake. Nasib baik bahan semua cukup.

"Lepas zohor dorang datang." Tenang.

"Ohh, Eisya naik dulu. Nak mandi dan tidur. Esokkan ada orang nak datang?" Sengaja aku mahu naik awal.

"Hm pergilah, nanti jangan lupa bangun awal esok." Aku mengangguk. Segera meninggalkan ruang tamu.

Sampai di bilik, aku terus menutup pintu. Aku terus ke meja belajar. Aku hanya perhatikan novel-novel aku yang tersimpan kemas di dalam dua buah rak buku. Tetapi fikiranku entah melayang ke mana.

'Hm... Kenapa aku rasa bahagia lain macam bila ada orang masuk meminang aku eh?'

Hati aku mula berkata-kata. Sungguh. Aku tak tahu apa yang bahagia sangat bila ada orang nak masuk meminang aku.

'Mungkin inilah jalan pertama untuk aku lupakan dia.'

Sekali lagi hati aku berkata. Ya! Aku akan jadi milik orang, suatu hari nanti. Aku terus tersenyum, ingin menutup segala kesedihan aku. Aku sedih, kerana terlampau susah bagi aku untuk melupakan dia.

Senyum Qaleesya, JUST SMILE!

****************

"Ada orang tu nak kahwin lah!"

"Lelaki malang manalah yang nakkan budak tu. Kesian aku rasa."

"Eiiiii!" Geramnya! Terus aku "menghadiah" cubitan ketam percuma aku. Dah jadi bapak pun perangai masih lagi macam budak-budak! Kalah anak-anak dorang. Ergh, stress!

"Aduh!" Dua-dua mengaduh kesakitan. Padan muka!

"Kesian laki kau dik, setiap hari merasa cubitan kau." Abang pertama aku, along.

"Ha'ah, kesian laki kau dik, tak pasal-pasal migrain fikir pasal kau tiap-tiap hari yang kerjanya asyik 'menyinga' aje." Sokong angah pula.

Errrgghhh! Geramnya aku! Bukannya nak kasi sokongan padu, ini dorang pergi menyindir lagi adalah! Baik tak payah balik, menyibuk aje.

"Eh, orang lagi kesian dekat Kak Nadia dengan Kak Najihah sebab kahwin dengan abang. Dah jadi bapak budak tapi perangai tak serupa 'kebapakan'. Childish!" Aku mencebik geram.

"Lagi satu, aku kesian dekat laki kau sebab dapat bini yang asyik merajuk 24 jam, suka tarik muncung sedepa. Hahahaha!" Berdekah ketawa abang-abangku.

Ini lebih!

"Opss, 'bakal' laki." Along bersuara.

Nampak sangat tak nak kasi aku kahwin! Heh!

"Pergi baliklah kalau semuanya menyindir orang aje! Menyibuk aje orang nak buat kerja dekat dapur ni!" Aku bersuara bengang.

Kakak-kakak iparku hanya tergelak sahaja melihat gelagat suami-suami mereka. Alahai kakak iparku, bantulah adik iparmu ini!

"Entah abang ni, kesian Eisya, daripada kita balik tadi, abang asyik menyindir dia aje." Kak Nadia bersuara. Yes! Ada geng!

"Alah, abang bergurau dengan adik sendiri takkan tak boleh, kan angah kan? Kitorang ni rindu dekat Eisya. Eisya pun rindu kitorang, kan?" Along dan angah tak habis lagi dengan ketawa mereka. Nampak sangat tak ikhlas rindu aku, pirahhh!

"Tolonglah nak rindu korang, errrr menyampah adalah." Selamba aku membalas.

"Eleh, kau rindu bakal suami kau je kan!" Angah menunjuk lidahnya.

"Kenal pun tak, lagi nak rindu. Along, angah dengan dia sekali tak hingin orang nak rindu!" Aku tayang muka menyampah.

"Hahaha Eisya, Eisya! Kami hanya bergurau semata-mata aje. Abang mana yang tak sokong bila adik nak kahwin?" Along mula memujuk aku.

Eh, tadi bukan main menyindir, sekarang memujuk pulak?

"Kalau nak gurau, gurau dengan isteri-isteri along dengan angah je. Tak nak orang bergurau dengan korang," Selamba aku membalas.

"Hahaha ehem! Kitorang kalau nak bergurau, dalam bilik aje. Kan sayang kan?" Along mula dengan aksi 'gatal' nya.

"Ei along dengan angah ni jangan otak kuning sangat boleh tak? Ada orang yang belum kahwin lagi kat sini. So you guys better stop it." Aku memberi amaran.

Daripada tadi, kerja terbengkalai. Nasib sahaja oreo cheesecake sudah siap. Cream puff cuma letak krimnya sahaja.

"Hahaha, so angah, we better stop now. Sebelum minah ni menyinga."

"Eh, apa minah minah ha?"

"Ish dahlah korang adik-beradik ni. Kalau berjumpa ada je benda nak gaduh," Mak bersuara.

Serentak itu, kami bertiga berpelukan, kononnya sudah berdamai, "Gurau manja dengan adik beradik je mak, he he he." Along bersuara.

"Ha'ah, masing masing kan dah kahwin, mestilah bila dah jumpa nak bergurau," Sampuk angah pula.

"Betul betul betul," Aku meniru gaya Ipin. Mak, ayah, Kak Nadia dan Kak Najihah hanya tergelak melihat gelagat kami adik-beradik. Pelukan kami bertiga masih lagi belum terlerai.

"Err, along dengan angah, kalau nak peluk lama-lama, peluklah isteri masing-masing ya. Jadi, lepaskan orang sebelum orang terajang." Sekali lagi aku memberi amaran.

Dahlah kerja terbengkalai, lagi nak peluk lama-lama. Peluklah isteri masing-masing lama-lama, biar bertambah anak buah lagi dua orang. Ha ha ha!

Along dan angah terus menolak aku, nasib sahaja tak jatuh. Ish!

"Orang suruh lepaskan, bukan tolak! Ergh!"

"Dah, diamlah budak. Orang dah lepaskan tu kira okaylah. Cepat, siapkan kau punya cream puff ni. Bakal suami nak merasa nanti!" Sempat lagi menyindir, benci!

"Dahlah ketiak busuk! Lain kali kalau nak peluk orang, ketiak tu kasi wangi sikit. Orang kesian dekat Kak Nadia dengan Kak Najihah, malam-malam tidur mesti bau busuk aje," Hah, rasakan! Aku pulak yang menyindir.

"Eh?!" Serentak, abang-abangku terus menghidu ketiak sendiri. Err, tak senonohnya!

"Hahahaha!" Cream puff aku yang sudah siap, aku letakkan didalam peti sejuk. Aku terus berlari naik ke atas. Takut-takut kalau orang yang aku kenakan tu tiba-tiba menyiku aku pulak. Hah!

 ************************

Semakin lama, makin kuat debaran yang aku rasakan. Kalaulah Hana di sisi, pasti dia boleh tenangkan aku. Tapi masalahnya sekarang ini, Hana tak ada!

"Wahai hati........ Tenanglah..." Aku memujuk diri sendiri.

"Assalamualaikum." Kedengaran seorang wanita dan lelaki memberi salam.

Aku hanya duduk di dapur. Malu ingin duduk bersama mereka yang sedang berbincang. 

"Assalamualaikum makcik, pakcik." Kedengaran suara garau memberi salam.

Macam pernah ku dengar suara ini... Tapi di mana ya? Ah, pedulikan! Tak mungkin orang itu.

"Qaleesya, bawak minuman ke depan!" Pinta mak. Aku hanya diam membisu, tanpa membalas arahan mak.

Dengan penuh berhati-hati, aku membawa dulang yang berisi cream puff dan teh tarik. Takut juga kalau terlepas dulang ni, siapa susah?

Aku hanya menghidangkan makanan tersebut tanpa memandang bakal mertuaku, dan pastinya...... bakal suamiku.

"Cantiknya Qaleesya..." Puji seorang wanita itu. Aku hanya tersenyum, sekali gus memandang wanita itu.

Aku baru hendak bangun dan berlalu, tapi.............

Aduh!

****************

p/s : Cerita kali ni agak bosan sedikit. Hahaha. Tunggu bab 5 nanti k! Insyaallah esok aku publish.

Friday, 6 June 2014

#ShortNovel - Engkau Yang Aku Rindu (Bab 3)


7 tahun kemudian...

"Eisya!"

"Hoi mak kau!" Aku melatah. Hana, Hana. Kalau tak menyakat aku tak boleh ke? Nasib baiklah kau ni kawan baik aku.

Hana, kawan baik aku sejak dari sekolah menengah sehingga kini. Kami menuntut di International Medical University di Negeri Sembilan. Aku dan Hana mengambil course Medic. Alhamdullilah, sampai sekarang aku masih lagi hidup. Umur pun sudah genap 21 tahun.

Abang aku yang sulong sudah pun berkahwin dan sudah ada anak tiga orang. Abang aku yang kedua pula, pun sudah berkahwin. Anaknya pula sudah ada dua orang. Alhamdullilah, masing-masing ada kerjaya yang tersendiri. Masing-masing ada anak-anak. Dan aku pula, ada anak-anak buah yang comel-comel belaka! He he he.

"Termenung apa oii?!" Sekali lagi Hana menjergahku.

"Suka sangat kacau aku kan? Ha ha ha... Takdelah, fikirkan masa depan." Aku membalas.

