"Hoi! Termenung apa?" Hana menerjahku.
"Oi mak kau!"
"Hahahaha! Termenung apa makcik? Aku datang dah lama sangat, kau masih lagi termenung!" Hana masih lagi menggelakkan aku. Apa yang lawaknya pun aku tidak tahu.
"Hm, entahlah. Fikir masa depan." Jawabku acuh tidak acuh.
Lagi beberapa minggu sahaja aku akan peperiksaan pertengahan tahun. Tak sangka! Tup tup aku sudah 14 tahun. Sudah dua tahun aku bersekolah di sini. Segala kenangan manis dan pahit aku lalui.
"Fikir pasal kahwin ek? Dengan dialah tu." Hana menyoalku. Keningnya diangkat seperti Ziana Zain.
"Ish merepeklah!" Aku menjawab dengan gagap.
"Don't you ever lied to me Nur Qaleesya Imani, i know who you are." Oh sudah! Dia speaking dan menyebut nama penuhku! Mana tahu ni?! Hana memang hebat membaca fikiran orang.
"Hm....."
Hana hanya menggeleng melihat kerenah aku. Aku pula hanya senyap apabila melihat Hana yang sedang tekun mencari buku.
"Hana..........." Panggilku meleret. Pelbagai soalan bermain dalam fikiranku tatkala ini. Aku memerlukan pendapat Hana sekarang! Sudah lama hati aku berkata-kata tetapi masih tidak terjawab.
"Ya?" Hana berhenti dan berpaling kearah aku. Sekejap.
"Kau rasa kan......."
"Kau patut lupakan dia ke tak?" Potong Hana terlebih dahulu.
Kan dah agak! Hana ni memang ada kelebihan membaca fikiran orang agaknya? Ataupun dia yang memang gemar membaca novel, sampai terbawa-bawa kedunia realiti. Eh! Aku lebih minat novel daripada dia okay!
Aku hanya mengganguk dengan persoalan Hana.
"Look Sya. Kalau kau masih sukakan dia, aku tak boleh nak halang. Tapi kau tahukan, kita ni masih budak mentah. Masih lagi berumur 15 tahun and you should stop thinking about him. He's 17 years old now." Aku hanya mengganguk lemah.
Aku dah cuba Hana! Tapi tak boleh! Aku hanya berkata-kata dalam hati. Aku kembali membuat latihan Sains. Sains adalah subjek kegemaranku. Tapi, fikiranku kearah lain. Sains seolah-olah bukan kegemaranku lagi.
"Sya, aku sebagai sahabat kau, bukan nak halang kau untuk suka sesiapa. Tapi, kita tahun ni kena struggle betul-betul. Aku tak nak kau fikir pasal benda ni, sebab kita ni masih panjang lagi perjalanan. Tak salah nak suka dia, tapi janganlah 24 jam asyik fikirkan dia, Sya." Hana berkata dengan panjang lebar.
Aku tidak membalas apa-apa. Cuba mendiamkan diri. Aku ingin mendengar kata-kata yang selanjutnya oleh Hana.
"And aku tahu kau suka dia sebab keimanan dia. Tapi, aku tak nak kawan aku ni cinta pada manusia tapi cinta pada Allah hanya solat lima waktu."
"Ya Hana. Aku dah sedaya upaya nak lupakan dia. Aku selalu fikir yang aku ni masih lagi budak mentah. Nonsense sangat-sangat kalau dia nak pandang orang macam aku. Ustazah Fatimah Syarha kan ada cakap, kalau kita sukakan seseorang itu kerana keimanannya, maka cinta itu tidak akan pernah pupus. Sebab tulah..........."
Aku berhenti. Kelihatan Hana sedang menanti kata-kataku yang seterusnya. "Sebab tulah aku susah sangat nak lupakan dia. Setiap kali aku rindu, aku akan berdoa kepada Allah, supaya rindu aku terubat."
