Friday 25 July 2014

Cerpen : Dua Hari, Ada Cinta


"Kak oi! Apahal tak siap lagi ni?" Jerit Adlina ke cuping telinga Sarah.

"Akak nak tidurlah..." Selimut yang ditarik daripada menutup badannya, kini ditarik semula.

"Tidur?! Dah pukul 8.30 MR. BOSS!" Jerit Adlina lagi. Selimut yang berada di badan Sarah, Adlina tarik. Daripada tadi lagi asyik main tarik-menarik selimut tapi tak juga si Sarah ni nak bangun.

Langsir di bilik Sarah, Adlina tarik seluas-luasnya. Biarkan cahaya masuk sehingga ke bilik Sarah dengan harapan Sarah akan bangun. Harap aje boss besar... Tapi pergi kerja lambat!

"Gila, apahal tak kejut aku awal-awal?!" Kini, giliran Sarah pula memarahi Adlina.

"Aku kejut kau, jiran sebelah pun boleh sedar tau. Cuma kau je tak bangun-bangun lagi." Adlina memarahi Sarah pula.

Orang dah kejut, disalahkannya pula. Baik tak payah kejut.

"Kau dikkk. Nasib baik aku bos tau." Sarah memandang Adlina dengan mata yang kecil.

"Cepatlah mandi. Kalau tak aku tinggal kau." Ugut Adlina.

"Ada aku kisah? Bukannya kau yang drive pun." Sarah menjelir lidahnya.

Adlina menepuk dahi. Ya Allah! Macam manalah aku boleh terlupa yang aku ni tak pandai memandu? Tulah, lain kali kalau mak dengan ayah suruh belajar memandu tu, belajar ajelah...

Ni tak.. Asyik dok takut-takut.. Sampai bila tak nak bawa kereta? Sampai bila nak tumpang kakak kau aje? Kang kalau dia dah kahwin, siapa kau nak tumpang? Alahai Adlina, Adlina...

"Heheh. Cepatlah siap. Nanti staff kau tertanya-tanya pula." Adlina mula menukar topik.

"Eh, staff aku bukannya jenis busybody macam kaulah," Sarah memerli. Tiga saat kemudian dia tersengih apabila melihat wajah cemberut Adlina.

"Gurau-gurau. Ek eleh, kau ni cepat tacing lah," Sarah mencebik.

"Ish, aku kata cepat siap! Tiga kali dah aku cakap." Adlina sudah mula ingin mencubit peha Sarah.

Cepat sahaja Sarah mengelak dan terus bangun dari katil. "Okay-okay, aku nak siaplah ni."

Bukannya apa, Adlina kalau mencubit, kalah ketam! Sekali dia cubit, memang bengkak seminggu badan Sarah.

"Tahu takut," Adlina tersenyum menang.

Adlina yang sudah siap berpakaian itu, dia berbaring santai di atas katil kakaknya. Novel 'Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik' dicapainya.

******************

"Kak, tape dah habis." Adu Adlina.

"Suruhlah Fyah belikan," Balas Sarah pula.

Memang sibuk bila menjadi business woman ni. Kalau hari-hari minggu ataupun hari cuti, pasti sibuk dengan melayan kerenah pelanggan. Malam pula, Sarah dan Adlina akan cek email dan whatsapp untuk melihat order. Kerja online lah katakan.

"Dia tengah buat kerja kot, kaulah beli." Arah Adlina. "Lagipun, bukan tape aje dah habis. Marker, envelope dan sampul poslaju."

"Haduhhh! Apa ni kuli buli bos?" Sarah menjeling sekilas.

"Haha. Kau kakak aku, tak salah pun nak buli." Adlina menjelir lidah.

Akhirnya, permintaan Adlina dia tunaikan apabila melihat pekerja-pekerjanya sedang sibuk membungkus tudung-tudung, dress dan macam-macam lagi.

"Ya - ya. Aku belikan." Sarah mengangkat punggung. Handbagnya dicapai dan diletakkan di atas bahu.

"Macam tu lah bos kesayangan," Ujar Adlina dan Fyah serentak sambil mengenyitkan mata.

Sarah berjalan dengan penuh berhati-hati. Yelah, pakai high heels kot. Siapa yang tak gerun? Okay, bagi orang yang sudah terbiasa dengan high heels, memang tak akan ada rasa takut. Tapi Sarah? First time!

Lainlah Adlina. Semuanya dia pakai, high heels, wedges senang cerita semua kasut platform dia pakai. Tapi Sarah... Flat shoes aje dia pakai. Dia tak biasa pakai kasut tinggi-tinggi ni. Lagipun, dia dah cukup tinggi dan tak perlu untuk jadi tinggi dengan memakai heels. Cehhh.

Adlina lah ni. Kalau tak kerana dia, mesti dia pakai kasut biasa aje. Boleh pula dia kata yang kasut flat dia tu buruk? Uish, lebihlah! Kasut tu comel gila apa. Polka dot lagi.

"Ops, sorry-sorry!" Ucap Sarah apabila terlanggar bahu seseorang yang berada di kedai buku tersebut. Sibuk sangat tengok novel, sampai terlanggar bahu orang.

Orang suruh beli benda lain, yang dia dok tengok novel. Hadushhh...

"It's okay." Sarah angkat muka. Suara lelaki. Dan... Senyum pun berbalas.

Sarah kini menghadap novel itu kembali. Lelaki yang berada di sebelahnya, Sarah buat tak tahu. Novel yang berada di tangannya lebih menarik daripada lelaki di sebelah.

Lepas pergi kedai buku, Sarah pergi ke pejabat pos pula untuk beli sampul pos laju. Aduhaiii... Nasiblah, nak jadi penjual online sangat kan... Haaa... Memang penatlah. Kena beli itu ini lagi. Nasib, ni semua kerana MINAT.

*******************

"Pidot dot dot?" Sarah kerut dahi. Keningnya terangkat.

"Siapa ni?" Soal Sarah sendiri.

"First time orang bertegur aku dekat cbox..." Sarah menggeleng. Siap minta link fb lagi tu.

"Dah sah-sah aku letak Facebook page aku dekat blog ni. Takkan tak perasan kot?" Sarah geleng lagi.

"Sebelum bagi, baik aku usha blog dia dulu..." Sarah tersengih-sengih.

Sejak jadi peniaga ni, nak 'kerja' pasrt time sebagai stalker pun dah susah. Ada sahaja sibuknya. Siang kerja, malam pun kerja juga. Ingat jadi bos duduk goyang kaki aje ke?

"Hm... Entry semuanya pasal islamik. Menarik." Sarah tersenyum.

Selesai membaca blog milik Pidot dot dot, Sarah terus menekan butang 'X'. Kembali ke blognya untuk meng-update entry terkini tentang tudung-tudung dan barang jualannya.

"Aii, baru setengah jam dia minta, ni minta lagi?" Akhirnya, Sarah layankan aje mamat Pidot dot dot tu.

Sesi tukar fb sudah pun selesai. Sarah turun ke bawah untuk membasahkan tekak. Haus! Sempat lagi dia memerhatikan Adlina yang berada di biliknya yang sedang membaca novel.

Sarah naik semula ke biliknya dengan membawa semuk air kopi, untuk tidak rasa mengantuk.

Assalamualaikum. Ya ukhti, boleh minta tolong? -Pidot

Sarah angkat kening? Patutlah dia beria-ia gila nak minta link fb aku. Nasib lah aku ni ada fb private dengan fb page punya.

Orang dah mesej tu, layan ajelah. Mungkin niat dia baik kot... Insyaallah. Thinks positive!

Waalaikumussalam. Insyaallah saya tolong. Apa dia? -Sarah

Sebenarnya, orang nak belikan hadiah untuk mak orang. Nak beli tudung. Tapi, tak tahu nak pilih mana satu. -Pidot

Sarah angkat kening. Dah kenapa mamat ni? Nak beli tudung pun runsing eh? Pilih ajelah, haduhaiiii... Tapi, mesej Pidot itu, Sarah layankan juga. Niat dia baik, tak apa dia tolong juga.

Oh, insyaallah. Cuma, awak nak beli tudung jenis apa? -Sarah

Yang menutup aurat, labuh dan tak jarang. -Pidot

Saya ada jual. Tudung bawal atau shawl? -Sarah

Bawal? Shawl? Apa jenis tudung pula tu? -Pidot

Sarah tepuk dahi. Ini punya orang pun ada ke? Ada ke patut jenis-jenis tudung pun dia tak tahu? Tak apa, nasib kau lelaki..

Awak tinggal mana? -Sarah

Soalan yang Pidot tanyakan, Sarah buat tak layan. Ada agenda lain sebenarnya.

Shah Alam. -Pidot

Kalau macam tu, datang ke kedai saya. Kat sana ada banyak pilihan. 'Colorful Muslimah Hijab' -Sarah

Insyaallah, saya datang. Terima kasih kerana sudi membantu. Jumpa awak esok. Assalamualaikum :) -Pidot

Waalaikumussalam :) -Sarah

Sarah menguap kecil. Laptop yang berada di ribanya kini diletakkan di atas meja kerjanya. Masa untuk tidur!

*******************

"Cik Sarah, ada orang cari. Di kaunter." Ujar Irah.

"Siapa ya?" Soal Sarah.

"Entah, tapi lelaki." Sarah berfikir sejenak? Siapa pula nak jumpa dia?

Ohhh. Baru dia ingat! "Okay, terima kasih."

Sarah angkat punggung dan mula menuju ke kaunter. "Encik cari saya ke?" Soal Sarah, penuh sopan.

"Assalamualaikum." Lelaki itu berpaling menghadap Sarah. Gila, macam mana dia boleh lupa nak bagi salam ni? Rasa tersindir lah pula.

Sarah angkat muka. "Err.."

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

"Cik..." Tangan lelaki itu digawang-gawangkan.

"Eh, maaf." Ucap Sarah. Boleh pulalah dia mengelamun. Sibuk sangat perhatikan mamat di hadapan dia.

Gila, siapa tak suka lelaki yang berbaju melayu? Lagi-lagi Sarah, memang suka benar dia kalau dengan lelaki berbaju melayu. Katanya, lelaki berbaju melayu ni bukan sahaja kacak di muka, tapi mesti kacak imannya.

"Firdaus, yang mesej awak semalam." Firdaus tersenyum. Sesaat kemudian, pandangannya bukan lagi muka Sarah, tetapi memandang karpet.

"Oh, Encik Pidot ya?" Sarah tersenyum. Firdaus pula tersengih.

"Nama panggilan." Tanpa dipinta, Firdaus berkata.

"Boleh saya bantu apa-apa?" Soal Sarah.

"Hm, sebenarnya saya musykil..."

"Kenapa pula?"

"Awaklah."

"Eh, kenapa?"

"Awaklah, cakap tudung bawal dengan tudung shawl. Amenda tu?" Soal Firdaus. Lega hati Sarah. Dia fikir apalah tadi...

"Bawal tu macam ni, dan shawl tu pula macam ni." Sarah menunjukkan jenis-jenis tudung yang berada di dalam katalognya.

"Ohhh..."

"Jadi, nak yang mana satu?"

"Awak rasa?"

"Eh mak encik yang nak pakai, bukan saya. Lagipun, pilihan terletak di tangan encik."

"Ohh."

Sarah bengang. Ni nak beli ke tak nak? Kalau tak nak beli, cakap aje sekarang. Jangan buat dia pening kepala nak terang itu ini. Buat hilang air liur sahaja. Sudahlah dia puasa harini.

"Encik, nak beli ke tak?"

"Nak."

"Jadi, pilihlah tudung mana yang encik nak."

"Saya nak jubah." Sarah rasa, macam nak aje hempuk dengan kerusi yang dia duduk ni. Nasiblah Sarah ni bukan jenis orang yang panas baran dan masih ada tahap kesabaran.

"Pilihlah."

"Hm... Yang ini okay tak? Tudung ni sesuai tak?"

"Err... Okay je. Encik nak belikan untuk siapa?" Sarah bingung. Kata nak belikan untuk mak? Tapi pakaian yang dia pilih, semuanya untuk orang-orang muda.

"Bakal isteri, dan mak saya. Saya nak bakal isteri saya pakai baju ni masa nikah. Saya bukan kedekut, cuma saya nak calon isteri saya menutup aurat"

"Ohh." Hampa. Baru aje tertarik dengan mamat depan ni, tiba-tiba aje dia sebut pasal bakal isteri. Hancur harapan! Tulah, lain kali siasat dulu sebelum suka.

"Okay kan?" Baju yang berada di tangan Firdaus, dia menilik-nilik.

"Insyaallah."

"Untuk mak pula, saya nak ini dan ini." Bawal labuh bersama jubah berwarna kelabu dia capai dan di letakkan di atas meja kaunter bersama dress labuh berwarna putih dan halfmoon shawl berwarna putih.

"Awak ada mak dan ayah?"

"Ada, kenapa?"

"Saja."

"Okay, semuanya RM238."

"Nah." Huluran not RM50 disambut. Baki pun telah dikembalikan.

"Awak dah ada suami? Boyfriend?"

"Tak, kenapa?" Sarah angkat kening. Dah kenapa tanya ake soalan macam ni?

"Saja." Kalau nak hempuk machine duit ni ke muka Firdaus ni boleh tak? Daripada tadi, soal aku. Lepastu bila aku soal dia balik, bukan nak bagi the positives point. Asyik-asyik 'saja'.

"Saya ada kerja ni, terima kasih kerana membeli di kedai saya. Assal..."

"Jap."

"Ya?"

"Kalau saya... Err.."

"Kalau saya, apa?"

"Emm, tak ada apalah. Assalamualaikum." Firdaus terus berlalu tanpa sempat Sarah menjawab salamnya.

Sarah menggeleng. Dah nak ada calon isteri... Uish, hati ni, tolonglah jangan berdebar! Firdaus tu milik orang, kau jangan feeling-feeling bagai dengan dia pulak.

*******************

"Ibu tak kisah. Kerja tu boleh ditinggal. Hujung minggu ni, balik kampung juga!"

Pelbagai cara Sarah memujuk ibunya. Dia bukannya tak nak balik, cuma kerja-kerjanya tu... Dengan online lagi. Nanti, pelanggan-pelanggannya bising pula kalau sampai barang lambat.

Apa lagi. Sarah dan Adlina terpaksa juga balik kampung hari ini. Ibu mereka kata, hujung minggu. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, hanya memakan masa sejam sahaja. Tak jauh mana pun Kampungnya. Nasib tak jauh...

"Assalamualaikum, ibu." Sarah dan Adlina memberi.

"Waalaikumussalam. Sarah, cepat pakai baju kurung!" Arah Puan Syaryfah. Tangan Sarah ditariknya supaya cepat memasuki ke dalam rumah.

"Kenapa ayah?" Soal Adlina, apabila melihat ibunya berperangai pelik.

"Ada orang nak masuk meminang."

"Siapa?" Bulat mata Sarah memandang ayahnya.

Encik Azman angkat bahu.

"Kakak ke Ina?"

"Kakaklah." Adlina menghelas nafas. Nasib... Dia belum bersedia lagi... Baru lepasan SPM kot. Jangan buat hal!

"Akak tahu?"

"Tak."

"Kenapa tak bagitahu?"

"Nanti dia lari pula."

Adlina tergelak. "Tak adanya lah. Pernah tak ayah tengok, kakak tak buat bila ibu dan ayah suruh?"

"Hm, tak ada..."

"Ina yakin, kakak ikut cakap ibu dan ayah.."

"Insyaallah..."

*******************

"Dia kata, dia dah ada calon isteri."

"Jadi?"

"Hm..." Sarah hilang kata. Kejadian yang berlaki petang tadi, memang sangat-sangat mengejutkan. Entah macam mana ada orang minat dekat dia pun tak tahulah.

Lagi-lagi bila lelaki itu tahu alamat rumahnya.

"Kau suka dia?"

"Err, tak adalah kau kan tahu citarasa aku."

"Beriman, pakai baju melayu, romantik... Blablablaa."

"Hm."

"Jadi?"

"Jadi apa?"

Petang tadi, beria-ia ibunya suruh buat kuih lah, buat itu lah ini lah. Semata-mata nak bakal mertuanya rasa masakannya. Sarah pula, jenis yang mengikut sahaja.

Lepastu, dia langsung tidak dibenarkan masuk ke ruang tamu. Habistu, buat apa dia pakai baju kurung ni kalau nak masuk ruang tamu nak bersalam dengan tetamu pun tak boleh?

"Jawapan dah ada di depan mata, kak."

"Kau nak suruh aku terima pinangan lelaki yang aku tak kenal?"

"Aku tak suruh. Cuma, aku nak cakap yang ikut kata hati kau, bukan ego. Jangan biarkan ego kuasai diri."

"Cis, apa kena mengena ni? Bila masa pula aku ego?"

"Saja menasihat. Kot-kot lah tiba-tiba kakak aku ni tak pergi ada ego, tiba-tiba jadi ego pula." Adlina menyindir. Sarah pula menjeling.

"Kau tu budak kecik lagi, apa tahu."

"Apa, orang dah habis SPM okay!"

"Eleh."

"Terima ke tidak?" Adlina menggesa.

"Hm..."

"Buat istikharah ajelah?" Adlina memberi idea.

Sarah mengangguk. "Okay. Thanks dik!"

****************

Kalau terima, cakap aje. Kalau tak terima, pun cakap jugak. Jangan sampai bagi harapan yang tinggi dekat orang. Berharap kan menyakitkan.

Jawapan yang perlu dia bagi untuk menerima ataupun tidak, hanya tinggal sehari sahaja lagi. Semalam, dia sudah buat istikharah seperti apa yang Adlina suruh.

Tak ada alamat lagi.

Cuma, semalam adalah mimpi tu. Cuma tak boleh detect siapa lelaki dalam mimpinya.

Sampai sekarang, Sarah belum tahu lagi siapa yang akan menjadi bakal suaminya. Cuma, adalah dia tahu nama lelaki tersebut.

Firdaus.

Yalah Firdaus. Tapi dia yakin, bukan Firdaus yang dia jumpa dulu. Bukan Pidot yang dia mesej dulu. Ah, Firdaus! Sebulan tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun menanggung rindu, apatah lagi selama-lamanya.

Manalah nak jumpa.

Kalau dia dah ada bakal isteri.

Sarah tenung siling.

Siling bercorak itu masih tidak menarik perhatiannya. Fikirannya jauh ke tempat lain.

Lupakan Firdaus... Dan terima pinangan tu?

*******************

Done!

"Sarah terima!"

"Alhamdullilah." Ucap Puan Syaryfah dan Encil Azman serentak. Adlina pula sekadar mengucap di dalam hati.

"Sarah tak buat keputusan terburu-buru kan?" Soal Encik Azman.

"Insyaallah, tak. Lagipun, orang tu nak jawapan esok kan."

"Alhamdullilah, ada orang barulah nanti." Puan Syaryfah tersenyum.

"Kak, ikut aku jap!" Adlina menarik tangan Sarah, Sarah pula sekadar menuruti.

Tak ada apa yang nak dibincangkan dengan ibu dan ayahnya. Lagipun, ibu pula sibuk menjahit. Ayah pula baca surat khabar. Memang macam langsung tak ada nak dibincangkan apa-apa.

"Kenapa?"

"Kak, kau tak menyesal kan?"

"Kenapa kau tanya?"

"Sekadar mendapat kepastian."

"Insyaallah, tak."

"Betul ni?" Soal Adlina, mendapat kepastian.

"Ya. Lagipun aku betul-betul nak lupakan cinta dua hari aku tu." Sarah berkata sayu.

"Kak, semua orang hidup berpasang-pasangan. Dan pastinya Allah akan tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita."

"Hm, yelah dik. Terima kasih."

"No problem. Lagipun, kau kan kakak aku."

"Ecececehhh, so sweet." Sarah tergelak. Sweet pula adiknya seorang ini...

*******************

Hantaran, segala kelengkapan majlis, belah pengantin lelaki yang uruskan.

Puas ibunya memujuk, yang perkahwinan sebelah perempuan dan hantaran perempuan biar pihak perempuan yang buat. Pihak lelaki, buat untuk pihak lelaki. Tapi nak buat macam mana, dah ibu mertuanya tu kata sebagai tanda penghargaan.

Entah apa yang berharga sangatlah aku ni... Aku ni biasa aje kot... Desis hati Sarah.

Kesepuluh jarinya, berwarna merah. Di tangannya pula, penuh dengan inai bercorak. Esok, tamatlah zaman bujangnya. Dan esok jugalah, dia menjadi isteri kepada Firdaus.

Aip, aip. No, no, no. Bukan Firdaus a.k.a Pidot.

Tapi, Firdaus lain.

"Esok, dan selamanya, bila dah ada suami... Jangan lupakan ibu dan ayah." Pesan Puan Syaryfah.

Pesanan Puan Syaryfah itu membuatkan Sarah mengalirkan air mata. Encik Azman yang berada di sebelah, cuba mengangguk menyetujui pesanan Puan Syaryfah kepada Sarah.

"Dan juga aku..." Sampuk Adlina.

"Dah jadi isteri nanti, dengan ikut cakap suami." Pesan Encik Azman pula.

"Kalau bergaduh, masing-masing kena selesaikan. Ingat, tak ada istilah siapa yang salah. Tapi, kena wujudkan istilah saling percaya-mempercayai." Ujar Puan Syaryfah.

Sarah hanya mengangguk perlahan. Air matanya tidak dapat lagi ditahan.

Satu titis...

Dua titis...

Tiga titis...

"Lah, kenapa menangis?" Soal Puan Syaryfah dan Encik Azman serentak.

"Ibu dengan ayahlah, buat Sarah sedih." Sarah tersengih dalam tangisan.

"Adushhh, janganlah buat drama sedih malam ni. Belum lagi time nikah, kalau nikah banjir agaknya." Adlina membebel.

Serentak itu, Sarah, Puan Syaryfah dan Encik Azman tergelak.

"Jadi isteri dan ibu yang baik dan solehah, Sarah..."

**********************

Macam aku kenal dress dengan shawl ni...

Eh, mungkin shawl dengan dress ni sama...

Uish, takkanlah! Takkan ada orang nak tiru design aku kot?

Dia ingat lagi, ni dress dan shawl yang Firdaus pernah beli dulu. Macam mana pula boleh ada dekat rumahnya pula?

Okey, jangan fikir panjang!

Terus dicapainya juga dress dan shawl yang tergantung elok di dalam almari. Sekarang ni, tak ada lagi nama Firdaus ataupun Pidot dalam kamus hidup Sarah. Tapi, ada Firdaus sebagai suaminya dalam hidup Sarah.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdullilah."

Selesai mengaminkan doa, pengantin lelaki datang menghampiri pengantin perempuan untuk menyarungkan cincin di jari.

"Awaklah bakal isteri saya."

Him?

Or not him?!

Jawapan dia, Pidot!

"Boleh awak cerita dekat saya from A to Z?" Sarah jongket kening. Sebenarnya, dia tak faham dengan maksud Firdaus.

Kata ada bakal isteri, lepastu tiba-tiba sahaja kahwin dengan Sarah. Pelik ke tidak tu?

"Tonight."

"Fine."

"Lembutkan lah sikit jari awak tu sayang."

Cuppp!

Firdaus mencium dahi Sarah. Sarah tergamam.

******************

"Cerita daripada A sampai Z. Cepat, kalau tak Sarah tak nak kawan dengan abang."

Ya, ABANG.

Puan Syaryfah lah. Katanya, tak manis bila ber 'awak - saya' dengan suami sendiri. Sarah tetap juga berdegil, katanya tak biasa panggil abang.

Yang Puan Syaryfah pula, siap main ugut-ugut lagi. Kalau tak nak panggil 'abang' , kena panggil 'hubby' tak pun 'baby' ataupun 'sayang' kalau tak nak juga 'darling'. Haaaa amek kau!

Akhirnya, Sarah panggil Firdaus dengan panggilan 'abang'.

"Ya, sayang. Abang cerita."

"Cepat."

"Abang tipu je."

"Hah?"

"Dulu abang mana ada nak beli tudung untuk mak."

"Habistu?"

"Saja je nak kacau Sarah."

"Ish, betul-betullah. Serius sikit."

"Okay-okay."

Firdaus menarik nafas. Kemudian menghembus. Sarah menanti cerita Firdaus dengan penuh bersabar.

"Abang dah lama kenal Sarah."

"Since when?"

"Kita satu sekolah, tak ingat ke?"

Sarah cuba untuk mengingati kembali zaman persekolahannya.

"Tak ingat."

"Exco Disiplin 2002, ingat?"

"Ooooo...kkk........ Ingat."

"Sejak tulah abang kenal Sarah."

"Sejak bila pula abang suka Sarah?" Sarah tersengih.

"Entahlah. Tak tahu. Tiba-tiba aje ada perasaan yang pelik bila nampak Sarah dekat dinner dulu." Ujar Firdaus.

"Dinner mana pula?" Sarah kerut dahi.

"Alah, dinner Sarah satu keluarga dulu. Abang dekat sebelah Sarah je, mesti tak pandang orang sebelah kan?" Firdaus berkata dengan nada merajuk.

"Sarah pandang makanan je, orang sebelah kirim salamlah!" Sarah tersengih.

"Tahu tak, masa tu Sarah berubah gilaaa. Abang suka Sarah yang masa tu."

"Apa yang berubah?"

"Cara cakap, cara berpakaian. Cara cakap, memang tak adanya garang dah. Cara berpakaian, Sarah pakai baju yang simple sangat, cantik dan menutup aurat."

"Haha. Nak cakap yang Sarah ni dulu garang orangnya, dan tak lawanya ya?"

"Garang tu ya. Lawa tu... Hm... Sarah sentiasa lawa di mata abang."

"Cehhh. Jiwangnya."

"Biarlah, nak berjiwang dengan isteri sendiri. Takkan tak boleh kot?"

"Haha. Boleh je."

"Kalau abang nak buat macam ni pun... Bolehlah kan?"

"Aip, aip! Tak nak! Yang tu tak boleh!" Sarah terus bangun.

Firdaus juga turut bangun, mengejar Sarah yang sudah berlari berkeliaran. Sesi bermanja dengan suami isteri sudah bermula.

Bilik itu bising dengan ketawa Sarah dan Firdaus.

"Dah, dah! Abang penat. Abang nak kejar Sarah, last-last abang yang kena. Dahlah kena kejar, kena geletek pulak tu."

"Haha. Sarah menang!"

"Unik kan cerita kita?" Soal Firdaus.

"Apa yang uniknya?"

"Dua hari, ada cinta."

"Tapi, bukan abang kata abang suka Sarah dah lama ke?"

"Oh, haahlah."

"Hesh, apalah."

"Bukan dua hari, ada cinta, tapi hari-hari aku cinta." Senyum.

-TAMAT-

*********************

p/s : Aduh, mengantuk! Masa buat cerpen ni, aku tak ada pula rasa mengantuk. Tapi bila dah akhir-akhir, rasa mengantuk menjelma di diri. Akhirnya, aku gagahkan juga buat cerpen ni. Walaupun ada yang ada merepek. Huhu.

Monday 21 July 2014

Cerpen : PA Dua Bulan Untuk Bos Kekwat! 4

Part 4


"Kau. Dah. Kenapa?" Soal Fakaruddin apabila melihat wajah kusut Faisyah.

"Aku dilamar."

Okey, ayat yang teramat pendek tu berjaya buat Fakaruddin ternganga mulut, luas punyaaa.

"Gila, siapa?" Soal Fakaruddin, kurang percaya.

"Si mamat kekwat." Faisyah masih lagi ralit memandang skrin televisyen. Tetapi fikirannya melayang entah ke mana.

"Uish, bukan ke mamat tu kau benci gila-gila punya?" Soal Fakaruddin.

"Memanglah, tapi masalahnya dia melamar aku." Dan... Senyuman Fakaruddin mekar di bibirnya kini.

"Apehal kau senyum macam tu?" Soal Faisyah, apabila terlalu lama Fakaruddin memandang wajahnya bersama dengan senyuman.

"Kan aku dah kata, benci mesti cinta punyalah." Fakaruddin tersenyum herot.

"Ceit, aku tak suka dia pun?" Faisyah menjuih bibir.

"One day."

"No way," Faisyah geleng kepala.

"Kau rasa, apa aku patut buat?" Soal Faisyah, pandangannya serius.

"Senang, accept him." Jawapan Fakaruddin benar-benar buat Faisyah ternganga.

"Gila, aku tak cintakan dia!" Faisyah memukul bahu abangnya.

"Macam aku cakap tadi, one day." Ayat yang sama Fakaruddin ulangi.

"Kalau tak jugak? Macam mana? Kau nak ke tengok adik kau ni bercerai berai?" Soal Faisyah, menduga.

"Sebagai abang, aku tak nak tengok adik aku menderita. And sebagai abang, aku akan doakan kebahagiaan adik aku." Tudiaaa, mode abang mithali sudah bermula.

"Tapi... Aku tak cintakan dia." Faisyah masih lagi berdalih.

"You loves him, Faisyah. Tapi, kerana ego kau tu..." Fakaruddin mencapai gelas di atas meja dan menghulurkan ke Faisyah.

"Eleh, macam mana kau tahu hati aku?" Soal Faisyah, tak puas hati.

"Kembar aku, aku tahulah." Jawab Fakaruddin selamba.

"Tapi kan... Dia tak melamar aku pun, dia cuma cakap yang dia cintakan aku. Dan dia cakap dekat kawan-kawan dia yang aku ni future wife dia." Terang Faisyah. Gelas di tangan kembali diletakkan di atas meja.

"Aduh!" Faisyah mengaduh kesakitan apabila Fakaruddin menyiku lengan Faisyah.

"Sama ajelah. Dia tak melamar pun, tapi membawa maksud yang tersirat. Ish kau ni memang tak tahu hati lelaki betullah!"

"Manalah aku tahu! Aku ingatkan dia cuma bergurau."

"Faisyah, aku ni lelaki. Aku tahu dia mesti tak bergurau. Dan aku tahu betapa sakitnya bila ditolak lamaran." Terang Fakaruddin.

"Aku tak tolak pun..." Ujar Faisyah perlahan.

"Aku cuma diam aje, lagipun masa tu aku kusut." Tambah Faisyah lagi. Dan... Senyuman di bibir Fakaruddin kembali mekar.

"Kau terima dia sebenarnya kan? Cuma, ego kau tu!" Ujar Fakaruddin, bengang.

"Mana ada ego!" Faisyah menafikan.

"Ya, ego. Jadi, aku nak tanya kau ni. Accept or not?" Soal Fakaruddin.

"Hm, aku kusut sebenarnya." Ujar Faisyah.

"I'm all ear." Fakaruddin tersenyum.

"Okay, aku mengaku aku suka dia. For the first time. Tapi, bila tengok betapa kekwatnya dia, aku jadi macam menyampah. Tapi, bila tengok cara dia layan aku, aku tertarik lah juga." Terang Faisyah dan sekali lagi Fakaruddin tersenyum.

"Jadi, tak ada masalah kau nak tolak lamaran dia." Fakaruddin memotong.

"Hm... Aku sebenarnya terkejut bila dia cakap macam tu. Sebab, selama ni aku asyik kasar aje dengan dia. Sebab, aku sedaya upaya nak lupakan dia, sebab dia kekwat sangat!" Faisyah mencebik.

"Jadi, apa jawapan kau sekarang ni?" Soal Fakaruddin, tidak sabar untuk menunggu jawapan Faisyah.

"Entah."

"Huh! Kau ni betul-betul hati batulah."

"Ish, aku tak tahu dengan perasaan aku sendiri sebenarnya!" Faisyah menjeling.

"Okay, kau buat istikharah ajelah. Senang. Esok pagi, kalau kau dah dapat petunjuk dalam mimpi, bagitahu aku ya! Bye!" Fakaruddin terus berlalu untuk menunaikan solat isyak.

***************

"Aku mimpi dia."

"Mamat kekwat?" Soal Fakaruddin, ingin mendapat kepastian.

"Ya." Satu patah perkataan yang berjaya buat Fakaruddin tersenyum.

"Jadi?" Soal Fakaruddin, juga sepatah.

"Berdasarkan hati aku ni... Aku terima dia." Kata Faisyah tenang.

Dia sebenarnya memang sukakan Raykarl. Cuma yang menjadi masalahnya, dia tak sukakan lelaki kekwat! Itu yang membuatkan Faisyah jadi benci kepada Raykarl.

Tapi, apakan daya... Kerana cinta, kekwat ke poyo ke arrogant sekalipun, semuanya kerana CINTA!

"Yeah! Adik aku nak kahwin! YAHOOOOOOO!" Jerit Fakaruddin kegirangan. Terus Fakaruddin mencapai kunci keretanya dan keluar daripada rumah milik kondominium mereka.

"Dah kenapa abang aku ni?" Soal Faisyah sendiri. Dia menggeleng kepala lantas tersenyum.

************************

"DIA TERIMA!" Jerit Fakaruddin daripada arah depan. Jauh lagi kot.

"Serious?!" Bulat mata Raykarl mendengar kenyataan daripada mulut Fakaruddin.

"Tahniah, adik ipar." Fakaruddin tersengih.

"Alhamdullilah, terima kasih abang ipar." Raykarl juga turut tersengih, melayan kerenah bakal abang iparnya.

"Ops, bakal!" Fakaruddin tersengih.

Raykarl mencebik. "Eleh, janji dah diterima."

"Oh ya by the way, kau kena jugak panggil aku abang memandang aku ni abang ipar kau walaupun kau tua dua tahun daripada aku." Fakaruddin tersengih.

"Ceit, baiklah ABANG." Raykarl menekan perkataan 'abang' itu.

"Bila kau nak melamar dia? For the second time? Bagi sweet sikit!" Soal Fakaruddin. Keningnya diangkat gaya double jerk.

"Malam ni!!!" Jerit Raykarl, gembira.

"Wah, cepatnya!" Fakaruddin tak percaya.

"Aku betul-betul serious dengan dia. So, i don't want to lose her." Ujar Raykarl.

"Anyway, goodluck!" Fakaruddin menepuk bahu Raykarl. Dia bersedia untuk pulang. Kasihan Faisyah keseorangan di rumah.

"Eh, siapa nak bayar air kau?" Soal Raykarl.

"Oleh kerana kau bakal adik ipar aku, jadi kaulah bayar. Kalau kau tak bayar, ditolak jadi adik ipar!" Fakaruddin main ugut.

"Ceit, main ugut-ugut orang pula!" Raykarl menjuih bibir.

Okey, dia persamaan antara Faisyah dan Raykarl. Masing-masing suka mencebik dan juih bibir. Secocok!

***************

Thanks for accept me ;)

Faisyah angkat kening. Accept apa pula ni? Yang dia tahu,  dia memang accept Raykarl pun. Cuma, dia tak adalah pula bagitahu Raykarl.

Accept apa pula ni?

Faisyah membalas mesej Raykarl. Tiga saat kemudian, ada mesej baru yang masuk.

Tak tahu ke buat-buat tak tahu?

Okey, daripada gaya mesej boleh nampak macam yang dia sedang bersarkastik. Faisyah menjuih bibir.

TAK TAHU!

Ambil kau. Siap dengan tulisan besar lagi aku bagi!

Okay, kalau awak tak tahu. Biar saya bagitahu.

Faisyah mengangkat kening, tanda tidak mengerti dengan ayat Raykarl.

Lima saat kemudian, telefon Faisyah berdering menandakan ada call yang masuk. Lantas, Faisyah terus menjawab tanpa membuang masa.

"Assalamualaikum." Salam diberi di hujung talian.

"Waalaikumussalam." Jawab Faisyah.

"Awak buat apa tu?" Soal Raykarl, cuma menyembunyikan debar di dalam hati.

"Tengah terbang ni." Faisyah bergurau. Lagi tahu dia sedang berbual dengan Raykarl, lagi mahu tanya.

"Hahaha. Kelakarlah." Raykarl tergelak. Dia pun satu! Nak sembunyikan debar sekalipun, tanya soalan yang berfaedah, bukannya yang tak masuk dek akal macam ni!

"Bos nak apa call saya ni?" Soal Faisyah.

"Hm... Pasal mesej tu..."

"YA?"

"Awak terima saya kan?"

"Terima apa?"

"Will you marry me?"

Okey, bagi gadis diluar sana, memang tak romantik langsung bila melamar perempuan di dalam telefon dan bukan secara bertentang mata.

Tapi, bagi Faisyah... Ayat yang agak ringkas itu membuatkan dia menitiskan air mata. Dia tak romantik, tapi dia ada cara yang tersendirinya untuk menjadi romantik!

"No." Jawab Faisyah, sengaja menduga.

"Awak..." Suara Raykarl seperti mahu menangis. Dan mata Raykarl hampir sahaja menitiskan air mata.

"Tak, tak! Saya gurau je! Saya terima!" Tulah Faisyah, kau nak kenakan, last-last mamat tu dah nak menangis. Tak kahwin sampai ke tualah Faisyah jawabnya...

"Tahu takut." Raykarl tersenyum. Terasa tenang dia apabila melihat bulan pada malam itu.

"Err, saya terima bos sebagai suami saya!" Pap! Telefon terus ditutup. Malu!

Faisyah menampar mulutnya. Ish, apa kau ni Faisyah! Ayat kau tu... Buat malu ajelah! Tahulah nak kahwin, tapi jangan gatal sangat!

Dan... Ada yang memerhati di sebalik pintu bilik Faisyah.

Fakaruddin tersenyum gembira apabila melihat kegembiraan Faisyah. 

Tahniah, adikku!

********************

"YAHOOOOOOOOOOOOOO!" Raykarl menjerit, gembira.

"Raykarl kenapa? Gembira aje bunyinya." Soal Puan Sri Maimun.

Puan Sri Maimun juga ikut senyum apabila kelihatan anaknya yang gembira.

"Raykarl nak kahwin!" Jerit Raykarl lantas memeluk erat ibunya.

Datuk Zainal yang baru muncul di pintu bilik Raykarl tertanya-tanya kenapa dengan dua beranak itu.

Puan Sri Maimun melepaskan pelukan Raykarl lantas menjerit. "Anak kita nak kahwin!"

"Alhamdullilah!" Tiga-tiga beranak itu memeluk dengan erat. Berkongsi kebahagiaan bersama.

Cinta... Tak pandang paras rupa. Tak pandang kaya atau miskin. Cinta cuma memandang keimanan. Kekwat manapun dia, janji dia beriman!

************

-TAMAT-

Saturday 19 July 2014

Cerpen : PA Dua Bulan Untuk Bos Kekwat! 3

Cerpen : Part 3

Masuk hari ini, sudah lima puluh hari Faisyah bekerja sebagai Personal Assistant untuk Raykarl. Dan selama lima puluh hari jugalah, Faisyah merasa apa itu sakit hati, benci, geram dan macam-macam rasa bila dengan Raykarl. Kecuali... Jatuh cinta! Euwww, siapa nak jatuh cinta dengan mamat kekwat macam tu?

"Ina termenung apa?" Tegur Kak Sarah, seorang pekerja kerani di syarikat ini.

Hanya dia seorang sahaja yang panggil nama Faisyah dengan panggilan "Ina".

"Eh, mana ada." Bohong Faisyah. Tangannya yang tadi terhenti menulis, kini mencapai pen di atas meja dan mula menulis di atas kertas A4.

"Yelah tu. Entah-entah teringatkan dekat bos kita takkk." Kak Sarah tersenyum nakal.

Ramai yang kenen-kenenkan Faisyah dengan Raykarl. Kata mereka, Faisyah dengan Raykarl ni secocok. Lagi-lagi apabila bertemu, pasti bergaduh. Orang kata, lawan jadi kawan. Benci jadi cinta. Musuh jadi... Jodoh!

"Ish, merepek aje akak ni." Faisyah menahan malu. Mukanya kini sudah kemerah-merahan. Malu kerana apa yang Kak Sarah katakan adalah benar.

"Kak Sarah dah banyak makan garam Ina... Tak usahlah nak tipu..." Kak Sarah yang tadinya berdiri kini duduk di hadapan Faisyah.

"Ish bahaya tu kak." Faisyah pasang muka serius.

Kak Sarah memandang Faisyah dengan muka pelik. "Apasal?"

"Kena darah tinggi tu." Faisyah tersengih dengan lawaknya sendiri.

"Orang serius, dia main-main pula ya," Kak Sarah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Faisyah... Selalunya, benci jadi cinta dan musuh tu selalu jadi jodoh kita tau." Ujar Kak Sarah tiba-tiba.

"Ehh?" Faisyah pandang Kak Sarah dengan perasaan bingung. Dah kenapa? Tiba-tiba sahaja cakap soal cinta... Musuh... Jodoh... Ish!

"Love is not a honey and a sugar, but it gives us sweetness more than those." Ujar Kak Sarah lagi. Tiba-tiba.

Memang sesuai sangat ayat itu dengan Faisyah. Yalah, si hati batu lah katakan.

Kak Sarah terus berlalu dan meninggalkan Faisyah yang terpinga-pinga. Ah, sudah! Tak payah fikirkan soal cinta. Apa yang penting sekarang ni, kerja! Kau cuma ada lagi 11 hari sahaja lagi untuk berkhidmat sebagai PA.

Lepas ni...

Balik kepada asal.

Hm, macam berat aje nak tinggalkan pejabat ni.

Aippp, berat nak tinggalkan pejabat, bukan bosnya!

"Echa, malam ni awak busy tak?" Tegur satu suara. Bukan suara asing dan bukan suara mamat filipina.

Ceit, filipina!

"Tak, kenapa bos?"

"Saya nak awak teman saya pergi reunion malam ni," Terang Raykarl. Wajahnya selamba.

"Ohh.. Eh, hah? Tapi kenapa saya pula?" Faisyah menunjukkan jari telunjuknya ke arah mukanya.

Wajah pelik Faisyah dipandang tenang oleh Raykarl. "Sebab saya rasa awak aje yang sesuai."

"Tapi reunion bos mesti yang grand - grand punya. Saya segan lah." Ujar Faisyah. Faisyah mana ada baju yang mahal-mahal.

Kang kalau dia pakai baju murah, mahu tahan malu pula Raykarl ni...

"Awak simpan ajelah segan awak tu. Saya nak awak temankan juga saya malam ni. Pasal baju, tengahari ni kita pergi beli. Titik!"

Pehhh, sekali dia arah... Memang kena ikut jugalah aku. Dasar mamat kekwat!

"Kalau saya pakai baju biasa aje tak boleh ke?" Soal Faisyah. Malas betul dia nak pergi ikut si mamat kekwat tu membeli belah. Kang, ada sahaja yang dipangkahnya. Itu tak nak, ini tak kenan. Hish!

"Awak ada ke baju mahal?" Sinis. Tahulah aku ni tak kaya macam kau! Gumam hati Faisyah.

"Tak ada, sebab saya tak kaya macam bos." Jawab Faisyah perlahan. Agak terasa dengan kata-kata Raykarl. Tahulah aku ni sebatang kara...

"Eh, saya berlawak aje," Ujar Raykarl, serba - salah.

"Saya pun berlawak juga tadi," Faisyah gagahkan juga untuk memaniskan muka. Tak mahu nampak wajah yang sedih di hadapan Raykarl.

"Oh,"

"Oh je?"

"Habis tu awak nak apa?"

"Tak nak say sorry?"

"Perlu ke?" Sarkastik.

Ahhh! Boleh sakit otak kalau bercakap dengan Raykarl ni.

"Tak perlu pun," Faisyah kembali menyambung kerja. Ceit, sejak bila kau pandai merajuk ni Faisyah?

Diam...

Satu saat... Dua saat... Tiga saat... Seminit...

"Sorry, sayang." Erk? Sorry tu aku boleh terima lagi, tapi... Sayang?

Faisyah yang dari menunduk memandang meja kini terus menghadap orang di hadapannya kini. Telinga dia belum pekak lagi kan?

"Sorry. Say it again?" Pinta Faisyah. Wajah tenang Raykarl ditenung lama oleh Faisyah.

"Awak ni tak korek telinga ke?" Sinis.

"Eh tak, saya tak korek telinga sebab tu lah saya suruh bos ulang balik." Hah! Kena. Tadi dok sinis dengan aku, sekarang biar turn aku pula ye bos yeeeeee.

"Whatever lah Echa. Tengahari ni jangan lupa," Raykarl terus berlalu. Dia masuk ke dalam biliknya dan menghempas tubuhnya di atas kerusi empuk.

Malu gila!

'Agak-agak dia dengar tak?'

'Ish, kalau dia dengar mahu aku sorok muka ni. Kalau aku tenggiling dah lama aku gulung sorokkan muka,'

"Nasiblah Faisyah, aku dah tertarik dengan kau." Mengeluh.

**************

Faisyah terduduk. Diam. Kaku.

'Telinga aku belum pekak!' Jerit Faisyah kuat dalam hatinya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata yang baru keluar dari mulut dia...

"Nasiblah Faisyah, aku dah tertarik dengan kau."

Fail yang mahu dihantar terus tak jadi hantar. Lebih yang buat dia menjadi kaku apabila Raykarl tersenyum sendiri dan berkata...

"Aku tak tahu bila aku cintakan kau. But, i love you Faisyah."

Diam...

Kalau nak kata itu bukan dia, mungkin ada lagi manusia yang bernama Faisyah, memang macam tak logik sangat kut. Yelah, Setahu dia, Raykarl ni jenis tunggul. Ada ke kawan perempuan? Aish!

Ish, fikir positif! Tak mungkinlah 'Faisyah' itu adalah 'aku'. Ya, mungkin 'Faisyah' tu kawan Raykarl. Tapi, bukan aku. Ya, fikir positif!

Fail yang tadi diletakkan di atas meja, terus di capai. Dengan bacaan bismillah, perlahan-lahan Faisyah memasuki ke dalam pintu bilik Raykarl.

Semua rasa gundah di dalam hati, sedaya upaya Faisyah cuba untuk menghilangkan dan menenangkan dirinya.

Okay... Tujuan utama kau cuma hantar fail ni untuk di tanda tangani dan, terus.... BLAH!

*******************

"Dah pukul sebelas setengah, jom gerak."

"Eh eh, kot ya pun nak ajak saya keluar, lepaskan tangan ni." Pinta Faisyah. Sesuka mak bapak dia aje nak pegang tangan aku. Ingat tangan aku ni tangan barbie doll sesuka boleh pegang?

Eh, kahwin dulu baru boleh peganglah!

Ceit, kahwin? Ops!

"Oh, sorry. Tak sengaja." Ujar Raykarl, serba-salah apabila melihat jelingan tajam Faisyah.

"Sorry, sorry." Ejek Faisyah. Tetapi tangannya tetap juga mencapai handbagnya. Laptop yang tadi menyala kini di 'sleep' kan.

"Nak pergi mana?" Soal Faisyah. Mereka berjalan bersama sehingga ke kereta milik Raykarl.

"Dating,"

"Whuuuuuuuut???"

"Tahu pun terkejut. Kan saya kata tadi, pergi beli baju." Raykarl tergelak.

Faisyah menghembuskan nafasnya. Fuhhhh! Nasib baik. Mahu terkejut beruk aku tau, ish Raykarl, Raykarl!

"Bos ni, buat saya terkejut jee."

"Kalau awak nak dating dengan saya, apa salahnya. Saya on je." Ujar Raykarl selamba.

"Uishh, merepeklah." Faisyah mencebik. Aku. Nak. Dating. Dengan. Mamat. Kekwat. Ni?

Ehh-kirim-salam-lah-eh!

"Saya pun tak inginlah nak dating dengan awak," Raykarl meniru gaya Faisyah, mencebik.

Ek eleh, tadi kata 'on' ni kata 'tak nak' pula. Ish!

"Good." Balas Faisyah. Ibu jarinya ditunjukkan ke muka Raykarl. Faisyah tersenyum.

"Dah, dah. Masuk cepat. Ke nak saya dukung?"

"Uish, apa bos merepek ni. Saya tahu lah cara nak masuk kereta macam mana..." Balas Faisyah, mencebik. Dan tangannya laju membuka pintu. Bimbang dengan kata-kata Raykarl.

Mereka sama-sama sudah berada di dalam kereta. Raykarl dan Faisyah memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan diri. Suasana senyap sunyi sepi menghuni di dalam kereta itu.

"Oh ya, by the way... Kata-kata saya tadi tu gurau je, tak ada maknanya saya nak angkat awak. Silap-silap, saya yang tumbang." Tanpa dipinta, Raykarl menuturkan kata-kata sebegitu.

Faisyah hanya menjuih bibir.

I-Lagi-Tak-Ingin-You!

*****************

"Pink?"

Geleng.

"Green emerald?"

Geleng lagi.

"Turqoise?"

Masih lagi menggeleng.

"Biru?"

Geleng.

"Merah?"

"Oren?"

"Kuning?"

Dan........... Geleng!

"Ish, habistu nak warna apa?!" Soal Faisyah kasar. Itu tak nak, ini tak nak.

Dah tu, nak warna apa? Cuba cakap? Ini tak, geleng - geleng. Aku telengkan kepala kau tu baru tahu! Biar tak jadi kekwat sangat dah. Eiii! Gumam hati Faisyah.

"Hmm.. Semuanya tak sesuai." Ujar Raykarl, selamba.

"Kalau tak sesuai, kita baliklah ye bos." Balas Faisyah geram.

Seorang pekerja wanita di sebelah mereka, hanya melihat adegan antara Faisyah dan Raykarl bergaduh memilih baju.

"No." Balas Raykarl.

"Dah tu? Semuanya tak berkenan. Kekwat!" Ujar Faisyah selamba.

Raykarl hanya memandang Faisyah, atas dan bawah. Matanya dijegilkan. Faisyah hanya bersikap tenang dan pasang muka tanpa riak.

"Putih lah." Ujar Raykarl. Lantas tangan Raykarl mencapai gaun labuh berwarna putih. Coraknya agak simple, bermanik di pinggang dan ber lace di pergelangan tangan. Simple dan menarik. Tapi...

"RM2000 kauuuuuuuuu!" Bulat mata Faisyah apabila melihat harga baju itu.

Okay, baru dia perasan. Dia tengah masuk dalam kedai baju pengantin.

Okay...

Erk!

Pengantin?

"Bos, terlalu mahal dan... Kenapa kedai baju pengantin?" Soal Faisyah, separuh berbisik.

"Saya yang bayar, bukan awak. Jadi, ikut ajelah." Balas Raykarl. Masih lagi dengan sinis dia tu. Hailahhh bos!

"Yelah, kedai baju biasa kan ada. Kenapa mesti pengantin?" Soal Faisyah tak mahu berputus asa.

"Sebab, saya nak awak pakai baju ni time kita nikah nanti."

"Whaaaaaaaaaattt?!"

"Awak belum pekak lagi kan? Apa yang awak dengar, itulah apa yang akan terjadi."

"Bos bergurau kan?" Soal Faisyah, tergelak-gelak. Cuba mengusir rasa debar dalam hati.

"Nope. I'm deadly serious."

Faisyah yang dari tadi tergelak, terus gelaknya mati apabila terdengar kata-kata Raykarl.

Okay, dia tak bergurau!

"Dik, baju ni dah okay. Say beli aje terus. Tak nak tempah, dan saya nak harini juga." Kata Raykarl kepada penjual yang berada di kaunter pembayaran.

Faisyah hanya terdiam. Nak membantah? Dia jadi kaku. Nak percaya dengan kata-kata Raykarl tadi? 50-50!

Okay, mungkin dia hanya bergurau. Yelah, dia kan mamat tak cukup vitamin, sebab tulah bergurau tak bertempat.

*******************

"Bos, ni reunion bukan wedding kan?" Soal Faisyah. Matanya sedikit terpukau dengan majlis pada malam itu.

Dah macam majlis perkahwinan lah pula! Mana taknya, bunga sana sini. Boleh pula di atas pentas, ada hiasan bunga di belakang sofa yang muat dua orang. Macam tempat untuk bersanding!

"Yep, reunion." Balas Raykarl pendek.

"Wahhhhhhhhh, kalau bos nak tahu, wedding saya macam ni lah yang saya nak," Tanpa dipinta, Faisyah menuturkan angan-angannya.

Raykarl yang berada di sebelah hanya memandang mata Faisyah dan tersenyum manis. Gembira apabila orang yang tersayang berada di sebelahnya kini.

"Pokai duit bakal suami awak tu nanti," Sinis. Okay, ingatkan bila dah sayang... Semuanya kesinisan tu dibuang, tapi TAK!!!

"Eleh, biarlah saya punya suami bukan bos." Faisyah menjuih bibir.

"Kot - kotlah saya ni yang jadi suami awak," Raykarl juga ikut juih bibir.

"Euww, siapa nak kahwin dengan bos kekwat macam ni?" Selamba sahaja Faisyah berkata sebegitu.

"Ingat saya nak ke kahwin dengan awak? Setakat perempuan macam awak ni, beratur lah. Beribu saya boleh dapat." Okay, berlagak!

"Huh, berlagak pulak bos ni."

"Biarlah." Masuk sahaja di dalam dewan hotel itu, masing-masing tersenyum kepada mereka berdua.

"Hello bro! Lama tak jumpa," Tegur seorang lelaki, Farhan atau digelar sebagai Paan.

"Biasalah Paan. Masing-masing dah umur 28 tahun. Last jumpa form five. Uish, rindu!" Raykarl memeluk mesra bahu Paan.

"Ehem, siapa awek cun sebelah kau ni?" Soal Paan.

"Oh awek cun sebelah aku ni, bakal isteri aku." Raykarl tersenyum, tanpa memandang Faisyah yang sedang bulat mata memandang Raykarl.

"Lah, yeke? Aku baru terfikir nak masuk line..." Ujar Paan, sedikit kecewa.

"Don't worry bro, bunga bukan sekuntum. Eh, mana kawan-kawan yang lain?" Soal Raykarl. Matanya melilau mencari kelibat kawan-kawan lama.

"Tuuu." Paan menunjukkan ke arah sekumpulan orang di hadapan mereka. Ada yang Raykarl kenal, dan ada yang Raykarl tak kenal. Mungkin itu adalah suami ataupun isteri kawannya.

"Raykarl! Jejaka Malaya!" Jerit Firdaus a.k.a Pidot. Pidot yang menjerit nama Raykarl, terus memeluk Raykarl. Rindu bertamu di hati.

"Bro, rindu siot." Dany, Andrian dan Darin turut sama memeluk bahu Raykarl. Mereka berenam memang rakan baik sejak dari bangku sekolah menengah lagi.

Faisyah yang berada di sebelah hanya tersenyum apabila rakan-rakan Raykarl. Dari tadi, Faisyah berdiri kaku. Tanpa sebarang bicara.

"Bro, tak nak kenalkan ke?" Mata Darin melirik ke arah Faisyah. Faisyah pula kelihatan terpinga-pinga.

"Kenalkan, ni Faisyah. My future wife." Okay, lagi sekali dia cakap macam tu.

"Sejak bila pula saya ni future wife bos?" Faisyah bertanya separuh berbisik.

"Sejak saya tertarik dengan awak," Raykarl mengenyitkan matanya.

"Wooo. Pheewwiiittt. Kawan kita ni dah nak kahwin dah." Rakan Raykarl bersorak apabila melihat Raykarl yang mengenyitkan mata ke Faisyah.

"Cantik future wife kau, Karl." Ujar Linda. Linda dan Faisyah berjabat tangan.

"Biasalah, future husband dia pun handsome." Ujar Raykarl bernada bergurau.

"Ceit, kau daripada dulu sampai sekarang sama aje perangai." Farha pula bersuara apabila sudah lama dia berdiri di situ tidak bersuara.

"Kau pun sama, daripada dulu sampai sekarang masih dengan tomboynya. Even dah bersuami." Raykarl menjeling Farha. Darin terus memeluk pinggang Farha.

"Eh bro, gadis yang kau kata tomboy ni, bini aku okay!" Ujar Darin, dan Farha cuma tersenyum.

Tak sangka, dulu Darin dan Farha masing-masing tak ngam. Kalau jumpa aje, mesti ada benda yang nak digaduhkan. Bila dah besar, saling falling-in-love lah pula.

"Kahwin tak ajak!" Raykarl berkata dengan nada merajuk.

"Bukannya apa, dulu kami kahwin jemput saudara terdekat aje." Ujar Darin serba salah. Dulu, sewaktu Darin dan Farha masih belum ngam, ibu bapa mereka beriya-iya mahu satukan mereka.

Ya, kahwin paksa!

Bercinta selepas kahwin, memang cukup indah.

"Yalah, dulu macam anjing dengan kucing. Sekarang macam bulan dan bintang." Raykarl ketawa kecil.

"Faisyah, you sekarang kerja mana?" Soal Linda, prihatin.

"Kerja dengan Raykarl aje." Ujar Faisyah.

"Eh, asyik berborak aje. Jomlah makan." Ajak Dany. Dany kini sudah ada anak dua orang, kembar. Di tangannya kini sedang mendukung bayi perempuannya, Dania.

"Jom, my princess." Kata Raykarl seraya mengenyitkan matanya. Kawan Raykarl yang lain sekadar tersenyum apabila melihat adegan Raykarl yang menggoda manakala Faisyah pula malu-malu.

**************

"Ni apasal senyap aje ni? Selalunya pot-pet-pot-pet." Raykarl memulakan bicara apabila suasana sepi di dalam kereta.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan."

"Seriously tak ada? Saya tahu awak ada benda nak tanya." Ujar Raykarl. Tangannya memegang stering kereta. Memandu dengan penuh berhati-hati.

"Hmm, apa makna ayat bos tadi?" Soal Faisyah.

"Yang mana satu?" Tanya Raykarl, polos. Padahal sebenarnya dia tahu apa maksud Faisyah. Tapi sengaja dia buat-buat tak tahu. Sengaja menguji kesabaran Faisyah.

"Yang, future tu lah." Perlahan sahaja suara Faisyah. Malu. Dadanya berdebar menunggu jawapan yang akan Raykarl berikan.

"Hm, I'm really mean it."

"Hah?" Faisyah terkejut. "Tapi sejak bila?" Soal Faisyah lagi. Selama ni, mereka selalu bergaduh. Kalau Raykarl pula, 24 jam sinis. Faisyah pula, bila Raykarl dah sinis, dia pulak dok pot-pet-pot-pet.

"First day awak start kerja." Kali ni, dada Raykarl sedikit berdebar. Takut jika dia tersalah berkata-kata.

"Err, okay."

"So, awak terima saya?"

"Saya tak boleh bagi jawapan sekarang." Tenang Faisyah berkata. Tapi dalam hati, jangan cakaplah. Macam dah nak meletop.

"Okay, look Faisyah." Raykarl menghentikan keretanya di tepi jalan.

"Saya suka awak, sebab awak bersederhana. Awak bersopan santun. Dan jujur, first day awak masuk kerja, saya dah mula terpikat. Sebab tulah saya uji awak macam-macam. Saya suruh awak buat itu ini. Awak ikutkan aje. Sampai saya suruh masakkan, awak buat. Dan lebih saya tertarik dengan awak, bila saya nampak awak di sebuah restoran." Ujar Raykarl.

"Restoran?" Soal Faisyah, pelik.

"Ya. Dengan seorang lelaki. Fakaruddin kan? Mula-mula saya kecewa sangat tengok awak dengan dia.Saya terus keluar daripada restoran tu. Ikutkan hati, saya nak duduk dengan awak sekali. Tapi, ego menghalang." Benarlah kata orang, kerana ego semuanya menjadi sukar.

"Lagi-lagi bila tengok awak dengan Fakaruddin, manja sangat! Saya jadi jealous." Raykarl menghela nafas.

"Dan nasib baik, saya ada nombor Fakaruddin. Saya ni jenis yang tak nak menyerah kalah." Raykarl tergelak kecil.

"Saya call dia. Saya tanya apa hubungan awak dengan dia. Dan Fakaruddin cakap awak adalah adik kembar tak seiras dia. Terus lega hati saya. Jujur saya cakap, saya sangat tertarik dengan awak masa dekat restoran haritu. Cara awak cakap dengan abang awak, sangat berbeza. Kalau awak bercakap dengan saya, mesti lain. Garang semacam aje. Dan semenjak daripada di restorang tu, baru saya tahu perangai awak yang sebenarnya. Awak sebenarnya lembut, tapi sengaja berkasar dengan saya." Raykarl tergelak kecil.

"Err, bos saya nak balik." Ujar Faisyah tiba-tiba. Terus mati gelak Raykarl apabila melihat Faisyah yang seperti tidak suka dengannya.

"Faisyah... saya..."

"Saya nak balik!" Faisyah memberontak.

"Okay, saya hantar awak balik." Kereta terus dipandu. Laju. Raykarl benar-benar terguris hati dengan Faisyah apabila Faisyah sanggup memarahinya.

'Tak apa, aku tak akan pernah mengalah!' Jerit hati kecil Raykarl.

***************

p/s : Lama gila tak update blog. Hahaha. Part 3 cerpen ni macam agak boring jugaklah. Sorry kalau tak memuaskan hati korang. Maklumlah, idea dalam otak ni dah kering. Hahaha.

p/s : Last episode, Part 4.

Thursday 10 July 2014

Cerpen : PA Dua Bulan Untuk Bos Kekwat! 2

Cerpen : Part 2

Faisyah menggaul spaghetti carbonaranya. Kalau tak kerana si mamat kekwat tu, sudah lama aku beradu dengan katil. Sudahlah semalam tidur pukul dua belas lebih, pagi ini pula aku bangun seawal jam lima pagi semata-mata nak buat spaghetti carbonara untuk si mamat tekak mat salleh tu. Hish!

"Nasiblah kau tu bos aku..." Faisyah menggeleng. Menyesal pula dia pergi interview hari itu. Kalau tak, tak adanya dia nak menghadap dan berjumpa dengan si Raykarl tu a.k.a Mamat Kekwat!

"Awalnya kau bangun dik..." Tegur Fakaruddin dengan mata yang sembap. Duh, abang aku ni! Dia tidur ke menangis semalam?

"Apasal mata kau sembap sangat, bang?" Soal Faisyah pelik. Keningnya diangkat sebelah. Tangan masih lagi khusyuk menggaul kuah carbonara.

"Kau punya pasallah." Fakaruddin mencebik geram. Kakinya laju berjalan menghampiri Faisyah.

"Ehhh?!" Faisyah semakin pelik dengan kenyataan abangnya.

"Dah kau kejut aku semalam kan. Lepastu buat-buat lupa pula."

"Cis, siapa suruh kau tak masuk tidur terus semalam lepas aku masuk tidur?" Faisyah sudah mula naik angin. Dia punya salah, mahu salahkan orang lain pula. Mana aci!

"Hehehe, layan cerita koizora semalam. Sedih siottt." Ujar Fakaruddin. Fakaruddin segera mencapai senduk dari tangan Faisyah untuk menggaul.

Fakaruddin dan Faisyah memang rajin bantu-membantu. Dan mereka adik-beradik memang sukakan cerita Jepun. Tidak kisahlah sedih ataupun kelakar. Tapi, yang paling diminati oleh mereka adalah cerita sedih.

"Then, salahkan aku pula."

"Yelah aku yang salah. Puas?"

Faisyah sudah tersengih. Pandai pun nak mengaku. Hehehe...

"By the way, pasal roses tea kau dah call Capek?" Soal Fakaruddin prihatin. Kuah spaghetti yang sudah siap dimasukkan ke dalam mangkuk.

"Sudahhhh." Jawab Faisyah malas. Bila cakap pasal roses tea dengan carbonara, dia jadi sakit telinga. Bukannya apa, sebab makanan itu lah dia kurang tidur. Aisehman...

"Bila kau nak ambil roses tea kesayangan kau tu?" Soal Fakaruddin selamba.

"Pukul tuj.... Erk! Kesayangan hotak kau!" Fakaruddin sudah tersengih. Faham benar dia dengan Faisyah. Apa yang disukakan oleh Si Mamat Kekwat tu, pasti akan dibenci oleh Faisyah.

"Cehhh, malu-malu pula dia ya," Usik Fakaruddin. Dari tadi tersengih nakal. Suka benar mengacau adiknya itu.

"Ish, apa kau merepek ni!" Faisyah memukul bahu abangnya, kuat. Bengang dengan ayat yang baru keluar daripada mulut Fakaruddin.

"Hahaha, sudah-sudah. Aku nak solat ni. Sebelum pergi kerja jangan lupa makan spaghetti carbonara ni yeeee dik." Fakaruddin laju mengangkat punggung dan berlalu ke biliknya.

"Aku? Makan spaghetti ni? Dulu memang favourite aku. Tapi, sekarang dah jadi musuh aku!" Faisyah berkata sendirian.

Pantas kuah carbonara dan spaghetti di masukkan ke dalam bekas. Dia perlu menyiapkan diri untuk menunaikan solat subuh dan pergi ke kerja.

*************

"Hoi, makcik! Kau ingat teh aku ni free?" Capek menjerit apabila Faisyah yang seperti itik hilang anak aje berlari-lari macam tu.

"Hehe. Sorry pekkk. Aku rushing ni. Takut jalan jam." Ujar Faisyah bersama sengihan. Capek hanya menggeleng kepala.

"Makin lama, aku makin pelik dengan kau ni," Capek meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati. Huluran not RM50 diambil dari tangan Faisyah.

"Apahal pulak?" Soal Faisyah kehairanan.

"Yalah, kau selalu masak untuk bos kau. Dah macam kau ni isteri dia pula," Capek bersuara lantas tersengih apabila melihat wajah cemberut Faisyah.

"Dah dia yang suruh. Aku ikutkan aje. Aku kan PA berwibawa." Faisyah menabik dada. Capek pula mencebik. Huh, riak pula Faisyah ni!

"Ke kau syok kat dia?"

"Ish, tak ada maknanya!"

"Yalah tu. Hati kata sayang, tapi ego menolak."

"Aku tampaq hang satgi. Bak mai baki aku!" Faisyah segera mengubah topik. Sudahlah dah lambat, lagi mahu bertekak dengan Capek. Huh, buang air liur je...

"Terima kasih kak. Datang lagi." Capek tersengih sindir. Faisyah pula sekadar menjelir lidah.

Aku? Raykarl? Ish, never!

***************

"Awak beli ke?" Itu soalan pertama yang keluar daripada mulut Raykarl.

Cis, bukannya nak puji sedap ke, apa ke. Ni tanya aku beli kat mana. Senget punya bos!

"Tak adalah, saya mencuri." Ujar Faisyah geram. Haruslah aku masak! Gigih aku masak, dia soal macam tu pula.

"Sedap," Puji Raykarl. Faisyah terkedu. Baru pertama kali dia puji Faisyah. Sebelum ni, menyindir dua puluh empat jam kot!

"Faisyah masak, mestilah sedap." Faisyah tersengih.

"Eleh, bajetttt."

"Tak adalah, saya riak." Balas Faisyah, selamba. Raykarl memandang Faisyah yang begitu selamba. Tak sangka, dia cuma kenakan Faisyah aje. Tapi Faisyah buatkan dia spaghetti dan bawakkan dia roses tea ni betul-betul?

Memang takut kena buang kerja betul Faisyah ni...

"Hm, saya ada meeting pukul berapa?" Soal Raykarl setelah menghabiskan makannnya.

"Pukul dua belas tengahari ni bos ada meeting dengan Mister Ahong." Ujar Faisyah.

Raykarl mengangguk. "Oh, thanks. You can go now."

Faisyah mengangguk dan berlalu. Baru sampai di muka pintu, Raykarl memanggilnya lagi.

"Echa." Wait, Echa dia panggil aku? Ewah sesuka hati mak bapak dia aje!

"Correction. Faisyah. Not ECHA."

"Eh, suka hati sayalah," Raykarl selamba. Langsung tak fikirkan perasaan Faisyah yang sedang marah. Dan langsung tak kisah dengan pandangan tajam Faisyah.

"Ya bos. Suka hati boslah, asalkan tak buat benda yang tak elok ye bos ye." Faisyah menjeling sedas.

"Saya tahulah hukum hakamnya ECHA oiii." Sengaja Raykarl menekan perkataan 'Echa' itu.

"Hm, bos nak apa ni panggil saya? Kalau panggil saya tanpa sebab, better i'm leaving now." Ujar Faisyah. Makin lama, makin sakit otak lah pula!

"Hmmmm, lupalahhh." Raykarl tersenyum dalam hati apabila melihat wajah bengis Faisyah.

"Okay, saya pergi dulu."

"Eh, Faisyah!" Panggil Raykarl sekali lagi.

Dengan menahan sabar, Faisyah berpaling dan tersenyum manis. Sekadar buat-buat.

"Yeee bos."

"Saya nak awak teman saya meeting tengahari ni." Ujar Raykarl tanpa memandang Faisyah.

Faisyah terbeliak. Ikut dia? Nasiblah kau Faisyah, siapa suruh jadi PA?

"Errr, kalau saya tak ikut tak boleh ke?"

"Siapa bos sekarang ni?"

"Saya bos," Jawab Faisyah selamba.

"Ehhhhhh?!" Raykarl memandang Faisyah atas bawah. Matanya dijegilkan. Benar-benar tak sangka dengan jawapan berani-mati Faisyah.

"Tulah, lain kali tanya lagi soalan yang ada jawapannya." Faisyah tersenyum menang apabila melihat air muka Raykarl berubah. Terkena lah tu! Hehe... Kesian pula si mamat kekwat ni bila terkena.

Jelas sangat wajah kau tu merah oiiii mat kekwat!

"Apa pun alasan awak, saya nak awak temankan saya meeting ni! Tak guna jadi PA kalau tak nak dengar arahan bos!" Arah Raykarl. Raykarl mula membuka laptopnya.

"Okay bos. Memandangkan saya ni PA berwibawa kan, saya ikut dan dengar arahan bos yeee bos." Ujar Faisyah geram. Kalau kau tu bukan bos aku, dah lama aku cabut pintu ni hempuk dekat kepala kau tau!

"Good then."

"Saya pergi dulu."

"Jangan buat-buat lupa pula tengahari ni."

"Yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee." Faisyah terus berlalu pergi ke mejanya.

Sementara di bilik Raykarl...

Raykarl tersenyum sendiri. Gembira pula apabila mengenakan Faisyah. Dan yang paling bestnya, Faisyah selalu melawan dia dan membuatkan dia lebih suka untuk kacau Faisyah.

***************

"Aku busylah bang..." Ujar Faisyah. Bingung juga dia. Tak tahu nak ikut mana satu. Kalau tak kerana Raykarl suruh dia ikut teman dia pergi meeting dengan Mister Ahong, mesti tengahari ini dia makan bersama abangnya.

Dah janji... Tapi, ini semua salah Raykarl! Huh!

"Hm, tak apalah aku faham." Fakaruddin tersenyum. Penat aje dia jemput adik dia di pejabat semata-mata untuk makan bersama.

Fakaruddin sebenarnya mahu makan bersama adiknya. Yalah, siapalah yang tak bosan makan seorang di rumah kan? Apa guna kalau ada kembar tapi tak sehidup semati? Cehhh.

"Sorry Fakar. Malam ni kita dinner sama-sama, aku promise!" Janji Faisyah.

Sesekali mata Faisyah melirik ke arah bilik Raykarl. Pada masa itu, Raykarl tidak ada di dalam biliknya kerana keluar sebentar. Katanya ada hal 'urgent'.

Baru sahaja Faisyah nak menghela nafas, tetapi sempat lagi dipesan oleh Raykarl...

"Saya keluar sekejap aje, ada hal penting. Tapi tengahari ni tetap jadi ye jangan lupaaa." Pesan Raykarl dan terus menuju ke pintu keluar.

"Janji tinggal janji... Bosanlah aku seorang aje..." Fakaruddin buat muka sedih. Ish Fakar niii!

"Aku kerja siang aje, malam tak." Faisyah mencebik geram. Tangannya kini menyambung kembali menaip di papan 'laptop'nya.

"Yalah, mana tahu malam pun kau kerja dengan dia."

"Ish, kau ni apa kotor sangat fikiran!"

"Kau yang fikir negatif! Aku kata manalah tahu malam kau kerja dengan dia. Bukannya kerja tuuuu lah. Ish ngok!" Marah Fakaruddin balik. Haaa kena dengan kepala Faisyah!

Lain kali, fikir positif bukan negatif! Kan dah terkena dekat batang hidung sendiri.

"Hehe. Sorry, sorry." Faisyah membuat gaya 'peace'.

"Tapi, aku promise malam ni mesti jadi!" Faisyah meniru ala-ala gaya si Puteri Awani.

"Cis, buat muka comel pula!" Fakaruddin tersenyum dan menggeleng. Macam-macamlah adiknya yang seorang ini... Ada sahaja perangainya tu.

"Tapiiii... Kau pula jangan lupa. Apa yang aku tahu, aku balik kau dah siap. Tauuu." Pesan Faisyah dan Fakaruddin hanya sekadar mengangguk.

"Ye dik oi. Eh, aku balik dululah." Pinta Fakaruddin yang sedang ralit memerhati jam di tangannya.

"Eh jap!"

"Podiaaa."

"Tadi aku dengar kau kata bosan aku tak ada kan?" Soal Faisyah dan Fakaruddin sekadar mengangguk memandang Faisyah dengan muka pelik.

"Tapi sampai sekarang kau tak bawa aku jumpa bakal ipar aku." Faisyah tersengih. Fakaruddin pula sekadar mencebik.

"Chait! Cakap orang, dia pun sama!"

"Aku bukan apa, kita ni makin tua bukan muda." Ujar Faisyah.

"Yalah, tapi aku lelaki, kau tu perempuan. Sepatutnya kau kahwin dulu bukan aku." Ujar Fakaruddin. Prinsip Fakaruddin sejak kecil memang mahu melihat Faisyah berkahwin dahulu baru dia akan mencari isteri untuk hidupnya.

Yalah, dia kan lelaki... Dan dia seorang abang. Mestilah dia kena jadi abang mithali...

"Eleh, janji umur sama!"

"Kau cakap pasal kahwin ni kan... Cara cakap macam dah ada calon, mesti si kekwat tu kan?" Faisyah sedar, daripada tadi lagi ada mata-mata yang memandang Faisyah dan Fakaruddin berbual. Hmm, terutamanya perempuan. Yang peliknya, mereka semua pandang Fakaruddin seorang aje.

Ceit! Baru masuk berapa jam dah diminati oleh orang ramai. Hot juga abang aku ni kan? Hehe...

"Cis, no way man!" Faisyah cepat menafikan. Kelihatan Fakaruddin tergelak kuat melihat muka Faisyah yang merah kerana menahan marah.

Cis... Boleh pula lah kau sebut nama budak tu dekat pejabat ni kan! Nasib baiklah dia tak tahu nama si mamat kekwat tu.

"Relax dik." Fakaruddin terus memberhentikan ketawanya apabila melihat muka Faisyah yang bengang dengan jelingan yang tajam. Naya... Kalau dilikunya kepala ni, mahu tertidur tiga hari tiga malam aku dekat pejabat dia ni!

"Dahlah, tadi kata nak balik!"

"Uish, adik menghalau abang. Camni kau dikkkk." Huh, merajuk lah tu.

"Merajuk pulak dah. Geli aku tengok kau merajuk wehh."

"Hahaha gurau-gurau. Okaylah aku balik dulu. Assalamualaikum," Faisyah menyalami tangan abangnya dan Fakaruddin terus berlalu.

"All I need's a little love in my life, all I need's a little love in the darkkkk, a little but I'm hoping it might kick start, me and my broken heart."

Fakaruddin bernyanyi-nyanyi kecil sementara menunggu pintu lift terbuka. Dan...

Bukkk!

Habis terjatuh briefcase dan orang-orangnya sekali terjatuh.

"Opsss, sorry!" Ucap seorang lelaki, nampak terburu-buru.

"No, it's okay." Senyum. Fakaruddin menilik wajah jejaka di hadapannya itu. Hm, handsome juga.

'Waaaaaahhhh, Mario Maurer's smile versi janggut. Kehkehkeh' Fakaruddin berkata-kata dalam hati.

Fakaruddin dan lelaki di hadapannya bangun. Fakaruddin membetulkan bajunya yang sedikit terkotor dan membetulkan cermin matanya yang sedikit herot.

Kalau jejaka di depan ni dengan Faisyah rasa-rasanya memang secocok sangat. Sepadan yang amat! Fakaruddin berkata-kata di dalam hati.

"I'm Raykarl." Raykarl menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Tangannya disambut mesra oleh Fakaruddin.

"I'm Fakaruddin. Call me Fakar." Ujar Fakaruddin, mesra.

"Oh. Sorry bro. I've to go now. Dah lambat! Sorry again." Raykarl menepuk mesra bahu Fakaruddin dan Fakaruddin sekadar mengangguk. Senyum.

Fakaruddin menghantar Raykarl dengan ekor matanya.

Faisyah & Raykarl. Hm, okay juga kan? Hehehe...

****************

"Dah, jom!" Wah, masuk pejabat tak sampai satu minit dah ajak dia pergi meeting tu dah. Hm, malasnya nak ikut si mamat kekwat ni...

"Awal lagi bos." Faisyah mengelat. Kata tengahari, ni baru pukul sebelas... Uwaaaa.

"Mengelat pulak awak ni. Dah jom jangan melawan!" Raykarl menunjukkan jari telunjuknya ke arah dahi Faisyah.

"Fine." Faisyah akhirnya mengaku kalah juga. Yalah, bos dengan PA, mestilah bos yang menang. Kalau bertikam lidah sekalipun, mesti bos nak ungkit "Siapa bos sekarang?" Ceit! Ayat itu ajelah yang keluar!

"Good girl," Raykarl tersenyum.

Faisyah menggosok matanya. Aish! Betul ke apa yang dia tengok? Dia senyum? Wah! Kalau boleh diundurkan masa, dah lama dia tangkap gambar masuk dalam Facebook letak caption,

"Si Bos Kekwat Bersama Senyuman Pertamanya."

Wah, pasti ramai yang like!

"Awak tenung saya macam nak makan tu dah kenapa? Tahulah handsome,"

Faisyah mencebik. Nak termuntah aku dengar ayat kau wehhh. Tak adanya lah handsome, handsome lagi Mario Maurer yang sebenar daripada budak depan dia ni. Ewww.

"I give you 1 minutes. Kalau lambat, siaplah!"

"Tak payah kasi satu minit pun saya dah siap, bos oiii." Faisyah terus bangun dari duduknya.

Mereka jalan beriringan. Nasib sahaja Fakaruddin dah pulang, kalau tak... Free sahaja dia tengok muka si mamat kekwat ni. Kang kalau dia tengok, sah-sah lah dia nak kenen-kenenkan Faisyah dengan Raykarl. Alahai...

**************

"Ugh, bosannya bos!"

"Awak tu, patutnya catatlah apa yang patut. Ni tak, asyik kacau air tu aje. Manalah tak bosan."

Mereka berbisik sesama sendiri apabila melihat Mister Ahong hilang sekejap dari mata mereka. Kejap jeee. 40 saat macam tu lepastu dah datang balik. Aduhaii.

"Saya tulislah bos," Faisyah mencebik geram. Tahulah orang nak tulis. Aku ni PA berwibawa! Ceh!

Dan mereka berdua sambung perbincangan yang tergendala sebentar tadi.

"Blablablabla...."

"Blablablabla..."

Uish, bosan sangat dah ni!

Sabar ajelah. Kerja PA memang banyak dugaannya. Lagi-lagi dapat bos kekwat macam ni. Alahaiiii bos...

"Bosssss, bosanlah dengar dia membebel." Rungut Faisyah. Air yang tadi dikacaunya, kini sudah habis. Licin. Langsung tak ada setitik. Punyalah bosan kau ni Faisyahhh.

"This is what we called 'meeting'. Awak ni tak pernah meeting ke apa?" Sinis.

"Pernahlah, tapi tak pernah sebosan ni."

"PA sepatutnya kena ikut bos pergi mana-mana aje tau."

"Tahu," Jawab Faisyah acuh tak acuh. Tolonglah jangan ungkitkan tentang jawatan!

"Then, catat apa yang patut." Arahnya sekali lagi.

"Bila nak habis bos?" Soal Faisyah lagi. Nampak sangat bosannya tu...

Dan nampak sangat tak sabar nak balik ke pejabat.

"Sampai Mister Ahong ni habis membebel lah," Raykarl mengenyitkan matanya.

Buat kesekian kalinya Faisyah terkedu.

Dia. Kenyit. Mata?

Ish!

Faisyah mencebik. Benci pula dia bila Raykarl ambil mode ala-ala romantik. Geli!

*******************

"Jom," Ajak Raykarl.

"Pergi mana lagi bos?" Faisyah merungut. Baru aje nak balik ke pejabat, Raykarl dah ajak dia keluar lagi. Entah pergi mana pulalah kali ni.

"Makan lah."

"Tak apa, balik petang nanti saya makanlah."

"Degil."

Raykarl menarik lengan Faisyah. Ada kelembutan tetapi di dalam paksaan. Nasib baiklah Faisyah ini jenis yang menutup aurat. Kalau nak 'memaksa' pun senang sahaja, sebab berlapik.

"Ye bos saya ikut. Tapi tolonglah lepaskan tangan saya ni. Kalau nak pegang, pastikan ada ikatan dulu." Faisyah terus memukul mulutnya.

Ceit! Apahal kau tiba-tiba cakap pasal kahwin ni Faisyah?

"Ehh? Kalau awak okay, saya on aje." Selamba.

"Eh tak - tak. Tadi tu, di luar kawalan. Sebab tu lah saya terlepas." Faisyah menafikan. Aduh, hati ni pula berdebar sakan ni dah kenapa?

"Kenapa muka merah?" Raykarl tersenyum nakal.

"Saya panas. Sebab tu lah merah." Jawab Faisyah selamba, tapi masih lagi ada gagapnya.

"Sudahlah Faisyah, jom pergi makan. Kang awak sakit, saya juga yang kena."

"Kena apa?" Soal Faisyah, lurus.

"Bertanggungjawab lah,"

"Ohh."

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Awak nak saya bertanggungjawab as a husband ke?"

"Kau-merepek-apa" Faisyah berkata selamba, tetapi dengan nada yang perlahan. Kalau Raykarl dengar sekalipun, biarlah. Memang nak dia dengar pun. Melalut tak habis!

Raykarl ketawa terbahak-bahak apabila melihat muka Faisyah yang sudah kemerahan. Seronok benar dia apabila mengenakan Faisyah. Sebelum ni, mana pernah dia kacau mana-mana perempuan.

Jatuh cinta... Jauh sekali!

Tapi, bila dengan Faisyah, dua hari sahaja bagaikan sudah tumbuh anak benih di dalam hati Raykarl.

Cis, apa ingat kalau cinta tu dah makin bertambah boleh jadi pokok dalam hati? Perumpamaan je tu!

Raykarl terus membuka pintu kereta di tempat pemandu dan Raykarl terus masuk ke dalam tempatnya.

"Cepat, kalau lambat saya tinggal," Ugut Raykarl.

Faisyah yang terpinga-pinga terus membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. Sudahlah datang dengan mamat kekwat, kang kalau kena tinggal... Naya!

Dalam beberapa minit sahaja, mereka sudah tiba ke destinasi mereka.

Mereka jalan beriringan masuk ke dalam restoran tersebut. Raykarl yang sudah mendahului Faisyah terus terhenti apabila melihat Faisyah yang tiba-tiba berdiri tegak di hadapan pintu utama.

"Dah kenapa jadi pak pacak kat sini?" Sarkastik.

"Mahal lah bos,"

"Lah, saya bayar bukan awak."

"Tapi, saya yang makan. Dahlah bos yang belanja. Ish, mahallah!"

"Awak tak pernah makan dekat sini ke?"

Faisyah menggeleng. "Tak pernah. Saya tak kaya bos. Mana mampu makan dekat tempat mahal macam ni,"

"But today, you will." Raykarl tersenyum manis. Raykarl menarik lembut lengan Faisyah supaya Faisyah masuk ke dalam restoran tersebut.

Faisyah ni... Kalau tak paksa, memang tak buat. Raykarl tersenyum dan menggeleng.

Ada sesuatu yang menarik tentang Faisyah...

Cantik? ya.

Bersopan santun? Sopan, tapi bila dengan Raykarl mesti jadi ganas dan garang.

Kuat agama? Alhamdullilah.

Pandai memasak? Buktinya sudah ada di depan mata. Pagi tadi baru sahaja Faisyah masakkan dia spaghetti carbonara. Semalam pula, dia buatkan Raykarl cheese cake.

Dan yang paling menarik sekali ialah, Faisyah seorang yang bersederhana dan pandai bersyukur!

Berbeza sekali dengan perempuan zaman sekarang. Perempuan sekarang, lebih sukakan lelaki kaya. Tapi, tidak bagi Faisyah!

"Bos..."

"Bos!"

"Bosss!!!" Raykarl tersedar daripada lamunannya.

"Bos, kenapa tenung saya macam tu?" Soal Faisyah, bingung. Dalam hati, memang dah berdebar yang amat. Tipulah kalau dia kata dia tak punya perasaan yang pelik itu.

Dengan renungan tajam Raykarl, dengan senyumannya. Ish, betul-betul menggoda!

"Mana ada," Nafi Raykarl.

"Dah, order cepat."

"Boslah order." Faisyah mengambil buku pesanan di hadapannya dan diletakkan di depan Raykarl.

"Lah, awak nak makan, awaklah order."

"Saya tak pandai nak pilih. Boslah order. Lagipun bos yang bayar bukan saya. Saya tukang makan aje." Faisyah tersengih.

Sekali lagi, Raykarl tersenyum dengan perangai Faisyah. Comel!

**********

P/s : To be continued :D

Sunday 6 July 2014

Cerpen : PA Dua Bulan Untuk Bos Kekwat! 1

Cerpen : Part 1

"Jadi ke kau pergi esok?" Soal Fakaruddin kepada kembar tak seirasnya, Faisyah.

Faisyah mengangguk laju. "Haruslah jadi, kenapa pula kau tanya?"

Fakaruddin adalah abang yang tua lima minit daripada Faisyah. Selepas kematian ibu dan bapanya, mereka kini menetap di kondominium milik ibu dan bapanya.

Tapi, berbeza pula sekarang. Masing-masing sudah berumur 25 tahun. Haruslah tinggal berasingan, kan? Lagi pula, mereka ini kembar tak seiras. Faisyah tinggal berseorang di sebuah rumah teres dua tingkat, manakala Fakaruddin tinggal di rumah bungalow.

Masing-masing ada housemates sendiri. Jadi, tak perlulah salah seorang daripada mereka risau tentang kembarnya.

"Yelah, kau ambil bidang doktor, tapi nak interview jadi as a PA. Are you sure?" Soal Fakaruddin, keningnya diangkat gaya double jerk.

"Well, sementara cuti ni aku nak jugak bekerja before dah jadi doktor." Faisyah tersenyum, fikirannya melayang memikirkan tentang kerjaya, doktor.

Memang sejak dari kecil lagi, Faisyah memang mahu jadi doktor. Fakaruddin pun sama. Antara Faisyah dan Fakaruddin, tak ada yang beza kecuali muka. Muka berbeza tapi minatnya sama.

"Gila. Kau tak rasa serabut otak ke? Lagipun, cuti ni kita nak tenangkan fikiran bukannya bekerja Miss Faisyah!" Fakaruddin menepuk tangannya ke arah muka Faisyah.

"Itu terpulang kepada minat masing-masing. Kalau nak kerja time cuti, kerjalah. Kalau rasa nak rehatkan otak, duduk tercongok ajelah dekat rumah." Ujar Faisyah.

Wahhh, nampak nekad betul Faisyah kali ini.

"Aku bukan apa, cuti kita cuma 2 months. Aku takut kau stress aje nanti." Fakaruddin mula mengusap rambut adiknya. Manja.

"Don't worry bro. Kau kenal aku bukan sehari dua, kan?" Tangan Faisyah melingkar di pinggang Fakaruddin.

Sejak kecil lagi, Faisyah dan Fakaruddin memang mesra. Perangai mesra mereka terbawa-bawa sampai ke besar. Yalah, mereka kan kembar? Sampai ada orang kata, mereka ini bagaikan pasangan suami isteri. Muka tak sama, haruslah!

"Yalah, I know my sisters well. Dia tu seorang yang gagah perkasa." Ceit, perli ke apa?

"Dah, dah! Pergi tidur. You've to wake up earlier in the morning, tomorrow." Arah Fakaruddin seraya menolak lembut badan Faisyah.

Faisyah mencebik. "Ya baiklah Tuanku!"

*************

'Ya Allah... Berdebarnya...'

Oleh kerana terlalu berdebar, Faisyah tidak dapat melelapkan matanya. Awal-awal sebelum subuh lagi, Faisyah sudah terjaga. Oleh kerana terjaga awal, Faisyah menunaikan solat hajat sementara menunggu subuh.

Teringat kata-kata kembarnya sebelum Faisyah bertolak ke pejabat...

"Dik, jangan lupa baca bismillah dulu! Goodluck!" Ujar Fakaruddin.

"Okay."

"Kalau bos kau handsome, selawat banyak-banyak supaya tak terkedu memanjang."

"O...k...Erk?" Faisyah terus berpaling memandang Fakaruddin yang sedang tersengih.

"Apasal pulak?" Faisyah memukul dada abangnya. Mencebik geram.

"Alah ikut ajelah cakap aku. Jangan lawan cakap abang." Fakaruddin masih lagi dengan sengihnya.

"Ish, merepek!"

Faisyah tersenyum sendiri. Zaman sekarang ni... Bos memang berlambak yang muda, tapi kesemuanya mana nak pandang perempuan biasa macam dia.

Yalah, lelaki zaman sekarang pastinya mahu yang gorgeous, vog gitu. Tapi, Faisyah? Gadis biasa yang memakai baju menutup aurat dan memakai selendang. Nak kata lawa, memang lawa. Muka memang nampak natural tanpa makeup. Tapi, nak ke lelaki zaman sekarang dengan perempuan yang tanpa makeup?

Well, tak semua lelaki sama dalam dunia ni.

"Cik Amalina Faisyah..." Panggil seorang perempuan.

"Ya, saya.." Sahut Faisyah, seraya bangun dari dudukannya.

"Turn awak." Senyum.

"Okay, terima kasih." Ucap Faisyah apabila perempuan itu menunjukkan arah bilik yang bakal menjadi 'bos' kepada Faisyah.

"Not a big deal." Senyum. Wah, memang peramah betul pekerja di sini!

Apabila masuk, Faisyah hanya memerhatikan keadaan sekeliling bilik tersebut. Semuanya tampak mewah dan pastinya... Barang import! Dan matanya terus tertancap pada kerusi yang membelakanginya. Tak lagi dan tak bukan, hm...

'Encik Raykarl...'

"Ehem." Faisyah berdehem, sudah lebih seminit dia di sini. Tapi, tuan bos ini masih lagi duduk membelakanginya.

Serentak itu, Raykarl terus berpaling menghadap Faisyah. Matanya dikecilkan dan mukanya... Wah, garangnya?

"Duduklah, takkan nak interview sambil berdiri?" Sinis. Wah, bos punya sinis!

"Err. Okay." Jawab Faisyah, teragak-agak.

"Ini resume saya." Ucap Faisyah.

Benarlah kata Fakar! Bos aku ini handsome orangnya!

"Okay." Ucap Raykarl. Resume milik Faisyah ditutup apabila sudah diselaknya bagaikan menyelak majalah. Patutnya baca satu-persatu, tapi dia baca punyalah laju!

"Okay?" Blur. Faisyah memang blur apabila berhadapan dengan mamat handsome.

"Diterima." Wah, senangnya nak dapat kerja?!

"Thanks boss!" Ucap Faisyah, gembira. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia lompat di situ.

"Satu je saya nak ingatkan awak." Ujar Raykarl, muka masih lagi masam tanpa senyum.

"Apa?" Soal Faisyah yang masih lagi dengan senyuman, gembira tak terkata beb!

"Sekali awak silap, saya akan pastinya awak kena buang!" Erk! Mati terus senyuman Faisyah.

***************

"Macam mana?" Soalan pertama yang diajukan apabila muka Faisyah yang tiba di rumah.

Bukan nak bagi dia rileks dulu ke... Bagi dia makan atau minum ke.... Sudahlah panas dengan bos barunya ini!

"Ish, serabut!"

"Lah, dah kenapa?" Soal Fakaruddin, tidak mengerti dengan ayat yang baru keluar daripada mulut Faisyah.

"Harap je handsome, tapi hampeh!" Faisyah meluahkan segala kata-kata yang terbuku di hatinya.

Dia masih ingat lagi kata-kata Raykarl sebelum dia pulang.

"Pagi, awak mesti datang on time. Sebelum pukul 8 mesti kena ada. Jangan awak pulak nak jadi bos."

Itu dia boleh terima lagi...

"Dan, apa yang saya tahu... Sebelum saya masuk kerja mesti ada white coffee with cheese cake, HOMEMADE!"

Haaa, yang ini dia tak boleh nak terima! Apa kes ni? Dia kerja sebagai PA bukannya tukang buat kek!

"Tapi bos, saya ni PA bukannya chef." Faisyah tak puas hati.

"Menjawab. Siapa bos?" Gila. Mestilah kau bos! Kang aku jawab, "Saya bos. Kenapa?" Mahu dipancungnya kepala aku ni nanti. Paling kurang pun, kena pecat. Baru 15 minit dapat kerja terus kena buang. Hadoi!

"Encik Raykarl lah bos." Jawab Faisyah, selamba.

"Then, no excuses."

"Oh, one more thing. Surat khabar mesti ada atas meja saya. Dan saya nak surat khabar tu mestinya ada artikel yang munasabah dan tak ada gossip artis."

Dah pula... Mana dia nak dapat surat khabar yang tak ada gossip pasal artis ni? Ada ke? Setahu dia, surat khabar sekarang banyak juga cerita pasal artis. Ahhh, bos aku ini. Ingat dia apa? Dah satu kerja nak fikir surat khabar apa yang sesuai...

Faisyah baru hendak berkata tetapi dipotong oleh Raykarl.

"Dan lagi satu, semua yang saya mintak mesti kena ada atas meja sebelum saya masuk office. Kalau awak lambat, siaplah awak." Ujar Raykarl lagi. Boleh tahan juga dia ni membebel. Penat telinga ni nak menadah nak dengar setiap butir bicara dia.

"Tak payahlah susah-susah Encik Raykarl nak siapkan saya. Saya dah lama si..." 

"Menjawab!" Faisyah terus menekup mulutnya.

"Like seriously?" Fakaruddin ketawa tanpa memikirkan perasaan Faisyah.

Menyesal pula dia membuka cerita dekat Fakaruddin. Asyik kena bahan aje!

"Kau ni gelakkan aku je kan!" Faisyah mencubit peha abangnya.

"Kelakar wehhh. Belum masuk kerja lagi dah kena macam-macam. Nasib kau lah dik, dapat bos kekwat macam tu." Ketawa lagi.

"Sudah-sudahlah tu. Aku cerita ni supaya kau bagi aku nasihat ke apa ke, ini tak." Faisyah bernada merajuk.

"Alololo merajuk pulak adik abang ni..." Sesi bermanja-manja dengan kembar sudah bermula.

"Kau boleh tolong aku kan?" Soal Faisyah, matanya dikerdipkan.

"Apa dia? Anything for you, my dear sister." Tangan Fakaruddin melingkar diatas bahu Faisyah.

"Aku nak buat cheesecake dengan..."

"So? Kau kan pandai buat." Ujar Fakaruddin.

Memang tak dinafikan, Faisyah memang pandai bab memasak dan buat dessert. Mintalah apa sahaja pun, pastinya akan ditunaikan! Dan hasilnya memang sangat memuaskan.

"Bukan tu."

"Dah tu?"

"White coffee tu aku tak tahu nak dapat kat mana," Ujar Faisyah.

"Alahai adikku! Benda tu sekarang ni berlambak dekat supermarket lah sayang oi!" Fakaruddin menolak kepala adiknya. Geram dengan sikap lurus-bendul adiknya itu.

"Memanglah, cuma kau kan tahu bos aku tu kekwat sikit." Apabila teringatkan bosnya, memang sakit dan panas aje hati ini. "Bukan sikit, tapi banyak."

"Haa, memang pun. Tapi kenapa?" Soal Fakaruddin. Pelik.

"Dah nama pun kekwat. Jadi, white coffee dia tu aku takut tak kena dengan tekaknya aje." Ujar Faisyah, yang masih terfikir-fikir tentang permintaan Raykarl.

"Jangan risaulah. Aku yakin, se-kekwat bos kau pun, insyaallah tekak dia tak teruk sangat." Fakaruddin tersengih.

"Oh ya, senang kan. Kau singgah kedai kawan aku, Oldtown White Coffee. Tu kan kedai Capek." Ujar Fakaruddin.

Lah, apa kena dengan aku ni? Kawan sendiri ada kedai kopi pun kau boleh lupa ke?

"Haahlah, macam mana aku boleh lupa Shafiq dah kedai kopi? Wadduh!" Faisyah tersengih.

"Kau memang, memory otak kau tu aku rasa hanya boleh ingat untuk bos kau aje."

"Cis, mana ada! Dan jangan harap! He's not my type. Kekwat!"

"Cakaplah macam tu. Sekali, dia jadi suami kau. Haaaa."

"Jangan haraplah aku nak dia jadi suami aku. Euww yerkk."

****************

"Siap!" Faisyah tersenyum puas.

Di atas meja Raykarl kini ada surat khabar Harian Metro, cheesecake, white cofffee.

Pagi tadi, punyalah awal dia bangun. Seawal jam 5.30 pagi lagi dia sudah siap berpakaian lengkap dan hanya tunggu untuk solat subuh sahaja. Selesai solat subuh, dia terus keluar dari rumah untuk membeli surat khabar dan white coffee.

Oh ya. Pasal white coffee tu pula, semalam lagi Faisyah sudah suruh Capek siapkan kopi putih dan surat khabar. Alang-alang si penjual kopi ni nak beli surat khabar kan, apa salahnya Faisyah tumpang sekaki? Ceh! Biasanya kedai Capek mula beroperasi pada pukul 8 pagi. Tapi disebabkan Faisyah, 7 pagi lagi dah buka. Haiyaaaa!

"Kalau dia komen tak sedap cheesecake ni, memang nak kena hempuk betul." Omel Faisyah, perlahan. Bimbang jika dapat didengari oleh pekerja lain atau lebih tepat lagi, BOSNYA sendiri.

"Awak jampi apa tu? Mulut tu daripada terkumat-kamit." Tegur satu suara. Itu bukan suara asing dan pastinya suara si Mat Kekwat tu! Heh, siapa lagi. Encik Raykarl leww.

"Haah, saya jampi supaya bos saya tak kekwat sangat." Ucap Faisyah. Faisyah menekup mulutnya. Adush! Ayat berani-mati betullah kau ni Faisyah!

"Berani awak kan," Raykarl memandang Faisyah atas bawah. Tanda kurang puas hati.

"Eh, tak! Saya berselawat supaya bos makan kek ni rasa sedap," Cis, apa lagi yang kau merepek Faisyah?!

"Whatever, dah awak boleh keluar."

"Ya, Encik Raykarl." Faisyah akur.

Baru sahaja sampai di pintu, nama Faisyah dipanggil sekali lagi.

"Ya bos?"

"Hm, tak ada apalah."

"Bos, lain kali kalau nak panggil saya tanpa sebab, lebih baik tak payah." Faisyah geram. Sudahlah baru hari pertama bekerja, aku sudah naik bengang macam ni. Hai lahhh, kalau tak kerana cuti, dah lama aku tak memohon kerja.

"Suka hati saya, mulut saya." Sinis.

Faisyah ketawa, ketawa yang dibuat-buat. "Oh, lain kali kalau bos panggil saya, suka hati saya lah ya nak menyahut ke tak. Hmmm..." Faisyah menjeling. Matanya dipandang ke atas gaya ala-ala menyampah.

"Buatlah, kalau awak berani nak kena buang kerja."

"Eh tak, saya gurau je tadi." Ujar Faisyah, gagap. Baru first day kau dah kena ugut. Ish ish ish...

"Tahu pun takut."

"Saya tak takut, cuma saya rasa rugi kalau kena buang kerja awal-awal macam ni."

"Menjawab! Pergi buat kerja."

************

"Boleh sakit jiwa kau tahu tak!"

"Aku dah cakap, cuti ni kita berehat tapi kau degil dik," Haaa, dah guna perkataan 'adik' memang sahlah Fakaruddin ni tengah ambil mood ala-ala abang sejati. Ceh.

"Aku cuma nak cari pengalaman aje." Ujar Faisyah, kemurungan.

"Yalah, pengalaman you and him." Fakaruddin tersengih nakal.

"What do you mean by?" Soal Faisyah kurang mengerti.

"Nothing. Tapi, benci jadi cinta tau dik," Ehhh!!! Apabenda pula ni?

"Apa maksud yang tersirat kau ni? Tolong jangan buat otak aku berpecah boleh tak?" Faisyah mencebik geram. Balik rumah sakit hati, dekat pejabat pun sakit hati.

"Faham-faham kan jelah ayat aku tadi dan renung-renungkan dan selamat beramal," Fakaruddin terus berlalu masuk ke dalam biliknya dan meninggalkan Faisyah keseorangan di ruang tamu.

Seorang suka buat aku bingung, seorang suka buat aku sakit hati, otak, jiwa dan raga. Ergh! !@#$%^&*!

*************

"Sejak bila pandai belek phone memanjang ni?" Tegur Puan Sri Maimun.

"Eh, mummy." Raykarl baru tersedar yang ada mata sedang memerhatikan dia. Segera Iphone 5 nya dimasukkan di dalam poket seluar.

"Bila anak mummy pandai sorok phone ni?" Soal Puan Sri Maimun sekali lagi. Bingung dengan perangai anaknya kali ini.

Sebelum ini, mana pernah nak lekat dengan telefon. Kalau lekat pun, mesti jawab panggilan. Jarang sekali nak tatap phone tu sampai begini lama hingga 5 minit.

"Ish, tak adalah. Tadi kawan mesej." Raykarl cuba berdalih. Hm, mesej Faisyah, kira kawanlah tu kan?

"Ye lah tu. Macam kita tak tahu yang dia tu tak pernah bermesej." Puan Sri Maimun segera menerkap jarang.

"Err, adalah. Mummy je yang tak perasan." Raykal masih mahu berdalih.

"Tak kisahlah Raykarl nak cakap apa pun, tapi cuma je mummy nak tahu."

"Apa mummy?" Soal Raykarl, dia segera mengambil duduk di sebelah mummynya dan berbaring di atas peha Puan Sri Maimun.

"Bila mummy boleh dapat menantu sulong? Awak tu dah 28 tahun dah tau. Bukannya muda lagi, sepatutnya dah boleh dapat 3 orang ada dah." Puan Sri Maimun mengusap lembut anaknya. Manalah nak dapat isteri kalau begini punya manja dengan mummy nya.

"Insyaallah, Mummy." Raykarl tersenyum. Kalau dia cakap belum masanya lagi, kang sampai bila-bila tak ada jodoh. Sebab, kata-kata tu kan doa? Jadi, biarlah dia cakap 'insyaallah'.

"Mummy teringin nak cucu. Nak timang anak sendiri semuanya dah besar gajah," Puan Sri Maimun cuba berseloroh, lawaknya disambut oleh Raykarl.

"Sampai hati mummy cakap anak-anak mummy gajah," Raykarl bernada merajuk.

"Yalah, baby tua." Pecah ketawa anak-beranak di ruang tamu rumahnya.

"Mummy keluar dulu, Raykarl jangan tidur lambat sangat ya nak." Pesan Puan Sri Maimun sebelum beredar keluar daripada bilik Raykarl.

Raykarl cuma tersenyum dan kembali melihat telefonnya.

Punat SEND ditekan. Dan dia tersenyum puas. Senang hati.

*************

"What the..." Faisyah geram.

Gila!!!

Tengah-tengah malam, pukul 11 lebih macam ni baru nak bagitahu? Kenapa tak cakap awal-awal? Mana nak angkut benda tu malam-malam buta macam ni? Aku ni personal assistant dia aje, bukannya chef ataupun bini dia nak pau makanan!

Kut ya pun, bagilah tahu sebelum balik dari pejabat ke, paling kurang pun bagilah tahu semasa kedai belum tutup. Ni dah lambat macam ni, tak ke rushing aku malam buta macam ni?

Sekali lagi Faisyah membaca mesej tersebut.

Tomorrow, I want a carbonara spaghetti. By hook or by crook!
And, one more thing, a mug of roses tea.

Sudahhhh... Mana dia nak cekau barang-barang untuk masak benda-benda alah ni? Ah, bos kau ni kalau minta maggi aje tak boleh ke? Tekak tu melayu sikit tak boleh? Menyusahkan betul!

A mug of roses tea... No, no, no! Mati aku!

Takkan aku nak tanya dekat Capek, "Pek, kau ada roses tea tak?" Memang sahlah tak ada, sebab dia berniaga kopi, bukannya teh!

"Fakaruddinnnnnnnnnnnnnnnnnnn!" Bergema kondominium itu kerana jeritan oleh Faisyah.

"Woi, apahal memekik tengah-tengah malam ni? Kacau daun betul, aku baru je tengah mimpi princess cun tadi." Fakaruddin menggosok matanya yang terasa pedih kerana bangun secara mengejut.

"Kau kira kau punya awek cun, tolonglah aku! Uwaaaa!" Faisyah sudah mahu menangis. Ni semua pasal Raykarl, kalau tak dah lama dia beradu dengan tilam!

"Pediaaaaa." Fakaruddin mengambil tempat di sebelah Faisyah.

"Mamat kekwat tu nak spaghetti carbonara dengan roses tea." Faisyah mula membuka cerita.

Terus pecah ketawa Fakaruddin.

Tangan Faisyah laju menampar kuat bahu abangnya. "Kau apahal gelakkan aku?"

"Saja gelakkan adik aku yang kena buat kerja macam bini si kekwat kau tu." Eiii, kalau bukan kau abang aku, dah lama ditamparnya mulut dengan pipi tu bertalu-talu!

"Kau bukannya nak bagi idea ke apa, ni gelakkan aku. Kurang asam."

"Call lah Capek! Bab spaghetti tu, kau tak reti tengok dapur ke apa? Tadi aku baru beli benda-benda alah tu."

"Lah, apasal tak cakap awal-awal!!!" Marah Faisyah, kalau dia tahu adanya bahan-bahan untuk buat spaghetti untuk si kekwat tu, dah lama dia masuk tidur.

"Perlu ke aku bagitahu? Huh!" Fakaruddin mencebik.

"Wait!"

"Apa lagi?" Fakaruddin baru sahaja mahu beredar mahu masuk ke biliknya untuk sambung tidur dan sambung 'mimpi' yang tergendala tadi. Tetapi ditahan oleh Faisyah.

"Capek jual teh ke?" Soal Faisyah, lurus.

"Bongok sungguh. Capek tu jual kopi, teh, air sirap, air bandung dan segala air lagi. Kau ni dah kenapa? Perniagaan kawan sendiri pun tak tahu ke?" Fakaruddin bengang dengan pertanyaan lurus Faisyah.

"Oh, eh? Baru aku tahu. Thanks abangku!" Laju sahaja kaki Faisyah masuk ke bilik tidur. Ditinggalnya Fakaruddin yang sedang bengang di ruang tamu.

"Ngek punya adik," Fakaruddin tersenyum sendiri. Hai laa, adik aku ni. Kadang-kadang bengap tapi comel.

**************

P/s : Best dok? Hahaha. Jangan lupa untuk baca entri seterusnya, kisah di antara Faisyah dan Raykarl! :)