Sunday, 29 June 2014

My Love, Prince Charming! Bab 2

Part 2


"Wahhh, siapa masak ni?" Soal Afiyah, teruja.

Di hadapannya kini ada lauk-pauk ikan masak lemak cili api, kangkung, ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang begitu menyelerakan!

"Kau rasa siapa aje yang ada dekat rumah ni?" Soal Sofia balik. Soalan dibalas dengan soalan, apabila soalannya langsung tak masuk dek akal.

"Hm, yelah mestilah kau. Mana tahu, ada tambah lagi sorang ke dekat rumah ni. Haaa." Afiyah sengaja menakut-nakutkan Sofia.

Memang dalam rumah itu hanya ada dua penyewa. Seorang Afiyah dan seorang lagi Sofia. Sepatutnya rumah itu boleh muat sampai enam orang, tapi memandangkan langsung tidak ada penyewa, memang tinggal berdualah mereka.

Lagi pula, Sofia ni jenis yang tidak suka ramai housemates. Katanya, takut kalau ada yang penipu lah, yang sengaja tumpang tapi tak bayarlah. Macam-macam pemikiran negatif dia.

"Kau jangan weh! Kita berdua je dekat rumah ni eh." Sofia mula cemas dengan kata-kata Afiyah. Sofia memang, seorang yang penakut. Tapi kalau bab-bab cerita hantu, memang dia paling excited sekali.

"Gurauan sahaja. By the way, bila pula kau pandai memasak ni?" Soal Afiyah, keningnya diangkat. Sengaja bertanya sebegitu. Padahal memang dia tahu yang Sofia ni jenis yang rajin. Tak macam Afiyah, tidur pun mahu dikejutkan.

"Cis, tanya macam tak tahu." Sofia mencebik.

"Dah, dah! Jom makan. Berselera gila ni. Thanks kawan!" Afiyah terus menyendukkan nasi kedalam pinggannya dan terus melahap. Langsung tak fikir Sofia.

"Ngek punya kawan, bukan nak sendukkan sekali." Sofia membebel. Afiyah sekadar tersengih.

"Kau ada tangan, dan masih belum cacat. Jadi, senduklah sendiri ya my beloved friend."

"Eleh,"

*********

'Ahhhhh...' Dengan malas, Afiyah mengambil telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.

"What?" Soal Afiyah kasar. Kini, langsung tiada kelembutan diantara Afiyah dan Khairul.

"Assalamualaikum, haih main terjah aje." Khairul bersuara tegas. Memang pantang juga dia kalau orang terjah tanpa bagi salam apabila menjawab telefon.

"Waalaikumussalam. Kau nak apa?" Soal Afiyah kasar.

"I want you," Bisik Khairul lembut dan penuh romantis.

Terkedu Afiyah dibuatnya. Jawapan apakah ini? Memang menempah maut Khairul ni!

"Serious boleh tak?!" Afiyah makin benci apabila Khairul menelefonnya semata-mata untuk membualkan tentang hati dan perasaan.

"Hm..." Khairul mengeluh. Sungguh sedih hatinya apabila Afiyah makin benci melayannya semenjak dia meluahkan perasaannya.

"Kalau asyik mengeluh, baik tak payah call!" Bentak Afiyah. Sudahlah esok kelas pagi, ganggu orang tidur sahaja!

"Kenapa kau makin berkasar dengan aku, Fiya?" Soal Khairul sebak.

"Entahlah. Hm, cepatlah kau nak apa call aku ni?" Afiyah kini berlembut, tiada lagi kekerasan. Dia bukan sengaja buat Khairul macam tu, cuma dia terlalu emosional. Entah kenapa. PMS lah kot.

"Kalau aku kata, aku nak kau, kau marah tak?" Soal Khairul ingin menduga.

Khairul terus menepuk dahinya. 'Cis, soalan ni Khairul?' Khairul menggumam dalam hati.