"Hmm, Sya. Aku tak kisah nak still lagi nak suka dia. Tapi aku tak nak kawan aku kecewa sebab cinta. Kau tahu kan dia suka siapa? Dan kau tahu kan dia sebenarnya masih dalam suka sama suka dengan ex dia?" Hana menyoalku. Tangannya menggenggam erat tanganku.
"Ya aku tahu. Sebab itulah aku cuba sedaya upaya untuk lupakan dia Hana." Jawab aku seraya tersenyum.
"Aku tahu kau boleh Sya. Kawan aku kuat. Hati kau ni lembut sangat Sya. Aku tak nak tengok kau menangis buat sekian kalinya."
"Hahahaha! Sudahlah, jom sambung study!" Aku tersengih. Tapi hati ini................... Aku masih teringatkan dia.
Ya Allah! Aku ingin lupakan dia Ya Allah! Aku tidak mahu hati aku terluka suatu hari nanti.
"Sya.... Nah novel yang kau nak pinjam ni!" Hana menghulurkan novel yang bertajuk "Ya Maulana" kepadaku. Novel daripada Hana Ilhami. Aku memang gemar sangat dengan novel Hana Ilhami. Novel cinta islamik.
"Awhh Thanks Hana! Ni pula novel kau!" Novel bertajuk "Eksperimen Cinta" aku hulurkan kepada Hana.
"Thanks kawan!"
Selesai belajar 2 jam, masing-masing membaca novel yang telah ditukar sebentar tadi. Selepas belajar, otak perlu rehat seketika. Kalau otak aku, memang baca novel jelah yang boleh me-relax-kan.
"Oh ya Sya!"
"Apa?"
"Kau baca novel, kau selalu menangis kan?" Hana menyoalku tiba-tiba.
"Kalau cerita dia sedih, aku menangislah kot." Aku menjawab, mukaku berkerut. Tertanya-tanya dengan persoalan Hana. Tiba-tiba sahaja menyoal aku menangis ke tidak.
"Just asking." Hana kembali membaca novelnya. Aku pula hanya mengangkat bahu lalu menyambung membaca novel yang tergendala tadi.
"Cuma............"
"Apa lagi? Aku tengah syok ni." Marahku. Orang tengah sedap baca novel dia sesuka hati memotong pula.
"Cuma, hati kau ni tersangatlah lembut. Sebab tu kau susah sangat nak lupakan dia."
"Hah?" Aku menyoalnya semula. Pelik betul Hana.
"Berdasarkan firasat aku lah kan. Hati kau tersangatlah lembut, sebab tu kau susah sangat nak lupakan dia. Okay cuba kau tengok, kau selalu menangis bila baca novel cerita yang sedih. Then, kalau ada orang buat salah dekat kau, kau senang sangat nak memaafkan. Lagi satu, kau suka dia sebab keimanan dia kan?"
"Hmmm..."
"Jadi ini bermakna kau sanggup terima dia apa kurangnya dia kan?" Hana menyoal aku kembali.
"Memanglah. Tapi dia pandang ke orang macam aku ni?" Aku pula menyoal.
"Insyaallah. Mana tahu suatu hari nanti jodoh kau dengan dia? Moga moga jodoh kau dengan dia. Semoga berbahagia dengan dia ya. Aku doakan korang dapat ramai anak. Okay bye assalamualaikum!"
"Eh Hana tunggu dulu!" Tak sempat aku memanggil Hana sudah berlalu. Eh kureng punya kawan!
***********************************************************************************
Aku memasuk kedalam bilik pengawas. Senyap. Tiada sesiapa pun di sini kecuali aku seorang. Biasalah, waktu pagi-pagi ini pastinya murid-murid sedang tekun belajar.
Aku pula murid sesi petang. Memang selalu aku datang pagi pada hari Isnin untuk menyiapkan jadual tugasan pengawas. Tapi hari ini aku datang seorang. Hana tidak menemani aku. Katanya tidak ada transport. Aku pula dengan berat hatinya, pergi ke sekolah seorang diri. Aku tak tahu kenapa aku terlalu semangat mahu pergi pagi pada hari ini, tetapi hati ini terasa berdebar lain macam. Pelik. Tangan aku sudah sejuk lain macam.
"Siap pun!" Aku menjerit kegirangan seperti anak-anak kecil. Tetapi masih dikawal suaraku.
Aku meletakkan jadual yang ditulis oleh aku diatas meja. Sehelai note pad aku tampalkan di atas kertas jadual tersebut.
'Tolong taip jadual ini dengan segera ya wahai setiausahaku! -Qaleesya-'
"Assalamualaikum!" Aku mendengar suara dari luar memberi salam. Suaranya garau. Pastinya lelaki. Ah sudah! Apa aku mahu buat ini? Keluar ataupun tinggal di sini?
"Wa... Wa... Waalaikumussalam." Jawabku. Kelihatan dia sedang tersenyum. Manis.
Ah Qaleesya! Jangan melting! Jangan melting! Hati kena kuatkan iman kau Sya!
"Awalnya datang pagi?" Soalnya. Aku cuma tersenyum. Bukannya sombong. Tapi tidak biasa apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan.
"Nak pergi mana tu?" Soalnya lagi.
"Err... Orang nak keluar. Lagipun tak elok lelaki dan perempuan berduaan. Assalamualaikum." Jawabku gagap. Qaleesya, Qaleesya....
"Fuhh! Patutlah dari rumah lagi aku rasa semangat sangat nak pergi sekolah, berdebar pun ada tadi. Rupanya inilah yang terjadi." Omelku.
***********************************************************************************
"Sya! Sorry tak dapat datang tadi." Hana memeluk bahuku. Aku hanya tersenyum.
"It's okay!"
"Gembiranya kau hari ini." Hana bersuara.
"Shhh! Bertugaslah! Pengetua nampak nanti padan muka kau." Aku memarahinya. Orang sedang bertugas dia bertanya itu ini.
"Okay boss.." Hana tabik hormat. Hana, Hana... Suka sangat buat benda lucu!
"Psstt.." Hana membisik.
"Ishh.. Shh!"
"Psst psst.." Kali ini lebih kuat.
"Hana stop it!" Aku memarahinya, tetapi suara masih dikawal agar tidak didengari oleh murid-murid lain.
"Cuba pandang sebelah kau siapa!"
Aku melihat orang di sebelah aku. Ya Allah! Jantung ini bagaikan mahu gugur sahaja saat ini. Walaupun jarak yang agak jauh, tapi aku berasa sangat-sangat berdebar.
"Kenapa tak bagitahu awal-awal?!"
"Kan aku dah.........."
"It's okay Hana. Bukan salah kau. Aku nak jaga sanalah. Bye! Aku tak selesa." Aku berlalu pergi. Laju. Aku tidak marahkan Hana, tapi aku cuma tidak selesa. Bagi aku, jarak antara aku dan dia amatlah dekat. Tapi pandangan orang lain amat jauh.
***********************************************************************************
"Sya!"
"Sya wait for me!"
Aku bukan sengaja mempedulikan Hana, tapi............... Aku segan untuk pandang ke belakang.
"Sya! Penatlah kejar kau!" Hana tercungap-cungap. Muka Hana agak kelakar apabila tercungap.
Ketawaku meletus juga akhirnya. "Kelakar lah Hana."
"What?" Soal Hana, pelik.
"Nothing," Balasku, senyum.
"Aku nak story ni." Hana bersuara.
"Apa dia? Ada sahaja story hot kau." Aku menggeleng seraya tersenyum.
"Sebenarnya, sebelum aku pergi ke kau lagi, aku nampak dia asyik pandang kau." Hana bersuara. Inikah yang katanya 'story' oleh Hana itu? Kelakar lah! Mana mungkin dia mahu pandang aku.
"Merepeklah,"
"I'm deadly serious. Mula-mula dia jauh lagi, tapi asyik pandang kau. Lepastu aku pergilah dekat kau, aku nampak dia tak habis-habis pandang kau. Tengok-tengok aje dia sebelah kau sambil memerhatikan kau. Sebab tulah aku tegur kau."