Hana ni, daripada dulu sampai sekarang, perangai sama sahaja. Padahal umur sudah 21, nak masuk 22 dah okay! Eh, eh! Perangai aku pun dua kali lima juga rasanya. Hahaha.

"Choi! Fikir pasal kahwin lah tu." Hana meneka. Aku pula sekadar tersengih. Tahu tahu aje minah ini.

"Kau masih suka dia?" Hana bertanya.

"Hm.." Aku angkat bahu. Aku sendiri pun tidak tahu nak jawab apa. Kalau aku kata suka, si 'dia' tu suka ke dekat aku? Kalau aku kata tak suka, memang menipu sangatlah. Sebab 'perasaan' tu memang payah benar nak hilang.

"Aku kenal kau selama 9 tahun Sya! Come on lah! Tengok muka kau pun aku dah boleh agak, kau memang betul-betul sayang, cinta, kasih dekat dia lagi. Kan?" Pandai betul Hana meneka.

"Hm.." Itu sahaja aku balas. Belum ada ayat yang sempurna untuk aku kemukakan.

"Maksud 'hm' kau tu pun aku dah tahu." Aku hanya buat tidak tahu. Malas untuk bangkitkan 'isu' ini. Biarlah aku pendam seorang sahaja. Dan aku daripada dulu memang sudah nekad mahu lupakan dia. Walaupun dia sering muncul ketika aku ingin melupakan dia.

Kenangan dahulu menjelma kembali...

6 tahun sebelumnya...

"Hai assalamualaikum!" Sapa seorang mamat.

Hmm... Aku rasa, aku kenal suara mamat ni dan........... tak lagi dan tak bukan kalau.......

Gulp!

"Err... Waalaikumussalam..." Balas aku dalam gagap. Tapi muka aku, sehabis mungkin aku cuba untuk menjadi lebih 'relax'.

"Tak sangka jumpa lagi kita kan?" Soalnya, kedengaran dia sedang ketawa kecil. Aku pula segan untuk menatap wajahnya tika ini.

"Mestilah jumpa, dah nama pun satu sekolah." Aku cuba untuk berlawak. Menghilangkan rasa debaran dalam hati ini.

Kedengaran dia ketawa dengan lawak aku. Dengar macam ikhlas. Tapi lawak aku tak adalah lawak mana pun. Heh!

"Pandainya Qaleesya berlawak!" Dia tidak habis lagi dengan ketawanya. Aneh, apa yang kelakarnya? Sihat ke tak dia ni?

"Hahaha... Mana ada, itu hambar aje. Abang Fakri dapat berapa A?" Aku menyoal dia. Kemudian, aku memandang jam tangannku sekilas. Ada lagi lebih kurang 5 minit masa rehat nak habis. Sepatutnya aku bertugas, tetapi tergendala kerana 'adegan' aku bersama si dia. Ewah!

Aku melihat raut wajahnya apabila langsung tiada suara daripada bibir milik lelaki itu. Dan aku melihat mukanya yang sedang bersedih. Result tak ok ke? Padahal dia kan kelas nombor satu dan selalu dapat A dalam setiap matapelajaran.

"Takpelah, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Mana tahu lepas ni abang Fakri berusaha dan berusaha, dengan izin Allah, dapat jadi jurutera. Who knows kan." Aku memberi kata-kata nasihat. Langsung tidak memandang wajahnya. Malu!

Aku memandang wajahnya kembali, tiba-tiba sahaja tersenyum.... Manisnya... Walaupun muka dia masam macam limau, tapi bila senyum sangat manis macam gula-gula kapas! Tetapi dia masih lagi tidak menjawab. Haiiii... Bisu dah ke? Cuba bagi respons sedikit?

"Err... Kalau asyik membisukan diri aje, orang rasa orang nak pergi sambung bertugas dulu kot.. As.."

"Ehh! Nanti dulu. Orang bukannya apa, orang saja je buat muka macam tu. Alhamdullilah, orang dapat 12A+, berkat doa adik juga kan." Terlebih dahulu dia memotong. Tulah, siapa suruh jadi bisu tadi kan?

"Oh, alhamdullilah, orang pun tumpang gembira sekali." Aku juga tersenyum manis, dan mata aku memandang tepat kearah matanya.

Gulp!

Jantung macam dah nak gugur ni!

Aku terus melarikan anak mataku daripada terus memandang si dia.

"Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga berbahagia dan mendapat kerjaya yang abang impikan. Eh orang nak pergi masuk kelas ni. Assalamualaikum." Aku meminta diri. Tidak mahu untuk berada lama-lama di situ. Silap-silap, pengsan juga aku nanti.

Hati ini mudah cair dengan senyumanmu!

Dan itulah kali terakhir aku bertemu dengan Abang Fakri. Rindu pula rasanya. Eh! Aku rindu dia tiap-tiap hari, bertahun lamanya. Hm..

"Oiii! Eii makcik ni asyik termenung aje kan?!" Hana menepuk-nepuk tangannya kearah mukaku.

"Heheh, kau cakap apa tadi?" Soal aku. Ingin menutup rasa malu yang tebal ini dan serba salah kerana membiarkan Hana dilayan seperti tunggul. Sorry beb!

"Aku tanya kau, assignment yang Miss Yasmin bagi haritu dah siap ke?" Hana menyoal aku. Serius betul wajahnya tika ini.

"Dah! Kau dah siap ke?" Giliran aku pula bertanya.

"Dah, hmmm... Sya..." Panggilnya, meleret.

"Hurm.." Aku menyahut, tanpa memandang wajahnya.

"Aku rasa, aku dah jatuh cintan lah. Heheh" Hana tersengih seperti kerang busuk.

Wow! Alhamdullilah, akhirnya kawan aku ini ada juga perasaan!

"Alhamdullilah. Sejak bila ni? Heh, pandai dah kau eh sekarang ni... By the way, siapa lelaki yang berjaya buat hati kawan aku mudah cair ni hah?" Aku bertanya sambil memeluk bahu Hana.

Hana pula tersengih, "Kalau aku cakap jangan gelak eh,"

"Insyaallah, kalau lawak aku gelaklah." Balas aku, ingin berlawak.

"Kalau macam, aku tak nak cerita dekat kau!" Hana menarik muncung sedepa. Amboi! Sejak bercinta ni pandai pula dia nak merajuk kan?

"Alololo, aku gurau aje. Ceritalah, i'm open ear."

"Macam ni..." Hana sengaja menggantungkan ayatnya. Aku pula setia menunggu sahabatku memulakan ceritanya.

"Masa tu, kawan mak aku ada datang rumah aku. Dengar cerita, kawan mak aku tu saja-saja lawat mak yang dah pencen. Lepastu masa aku tengah nak hidangkan makanan tu, tiba-tiba aku nampak dia..."

"Then?" Soal aku, tidak sabar.

"Mula-mula aku langsung tak perasan yang dia tu datang rumah aku, bila aku nak hidangkan makanan tiba-tiba aje dia ada. Dia tersenyum dekat aku, manis jugaklah. Dan, dia kawan baik si 'pujaan hati' engkau."

"Maknanya......... Hazimi lah ya?" Aku bertanya, sambil tersenyum herot.

Perlahan-lahan Hana mengangguk. Mukanya sudah merah menyala menahan malu.

"Hahaha! Come on Hana! Tak perlu nak malu! Kau tahu tak, kau dengan Hazimi tu memang sesuai? Daripada sekolah menengah lagi aku dapat tangkap yang macam kau suka sikit dekat Hazimi, tapi kau mengelak kan? Sekarang ni dah suka. Alhamdullilah! Terbuka juga hati kau nak sukakan seseorang. Yalah, sebelum ni kau kan 'keras' sedikit." Sempat lagi aku menyindir Hana. Pada masa yang sama, aku memang gembira dengar berita itu.

"Aku doakan korang bahagia, insyaallah." Tambah aku.

"Eh? Apa kena mengena? Aku cuma syok dekat dia aje, yang kau tambah 'bahagia' ni dah kenapa?" Soalnya, hairan.

Aku tersenyum, "Takpelah, aku doakan kau bahagia bersama orang yang kau suka tu iaitu Hazimi. Hahahaha. Semoga mendapat anak yang ramai ya!" Sekali lagi aku mengenakan Hana. Sebelum ni kan asyik Hana sahaja yang mengenakan aku, hah! Rasakan! Hehehe, gurau manja dengan sahabat takkan tak boleh?

"Ish kau ni! Aku cuma suka dekat dia je. Takde lah pula sampai fikir anak-anak bagai. Eww." Hana sudah mula geli. Aku hanya ketawa. Hana, Hana! Malu tapi mahu.

"Eh dahlah, jom masuk dewan. Karang bising pula Sir Hazman tu. Dia tu kalau dah marah tak hengat dunia kauu." Aku mengajak Hana masuk ke dewan. Takut juga kalau-kalau terlambat. Sir Hazman tu memang pantang kalau orang lambat masuk ke dewannya. Walaupun sesaat. Fuh! Padat sungguh peraturan dia.

"Tapi kan Sya, aku pun doakan kau berbahagia sampai dapat anak comel dengan Fakri!" Hana ni berdoa ke memekik? Nasib baik tak ramai sangat orang pada masa itu. Kalau tidak, memang pakai make-up setebal 4 inci agaknya.

"Ishhh, malu aku tau!"

"Hahaha! Tak apalah. Beb, kita ni dah nak dekat 22 tahun. So, tak kisah kalau fikir kahwin masa sekarang ni kan? Jadi, sebab itulah aku berdoa supaya kau berbahagia dengan orang yang kau cinta sejak bangku sekolah lagi." Langkahku terus terhenti.

Tiba-tiba sahaja jadi sebak. Entah kenapa. Mungkin sebak kerana sudah lama aku tidak menatap wajah dia. Entah-entah, dia pun sudah berkahwin dan beranak-pinak agaknya. Dengan siapa lagi kalau bukan.......... Hm dia punya 'suka sama suka' tulah. Aisy! Redha ajelah!

*********************

"Saya nak kamu semua baca daripada chapter 3 dengan chapter 4. Saya nak buat test minggu depan. Nak jadi ahli doktor ni, mestilah kena banyak belajar, okay kelas?" Sir Hazman berucap di depan.

Aku kerling Hana di sebelah. Heh minah ni! Sekali Sir Hazman baling buku setebal kamus dewan tu ke kepalanya baru dia tahu.

"Weh Hana! Boleh pulak kau tidur kan. Ish, ish." Aku menggeleng. Tetapi mata aku masih lagi memandang Sir Hazman.

"Ehem! Suhana! Bangun! Saya paling pantang orang tidur dalam kelas saya!" Sir Hazman sudah mula dengan dia punya 'singa' tu. Memang terjaga lah Hana.

"Sorry Sir!" Hana meminta maaf. Sir Hazman sekadar mengangguk. Nasib baik dia tak ambil tindakan, kalau tidak, mahu dihalaunya Hana dalam dewan itu nanti.

"Harap muka aje handsome, tapi garang yang amat. Entah tahan ke tak isteri dia, huh!" Hana mencebik. Aku pula menggeleng kepala.

"Tak berkat ilmu kau cakap macam Hana! Mana tahu dengan isteri dia punya romantik? Ish kau ni." Aku menasihati Hana. Hana tak habis-habis mencebik. Mahu juga aku menarik muncung si Hana ni. Haih!

"Tak adalah, dah kelas dia boring sangat, mana tak terlelap aku?" Aku dan Hana masih lagi berbisik. Nasib baik Sir Hazman tak dengar, kalau dia dengar... Mati!

"Dahlah! Tak berkat ilmu kau tahu tak?" Sekali lagi aku menasihati Hana. Hana, Hana! Kalau tak puas hati memang main nak 'tembak' aje dia ini.

*********************

"Serious weh! Aku mengantuk gila masa Sir mengajar. Mana taknya, dahlah semalam aku tidur lambat siapkan assignment yang Miss Yasmin suruh hantar minggu depan."

"Tu...." Tak sempat aku ingin membalas, Hana sudah memotong.

"Lepastu Sir suruh baca chapter 3 dengan chapter 4 pulak tu. Taklah banyak sangat, tapi jam dah otak aku ni! Fuh! Susah betul nak jadi bakal doktor kan? Kira-kira dalam 8 atau 9 tahun baru boleh pegang gelaran tu. Hm..."

"Cabaran bagi seseorang yang bakal bergelar doktor..." Aku tersenyum manis kearahnya. 

"Hahaha! Tulah kan, nak capai cita-cita kenalah ada usaha. Tapi kalau usaha sahaja tak ada gunanya juga. Kita kena ada usaha dengan doa."

Aku mengangguk laju, "Ya, ya! Aku sokong. Tulah kan, kita kena usaha. Jadi kalau kau nak kahwin dengan Hazimi pun kenalah ada usaha!" Kenyit mata, sengaja ingin 'bergurau'.

"Eh?!" Mulut Hana melopong. Kalau berjuta lalat ada ni, sah dah lama masuk.

"Hahaha! Gurau je lah. Don't take it so serious, babe!"

"Ohhh gurau... Jadi kalau kau nak kahwin dengan Fakri, kau kenalah ada usaha! Hahaha!" Giliran Hana pula berseloroh.

"Ha. Ha. Ha. Funny." Hana berhenti ketawa. Tahu pun! Lawak kau hambarlah Hana, heh!

"Ishh dahlah! Malas aku nak layan kau ni!" Hana mencebik. Cehhh pandai betul dia merajuk sekarang ni kan?

********************

"Macam mana kelas tadi? Okay?"

"Okay aje, cuma stress sikitlah. Macam-macam nak kena buat. Nasib baik assignment dah siap. Lagi tiga minggu dah nak test dah." Aku mengeluh perlahan.

Sejak aku belajar di Negeri Sembilan ini, mak dan ayah terus berpindah ke Negeri Sembilan. Risau 'benor' mak dan ayah. Aku kan anak manja mereka dan satu-satunya anak perempuan mereka. Hehe!

Aku meletakkan tote bag dan bag laptop aku di sebelah kerusi yang aku duduk, manakala aku pula duduk di hadapan ayah yang sedang khusyuk membaca surat khabar.

"Biasalah Eisya, nak jadi doktor kan... Kenalah ada usaha dan doa. Belajar, belajar jugak. Bila nak kasi ayah menantu lelaki pulak ni?"

Uhuk!

Hampir tersembur air teh-o yang di minum. Eh ayah ni? Kalau tak kasi soalan 'maut' tak boleh ke?

"Err.. Insyallah. Tapi, Eisya ikut pilihan mak dan ayah." Begitu pasrah sekali aku. Tapi tak apalah, pilihan mak dan ayah pasti yang terbaik, kan?

"Betul ni?" Ibu pula tiba-tiba muncul.

"Hm.." Aku sekadar mengangguk. Kalau boleh, isu ini aku langsung tidak mahu bangkitkan! Masakan umur 21 tahun sudah mahu berkahwin? Memanglah berkahwin awal tu mendapat pahala, tapi...........

DIA!

Ya, dia!

Aku masih tidak boleh lupakan dia. Hm, apalah dia buat sekarang ni kan? Pastinya sudah menjadi jurutera. Dan tak mungkin dia masih lagi belum berkahwin. Pastinya sudah beranak dua sekarang ini, dan dia sudah bahagia dengan isterinya... Hm..

"Eisya, termenung apa tu?" Mak dan ayah bertanya. Mereka memandang pelik ke arah aku. Haa sudah! Kantoi!

"Err tak ada apa-apa." Balas aku, gagap.

"Eisya dah ada yang punya ke?" Serius. Muka ayah sangat serius. Aku sudah 'masak' sangat dengan perangai ayah yang tak suka jika anak-anaknya bercintan-cintun ketika sedang belajar. Abang-abang aku semuanya sudah kahwin, tinggal aku je. Huwaaa.

"Tak ada pun," Balas aku, pendek. Tanpa gagap dan tenang. 

Cuma... Suka dan cintakan seseorang tu adalah! Jawab aku, tetapi didalam hati. Gila mahu mengaku depan-depan? Malu rasanya. Buatnya orang yang aku suka tu dah berpunya, tak ke naya?

"Baguslah kalau macam tu. Sabtu ni ada orang nak masuk meminang Eisya."

Uhuk!

Burr!

Sekali lagi aku terbatuk, tetapi kali ini dengan semburan. Fuh!

"Apa Eisya ni? Tak sopannya." Mak berkata dengan nada yang tegas.

"Sorry! Terkejut. Siapalah yang malang nakkan Eisya tu?"

"Aip! Apa cakap macam tu, Eisya ni okay apa. Anak ayah kan cantik, mestilah ada yang tertarik." Ayah sudah mula dengan 'ayat terbaik' nya tu.

"Cantik tak kemana pun. Lagipun ayah, Eisya tak nak lah bakal suami Eisya ni nak perempuan yang cantik-cantik je. Lepastu bila dah beranak pinak, dia cari perempuan lain lah pula. Err scarynya!" Aku membuat muka yang kononnya 'seram' sangat tu.

"Jangan risau Eisya. Calon yang ayah nak kenalkan ni, merendah diri orangnya."

"Ohh.." Pendek sahaja aku membalas. Hm, kalaulah calon itu adalah Fakri... Pasti dunia ini ana yang punya! Cecece... Beranganlah kau Qaleesya!

"Dan lagi satu... Bakal suami Eisya ni bersederhana orangnya, dia tak kisah isteri dia cantik ataupun tidak, asalkan cantik daripada segi dalaman. Dan, dia tak berkerjaya sangat orangnya. Macam yang ayah cakapkan, orangnya biasa-biasa aje. Tak handsome dan tak kacak. Tapi kacak dari segi dalaman." Panjang lebar ayah menuturkan satu persatu sifat lelaki itu.

Hm... Nampaknya macam ada yang aku nak! Aku mahu lelaki yang jenis bersederhana, walaupun tidak berkerjaya, tapi itu semua tak penting! Cukuplah duit untuk aku dan anak-anak aku nanti. Heh! Sudah fikir pasal anak lah pula.

Dan yang paling penting, aku mahukan lelaki yang tidak memandang paras rupa. Itu yang aku mahu! Kerana, paras rupa ni tak ke mana, cuma kalau orang itu 'terbaik' muka dia, mungkin itu bonus bagi aku. Heh!

"Termenung lagi!" Mak yang sedari diam kini bersuara apabila aku diam tidak berkata.

"Hehe," Aku sekadar tersengih. Memang 'hobi' aku termenung aje. 'Hobi' lama sejak daripada tingkatan dua lagi. Hahaha...

"Dah nak kahwin dah anak dara mak..." Mak mengusap lembut kepalaku. 

Aku melentokkan kepalaku di atas bahu. Aku memang manja pun. Hehehe. Ayah pula sekadar memerhati dan tersenyum. Mungkin bahagia kerana aku ingin berkahwin. Aku pun tak tahu kenapa aku pun turut gembira. Pelik. Tapi memang wajar pun aku bergembira kan?

***********************

"Assalamualaikum Hana!" Aku terus berlari mendapatkan Hana.

Hana yang sedang berbincang dengan rakan sesama groupnya tiba-tiba berhenti kerana aku. Heh! Pengacau betul aku ini.

"Apoo?" Hana menyoal, dalam bahasa Negeri Sembilan. Amboi! Mentang-mentanglah study dekat Negeri Sembilan.

"Aku ada hot story ni..."

"Apa, apa?!" Hana menyoal tidak sabar. Heh! Dah agak dah, mesti tak sabarnya Hana ni bila orang sebut pasal 'hot story'.

"Ada orang masuk meminang aku..."

"What?!" Hana terlopong.

******************

p/s : 

1. Sorry cerita ni macam terhenti sikit. Nak bagi gempak sikit. Ceh! Macamlah gempak sangat kan.
2. Blog ni terpaksa disable highlight dan disable copy. Sebab ada orang yang copy paste entry aku. Heh! Sabar jelah! Nasib baik aku tak komen dekat post dia, kalau tak... Ayat meletup. Hahaha. Dah ah.
3. Mungkin cerita ni sampai bab 5. Huhu. Wait for the next entry, yeah? :D

Thursday, 5 June 2014

#ShortNovel - Engkau Yang Aku Rindu (Bab 2)


"Fuh! Tak sangka aku, begitu ramai orang harini kan Sya kan?" Hana menyoal aku. Matanya masih lagi tertancap pada novel terbitan Karya Seni itu.

"Haruslah ramai! Harini kan cuti," Balas aku, acuh tidak acuh. Aduh Hana ini! Sudah tahu harini cuti masih lagi mahu bertanya.

"Hehehe!" Hana tersengih sahaja kemudian pandangannya terus ke novel yang bertajuk Isteriku 19 Tahun! Aku pula tertarik pada novel yang bertajuk Imam Mudaku Romantik. Wah wah! Harus beli ni!

"Kau nak beli berapa buah novel?" Hana menyoalku. Aku pula sekadar mengangkat bahu tanda tak tahu. Tengok lah dulu kalau ada yang berkenan banyak, aku ambillah!

"Kau?" Aku pula menyoal Hana.

"3 je kot. Aku bawak sikit je ni,"

Aku hanya mengganguk. Di tangan Hana sudah ada 3 novel. Tapi masih lagi mencari dan membaca sinopsis novel. Aku menggeleng. Kata nak tiga, tapi dalam tangan sudah ada lima buah! Hana, Hana!

"Aku beli dua je kot, lepastu kita cuci mata dulu." Aku bersuara. Suaraku terpaksa dikuatkan kerana terlampau ramai orang disitu.

Padahal aku dan Hana tiba 45 minit awal sebelum pesta buku bermula. Ini pun sudah ramai!

"Hm, okaylah. Aku memang dah tertarik dengan 3 buah novel ni."

"Suka hati kau lah Hana." Aku membalas. Jangan nanti dah sampai di tempat lain, dia mahu beli yang lain pula! Siapa mahu bayar? Ayahnya pula hanya menunggu kami di salah sebuah restoran di PWTC.

Aku dan Hana segera ke kaunter pembayaran. Orang semakin lama semakin ramai. Jadi lebih baik cepat-cepat aku dan Hana beredar. Kebetulan pula kaunter bayaran masih tidak mempunyai orang. Jadi cepatlah untuk aku dan Hana segera beredar. Boleh lemas kalau duduk lama-lama disini! Punyalah ramai! Ni mesti kesemuanya kaki novel. Dengan nak jumpa penulis novel lagi, pelakon dalam cerita novel lagi.

Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku bergambar sekali. Tapi, begini punya ramai, jadi lupakan ajelah!

Aku dan Hana berjalan beriringan. Berpegang tangan lagi! Hahaha! Hana lah, katanya 'aku takut kau hilang, nanti siapa yang nak bertanggungjawab?'

'Yelah, kat sini ramai orang, manalah tahu kau kena culik ke. Kau kan kiut miut.'

'Ramai orang sangat ni, aku takut kau hilang.'

'Kau baru 14 tahun, takut kau kena culik ke, kau dahlah belum kahwin lagi, kata nak kahwin dengan dia?'

Sampai begitu sekali pemikiran Hana. Macam-macam Hana membebel. Akhirnya, aku mengikut sahaja kehendaknya. Mungkin untuk keselamatan aku kan. Yelah aku kan masih lagi 'belum kahwin' hahaha! Hana, ohhhh Hana!

Kami berjalan bersama dari satu kedai ke satu kedai. Aku pula tertarik pada sebuah buku yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha. Nasib baik aku bawa lebih hari ini, duit yang aku kumpul dan duit yang diberikan oleh mak dan ayah.

Aku terus mencapai buku tersebut tanpa membaca sinopsisnya. Aku tahu, buku-buku agama islam semuanya bagus-bagus belaka. Jadi, tak perlu nak baca sinopsisnya lagi-lagi orang ramai sebegini.

"Kau beli buku apa tu?" Hana menyoal.

"Buku 'Sebarkan Cinta-Mu'. Ustazah Fatimah Syarha yang tulis." Aku menjawab sambil membelek harga novel tersebut.

"Ohhhh, kau kan peminat setia Ustazah Fatimah Syarha kan?" Hana mengangkat kening. Aku hanya menyengih. Tahu-tahu aje!

Aku terus ke kaunter pembayaran dan mengeluarkan not RM50 dan hulurkan not tersebut kepada 'akak' yang menjaga kaunter itu.

"Terima kasih dik." Ucap 'akak' itu. Aku hanya mengangguk dan tersenyum ikhlas kearahnya.

"Dah?" Hana menyoal. Aku mengangguk.

"Sudah," Pendek aku membalas.

Tanpa banyak bicara, aku dan Hana terus beredar daripada gerai buku PTS itu.

Sedang berjalan, mata aku tertancap pada sebuah gerai. Ya! Inilah gerai aku ingin pergi. Sudahlah ada diskaun RM8. Jadi, aku harus beli novel di sini. Rugi rasanya kalau tak beli! Kaki Novel. Sesiapa pun aku rasa orang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

"Murahnya! Rasa rugi pula beli novel banyak tadi. Dahlah novel yang ini pula yang menggoda aku! Ah! Ini yang tak boleh ni!" Hana bersuara, separuh teruja, separuh kecewa.

Tulah.... Siapa suruh habiskan duit tu semua. Dahlah novel kau semuanya tebal-tebal belaka.

"Kau nak novel apa? Aku tambah," Aku bersuara, kesian pula aku tengok Hana. Dari tadi hanya memandang sahaja novel novel di hadapannya.

"Hm.. Tak apalah Sya. Kau belilah. Aku ada lagi RM11. Novel ni pun cuma RM19 je. Kan diskaun RM8. Hehe." Hana menyengih.

"Suka hati kaulah," Aku terus mencapai novel yang bertajuk 'Dia Imamku' , 'Actually I Love You!' dan 'Alamak! Arziril ke Ariel'. Tiga buah kesemuanya. Tanpa banyak cakap, aku terus ke kaunter pembayaran untuk membayar. Lagi cepat lagi bagus! Balik ni aku boleh baca novel novel yang dibeli ini. Tidak sabar rasanya!

"Dah?" Soal ayah Hana. Aku hanya memerhati.

"Dah kot. Nak pergi mana lepas ni?" Hana menjawab sekaligus bersoal. Aku pula hanya mendiamkan diri. Malu rasanya untuk bersuara.

"Makan jom," Ayah Hana mempelawa. Aku hanya diam membisu. Angguk tidak, geleng pun tidak. Aku hanya mengikut dan menumpang sahaja.

"Nak pergi beli air kejap tau ayah," Hana bersuara. Ayah Hana hanya mengangguk. Aku pula mengekori Hana dari belakang. Kali ini, tidak lagi berpegang tangan. Orang tak ramai sangat di sini.

"Ehhhhh..." Aku berhenti. Dah macam 'brek' kereta lah pula.

Habis hidung aku terlanggar belakang badan Hana. Ish Hana ni!

"Kau ni main berhenti aje! Sakit hidung aku!" Aku memarahinya. Nasib tak patah hidung ni. Kalau patah, habislah nasib aku.

"Do you see what I see?" Hana menyoal, keningnya diangkat dan dia tersenyum mengejek.

"Apa?" Aku menyoal. Mukaku sudah muka 'bengong'. Hana ini, macam-macamlah.

"Tu kan pujaan hati kau, tu tengah ada dekat kaunter tu." Hana menunjuk kearah si 'dia' yang sedang membayar air yang telah dibeli. Aku pula tiba-tiba sahaja hati ini berdegup kencang.

"Dah cepatlah ambil air tu lepastu bayar dan balik!" Aku mengarah. Hana pula hanya tersenyum melihat gelagat aku dan mengikut sahaja arahanku.

"Kau nak air apa? Nak jajan tak? Ayah aku ada bagi duit tadi. Jadi mintak jelah apa kau nak," Hana bersuara. Matanya masih lagi tertancap pada air minuman di hadapannya. Masih lagi belum pilih apa-apa air. Lambatnya kau Hana!

"Tak kisah." Balas aku. Orang sudah mahu belanja, aku tidak mahu minta lebih lebih.

"Dah jom," Hana mengajak. Aku sekadar mengekorinya dari belakang. Mata aku pula mengekori langkah si dia keluar dari kedai itu.

Dia pula sedang berbual dengan rakan-rakannya. Aku hanya memerhatikan gelagat si dia yang tersenyum, lepastu tersengih, lepastu mengusik kawannya. Alahai comelnya!

"Berangan apa ni kak?" Hana mencuit aku.

"Eh dah bayar?" Aku menyoalnya sekadar berbasa-basi.

"Dah kak! Lama dah habis! Dari tadi aku perhatikan kau je, asyik tersenyum-senyum. Apehal ni? Sihat tak?" Hana meletakkan tangannya ke atas dahiku.

Aku terus menepis tangannya, "Ish aku sihatlah! Dah jom!"

"PMS ya? Janganlah marah hehehe." Hana bergurau. Aku pula tidak mengendahkannya. Aku berjalan laju meninggalkan Hana di belakang.

Lagi cepat aku beredar, lagi okaylah jantung aku ini. Dari tadi, tak habis-habis berdebar. Mahu putus juga jantung aku di sini!

"Hai, assalamualaikum!" Tegur seorang mamat.

Erk!

"Wa... Waalaikumussalam.." Aku membalas.

Gila! Ini gila!

"Buat apa dekat sini?" Soalnya si 'dia'. Lagi tahu di sini tempat orang membeli buku, lagi mahu tanya! Nasib baik kau 'pujaan hatiku', kalau tak dah lama dilempangnya. Heh!

"Tengah lari marathon kat sini," Balas aku sinis. Tapi senyuman aku, manis. Aduhai bibir ini! Cubalah sekali sekala kau jual mahal sedikit.

"Hahaha kelakarnya! Nak balik dah ke?" Aku pula tersenyum dan mengangguk. Aku menoleh kearah Hana. Aku hanya memerhatikan si dia. Senyum mengejek lagi! Aduhai!

"Ohh, jalan baik-baik tau," Dia memberi nasihat. Dia beri nasihat? Biar betul?! Oh stop it Sya! Jangan berangan lebih-lebih sangat. Oh hati! Berhentilah berdegup terlampau pantas!

"Oh okay-okay. Orang gerak dulu. Assalamualaikum." Balas aku lantas menarik tangan Hana tanpa menunggu si dia membalas apa-apa. Malu rasanya. Hati aku sudah mahu putus. Peluh aku pula tidak mahu berhenti daripada mengalir.

"Hahahahaha! Seronoklah orang tu ber'dating'. Amboiii kau!"

"Ish mana ada!" Aku memukul bahu Hana. Ada sahaja yang mahu disakatnya. Nasib baik kau bff aku Hana.

"Kuat betul jodoh korang," Hana membalas. Erk?!

"Merepeknya kau ni!" Aku memukul bahu Hana sekali lagi, ditambah lagi dengan cubitan aku. Haa rasakan!

"Ish sakitlah! Aku serious okay!" Hana pula memarahi aku.

"Hm dahlah. Aku dah nekad nak lupakan dia. Tup tup jumpa dia dan........" Sengaja aku berhentikan ayat aku. Tiba tiba sahaja Hana menyampuk.

"Dan dia tegur. Means that jodoh kau dengan dia memang kuat."

"Hahaha dahlah. Kebetulan aje tu. Dah jom, nanti lama pula ayah kau tunggu kita." Aku memeluk bahu Hana dan terus ke tempat parkir kereta.

*****************

Balik sahaja di rumah, aku terus ke bilik. Memandangkan ayah dan mak pergi ke kenduri kahwin, aku pun terus 'melepak' di atas. 

Aku merebahkan badan aku di atas katil. Huh penatnya!

Aku terus mencapai novel 'Imam Mudaku Romantik' lalu dibukanya pembalut plastik tersebut. Aku terus 'menikmati' novel itu. Daripada mula, aku hanya membayangkan si dia. Aduh! 

Banyak kali aku cuba aku membayangkan Amar Baharin, tapi hanya berapa saat dan tiba-tiba muncul muka dia. Sekali lagi aku cuba untuk membayangkan wajah Amin Idris, pun masih wajah yang sama! DIA! Oh tidak! Aku sudah diangau cinta. Padahal aku sudah nekad untuk lupakan dia. Tapi dia muncul secara tiba-tiba.

Dan tiba-tiba sahaja fikiranku melayang. Teringatkan pertemuan aku dengan dia sebentar tadi di PWTC. Tidak ku sangka aku akan bertemu dengan dia hari ini. Kalau aku tahu aku akan jumpa dia hari ini, pasti aku tidak jejak kaki aku ke PWTC. Sebab, aku sudah nekad ingin melupakan dia!

Tapi, semuanya sudah terlambat. Semakin untuk melupakan, semakin kuat fikiranku terhadap dia.

Aku terus mencapai diari aku dan menulis peristiwa aku sebentar tadi.

1 Mei 2014

Aku jumpa dia dekat PWTC. Allahu... Apalah nasib aku. Semakin ingin membuang, semakin mendatang. Tak sangka bahawa aku akan bertemu dengan si 'dia' di situ. Dan paling tidak ku sangka, dia menegur aku. Dan paling paling tak sangka sekali, dia mengambil berat terhadapku. Aku masih ingat lagi bait-bait yang terucap daripada bibirnya...

"Jalan baik baik tau."

Pendek dan ringkas. Tapi amat bermakna bagi aku. Seolah-olah di mengambil berat terhadap aku. Oh tidak! Cinta buat aku gila!

Aku terus menutup diari aku. Tiba-tiba sahaja rasa sebak. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi ada juga rasa gembira. Mungkin aku sebak kerana saat aku mahu lupakan dia, dia pula tiba-tiba munculkan diri. Dan mungkin aku rasa gembira kerana aku bertemu dengan dia hari ini.

****************************

"Qaleesya!" Aku hanya buat tidak endah.

"Qaleesya Imani!" Sekali lagi namaku di panggil. Dan aku hanya buat tidak tahu.

"Nur Qaleesya Imani! Bangun!" Ahh! Kacau sahaja!

"Bangun!!!!!" Kali ini lebih kuat panggilan itu dan aku terus tersedar.

Aku memandang kearah mak dan............. Wah bengisnya muka! Seram pula aku tengok.

Aku terlelap rupanya. Lepas baca novel tadi, aku baring sekejap, dan tak sangka pula boleh terlelap sampai termimpi-mimpi.

"Bangun pun! Dah solat belum ha? Ish anak dara seorang ini," Mak menggeleng kepala. Aku pula sekadar tersengih.

"Hm... ABC." Balas aku pendek. Mak sekadar mengangguk dan berlalu. Tetapi sampai sahaja di pintu bilikku, mak bertanya.

"Mimpi apa tadi? Siapa ber-abang-sayang? Gatal eh?!" Mak bertanya, aku pula buat muka 'bengong' ala-ala muka blur.

Apabila mak memandang muka aku yang seperti mahu kena tampar, emak terus berlalu. Takkanlah aku nak bagitahu mak yang aku mimpi dia?

Huh, gila!

Sudahlah aku mimpi dia. Tapi, mimpi ni rasa bahagia sangat..... Aku pula memanggil si dia dengan panggilan manja iaitu 'abang' dan 'sayang'. Ah! Apalah! Mimpi kan mainan tidur?

****************************

"Huiii! Assalamualaikum. Dah siap sedia untuk exam esok?" Hana menyapa. 

Aku sedang berada di dalam perpustakaan sementara menunggu untuk masuk ke kelas bagi sesi petang.

"Waalaikumussalam. Insyaallah," Aku tersenyum manis kearah Hana. Dan Hana pun membalas.

Aku perhatikan Hana yang sedang mencari buku Sains. Esok periksa Sains dan Bahasa Inggeris. Tiba-tiba otak aku terfikirkan sesuatu dan aku ingin bertanyakan kepada Hana.

"Hm Hana..." Aku menegur.

"Shhh!" Hana menyuruh aku diam. Mungkin suara aku kuat sangat kot? Dan mungkin dia tidak mahu dia diganggu ketika dia sedang belajar.

10 minit kemudian...

"Hm kenapa kau panggil aku tadi? Sorry, tadi aku tengah menghafal, tiba-tiba kau kacau daun."

"Hehehe sorry! Aku ada something nak tanya."

"Apa dia? Silakan..." Aku memulakan persoalan aku yang bermain di fikiran aku.

"Kau rasa kan, kalau aku mimpi seseorang tu...."

"Kau mimpi dia kan?" Potong Hana.

"Ishh kau ni. Hm memang betul pun. Jadi persoalan aku ialah..."

"Kau mimpi dia dan kau nak tanya aku sama ada dia rindu kau ke tak?" Potong Hana lagi. Semakin fed-up pula aku berbual dengan minah ni. Ada sahaja yang ingin di potongnya.

"Hmm.." Balas aku. Malu pun ada. Padahal aku dengan Hana dah macam adik-beradik dah. Itu pun nak malu, Qaleesya, Qaleesya!

"Berdasarkan fakta yang aku baca, kalau kau mimpikan seseorang itu, maknanya dia tengah rindukan kau. Dan ada orang kata nonsense. Aku pun tak tahu mana satu. Mungkin kau asyik terfikirkan dia sampai terbawa-bawa ke mimpi. By the way, kau mimpi apa dengan dia semalam?" Panjang lebar Hana menerangkan kepadaku dan tidak menyampuk, sekadar mengangguk tanda faham sahaja.

"Aku mimpi yang aku dengan dia tengah berbual. Mesra sangat. Aku panggil dia 'abang' dan dia panggil aku 'sayang'.Aku tak tahu kenapa, tapi mimpi aku ni, bahagiaaaaaaaa sangat." Aku jadi malu sendiri. Tak tahu kenapa aku jadi malu malu kucing.

"Cehhh. Tapi, orang kata mimpi ni kan mainan tidur. Tapi aku doakan suatu hari nanti ianya akan terjadi dengan realiti dekat kau. Insyaallah." 

**************************

Novel ni aku asyik gelarkan 'si dia' ajekan? Hahaha. Bukannya tak ada idea nak letak nama apa, tapi aku rasa lebih baik kalau aku rahsiakan dulu nama 'si dia'. Nak gempakkan sikit cerita ni. Cehhh padahal tak delah gempak mana kan. Huhu.

Friday, 30 May 2014

#ShortNovel - Engkau Yang Aku Rindu (Bab 1)


"Hoi! Termenung apa?" Hana menerjahku.

"Oi mak kau!"

"Hahahaha! Termenung apa makcik? Aku datang dah lama sangat, kau masih lagi termenung!" Hana masih lagi menggelakkan aku. Apa yang lawaknya pun aku tidak tahu.

"Hm, entahlah. Fikir masa depan." Jawabku acuh tidak acuh.

Lagi beberapa minggu sahaja aku akan peperiksaan pertengahan tahun. Tak sangka! Tup tup aku sudah 14 tahun. Sudah dua tahun aku bersekolah di sini. Segala kenangan manis dan pahit aku lalui.

"Fikir pasal kahwin ek? Dengan dialah tu." Hana menyoalku. Keningnya diangkat seperti Ziana Zain.

"Ish merepeklah!" Aku menjawab dengan gagap.

"Don't you ever lied to me Nur Qaleesya Imani, i know who you are." Oh sudah! Dia speaking dan menyebut nama penuhku! Mana tahu ni?! Hana memang hebat membaca fikiran orang.

"Hm....."

Hana hanya menggeleng melihat kerenah aku. Aku pula hanya senyap apabila melihat Hana yang sedang tekun mencari buku.

"Hana..........." Panggilku meleret. Pelbagai soalan bermain dalam fikiranku tatkala ini. Aku memerlukan pendapat Hana sekarang! Sudah lama hati aku berkata-kata tetapi masih tidak terjawab.

"Ya?" Hana berhenti dan berpaling kearah aku. Sekejap.

"Kau rasa kan......."

"Kau patut lupakan dia ke tak?" Potong Hana terlebih dahulu.

Kan dah agak! Hana ni memang ada kelebihan membaca fikiran orang agaknya? Ataupun dia yang memang gemar membaca novel, sampai terbawa-bawa kedunia realiti. Eh! Aku lebih minat novel daripada dia okay!

Aku hanya mengganguk dengan persoalan Hana.

"Look Sya. Kalau kau masih sukakan dia, aku tak boleh nak halang. Tapi kau tahukan, kita ni masih budak mentah. Masih lagi berumur 15 tahun and you should stop thinking about him. He's 17 years old now." Aku hanya mengganguk lemah.

Aku dah cuba Hana! Tapi tak boleh! Aku hanya berkata-kata dalam hati. Aku kembali membuat latihan Sains. Sains adalah subjek kegemaranku. Tapi, fikiranku kearah lain. Sains seolah-olah bukan kegemaranku lagi.

"Sya, aku sebagai sahabat kau, bukan nak halang kau untuk suka sesiapa. Tapi, kita tahun ni kena struggle betul-betul. Aku tak nak kau fikir pasal benda ni, sebab kita ni masih panjang lagi perjalanan. Tak salah nak suka dia, tapi janganlah 24 jam asyik fikirkan dia, Sya." Hana berkata dengan panjang lebar.

Aku tidak membalas apa-apa. Cuba mendiamkan diri. Aku ingin mendengar kata-kata yang selanjutnya oleh Hana.

"And aku tahu kau suka dia sebab keimanan dia. Tapi, aku tak nak kawan aku ni cinta pada manusia tapi cinta pada Allah hanya solat lima waktu."

"Ya Hana. Aku dah sedaya upaya nak lupakan dia. Aku selalu fikir yang aku ni masih lagi budak mentah. Nonsense sangat-sangat kalau dia nak pandang orang macam aku. Ustazah Fatimah Syarha kan ada cakap, kalau kita sukakan seseorang itu kerana keimanannya, maka cinta itu tidak akan pernah pupus. Sebab tulah..........."

Aku berhenti. Kelihatan Hana sedang menanti kata-kataku yang seterusnya. "Sebab tulah aku susah sangat nak lupakan dia. Setiap kali aku rindu, aku akan berdoa kepada Allah, supaya rindu aku terubat."

"Hmm, Sya. Aku tak kisah nak still lagi nak suka dia. Tapi aku tak nak kawan aku kecewa sebab cinta. Kau tahu kan dia suka siapa? Dan kau tahu kan dia sebenarnya masih dalam suka sama suka dengan ex dia?" Hana menyoalku. Tangannya menggenggam erat tanganku.

"Ya aku tahu. Sebab itulah aku cuba sedaya upaya untuk lupakan dia Hana." Jawab aku seraya tersenyum.

"Aku tahu kau boleh Sya. Kawan aku kuat. Hati kau ni lembut sangat Sya. Aku tak nak tengok kau menangis buat sekian kalinya."

"Hahahaha! Sudahlah, jom sambung study!" Aku tersengih. Tapi hati ini................... Aku masih teringatkan dia.

Ya Allah! Aku ingin lupakan dia Ya Allah! Aku tidak mahu hati aku terluka suatu hari nanti.

"Sya.... Nah novel yang kau nak pinjam ni!" Hana menghulurkan novel yang bertajuk "Ya Maulana" kepadaku. Novel daripada Hana Ilhami. Aku memang gemar sangat dengan novel Hana Ilhami. Novel cinta islamik.

"Awhh Thanks Hana! Ni pula novel kau!" Novel bertajuk "Eksperimen Cinta" aku hulurkan kepada Hana.

"Thanks kawan!"

Selesai belajar 2 jam, masing-masing membaca novel yang telah ditukar sebentar tadi. Selepas belajar, otak perlu rehat seketika. Kalau otak aku, memang baca novel jelah yang boleh me-relax-kan.

"Oh ya Sya!"

"Apa?"

"Kau baca novel, kau selalu menangis kan?" Hana menyoalku tiba-tiba.

"Kalau cerita dia sedih, aku menangislah kot." Aku menjawab, mukaku berkerut. Tertanya-tanya dengan persoalan Hana. Tiba-tiba sahaja menyoal aku menangis ke tidak.

"Just asking." Hana kembali membaca novelnya. Aku pula hanya mengangkat bahu lalu menyambung membaca novel yang tergendala tadi.

"Cuma............"

"Apa lagi? Aku tengah syok ni." Marahku. Orang tengah sedap baca novel dia sesuka hati memotong pula.

"Cuma, hati kau ni tersangatlah lembut. Sebab tu kau susah sangat nak lupakan dia."

"Hah?" Aku menyoalnya semula. Pelik betul Hana.

"Berdasarkan firasat aku lah kan. Hati kau tersangatlah lembut, sebab tu kau susah sangat nak lupakan dia. Okay cuba kau tengok, kau selalu menangis bila baca novel cerita yang sedih. Then, kalau ada orang buat salah dekat kau, kau senang sangat nak memaafkan. Lagi satu, kau suka dia sebab keimanan dia kan?"

"Hmmm..."

"Jadi ini bermakna kau sanggup terima dia apa kurangnya dia kan?" Hana menyoal aku kembali.

"Memanglah. Tapi dia pandang ke orang macam aku ni?" Aku pula menyoal.

"Insyaallah. Mana tahu suatu hari nanti jodoh kau dengan dia? Moga moga jodoh kau dengan dia. Semoga berbahagia dengan dia ya. Aku doakan korang dapat ramai anak. Okay bye assalamualaikum!"

"Eh Hana tunggu dulu!" Tak sempat aku memanggil Hana sudah berlalu. Eh kureng punya kawan!

***********************************************************************************

Aku memasuk kedalam bilik pengawas. Senyap. Tiada sesiapa pun di sini kecuali aku seorang. Biasalah, waktu pagi-pagi ini pastinya murid-murid sedang tekun belajar.

Aku pula murid sesi petang. Memang selalu aku datang pagi pada hari Isnin untuk menyiapkan jadual tugasan pengawas. Tapi hari ini aku datang seorang. Hana tidak menemani aku. Katanya tidak ada transport. Aku pula dengan berat hatinya, pergi ke sekolah seorang diri. Aku tak tahu kenapa aku terlalu semangat mahu pergi pagi pada hari ini, tetapi hati ini terasa berdebar lain macam. Pelik. Tangan aku sudah sejuk lain macam.

"Siap pun!" Aku menjerit kegirangan seperti anak-anak kecil. Tetapi masih dikawal suaraku.

Aku meletakkan jadual yang ditulis oleh aku diatas meja. Sehelai note pad aku tampalkan di atas kertas jadual tersebut.

'Tolong taip jadual ini dengan segera ya wahai setiausahaku! -Qaleesya-'

"Assalamualaikum!" Aku mendengar suara dari luar memberi salam. Suaranya garau. Pastinya lelaki. Ah sudah! Apa aku mahu buat ini? Keluar ataupun tinggal di sini?

"Wa... Wa... Waalaikumussalam." Jawabku. Kelihatan dia sedang tersenyum. Manis.

Ah Qaleesya! Jangan melting! Jangan melting! Hati kena kuatkan iman kau Sya!

"Awalnya datang pagi?" Soalnya. Aku cuma tersenyum. Bukannya sombong. Tapi tidak biasa apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan.

"Nak pergi mana tu?" Soalnya lagi.

"Err... Orang nak keluar. Lagipun tak elok lelaki dan perempuan berduaan. Assalamualaikum." Jawabku gagap. Qaleesya, Qaleesya....

"Fuhh! Patutlah dari rumah lagi aku rasa semangat sangat nak pergi sekolah, berdebar pun ada tadi. Rupanya inilah yang terjadi." Omelku.

***********************************************************************************

"Sya! Sorry tak dapat datang tadi." Hana memeluk bahuku. Aku hanya tersenyum.

"It's okay!"

"Gembiranya kau hari ini." Hana bersuara.

"Shhh! Bertugaslah! Pengetua nampak nanti padan muka kau." Aku memarahinya. Orang sedang bertugas dia bertanya itu ini.

"Okay boss.." Hana tabik hormat. Hana, Hana... Suka sangat buat benda lucu!

"Psstt.." Hana membisik.

"Ishh.. Shh!"

"Psst psst.." Kali ini lebih kuat.

"Hana stop it!" Aku memarahinya, tetapi suara masih dikawal agar tidak didengari oleh murid-murid lain.

"Cuba pandang sebelah kau siapa!"

Aku melihat orang di sebelah aku. Ya Allah! Jantung ini bagaikan mahu gugur sahaja saat ini. Walaupun jarak yang agak jauh, tapi aku berasa sangat-sangat berdebar.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal?!"

"Kan aku dah.........."

"It's okay Hana. Bukan salah kau. Aku nak jaga sanalah. Bye! Aku tak selesa." Aku berlalu pergi. Laju. Aku tidak marahkan Hana, tapi aku cuma tidak selesa. Bagi aku, jarak antara aku dan dia amatlah dekat. Tapi pandangan orang lain amat jauh.

***********************************************************************************

"Sya!"

"Sya wait for me!"

Aku bukan sengaja mempedulikan Hana, tapi............... Aku segan untuk pandang ke belakang.

"Sya! Penatlah kejar kau!" Hana tercungap-cungap. Muka Hana agak kelakar apabila tercungap.

Ketawaku meletus juga akhirnya. "Kelakar lah Hana."

"What?" Soal Hana, pelik.

"Nothing," Balasku, senyum.

"Aku nak story ni." Hana bersuara.

"Apa dia? Ada sahaja story hot kau." Aku menggeleng seraya tersenyum.

"Sebenarnya, sebelum aku pergi ke kau lagi, aku nampak dia asyik pandang kau." Hana bersuara. Inikah yang katanya 'story' oleh Hana itu? Kelakar lah! Mana mungkin dia mahu pandang aku.

"Merepeklah,"

"I'm deadly serious. Mula-mula dia jauh lagi, tapi asyik pandang kau. Lepastu aku pergilah dekat kau, aku nampak dia tak habis-habis pandang kau. Tengok-tengok aje dia sebelah kau sambil memerhatikan kau. Sebab tulah aku tegur kau."

"Nonsense,"

"Serious Sya! Dia pandang kau lama sangat!" Hana mengangkat tangannya seperti berikrar. Muka dia memang nampak serious. Tapi...... susah aku mahu percaya. Orang seperti dia memandang orang seperti aku? Merepek sangat ni.

"Hm sebenarnya aku pun ada story ni."

"What story?"

"Tadi masa aku datang pagi........."

"Dan?" Soal Hana, tidak sabar.

"Aku tengah duduk dalam bilik pengawas. Tiba-tiba dia bagi salam...."

"Pastu?" Hailah Hana! Tak sabar sungguh!

"Dia senyum kat aku. Lepastu dia tanya aku awalnya datang pagi, aku cuma senyum je. Lepastu aku keluar, tiba-tiba dia tanya aku nak pergi mana, aku jawablah nak keluar, sebab tak elok berduaan lelaki dan perempuan. Sepanjang bercakap dengan dia, dia asyik tersenyum je. Manis."

"Cewah!" Hana bertepuk tangan.

"Hana i'm serious!"

"I'm serious too!"

"Aku rasa kan, dia suka kau kot. Mungkin kriteria kau sama dengan ex dia yang kononnya suka sama suka tu."

"Merepek lagi! Dahlah jom masuk kelas!"

***********************************************************************************

"Kenapa lama sangat ni?" Hana menyoalku.

Aku hanya tersenyum.

"Sorry, solat tadi." Balasku lembut.

"Hahaha it's okay! Kenapa kau lama sangat? Sebab dia ada tahu tadi. Lama pula tu duduk dekat sini."

Hati aku tiba-tiba sahaja rasa pedih. Tidak tahu kenapa. Mungkin aku sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan si dia. Tapi tak apalah. Tadi aku solat. Solat dengan dia, solat lebih penting!

"Ehem!" Hana tiba-tiba terbatuk. Matanya pula melirik kearah kanan seakan-akan memaksaku untuk berpaling kearah kanan.

"Erkk...." Aku terus berlalu. Tidak tahu kenapa. Mungkin mahu mengelak daripada berdebar.

Sudahlah dia pandang aku tadi! Ya Allah! Berilah aku ketabahan!

"Hi dik!" Aku menggeletek pinggang seorang pengawas juniorku.

"Mak kau kak Sya!" Budak itu melatah. Hahaha! Kelakar.

"Ishh akak ni."

"Hehe."

Aku terus berpaling ke kanan. Buk!

Bukan dia dah pergi ke? Bila masa pula dia belakang aku?

Dia sedang memerhatikan aku, tetapi sekejap sahaja, kerana apabila aku memandang dia, cepat-cepat dia pandang kearah lain.

Sabar wahai hati sabar!

Aku terus melayan juniorku ini. Dan dia pun berlalu pergi. Fuh! Selamat.

Macam-macam yang kami bincangkan. Tiba-tiba mataku teringin benar mahu memandang kearah bilik guru. Dan tiba-tiba sahaja dia keluar, matanya pula memandang kearah mataku. Sekejap. Lepastu terus pandang tempat lain.

Ah sudah Sya! Aku terus berlalu. Malas mahu fikir. Aku terus ke tempat tugas Hana. Mahu hilang kan debaran.

"Cehhhh! Tadi ada orang tu ikut dia...." Hana bersuara separuh memerli.

"Ish shhhhh!" Aku menjeling. Hana, Hana! Sehari tak kenakan aku tak boleh ke?

"Ehem!"

"Apa lagi Hana?" Aku menyoal Hana. Tak habis-habis dengan batuknya itu.

"Sya! You better look at me now!" Hana memberi arahan. Ahh Hana! Malas aku mahu melayannya.

"What Hana? Bertugas ajelah jangan banyak cakap!" Aku pula memberi arahan.

Woppp! Baru aku perasan! Patutlah Hana asyik terbajuk aje. Hana! Lain kali jangan batuk boleh tak? Bagitahu ajelah perkara sebenar! I can't read your mind like you!

Aku terus pergi dibawah tangga. Untuk menyorok. Aku pun tidak pasti kenapa aku berbuat sedemikian. Pelik. Pelik dengan diri aku ini.

Aku hanya memerhatikan si dia berlalu. Tak pandang aku pun. Ya! Itulah yang aku mahukan. Jangan pandang aku, disaat aku ingin melupakan kau. Nasib baik dia tidak perasan yang aku sedang menyorok! Fuh selamat!

"Cehhhhhh! Dia datang lagi... Dia turun sini sebab kau adalah tu." Hana bergurau. Bergurau lah kot. Mana mungkin orang seperti dia mahu mengekori aku. Boleh jalanlah! Hahaha.

"Ish kau ni! Dahlah jom pergi rehat. Waktu bertugas dah habis ni." Aku menjeling Hana.

"Cehhh orang tu malu-malu kucing lah pula." Hana masih lagi bergurau dengan aku.

Hana! Tak nak makan sudah! Aku berkata-kata dalam hati. Berharap dia boleh baca hati aku. Memang aku malu! Janganlah bangkitkan lagi isu ini!

Aku terus berlalu meninggalkan Hana. Tanpa memandang ke arah belakang.

"Nur Qaleesya Imani! Wait for me! Aku nak makan jugak!"

"Tahupun nak makan. Hehe." Aku memeluk bahu Hana seraya tersenyum. Manis. Khas untuk Hana seorang sahaja!

***********************************************************************************

"Sya, kau dah siap Sains?" Hana bertanya. Tanpa memandang aku. Dia yang sibuk membuat latihan Matematik itu. Aku pula bersiap-siap untuk ke makmal fizik untuk matapelajaran Sains.

"Of course done!" Aku membuat 'peace' ke arah Hana. Hana cuma tersenyum melihat gelagat aku.

"Okay dah jom!"

"Jom!"

"Sya......." Hana memanggilku. Meleret sekali panggilannya.

"Hm...?" Aku menyahut. Tidak memandangnya. Fokus ke arah perjalanan aku untuk ke makmal. Takut juga kalau kalau terjatuh tangga ke... Uish nauzubillah!

"Cuba kau tengok depan," Hana menunjuk ke arah hadapan. Aku pula ikut sama memerhati.

"There's nothing. Dah jom nanti lambat pula."

"Suka hati kaulah Sya. Aku dah beritahu tapi kau degil kan." Hana berkata dengan nada yang malas melayan aku. Eh aku lagi malas mahu layan dia. Merepek 24 jam aje Hana ini.

"Woppp Hana!"

"Kan aku dah kata." Hana mengangkat kening. Ish Hana aku serious dia main-main!

Aku hanya memerhatikan si dia yang baru keluar daripada makmal fizik. Pada mulanya dia memandang ke belakang, tapi buat-buat jalan pandang ke bawah. Malu!

Tiba-tiba sahaja dia berhenti dan bersandar ke dinding sambil memandang aku! Ini kalau pakai bedak satu lori pun belum tentu boleh tutup malu aku ni!

***********************************************************************************

"Ish apasal dengan aku ini? Tidurlah! Wahai mata, silalah pejamkan mata dan tidur dengan nyenyaknya." Aku berkata-kata sendirian. Penat. Tapi tidak terlelap.

Ada perkara yang aku fikirkan. Setiap malam, kalau tidak terfikir pasal benda ini memang tidak sah. Aku sudah cuba banyak kali untuk tidak memikirkannya, tapi.... Tetap juga ianya datang dengan sendirinya.

"Pejam mata dan fikir yang kau sedang berada di atas awan sambil menikmati coklat..." Ah merepek pun merepek lah! Janji aku dapat tidur. Esok cuti pun, aku mahu bangun awal.

Mataku terus terbuka kembali. Sudah sedap menikmati coklat di atas awan, tiba-tiba sahaja dia muncul sedang memelukku. Apa punya bayanganlah Qaleesya!

Tak boleh jadi ni! Aku mesti buat sesuatu untuk menghilangkan rasa bosan.

Aku mencapai diariku di atas meja belajar. Diari itu aku sorokkan di dalam satu kotak khas. Aku tidak mahu sesiapa pun membacanya. Malah Hana pun tidak boleh.

30 April 2014

Ya Allah! Kenapa dia muncul disaat aku ingin melupakan dia? Aku sudah banyak kali untuk melupakan dia. Tetapi dia muncul juga akhirnya. Apakah tanda-tanda ini semua? Aku rasa tenang sahaja apabila melihat muka dia. Tapi, aku tidak mahu cintaku lebih kepada manusia bukan kepada engkau, Ya Allah...

Jujur, aku memang tidak boleh melupakan dia Ya Allah... Aku semakin menyukainya.... Jika benar dia jodohku, kau tetapkan lah jodoh aku ini bersamanya. Kau berikanlah kebahagiaan kepadanya, kau berilah kejayaan terhadapnya.

Aku menyukainya kerana keimanannya Ya Allah...

Aku kembali menutup diari itu. Kemudian aku capai pula diari yang diberikan oleh Hana tempoh hari. Dengan tekunnya aku membaca. Berharap boleh mengantuk juga apabila membaca novel ini.

1 jam kemudian.....

"Macam mana aku nak tidur kalau aku asyik terbayangkan dia? Aduh baca novel pun aku bayangkan lelaki itu adalah suami aku. SI DIA."

Ahh sudah! Baik aku tidur sahaja! Nasib baik mata pun sudah rasa mengantuk. Lebih baik aku tidur sekarang. Jam pun sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.

***********************************************************************************

"Esya, tolong ayah kejap!" Panggil abah. Aku cuma menuruti tanpa banyak soal.

"Ya ayah?"

"Buatkan ayah kopi, untuk mak sekali." Ayah memberi arahan. Aku hanya menggangguk seraya tersenyum.

"Baik tuan!" Aku tabik hormat. Ayah ketawa melihat kerenahku. Aku ini memang anak manja. Anak bongsu lah katakan. Dan satu-satunya anak perempuan, abang aku pertama sudah berumur 26 tahun tetapi masih lagi belum kahwin. Abang kedua aku pula berumur 20 tahun, masih menetap di USIM. Dan aku.... gadis yang berumur 14 tahun. Aku seorang sahaja yang paling kecil. Hahaha!

"Siap boss!" Aku meletakkan teko dan cawan di atas meja di hadapan ayah aku.

"Mana mak?" Aku bertanya. Pelik. Mana mak pergi? Di dapur tidak pula aku kelihatan kelibatnya.

"Ada dalam bilik, menjahit." Ayah menjawab. Tidak memandang aku, kerana sedang khusyuk membaca surat khabar.

Aku hanya menggangguk. Aku mencapai remote control di atas meja. Lalu aku menekan Astro Maya HD, seterusnya Astro Warna.

Puas aku menekan punat, aku kembali menutup televisyen. Tiada apa yang menarik. Bagi aku. Padahal cerita semua seronok. Entah kenapa, tapi fikiran aku melayang jauh ke tempat lain. Sepatutnya aku fokus ke televisyen, tapi aku asyik terfikir dia, dia, dia dan dia!

"Aihh, peliknya anak ayah hari ini." Muka ayah penuh dengan tanda tanya. Mungkin pelik kenapa aku banyak sangat tukar siaran. Padahal cerita semuanya seronok.

"Rindu abang," Aku berdalih. Memanglah rindu abang, tapi lebih rindu pada yang seorang itu!

Baru malam tadi mimpi dia. Gila! Masuk semalam, sudah berpuluh aku mimpi dia.

Mimpi itu.... Aku bangun tidur sahaja, berdebarnya lain macam.

Aku masih ingat lagi mimpi itu. Dia berkata,

"Can you give me your heart to me please?"

Ahh! Itu hanya mainan tidur! Ya mainan tidur! Aku geleng kepala.

"Tiba-tiba angguk geleng kepala tu dah kenapa?"

"Eh mak!" Aku terkejut. Kelihatan mak dan ayah sedang memandangku. Pelik.

"Pandai berangan dah dia sekarang." Ayah bersuara. Malunya!

"Mana ada, Esya nak naik atas dululah ya mak, ayah." Aku terus berlari meninggalkan mak dan ayah. Mahu menutup malu kerana berangan sebentar tadi. Nasib baik sahaja aku tidak menjerit.

Aku menghempaskan diriku ke atas katil yang berwarna emerald green itu. Huh! Penatnya fikir pasal masa depan. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh berfikiran jauh sampai macam itu sekali. Kah..........win........... Hm, itu yang aku fikirkan.

Umur baru 14 tahun dah fikir pasal kahwin, gatal. Itulah yang bakal dikatakan oleh ibu bapa aku nanti. Tapi apakan daya, aku tidak mengelak. Pasti ada sahaja aku akan fikirkan.

"Ish tak boleh jadi ni! Baik aku study, demi nak capai cita-cita aku untuk jadi doktor, bukan untuk kahwin dengan dia!"

Aku berkata-kata sendirian. Jadi doktor dulu baru kahwinlah Sya! Jangan gatal-gatal masa study. You must forget him! You have to open a new book, start with a new life.

***********************************************************************************

"Hai Sya!" Hana menegurku.

"Assalamualaikum cik kak!" Aku memberi salam. Hana hanya tersengih. Lupa nak bagi salam lah tu, mana tidaknya, main terjah aje.

"Hehe waalaikumussalam. Aku ada hot story!"

"Apa?"

"Kita pergi pesta buku esok nak?" Hana menyoalku.

"Inikah yang dikatakan 'hot story' itu?" Aku memerli Hana, sambil itu aku menjeling.

"Heheh! Boleh dikatakan hot jugalah!"

"Hot sangat!"

"Nanti aku tanya ayah aku dulu. Nak naik apa nanti?" Aku bersambung.

"Naik dengan aku aje. Kakak aku hantarkan. Kalau jadi, tweet tweet aku je ya." Hana mengenyitkan matanya. Amboi dah macam lelaki mahu mengorat seorang perempuan pula gayanya.

"Beres!" Balasku, pendek.

"Eh kau perasan tak, sejak semalam punya semalam, kau punya 'dia' tu selalu turun perhimpunan petang?" Hana menyoalku. Macam perli pun ada.

"Entah," Aku membalas. Malas mahu melayan. Aku bukannya tak suka Hana, tapi aku malas mahu mengingat tentang dia. Aku mahu lupakan dia. Ya, aku nekad!

"I'm talking to you Sya!"

"Hana! Aku nak lupakan dia, tolonglah. Sebelum ni kau juga yang suruh aku lupakan dia kan?!" Tanpa aku sedari, aku telah memarahi Hana. Aku tidak sengaja, cuma aku nekad mahu lupakan dia.

"Sorry Sya. I'm disturbing you.."

"Err Hana! Sorry! Aku bukannya sengaja marah kau tapi, aku nekad sangat-sangat nak lupakan dia. Yelah, tahun ni tahun last dia. Lepas 5 tahun akan datang ke, tup tup dia dah kahwin, aku juga yang merana." Aku bersuara dalam kesedihan.

"Eh apa ni Sya... Kalau dah jodoh, kau dengan dia akan bahagia juga..."

"Hahaha! Dahlah! Jom pergi perhimpunan. Kalau si dia ada pun, aku buat tak tahu aje. Okay?"

"Yalah Sya! Hahaha! Jom!" Hana memeluk bahuku. Aku juga turut memeluk bahu sahabatku itu. Itulah kami, gaduh gaduh pun dalam beberapa saat sahaja akan berbaik semula. Semoga ukhuwah kita takkan terpisah macam tu sahaja, Hana!

***********************************************************************************

p/s 1 : Agak-agaknya ada tak orang baca? Hoho, harap harap mendapat sambutan, sebab bab-bab menulis novel 'cintan-cintun' ni dah memang peberet aku. cecece...

p/s 2 : Sebahagian daripada cerita ni ada kena mengena dengan life aku. Huhu