"Well, you've ask me already." Afiyah berkata selamba. Kalau dia marah pun, atas sebab apa? Tapi kalau dia suka pun, atas sebab apa juga? Jujur, Afiyah kini sudah berubah. Langsung tak ada perasaan untuk Khairul. Kecuali sebagai adik dan abang angkat sahaja.

"So, kau terima?"

"Terima apa pula ni?" Afiyah kerut dahi. Macam-macamlah Khairul ni. Ada sahaja soalan yang membuatkan diri jadi blur.

"Terima aku lah." Khairul berkata selamba.

"Sorry, I don't have answer for that question." Afiyah menjawab tenang. Langsung tak ada gugup. Kalau dalam cerita ataupun novel, orang yang meluahkan perasaan kepada seseorang pastinya akan rasa gugup dan berdebar. Tapi, tidak bagi Afiyah.

Kerana cinta itu sudah lama hilang!

"Tak apa, aku akan tunggu jawapan kau." Khairul berkata penuh berharap. Sedih hatinya apabila ditolak mentah-mentah.

'Mungkin inilah perasaan Afiyah, bila aku tolak cinta dia dulu...' Khairul berfikir sejenak.

"So, kau nak apa lagi ni? Langsung tak matikan talian kan." Afiyah masih bertanya lembut. Bimbang juga dia kalau-kalau Khairul merajuk dengannya. Siapa mahu pujuk? Afiyah? Ish, memang taklah! Dia mana tahu memujuk.

"Aku rindu kau. Kalau boleh, aku nak berbual lebih lama dengan kau." Khairul mengeluh. Mengharap agar jawapan yang diberikan akan diterima oleh Afiyah.

"Hm.. Aku nak tanya sesuatu boleh?" Afiyah mula bertanya. Dah lama juga soalan ini bermain di fikirannya.

"What question? Aku sedia mendengar dan menjawab." Ujar Khairul, ceria.

"Sejak bila kau cintakan aku? Dan kenapa?" Afiyah bertanya.

Afiyah terus terduduk daripada pembaringannya. Biar lebih selesa sedikit daripada sebelumnya.

"Aku pun tak tahu bila aku jatuh cinta. Tapi, pernah tak kau dengar pepatah inggeris, You will never find a reason when love someone, it’s because a true love comes with no logical reason?" Soal Khairul, siap dengan pepatah inggeris lagi.

"Hm, tak. Kenapa?" Afiyah memang, bab-bab pepatah dia kurang research. Tapi, kalau bab mereka pepatah sendiri, memang dia handal.

"Tapi kau faham kan maksud aku tadi?" Khairul bertanya lagi.

"Ya," Jawab Afiyah sepatah.

"Dulu, kau jatuh cinta dengan aku atas sebab apa?" Soal Khairul lagi.

Afiyah terdiam. 'Sebab? Sebab apa ya?'

"Diam maknanya tak ada sebab lah tu." Khairul cuba bergurau.

"Hm..." Afiyah mengaku. Memang tak ada sebab kot. Dia sendiri pun tak tahu bilanya dan apa sebabnya dia jatuh cinta dengan Khairul. Yang pastinya, Khairul itu baik. Itu aje. Tapi, takkan itu sebabnya? Langsung tak masuk akal.

"See. Langsung tak ada sebab kan? Fiya, cinta ni macam kentut. Kentut tak berbau bagi yang bercinta. Sama seperti orang bercinta. Semuanya dibutakan." Ujar Khairul. Afiyah terus terdiam. Memang ada benarnya kata-kata Khairul.

"Jadi, kau nak kata kentut aku wangilah?" Afiyah ketawa, begitu juga Khairul. Kelakar dengan pertanyaan Afiyah.

"Itu pepatah aku aje, kentut kau tetap busuk." Giliran Khairul pula bergurau, Afiyah turut tergelak sama.

"Cis!"