"Nonsense,"
"Serious Sya! Dia pandang kau lama sangat!" Hana mengangkat tangannya seperti berikrar. Muka dia memang nampak serious. Tapi...... susah aku mahu percaya. Orang seperti dia memandang orang seperti aku? Merepek sangat ni.
"Hm sebenarnya aku pun ada story ni."
"What story?"
"Tadi masa aku datang pagi........."
"Dan?" Soal Hana, tidak sabar.
"Aku tengah duduk dalam bilik pengawas. Tiba-tiba dia bagi salam...."
"Pastu?" Hailah Hana! Tak sabar sungguh!
"Dia senyum kat aku. Lepastu dia tanya aku awalnya datang pagi, aku cuma senyum je. Lepastu aku keluar, tiba-tiba dia tanya aku nak pergi mana, aku jawablah nak keluar, sebab tak elok berduaan lelaki dan perempuan. Sepanjang bercakap dengan dia, dia asyik tersenyum je. Manis."
"Cewah!" Hana bertepuk tangan.
"Hana i'm serious!"
"I'm serious too!"
"Aku rasa kan, dia suka kau kot. Mungkin kriteria kau sama dengan ex dia yang kononnya suka sama suka tu."
"Merepek lagi! Dahlah jom masuk kelas!"
***********************************************************************************
"Kenapa lama sangat ni?" Hana menyoalku.
Aku hanya tersenyum.
"Sorry, solat tadi." Balasku lembut.
"Hahaha it's okay! Kenapa kau lama sangat? Sebab dia ada tahu tadi. Lama pula tu duduk dekat sini."
Hati aku tiba-tiba sahaja rasa pedih. Tidak tahu kenapa. Mungkin aku sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan si dia. Tapi tak apalah. Tadi aku solat. Solat dengan dia, solat lebih penting!
"Ehem!" Hana tiba-tiba terbatuk. Matanya pula melirik kearah kanan seakan-akan memaksaku untuk berpaling kearah kanan.
"Erkk...." Aku terus berlalu. Tidak tahu kenapa. Mungkin mahu mengelak daripada berdebar.
Sudahlah dia pandang aku tadi! Ya Allah! Berilah aku ketabahan!
"Hi dik!" Aku menggeletek pinggang seorang pengawas juniorku.
"Mak kau kak Sya!" Budak itu melatah. Hahaha! Kelakar.
"Ishh akak ni."
"Hehe."
Aku terus berpaling ke kanan. Buk!
Bukan dia dah pergi ke? Bila masa pula dia belakang aku?
Dia sedang memerhatikan aku, tetapi sekejap sahaja, kerana apabila aku memandang dia, cepat-cepat dia pandang kearah lain.
Sabar wahai hati sabar!
Aku terus melayan juniorku ini. Dan dia pun berlalu pergi. Fuh! Selamat.
Macam-macam yang kami bincangkan. Tiba-tiba mataku teringin benar mahu memandang kearah bilik guru. Dan tiba-tiba sahaja dia keluar, matanya pula memandang kearah mataku. Sekejap. Lepastu terus pandang tempat lain.
Ah sudah Sya! Aku terus berlalu. Malas mahu fikir. Aku terus ke tempat tugas Hana. Mahu hilang kan debaran.
"Cehhhh! Tadi ada orang tu ikut dia...." Hana bersuara separuh memerli.
"Ish shhhhh!" Aku menjeling. Hana, Hana! Sehari tak kenakan aku tak boleh ke?
"Ehem!"
"Apa lagi Hana?" Aku menyoal Hana. Tak habis-habis dengan batuknya itu.
"Sya! You better look at me now!" Hana memberi arahan. Ahh Hana! Malas aku mahu melayannya.
"What Hana? Bertugas ajelah jangan banyak cakap!" Aku pula memberi arahan.
Woppp! Baru aku perasan! Patutlah Hana asyik terbajuk aje. Hana! Lain kali jangan batuk boleh tak? Bagitahu ajelah perkara sebenar! I can't read your mind like you!
Aku terus pergi dibawah tangga. Untuk menyorok. Aku pun tidak pasti kenapa aku berbuat sedemikian. Pelik. Pelik dengan diri aku ini.
Aku hanya memerhatikan si dia berlalu. Tak pandang aku pun. Ya! Itulah yang aku mahukan. Jangan pandang aku, disaat aku ingin melupakan kau. Nasib baik dia tidak perasan yang aku sedang menyorok! Fuh selamat!
"Cehhhhhh! Dia datang lagi... Dia turun sini sebab kau adalah tu." Hana bergurau. Bergurau lah kot. Mana mungkin orang seperti dia mahu mengekori aku. Boleh jalanlah! Hahaha.
"Ish kau ni! Dahlah jom pergi rehat. Waktu bertugas dah habis ni." Aku menjeling Hana.
"Cehhh orang tu malu-malu kucing lah pula." Hana masih lagi bergurau dengan aku.
Hana! Tak nak makan sudah! Aku berkata-kata dalam hati. Berharap dia boleh baca hati aku. Memang aku malu! Janganlah bangkitkan lagi isu ini!
Aku terus berlalu meninggalkan Hana. Tanpa memandang ke arah belakang.
"Nur Qaleesya Imani! Wait for me! Aku nak makan jugak!"
"Tahupun nak makan. Hehe." Aku memeluk bahu Hana seraya tersenyum. Manis. Khas untuk Hana seorang sahaja!
***********************************************************************************
"Sya, kau dah siap Sains?" Hana bertanya. Tanpa memandang aku. Dia yang sibuk membuat latihan Matematik itu. Aku pula bersiap-siap untuk ke makmal fizik untuk matapelajaran Sains.
"Of course done!" Aku membuat 'peace' ke arah Hana. Hana cuma tersenyum melihat gelagat aku.
"Okay dah jom!"
"Jom!"
"Sya......." Hana memanggilku. Meleret sekali panggilannya.
"Hm...?" Aku menyahut. Tidak memandangnya. Fokus ke arah perjalanan aku untuk ke makmal. Takut juga kalau kalau terjatuh tangga ke... Uish nauzubillah!
"Cuba kau tengok depan," Hana menunjuk ke arah hadapan. Aku pula ikut sama memerhati.
"There's nothing. Dah jom nanti lambat pula."
"Suka hati kaulah Sya. Aku dah beritahu tapi kau degil kan." Hana berkata dengan nada yang malas melayan aku. Eh aku lagi malas mahu layan dia. Merepek 24 jam aje Hana ini.
"Woppp Hana!"
"Kan aku dah kata." Hana mengangkat kening. Ish Hana aku serious dia main-main!
Aku hanya memerhatikan si dia yang baru keluar daripada makmal fizik. Pada mulanya dia memandang ke belakang, tapi buat-buat jalan pandang ke bawah. Malu!
Tiba-tiba sahaja dia berhenti dan bersandar ke dinding sambil memandang aku! Ini kalau pakai bedak satu lori pun belum tentu boleh tutup malu aku ni!
***********************************************************************************
"Ish apasal dengan aku ini? Tidurlah! Wahai mata, silalah pejamkan mata dan tidur dengan nyenyaknya." Aku berkata-kata sendirian. Penat. Tapi tidak terlelap.
Ada perkara yang aku fikirkan. Setiap malam, kalau tidak terfikir pasal benda ini memang tidak sah. Aku sudah cuba banyak kali untuk tidak memikirkannya, tapi.... Tetap juga ianya datang dengan sendirinya.
"Pejam mata dan fikir yang kau sedang berada di atas awan sambil menikmati coklat..." Ah merepek pun merepek lah! Janji aku dapat tidur. Esok cuti pun, aku mahu bangun awal.
Mataku terus terbuka kembali. Sudah sedap menikmati coklat di atas awan, tiba-tiba sahaja dia muncul sedang memelukku. Apa punya bayanganlah Qaleesya!
Tak boleh jadi ni! Aku mesti buat sesuatu untuk menghilangkan rasa bosan.
Aku mencapai diariku di atas meja belajar. Diari itu aku sorokkan di dalam satu kotak khas. Aku tidak mahu sesiapa pun membacanya. Malah Hana pun tidak boleh.
30 April 2014
Ya Allah! Kenapa dia muncul disaat aku ingin melupakan dia? Aku sudah banyak kali untuk melupakan dia. Tetapi dia muncul juga akhirnya. Apakah tanda-tanda ini semua? Aku rasa tenang sahaja apabila melihat muka dia. Tapi, aku tidak mahu cintaku lebih kepada manusia bukan kepada engkau, Ya Allah...
Jujur, aku memang tidak boleh melupakan dia Ya Allah... Aku semakin menyukainya.... Jika benar dia jodohku, kau tetapkan lah jodoh aku ini bersamanya. Kau berikanlah kebahagiaan kepadanya, kau berilah kejayaan terhadapnya.
Aku menyukainya kerana keimanannya Ya Allah...
Aku kembali menutup diari itu. Kemudian aku capai pula diari yang diberikan oleh Hana tempoh hari. Dengan tekunnya aku membaca. Berharap boleh mengantuk juga apabila membaca novel ini.
1 jam kemudian.....
"Macam mana aku nak tidur kalau aku asyik terbayangkan dia? Aduh baca novel pun aku bayangkan lelaki itu adalah suami aku. SI DIA."
Ahh sudah! Baik aku tidur sahaja! Nasib baik mata pun sudah rasa mengantuk. Lebih baik aku tidur sekarang. Jam pun sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.
***********************************************************************************
"Esya, tolong ayah kejap!" Panggil abah. Aku cuma menuruti tanpa banyak soal.
"Ya ayah?"
"Buatkan ayah kopi, untuk mak sekali." Ayah memberi arahan. Aku hanya menggangguk seraya tersenyum.
"Baik tuan!" Aku tabik hormat. Ayah ketawa melihat kerenahku. Aku ini memang anak manja. Anak bongsu lah katakan. Dan satu-satunya anak perempuan, abang aku pertama sudah berumur 26 tahun tetapi masih lagi belum kahwin. Abang kedua aku pula berumur 20 tahun, masih menetap di USIM. Dan aku.... gadis yang berumur 14 tahun. Aku seorang sahaja yang paling kecil. Hahaha!
"Siap boss!" Aku meletakkan teko dan cawan di atas meja di hadapan ayah aku.
"Mana mak?" Aku bertanya. Pelik. Mana mak pergi? Di dapur tidak pula aku kelihatan kelibatnya.
"Ada dalam bilik, menjahit." Ayah menjawab. Tidak memandang aku, kerana sedang khusyuk membaca surat khabar.
Aku hanya menggangguk. Aku mencapai remote control di atas meja. Lalu aku menekan Astro Maya HD, seterusnya Astro Warna.
Puas aku menekan punat, aku kembali menutup televisyen. Tiada apa yang menarik. Bagi aku. Padahal cerita semua seronok. Entah kenapa, tapi fikiran aku melayang jauh ke tempat lain. Sepatutnya aku fokus ke televisyen, tapi aku asyik terfikir dia, dia, dia dan dia!
"Aihh, peliknya anak ayah hari ini." Muka ayah penuh dengan tanda tanya. Mungkin pelik kenapa aku banyak sangat tukar siaran. Padahal cerita semuanya seronok.
"Rindu abang," Aku berdalih. Memanglah rindu abang, tapi lebih rindu pada yang seorang itu!
Baru malam tadi mimpi dia. Gila! Masuk semalam, sudah berpuluh aku mimpi dia.
Mimpi itu.... Aku bangun tidur sahaja, berdebarnya lain macam.
Aku masih ingat lagi mimpi itu. Dia berkata,
"Can you give me your heart to me please?"
Ahh! Itu hanya mainan tidur! Ya mainan tidur! Aku geleng kepala.
"Tiba-tiba angguk geleng kepala tu dah kenapa?"
"Eh mak!" Aku terkejut. Kelihatan mak dan ayah sedang memandangku. Pelik.
