Monday, 9 June 2014

#ShortNovel - Engkau Yang Aku Rindu (Bab 4)



"Aku tumpang gembira weh!"

"Ishh! Belum kahwin, masuk meminang aje. Kang tetiba bertunang lepastu putus, tak ke naya?" Waduh Hana! Merisik baru, sudah teruja.

"Eh kau nak ke jadi macam tu?" Hana sudah tayang muka menyampah.

Kepala aku segera menggeleng, "Tapi, itu bermakna aku takde jodoh dengan orang yang aku tunang tu."

Dengan tenang aku membalas. Hana pula mengangguk tanda setuju dengan kata-kataku.

"Yalah. Tapi aku berdoa kau akan bertemu dengan jodoh kau yang baik. Semoga kau berbahagia." Hana tersenyum lalu memeluk bahuku.

"Kaulah kawan baik aku dunia akhirat, Hana." Aku tersenyum lalu membalas pelukan Hana.

"Oh ya," Aku mula terfikirkan sesuatu.

"Apa dia?" Hana mengangkat keningnya.

"Aku pun doakan kau berbahagia hingga ke akhir hayat dengan Hazimi! Hahaha!" Aku terus membuku langkah seribu. Hana ni, sejak pandai bercinta, pandai dah dia merajuk, cubit orang sana sini. Hahaha hebatnya panahan cinta!

"Kurang ajar kau, Sya!"

"Hahaha! Gurau manja dengan kawan baik!" Aku menayangkan barisan gigi putih aku.

"Hahaha, nak kahwin dah kawan aku seorang ni..." Hana berkata, nada pasrah mungkin? Aii sedih ke apa kawan aku ni?

"Asal kau sedih?" Tanya aku. Pelik.

"Aku tak sedih, ni airmata gembira." Hana bersuara dalam gerlingan air mata.

"Janganlah nangis, nanti aku pun nak nangis sekali." Aku bernada merajuk. Sengaja ingin buat lawak, tapi tak tahulah menjadi ke tidak.

"Hahaha tak tak. Aku tak nangis dah. Tak pasal-pasal mood sedih ni dah kenapa hahaha." Hana ketawa sendiri sekali gus mengelap air matanya.

"Aku berharap sangat Sya, orang yang masuk meminang tu adalah Fakri..." Hana bersuara lagi.

Mulut aku terlopong, "Tak mungkinlah,"

"Kenapa pulak?" Hana menyoal pelik.

"Entah entah dia dah kahwin dengan orang yang "suka sama suka" dia tu. Hahaha dahlah, tak payah bangkitkan isu ini lagi..." Aku tersenyum, walaupun pahit.

"Qaleesya Imani, i know who you are. Kau mesti sayang dan cinta lagi dekat dia. Dan aku kenal kau, pahit macam mana sekalipun, bibir kau tetap tersenyum." Hana bersuara, tegas tapi lembut.

Aku hanya tersenyum, pahit. Entah kenapa hati ini terasa sebak lagi kerana memikirkan dia. Sebak kerana dah lama tak jumpa dia, bertahun kot! Rindunya!

"Hahaha sudahhh, aku tak nak bangkitkan isu ni lagi. Lagipun, aku tak nak suami aku tahu orang pertama aku cinta, bukan dia." Ucap aku, perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Hana.

"Hm yelah Sya. Apa-apapun, aku akan doakan kau bahagia dunia akhirat." Hana memeluk bahuku. Mesra.

Aku membalas senyuman Hana. Bahagia rasanya bila kawan memahami jiwa kita, kan?

*****************

"Eisya, ingat tak Sabtu ni ada apa?" Ayah menyoalku. Mak pula sekadar mengangguk, tanda setuju dengan pertanya ayah.

Aneh. Apa yang ada Sabtu ini? Ada hari keluarga ke?

"Hm, ada apa ayah, mak?" Aku menyoal, kurang mengerti.

"Aiii, ni betul lupa ke, buat-buat lupa?" Ayah mengangkat kening. Kelihatan mak pula terkejut dengan jawapan "berani mati" aku.

"Mana ada, ada apa ayah?" Sekali lagi aku bertanya. Muka aku, muka blur.

"Sabtu ni kan ada orang masuk meminang Eisya? Lupa ke?" Ibu terus masuk ke dalam perbualan antara aku dan ayah.

"Ohhh..." Pendek aku membalas. Tenang. Tetapi hanya diluar, di dalam, punyalah berdebar. Ini belum lagi di hari nikah. Fuh, seram juga.

" 'oh' je Eisya balas? Tahu tak Sabtu tu, esok?!" Mak mula mahu memarahiku. Mungkin kerana kelalaian aku. Eisya risau mak, Eisya risau! Cuma anak dara mak ni yang "bajet" tenang.

"Hm..." Masih lagi mahu bajet tenang. Haih aku ini!

"Eisya tahu tak perkara ni serious?" Ayah yang dari tadi membisu, kini bersuara. Seram! Suara ayah sudah kembali tegas.

"Err, ya ya Eisya tahu. Apa yang Eisya perlu buat esok?" Soal aku. Al-maklumlah, first time kena masuk meminang, haruslah tak tahu apa yang nak dibuat. Eh, meminang ke merisik? He he he.

"Eisya cuma kena sediakan sediakan makan minum. Oh lagi satu, abang abang kamu balik esok."

"Okay boss..." Pendek aku membalas. Kekurangan idea untuk bicarakan dan kekurangan idea untuk bertanya.

"Esok masa mak dengan ayah berbincang, jangan menyampuk pulak yea. Bakal suami kamu tu pun datang sekali esok."

Gulp!

"Err.. Segan lah." Dengan beraninya aku berkata perkataan "segan" itu kepada mak dan ayah.

"Buat apa nak segan? Bakal suami kamu juga." Ayah tersenyum.

Ibu juga turut tersenyum.

"Pukul berapa dorang nak datang?" Dalam kepala aku, sudah terfikir mahu membuat dessert. 

Ya dessert! Aku memang suka sangat dengan manisan. Dalam kepala sudah terfikir mahu buat cream puff dan oreo cheese cake. Nasib baik bahan semua cukup.

"Lepas zohor dorang datang." Tenang.

"Ohh, Eisya naik dulu. Nak mandi dan tidur. Esokkan ada orang nak datang?" Sengaja aku mahu naik awal.

"Hm pergilah, nanti jangan lupa bangun awal esok." Aku mengangguk. Segera meninggalkan ruang tamu.

Sampai di bilik, aku terus menutup pintu. Aku terus ke meja belajar. Aku hanya perhatikan novel-novel aku yang tersimpan kemas di dalam dua buah rak buku. Tetapi fikiranku entah melayang ke mana.

'Hm... Kenapa aku rasa bahagia lain macam bila ada orang masuk meminang aku eh?'

Hati aku mula berkata-kata. Sungguh. Aku tak tahu apa yang bahagia sangat bila ada orang nak masuk meminang aku.

'Mungkin inilah jalan pertama untuk aku lupakan dia.'

Sekali lagi hati aku berkata. Ya! Aku akan jadi milik orang, suatu hari nanti. Aku terus tersenyum, ingin menutup segala kesedihan aku. Aku sedih, kerana terlampau susah bagi aku untuk melupakan dia.

Senyum Qaleesya, JUST SMILE!

****************

"Ada orang tu nak kahwin lah!"

"Lelaki malang manalah yang nakkan budak tu. Kesian aku rasa."

"Eiiiii!" Geramnya! Terus aku "menghadiah" cubitan ketam percuma aku. Dah jadi bapak pun perangai masih lagi macam budak-budak! Kalah anak-anak dorang. Ergh, stress!

"Aduh!" Dua-dua mengaduh kesakitan. Padan muka!

"Kesian laki kau dik, setiap hari merasa cubitan kau." Abang pertama aku, along.

"Ha'ah, kesian laki kau dik, tak pasal-pasal migrain fikir pasal kau tiap-tiap hari yang kerjanya asyik 'menyinga' aje." Sokong angah pula.

Errrgghhh! Geramnya aku! Bukannya nak kasi sokongan padu, ini dorang pergi menyindir lagi adalah! Baik tak payah balik, menyibuk aje.

"Eh, orang lagi kesian dekat Kak Nadia dengan Kak Najihah sebab kahwin dengan abang. Dah jadi bapak budak tapi perangai tak serupa 'kebapakan'. Childish!" Aku mencebik geram.

"Lagi satu, aku kesian dekat laki kau sebab dapat bini yang asyik merajuk 24 jam, suka tarik muncung sedepa. Hahahaha!" Berdekah ketawa abang-abangku.

Ini lebih!

"Opss, 'bakal' laki." Along bersuara.

Nampak sangat tak nak kasi aku kahwin! Heh!

"Pergi baliklah kalau semuanya menyindir orang aje! Menyibuk aje orang nak buat kerja dekat dapur ni!" Aku bersuara bengang.

Kakak-kakak iparku hanya tergelak sahaja melihat gelagat suami-suami mereka. Alahai kakak iparku, bantulah adik iparmu ini!

"Entah abang ni, kesian Eisya, daripada kita balik tadi, abang asyik menyindir dia aje." Kak Nadia bersuara. Yes! Ada geng!

"Alah, abang bergurau dengan adik sendiri takkan tak boleh, kan angah kan? Kitorang ni rindu dekat Eisya. Eisya pun rindu kitorang, kan?" Along dan angah tak habis lagi dengan ketawa mereka. Nampak sangat tak ikhlas rindu aku, pirahhh!

"Tolonglah nak rindu korang, errrr menyampah adalah." Selamba aku membalas.

"Eleh, kau rindu bakal suami kau je kan!" Angah menunjuk lidahnya.

"Kenal pun tak, lagi nak rindu. Along, angah dengan dia sekali tak hingin orang nak rindu!" Aku tayang muka menyampah.

"Hahaha Eisya, Eisya! Kami hanya bergurau semata-mata aje. Abang mana yang tak sokong bila adik nak kahwin?" Along mula memujuk aku.

Eh, tadi bukan main menyindir, sekarang memujuk pulak?

"Kalau nak gurau, gurau dengan isteri-isteri along dengan angah je. Tak nak orang bergurau dengan korang," Selamba aku membalas.

"Hahaha ehem! Kitorang kalau nak bergurau, dalam bilik aje. Kan sayang kan?" Along mula dengan aksi 'gatal' nya.

"Ei along dengan angah ni jangan otak kuning sangat boleh tak? Ada orang yang belum kahwin lagi kat sini. So you guys better stop it." Aku memberi amaran.

Daripada tadi, kerja terbengkalai. Nasib sahaja oreo cheesecake sudah siap. Cream puff cuma letak krimnya sahaja.

"Hahaha, so angah, we better stop now. Sebelum minah ni menyinga."

"Eh, apa minah minah ha?"

"Ish dahlah korang adik-beradik ni. Kalau berjumpa ada je benda nak gaduh," Mak bersuara.

Serentak itu, kami bertiga berpelukan, kononnya sudah berdamai, "Gurau manja dengan adik beradik je mak, he he he." Along bersuara.

"Ha'ah, masing masing kan dah kahwin, mestilah bila dah jumpa nak bergurau," Sampuk angah pula.

"Betul betul betul," Aku meniru gaya Ipin. Mak, ayah, Kak Nadia dan Kak Najihah hanya tergelak melihat gelagat kami adik-beradik. Pelukan kami bertiga masih lagi belum terlerai.

"Err, along dengan angah, kalau nak peluk lama-lama, peluklah isteri masing-masing ya. Jadi, lepaskan orang sebelum orang terajang." Sekali lagi aku memberi amaran.

Dahlah kerja terbengkalai, lagi nak peluk lama-lama. Peluklah isteri masing-masing lama-lama, biar bertambah anak buah lagi dua orang. Ha ha ha!

Along dan angah terus menolak aku, nasib sahaja tak jatuh. Ish!

"Orang suruh lepaskan, bukan tolak! Ergh!"

"Dah, diamlah budak. Orang dah lepaskan tu kira okaylah. Cepat, siapkan kau punya cream puff ni. Bakal suami nak merasa nanti!" Sempat lagi menyindir, benci!

"Dahlah ketiak busuk! Lain kali kalau nak peluk orang, ketiak tu kasi wangi sikit. Orang kesian dekat Kak Nadia dengan Kak Najihah, malam-malam tidur mesti bau busuk aje," Hah, rasakan! Aku pulak yang menyindir.

"Eh?!" Serentak, abang-abangku terus menghidu ketiak sendiri. Err, tak senonohnya!

"Hahahaha!" Cream puff aku yang sudah siap, aku letakkan didalam peti sejuk. Aku terus berlari naik ke atas. Takut-takut kalau orang yang aku kenakan tu tiba-tiba menyiku aku pulak. Hah!

 ************************

Semakin lama, makin kuat debaran yang aku rasakan. Kalaulah Hana di sisi, pasti dia boleh tenangkan aku. Tapi masalahnya sekarang ini, Hana tak ada!

"Wahai hati........ Tenanglah..." Aku memujuk diri sendiri.

"Assalamualaikum." Kedengaran seorang wanita dan lelaki memberi salam.

Aku hanya duduk di dapur. Malu ingin duduk bersama mereka yang sedang berbincang. 

"Assalamualaikum makcik, pakcik." Kedengaran suara garau memberi salam.

Macam pernah ku dengar suara ini... Tapi di mana ya? Ah, pedulikan! Tak mungkin orang itu.

"Qaleesya, bawak minuman ke depan!" Pinta mak. Aku hanya diam membisu, tanpa membalas arahan mak.

Dengan penuh berhati-hati, aku membawa dulang yang berisi cream puff dan teh tarik. Takut juga kalau terlepas dulang ni, siapa susah?

Aku hanya menghidangkan makanan tersebut tanpa memandang bakal mertuaku, dan pastinya...... bakal suamiku.

"Cantiknya Qaleesya..." Puji seorang wanita itu. Aku hanya tersenyum, sekali gus memandang wanita itu.

Aku baru hendak bangun dan berlalu, tapi.............

Aduh!

****************

p/s : Cerita kali ni agak bosan sedikit. Hahaha. Tunggu bab 5 nanti k! Insyaallah esok aku publish.

No comments:

Post a Comment