"Fiya, cinta itu datang kadang-kadang tanpa ada sebab. Kadang-kadang cinta datang tanpa kita sedari. Jadi, untuk soalan kau... Kau sendiri tahu apa jawapannya kan?" Pandai betul Khairul bermain-main dengan kata-kata sampai buat Afiyah terdiam membisu!

"Kau dah lupakan cinta pertama kau ke?" Duga Afiyah. Sengaja bertanya sebegitu. Mahu lihat, sejauh mana Khairul punya panas baran.

"Julia dah jadi sejarah dalam hidup aku. Jadi, tak perlu lah untuk kau tanya lagi." Khairul bersuara, tegas.

Dia kurang selesa apabila orang bertanyakan tentang Julia. Hatinya cukup sakit apabila orang menyebut nama Julia.

"Zaman dulu pun ada sejarah, tetapi masih lagi belajar sampai sekarang." Afiyah berkata, masih lagi mahu mendesak. Dia mahu lihat, adakah Khairul mencintainya sepenuh hati. Ataupun sekadar hidung dicium, pipi digigit.

"Hm... Kau pernah dengar kan, first love is amazing, but the last love is perfect?" Soal Khairul.

Afiyah terdiam. Apa maksud Khairul?

Ayat Khairul macam, aku ni adalah orang terakhir yang dia cinta. Aku sendiri pun ragu-ragu dengan perasaan aku, tapi dia begitu yakin. Kalau dia kecewa nanti, macam mana?

Jangan bagi harapan, Afiyah! Kalau kau tak suka, jangan bagi harapan!

"Hm, apa maksud kau sebenarnya?" Soal Afiyah, kurang mengerti.

"Maksud aku, kau adalah cinta terakhir aku." Sekali lagi Afiyah terdiam.

Afiyah langsung mati kata. Ideanya langsung hilang. Hatinya kini berdebar apabila Khairul berkata sedemikian. Wahai hati, apakah permainan kau?

Afiyah keliru dengan hatinya sendiri, suka ataupun tidak? Cinta atau benci? Afiyah buntu.

"Khairul, aku mengantuk. Esok kita jumpa ya. Assalamualaikum." Afiyah terus mematikan talian. Dia tidak tahan untuk melayan percakapan Khairul lagi.

Hatinya cukup berdebar. Kenapa pula tiba-tiba ni ya?

Sudah, tidur Afiyah! Esok kau ada kelas pagi.

************

"Hei makcik! Bangunlah!" Kejut Sofia. Pagi ini, mereka ada kelas MUET pada pukul lapan setengah pagi.

"Hmm..." Afiyah masih lagi mamai. Afiyah memang seorang yang paling liat untuk bangun tidur. Ibu angkatnya ada juga membebel, kerana asyik bangun lambat.

"Bangunlah! Kelas kita lagi sejam aje ni!" Kejut Sofia, tidak berputus asa. Selimut yang menutupi badan Afiyah terus diselak oleh Sofia. Langsir yang tertutup segera dibukakan ikatannya supaya matahari boleh masuk ke dalam bilik Afiyah.

Biar terjaga sikit minah tu!

"Hah? Apasal tak kejut aku awal-awal?!" Marah Afiyah, segera dia mencapai tualan dan berlalu ke bilik air.

Sofia menggeleng kepala. Sendiri salah, mahu salahkan orang lain pula.

"Aku tunggu dekat bawah! Kita breakfast dulu. Kau tu jangan mandi lama-lama sangat pulak." Pesan Sofia sebelum keluar dari bilik Afiyah.

Afiyah yang berada di dalam bilik air mencebik.

'Tahulah orang nak mandi berapa minit...' Gumam Afiyah dalam hati.

********

"Fiya, ada surat untuk kau!" Fareez, rakan sekelasnya menghulurkan sekeping surat berwarna biru muda.

Afiyah angkat kening. Surat? Daripada siapa?

"Siapa bagi? Soal Afiyah. Sofia yang berada di sebelah hanya terdiam dan sekadar mendengar perbualan diantara Afiyah dan Fareez.