"Pandai berangan dah dia sekarang." Ayah bersuara. Malunya!
"Mana ada, Esya nak naik atas dululah ya mak, ayah." Aku terus berlari meninggalkan mak dan ayah. Mahu menutup malu kerana berangan sebentar tadi. Nasib baik sahaja aku tidak menjerit.
Aku menghempaskan diriku ke atas katil yang berwarna emerald green itu. Huh! Penatnya fikir pasal masa depan. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh berfikiran jauh sampai macam itu sekali. Kah..........win........... Hm, itu yang aku fikirkan.
Umur baru 14 tahun dah fikir pasal kahwin, gatal. Itulah yang bakal dikatakan oleh ibu bapa aku nanti. Tapi apakan daya, aku tidak mengelak. Pasti ada sahaja aku akan fikirkan.
"Ish tak boleh jadi ni! Baik aku study, demi nak capai cita-cita aku untuk jadi doktor, bukan untuk kahwin dengan dia!"
Aku berkata-kata sendirian. Jadi doktor dulu baru kahwinlah Sya! Jangan gatal-gatal masa study. You must forget him! You have to open a new book, start with a new life.
***********************************************************************************
"Hai Sya!" Hana menegurku.
"Assalamualaikum cik kak!" Aku memberi salam. Hana hanya tersengih. Lupa nak bagi salam lah tu, mana tidaknya, main terjah aje.
"Hehe waalaikumussalam. Aku ada hot story!"
"Apa?"
"Kita pergi pesta buku esok nak?" Hana menyoalku.
"Inikah yang dikatakan 'hot story' itu?" Aku memerli Hana, sambil itu aku menjeling.
"Heheh! Boleh dikatakan hot jugalah!"
"Hot sangat!"
"Nanti aku tanya ayah aku dulu. Nak naik apa nanti?" Aku bersambung.
"Naik dengan aku aje. Kakak aku hantarkan. Kalau jadi, tweet tweet aku je ya." Hana mengenyitkan matanya. Amboi dah macam lelaki mahu mengorat seorang perempuan pula gayanya.
"Beres!" Balasku, pendek.
"Eh kau perasan tak, sejak semalam punya semalam, kau punya 'dia' tu selalu turun perhimpunan petang?" Hana menyoalku. Macam perli pun ada.
"Entah," Aku membalas. Malas mahu melayan. Aku bukannya tak suka Hana, tapi aku malas mahu mengingat tentang dia. Aku mahu lupakan dia. Ya, aku nekad!
"I'm talking to you Sya!"
"Hana! Aku nak lupakan dia, tolonglah. Sebelum ni kau juga yang suruh aku lupakan dia kan?!" Tanpa aku sedari, aku telah memarahi Hana. Aku tidak sengaja, cuma aku nekad mahu lupakan dia.
"Sorry Sya. I'm disturbing you.."
"Err Hana! Sorry! Aku bukannya sengaja marah kau tapi, aku nekad sangat-sangat nak lupakan dia. Yelah, tahun ni tahun last dia. Lepas 5 tahun akan datang ke, tup tup dia dah kahwin, aku juga yang merana." Aku bersuara dalam kesedihan.
"Eh apa ni Sya... Kalau dah jodoh, kau dengan dia akan bahagia juga..."
"Hahaha! Dahlah! Jom pergi perhimpunan. Kalau si dia ada pun, aku buat tak tahu aje. Okay?"
"Yalah Sya! Hahaha! Jom!" Hana memeluk bahuku. Aku juga turut memeluk bahu sahabatku itu. Itulah kami, gaduh gaduh pun dalam beberapa saat sahaja akan berbaik semula. Semoga ukhuwah kita takkan terpisah macam tu sahaja, Hana!
***********************************************************************************
p/s 1 : Agak-agaknya ada tak orang baca? Hoho, harap harap mendapat sambutan, sebab bab-bab menulis novel 'cintan-cintun' ni dah memang peberet aku. cecece...
p/s 2 : Sebahagian daripada cerita ni ada kena mengena dengan life aku. Huhu
No comments:
Post a Comment