"Entah, tapi dia senior dekat U ni." Jawab Fareez ringkas.

"Ohh, thanks." Ucap Afiyah, segera mencapai surat tersebut. Senior?

Nak kata Khairul, rasanya memang tak! Dia kenal benar tulisan Khairul. Tulisan Khairul sangat comel, kecil, bulat-bulat dan Sofia sendiri kata tulisan Khairul seperti tulisan budak-budak.

Tapi tulisan ini, berbeza sekali. Senget ke kanan dan lebih kemas. Mungkin orangnya menjaga penampilan diri, sebab itulah tulisannya kemas. Ceh!

"Cehhh, ada peminat daripada senior lagi." Sofia angkat kening.

Afiyah mencubit lengan Sofia. "Aduh!"

"Bacalah surat tu, apa yang kau nak tunggu lagi?" Sofia sudah tidak sabar untuk membaca surat itu. Padahal, surat itu milik Afiyah, Sofia pula yang terlebih-lebih.

"Tapi, orang yang bagi aku surat ni cakap baca dekat rumah." Afiyah kerut dahi.

Waduh! Baca surat pun kena ada tempat ke?

"Nampak sangat dia tak nak bagi aku baca sekali." Sofia menarik muncung sedepa. Afiyah tergelak. Itupun nak merajuk, alahaiiii...

"Kau rasa, siapa bagi?" Soal Afiyah, inginkan kepastian.

"Mestilah orang yang bagi." Jawab Sofia, acuh tak acuh. Tangannya mengemas barang-barang di atas meja dan sudah bersiap-sedia untuk pulang ke rumah.

"Yelah, tapi siapa?" Afiyah bertanya bengang. Orang tanya elok-elok, dia jawab main-main pula!

"Soalan kau macamlah aku ni tahu segala-galanya." Balas Sofia, masih lagi bersahaja dan tenang.

"Ish, kau ni main-main pula kan!" Afiyah pantas mencubit lengan Sofia tetapi dapat dielak oleh Sofia.

Sofia menunjukkan lidahnya. "Tak kena!"

"Eii, budak ni memang nak kena kan?!"

Dewan kuliah itu menjadi bising apabila dua orang gadis sedang berlari berkejaran.

*****************

"Kau rasa patut ke?"

"Apa yang patut?"

"Aku pergi ke taman itu, esok."

Afiyah mengeluh. Kalau dia tak pergi, takut orang itu kecewa pula menunggu aku berjam-jam. Sudahlah nombor telefon pun tak ada.

Kalau dia pergi, takut-takut kalau orang itu bawa dia pergi Thailand menikah dekat sana ke. Haaa, naya tu! Dia pun nak juga ada perkahwinan yang seperti dalam Raikan Cinta itu. Ewah!

"Aku tak tahu, up to you." Ahh, Sofia. Bukan nak bagi jawapan dan respon yang positif. Dari tadi asyik makannnn aje. Entah dengar ke tidak dia bertanya. Sofia kalau bab makan, memang jadi bisu dan pekak!

"Kalau aku pergi boleh tak?" Setelah diam agak lama, akhirnya Afiyah bertanya apabila Sofia sudah habis 'menela'ah' makanannya.

"Hm... Okay aje kot. Tapi aku teman!" Ujar Sofia. Sofia memasuki ke dalam dapur dan diikuti oleh Afiyah. Afiyah duduk di kerusi meja makan manakal Sofia sedang membasuh tangan.

Afiyah tersenyum. Hmmm... Good idea!

"Good! Tak adalah aku nak risau sangat bila kau ada. Kbye, assalamualaikum!" Afiyah segera mengangkat punggung.

"Eh, nak pergi mana?!" Jerit Sofia.

"Tidur!" Laung Afiyah dari tingkat atas.

**********


p/s : Semoga terhibur dengan bab 2 ni ya. Selamat menjalani ibadah puasa! Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment