Sunday 17 November 2013

Only You In My Heart Bab 12

BAB 12


( As long as you love me

Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance
And how you got me blind is still a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

I don't care who you are
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as you love me

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we're meant to be

I don't care who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
What you did
As long as you love me (I don't know)
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
Don't care what you did
As long as you love me (yeah)

I've tried to hide it so that no one knows
But I guess it shows
When you look into my eyes
What you did and where you're comin from
I don't care, as long as you love me, baby

I don't care who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
What you did
As long as you love me (as long as you love me)
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
Don't care what you did (yeah)
As long as you love me (as long as you love me)
Who you are (who you are)
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are (who you are)
Where you're from (where you're from)
As long as you love me
Who you are
As long as you love me
What you did (I don't care)
As long as you love me)

Lagu itu dimainkan. Biasanya selepas solat subuh dia akan terus pergi ke bilik air untuk mandi. Tapi jika dia berada di Kuala Lumpur. Lain pula di kampung. Selepas solat subuh, dia akan baring di katil dahulu, pukul tujuh baru dia bergerak untuk mandi. Maklumlah, kampung kan sejuk jika mandi awal awal pagi begini.

Sedang di leka mendengar lagu daripada Backstreet Boys - As Long You Love Me, tiba tiba sahaja ada mesej yang masuk kedalam telefon bimbitnya. Siapalah yang hantar mesej aku pepagi buta ni? Jangan kata soal pasal kerja. Aku dekat kampung ni! Bisik hati kecilnya.

Dah bangun ke belum my baby boo? I miss you! -Syed Fadhil

Nasib baik! Ish mamat ni, mentang mentang aku terima lamaran dia, suka suka hati dia aje nak panggil aku apa ya? Apa kes ni? Duduk serumah pun masih nak ber-mesej? Alahai...

Dah. Duduk serumah pun nak ber-mesej ke? -Dania

Kejap aje dia balas mesej aku. Kali ini apa pula ya? Apa lagi lah yang dia melalut? Perlahan lahan aku menekan butang 'READ'.

Dah mandi belum? Eiii busyuk pergi mandi lah sayang.  Macam manalah saya tak ber-mesej dengan awak sedangkan awak duduk terperap dalam bilik. Saya ada depan pintu bilik awak ni. -Syed Fadhil

What?! You gotta be kidding me Fadhil! Apa dia buat depan bilik aku? Nak cari nahas dengan ayah ke apa? Kalau dah kahwin tu aku tak kisahlah!

Turunlah sebelum awak kena marah dengan ayah! Tak pasal pasal kita tak jadi kahwin, baru tahu... -Dania

Sengaja aku mempermainkan dia. Tersenyum aku bila membalas mesej itu. Sinis.

Ayah awak yang suruh saya tunggu, eleh sajalah tu nak takut takutkan orang :p -Syed Fadhil

Cepat, saya tunggu awak ni, mandi cepat! Ke nak saya temankan? - Syed Fadhil

Jangan tunggu sayalah! Saya kalau mandi berjam jam awak tahu. Dah okay bye. Assalamualaikum. -Dania

Kan aku dah kata, mamat ni mesti nak cari pasal dengan aku...

Jangan mandi lama lama tau. Nanti saya rindu... Cepatlah sayang... I will wait for you... -Syed Fadhil

Erk... Rindu? Ada ada sahajalah. Aku mengambil tuala yang berada diatas penyidai dan baju dan seluar yang sesuai untuk dipakai didalam almari. Aku melangkah masuk ke dalam bilik air. Baru sahaja menyentuh simen bilik air, belum lagi simbah dengan air. Hehehe...

"Sejukkkkkkk...."

*****************

"Haa, my lovely dah keluar pun. Jom breakfast!" Ceria sahaja dia mengajak aku. Aku hanya mencebik. Penat sungguh melayan kerenah mamat ni. Macam budak budak. Tapi tetap cute!

Kejap... Baru aku teringat! Aku langsung tidak menolong ibu didapur! Ya Allah... Macam manalah aku boleh terlupa ni...

Aku terus berlari menuju ke dapur untuk menolong ibu. Patutlah aku bangun untuk solat subuh tadi langsung tidak kelihatan ibu didalam bilik itu. Malunya aku! Anak dara apalah kalau langsung tak buat kerja dapur!

Dari jauh lagi aku terdengar suara yang sedang bergelak sakan. Sah. Dialah orangnya. Fadhil.

Aku mendapatkan yang berada didapur yang sedang mencuci pinggan. Ingatkan makanan semuanya dah siap... Tapi kosong aje meja ni... Fikir aku sejenak.

"Ibu, kita nak masak apa pagi ni?" Soal aku. Harap harap sahajalah ibu belum masak lagi.

"Kita di luar lah, sayang..." Aku menyoal orang lain, orang lain pula yang menjawab. Menyibuk aje.

Ibu hanya tersenyum sahaja melihat kami. Aku mula rasa tidak selesa apabila Fadhil memanggil aku dengan nama yang sebegitu. Kalau sudah berkahwin tidak mengapa lah. Ini belum kahwin, lagi lagi depan ibu bapa aku.

Lantas aku terus mencubit lengannya lalu menarik lengan baju dia. Sakit? Biarkan. Baru padan muka. Hehehe... Kenapa aku tiba tiba jahat pula ni? Hm...

"Ya sayang... Sedaplah awak cubit saya tadi. Nak lagi boleh?" Guraunya. Aku pula menahan gelak. Boleh pula dia kata kuat? Sedangkan aku sudah mencubitnya sekuat hati.

"Awak ni... Asyik panggil saya perkataan macam tu je, kita kan belum kahwin lagi..." Sungguh sungguh aku mengingatkan dia, tapi dia hanya tersenyum.

"Sebab saya nak praktis.. Nanti bila dah kahwin, senanglah sebab kita kan dah praktis.." Aku hanya memandangnya lama. Sakit pula tengkuk ini. Sudahlah dia tinggi melampai. Aku pula pendek aje orangnya.

"Kalau dah kahwin barulah sweet... Ni belum kahwin lagi... Malulah..." Balasku tunduk.

"Cara awak cakap macam nak kahwin cepat je? Hihihi... Sabar-sabar..." Dia senyum herot. Ahhh memang saya tak sabar nak kahwin dengan awak! Sebab awak comel sangat! Omel aku.

"Err... Awaklah yang buat saya rasa macam nak jeeeeeee kahwin cepat cepat dengan awak." Balas aku. Aku dah tak boleh berdiam diri. Biarlah. Sekali sekala bergurau dengan dia apa salahnya.

"Okay, saya berjanji saya akan mengahwini awak sayang! Kan semalam saya dah melamar..." Balasnya pula. Aku hanya tergelak sakan apabila melihat gayanya yang seperti kanak kanak kecil berjanji.

"Happy-nya... Dah dah jom gerak. Ibu mana?" Soal ayah. Aku hanya memuncungkan bibir menunjukkan kearah ibu yang berada di dapur.

"Nia dengan Fadhil pergilah masuk kereta dulu. Ayah panggil ibu kejap." Aku hanya menurut kata kata ayah tadi.

Aku melangkah keluar dengan membaca bismillah dan ayat kursi supaya Allah melindungi aku. Fadhil pula siap bertadah tangan lagi. Aku hanya amin sahaja apa yang didoakannya. Kagum aku melihat dia. Berbunga bunga hati aku apabila dia mendoakan perlindungan aku, ayah dan ibu dan termasuk dirinya.

Aku hanya mengenakan baju Kemeja-T perempuan berwarna turqoise dan seluar jeans hitam. Aku menyarungkan kasut sarung berwarna biru laut campur turqoise dengan memulakan kaki kanan. Memang sudah menjadi kebiasaan aku untuk mendahulukan yang kanan dahulu.

Dari Hafshah ra. ia berkata: “Rasulullah saw. mempergunakan tangan kanan untuk makan, minum, dan memakai pakaian. Dan mempergunakan tangan kiri untuk selain itu.” (HR Abu Daud)

Baru sahaja aku hendak membuka pintu kereta, Fadhil terlebih dahulu yang membukakan pintu kereta untuk aku. Aku hanya tersenyum. "Thanks..."

"You're most welcome sunshine." Dia mengenyitkan matanya. Ahhh lagi! Menggoda sungguh.

Aku mengambil earphone dan mp3 didalam long handbag aku. Sengaja aku mahu mendengar lagu didalam kereta sambil rehat-rehat. Maklumlah, aku di Kuala Lumpur mana pernah nak berehat didalam kereta, mana tidaknya, dah aku yang drive...

Lagu I'm Yours daripada Jason Mraz pun dimainkan.

Well, you done done on me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back

Before the cool dawn run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's gonna stop me but divine intervention.
I reckon, it's again my turn
To win some or learn some.

But I won't hesitate
No more, no more.
It cannot wait,
I'm yours.

Well, open up your mind and see like me,
Open up your plans and damn you're free.
Look into your heart and you'll find love, love, love, love.
Listen to the music of the moment, people dance and sing, we're just one big family
And it's our God-forsaken right to be loved, loved, loved, loved, loved

So I won't hesitate
No more, no more.
It cannot wait,
I'm sure.
There's no need to complicate.
Our time is short.
This is our fate,
I'm yours.

Do you want to come on, scootch on over closer, dear
And I will nibble your ear

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and I laughed.

I guess what I'll be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanities and just go with the seasons.
It's what we aim to do.
Our name is our virtue.

But I won't hesitate
No more, no more.
It cannot wait,
I'm yours.

Well, open up your mind and see like me,
Open up your plans and damn you're free.
Look into your heart and you'll find that the sky is yours.
So please don't, please don't, please don't...
There's no need to complicate.
'Cause our time is short.
This oh, this oh, this is our fate.
I'm yours.

Oh, I'm yours
Oh, I'm yours
Oh, oh,
Baby, do you believe, I'm yours?
You best believe, you best believe, I'm yours.

Dia mengambil earphone aku disebelah kananku. Aku pula hanya mencebik. Suka suka hati aje ambil tanpa kebenaran.

"Mana boleh sorang-sorang je... Kalau dua orang baru sweet..." Erkk... Nasib baik dalam mulut ni tidak ada apa apa makanan atau minuman, kalau tidak.... Tersembur juga ke muka Fadhil.

************

Ibu, ayah dan Fadhil berborak sakan. Aku pula malas mahu bersuara. Biarlah mereka berbual dahulu. Kalau ibu atau ayah bertanyakan sesuatu, barulah aku akan bersuara.

Cik Dania dekat mana? -Ariyana

Tiba tiba sahaja whatsapp itu masuk apabila aku sedang makan. Mereka masih lagi sedang leka berbual-bual. Yang aku pula dah macam patung sahaja disebelah Fadhil.

Saya di kampung. Saya ambil cuti one weeks. If ada urusan, tolong tundakan ke minggu hadapan. -Dania

Selesai membalas whatsapp daripada pekerja aku, aku terus kembali menjamu selera. Dalam masa beberapa minit, sekali lagi mesej masuk.

All right. Have fun! -Ariyana

Ok :) -Dania

"Mesej dengan siapa tu?" Dia berbisik ke telingaku. Nak aje aku tergelak disitu kerana kegelian.

"My friend." Pendek sahaja aku balas.

"Girl or boy?" Soalnya tegas. Amboi marah nampak? Saya bukannya main kayu tiga pun. Kalau lelaki pun, itu sekadar pekerja atau kawan lama aku aje...

Dalam fikiran ingin mengenakan Fadhil. Hahaha... "Boy." Terus dia bermasam muka. Hehehe... Berjaya. Langsung tidak memandang aku. Kelakar sungguh. Sedangkan aku hanya bergurau. Alahai...

"Haha! No, i'm just kidding lah.... Saya mesej dengan perempuan. If you don't trust me, you can checked my phone." Terus dia tersenyum.

"Good girl," Balasnya pendek. Senyuman menggoda. Oh my god! Please don't be like that!

Dah macam kerang busuk pula mamat ni... Asyik tersenyum sahaja. Ayah pula memerhati sambil membuat isyarat bertanya kenapa dengan si Fadhil. Aku hanya mengjongketkan bahu.

**********

Selesai sahaja makan, ayah membawa kami ke sebuah shopping mall yang terkenal di Kedah, iaitu di Amanjaya Mall. Mahu membeli baju untuk Fadhil mungkin?...

Aku fikir mahu membeli baju untuk si dia. Tapi ternyata tidak... Kenapa pulalah ayah dan ibu menuju ke kedai baju pengantin pula ni? Sedari tadi Fadhil hanya tersenyum. Aku sudah boleh mengagak. Pasti dia fikir yang ayah dan ibu mahu membeli baju perkahwinan untuk kami berdua, sebab itulah dia tersengih hingga ke telinga.

Ibu membelek satu persatu pakaian pengantin lelaki dan perempuan. Begitu juga ayah. Aku hanya memerhati sahaja. Masih lagi tidak mengerti apa tujuan ibu dan ayah yang sebenarnya. Syed Fadhil pula setia berada disebelahku sambil memerhatikan ibu dan ayah.

"Nia... Ni sesuai untuk Nia..." Ibu menegurku. Aku pula terkedu. Adakah ibu dan ayah tahu perkara sebenarn yang Fadhil melamar aku semalam? Ya Allah...

"Err... Ada orang nak kahwin ke bu? Tapi kenapa pilih baju pengantin untuk Nia pula..." Soalan dan ayat yang bodoh aku tonjolkan. Apa kena aku ni? You'll never know how to cover it Dania!

"Ishh Nia ni.. Orang yang nak kahwin tu Nia dengan Fadhil lah..." Kali ini aku tak terkejut. Buat apa nak terkejut? Padahal dari semalam lagi dia sudah melamar aku. Mungkin ibu yang curi curi dengar tentang perbualan kami.

"Ooo..." Balas aku pendek.

"Ibu nampak kau orang berdua mesra sangat. Jadi, ibu cadangkan kau orang bernikah lagi tiga bulan. Kira cepat lah tu kan."

Aku terkedu. Cepatnya! Pejam celik pejam celik sudah masuk tiga bulan. Tapi tak apalah, kira okeylah nikah awal awal daripada lambat. Tengoklah perangai Fadhil tu macam mana, menggatal, menggedik semuanya ada. Hehehe...

"Okay lah tu bu..."

"Ibu rasa yang ini sesuai dengan Nia. Tutup aurat, lawa pun lawa."

Rasa macam awal pula, katanya lagi tiga bulan, tapi kenapa macam beriya-iya aje nak beli sekarang? Tak ke macam rushing sangat? Aku bukannya apa, manalah tahu beli baju muat muat untuk badan aku, nanti bila hari pernikahan tiba tiba sahaja baju itu dah tak muat. Takut takut aje...

"Kenapa cepat sangat bu? Kata lagi tiga bulan.."

"Memanglah lagi tiga bulan, kita pilih design je dulu. Sebulan sebelum pernikahan barulah kita tempah." Balas ibu sambil melemparkan senyumannya.

Aku hanya menurut sahaja kata kata ibu. Aku mengangguk tanda faham. Fikirnya nak tempah baju tu sekarang. Aku menjeling kearah Fadhil yang sedang memilih pakaian pengantin juga. Tak sangka aku dah nak berkahwin. Dan paling tak sangka, dialah calon suamiku yang aku cari!

************

I will update for chapter 13! :D

Thursday 14 November 2013

Only You In My Heart (Bab 11)

Bab 11

Assalamualaikum, sebelum tu aku nak minta maaf kalau lambat sangat buat bab 11. Hahaha kalau ada lah kan yang rasa marah. KALAU ADA. Teringin gila kot nak jadi novelis dan tak lupa untuk jadi DOKTOR! Insyaallah kalau aku ada rezeki. Hehe doakan lah ya.


"Dah nak balik dah ke?" Soal Syed Fadhil apabila mereka selesai makan pencuci mulut.

Aku angguk.

"Ingatkan nak stay lagi..." Balasnya.

Gila nak stay lagi? Esok dah kerja. Kalau esok cuti tak apalah lagi. Tapi.... Apa salahnya kalau aku stay lagi buat beberapa hari? Kedah dengan Kuala Lumpur, sangat memakan masa yang lama untuk pulang. Sekali sekala aku tak pergi kerja apa salahnya. Alahh aku kan boss.

"Awak nak tidur sini ke?"

"Mestilah nak! Bestlah kampung awak... Soal kerja saya ambil cuti pun boleh. Apa salahnya kalau saya nak berborak lama sikit dengan bakal mertua saya."

Dia senyum. Senyuman yang membawa maut kerana terlampau memukau.

Dania.... Jangan berangan....!! Ahhh, boleh jadi gila kalau aku macam ni! Bisik hati kecilnya.

"Hello.....Saya cakap dengan awak lah sayang...!" Dia menepuk tangannya hingga ke muka ku. Aku terkejut. Terkejut dengan perbuatannya itu. Berkelip kelip mata aku bila dia buat begitu.

"Comelnya kelip mata dekat saya..."

"Err... Perasannya.. Yelah kita stay lagi, sampai hari apa awak nak stay sini?"

"Yeay! Love you! Sampai bila bila pun boleh." Balasnya sambil mengelipkan mata kepadaku. Senyuman yang boleh buat aku mati. Apa dah kena aku ni? Sekali dia senyum, takkan aku nak mati pula? Alahai, Fadhil you're killing me!

"Suka hati awaklah." Jawabku. Malas hendak layan perangainya itu. Makin dilayan, makin bertambah tambah pula mengada ngadanya. Aku pun satu, bukannya meluat bila dia berperangai begitu, tapi makin menjadi gila lah pula.

"Woo hooo! Bestnya bila dapat bakal isteri yang macam ni..." Dia mencubit pipi aku. Kuat.

"Ahhh... Sakitlah!" Marah aku.

"Janganlah marah, nanti bertambah comel.." Dia senyum herot. Ahh!!! Mahu juga aku mati disitu. Senyuman Fadhil sememangnya membawa maut!

"Ehemm.... Cerianya anak ayah." Sapa ayah ketika melihat kami sedang berada di dapur berdua-duaan.

"Dah, awak pergilah berborak dengan ayah."

"Hmm, halau lagi..."

"Mana ada halau!"

"Alololo, okay okay kidding je.."

Aku diam sahaja. Bukannya marah sangat pun. Nak aje aku ketawa disitu. Kalau aku ketawa, sah sah lah aku ni senang termakan dengan gurauan dia.

**********

"Fadhil dengan Nia nak balik harini ke nak tidur lagi?" Soal ayah. Ibu hanya memerhati. Sambil sambil tu, ibu menunggu adik pulang dari tuisyen.

"Nia kata dia nak stay lagi, saya ikut aje. Maklumlah, datang sekali dengan dia.." Syed Fadhil curi curi pandang kearah aku.

Gila mamat ni! Dia yang nak stay, aku pula yang kena! Bentak hati Dania.

"Oh kalau macam tu, ada kawan lah ayah malam ni nak teman pergi masjid!" Ceria sungguh ayah bila dapat teman. Maklumlah, bakal menantu kan... Erkk... Gatalnya aku ni!

"Boleh je ayah, nak teman ayah tidur pun boleh!" Gurau Fadhil. Kalau boleh dia mahu melakukannya betul betul. Mana tidaknya, ayahnya sudah approve dia untuk jadi isteri kepada Dania. Mestilah sayang!

"Malam ni tidur dengan ayah lah ya?"

"Err... Ayah, saya gurau aje... Hehehe.." Balas Syed Fadhil. Malu ke? Ataupun sebenarnya mahu?

"Habistu nak tidur dengan siapa? Dania?" Jawab ayah tegas. Tegas tegas pun nama itu juga yang disebutnya. Tak ke membuatkan Dania nak pengsan disitu? Malu dibuatnya.

"Tak adalah, saya dengan dia mana kahwin lagi. Sabar dulu... Hehehe, saya bukannya apa, nanti kalau ayah tidur saya, ibunya macam mana?"

"Ibunya tidurlah dengan Dania. Kacang!" Ayah menunjukkan ibu jarinya kearah Syed Fadhil. Syed Fadhil hanya ketawa melihat gelagat ayah.

"Bestnya bila dapat bakal bapa mertua yang sporting! Best!"

Wahhh... Bukan main lagi dia. Tadi masa datang punyalah malu, bila ayah dah izinkan, buat muka tak malu pula ya? Omel hatinya.

*********

Malam pun hampir menjelma. Waktu waktu begini ketika di kampung memang tak elok kalau berada di luar. Aku masih ingat lagi pesan nenek, jangan duduk di luar kalau waktu senja begini, tidak elok.

Dania dah pun bersiap siap mandi. Nasib baiklah dia ada baju lebih di rumah ibu dan ayahnya. Kalau tidak, membazir sahaja duitnya untuk membeli baju baru. Syed Fadhil pula meminjam baju ayah.

Nampak comel disitu apabila dia mengenakan kain pelekat dan baju melayu milik ayah. Guys in baju melayu.... Ya Allah! So cool and handsome! Mereka berdua sudah pun bersiap sedia untuk ke masjid. Masjid dirumahnya itu tak lah jauh mana, hanya perlu berjalan kaki, seminit sahaja sudah sampai. Tak perlu nak membazirkan minyak naik kereta.

"Pandang saya macam nak makan saya je? Sabarlah... Tunggu kita kahwin okay.."

Dia mengelipkan matanya kearah aku. Ya Allah! Sabar ajelah.

"I love when you blush. So cute my future wife!" Dia mecuit daguku. Sedarlah wahai Dania! Makin kau diam, makin menjadi jadi! Wake up! Wake up!

"Eii... Dahlah saya nak tolong ibu masak." Dania bergegas ke dapur. Malu dibuatnya. Ayah hanya memerhati dari jauh.

"Saya pergi dulu! Jangan rindu saya tau! Saya pasti akan datang!" Jeritnya. Nasib baiklah ayah dan ibu tak dengar. Kalau tidak, mati dia. Ahhh, kalau ibu dan ayah dengar pun apa salahnya, biar dia kena marah. Padan muka.

********

"Assalamualaikum... Ayang... Dania..." Ayah memberi salam sebelum memasuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum.....!" Salam yang kedua. Pintu yang dikunci masih lagi belum dibuka.

"Mana pula Dania ni... Mandi sabun ke apa.." Fikir ayah. Sejak dari dulu lagi Dania memang suka main sabun pada waktu malam. Tapi mustahil peragainya itu terbawa-bawa hingga dia dewasa.

"Solat kot ayah..." Fadhil memberi respon. Ya mungkin dorang solat.

"Ya kejap!!!" Jerit aku dari jauh. Cepat cepat aku berlari untuk membuka pintu. Telekung di kepala aku masih lagi belum ditanggalkan. Nak cepat punya pasal. Nanti tak pasal pasal ayah dengan Fadhil tidur di luar.

"Kan saya dah kata ayah...." Ayah hanya tersenyum.

"Kata apa?" Aku menjeling kearah Fadhil. Ada sahajalah mamat ni...

"Adalah... Sibuk je nak tahu..." Ayah terlebih dahulu memotong perbicaraan kami. Bagus juga ayah potong, kalau tidak nanti, makin melalut ke mana lah nanti mamat ni..

Aku pun membuka telekung di kepala. Kalau boleh, nak aje dia pakai telekung tu. Malam malam begini di kampung sangatlah sejuk. Lagi lagi rumah di tepi sawah padi. Syed Fadhil hanya memerhati aku. Apa yang dia tengok sangat aku ni tak tahulah.

"Masak apa je Nia?" Soal ayah.

"Macam macam ada. Jomlah makan." Ajakku. Ibu mungkin sedang berada di dapur. Dari tadi tidak kelihatan. Maklumlah, sejak ada tetamu ni, ibu asyik masak banyak dan sedap sedap aje.

"Wahhh... Macam makan besar je malam ni..." Syed Fadhil bersuara. Dia tersengih. Dah macam kerang busuk pula. Tapi tetap cute! Tambah tambah dia berpakaian baju melayu dengan kain pelekat. Hmm, meltingnya!

"Asyik pandang mata ke mata je, dah dah jom makan.." Nasib baik ibu bersuara. Entah sejak bila aku pandang mata Fadhil pun aku tak tahu.  Banyak sangat berangan ini lah jadinya.

Aku mengambil pinggan kemudian meletakkan nasi ke dalam pinggan tersebut. Pinggan dihulurkan kepada ayah. Kemudian diikuti dengan Fadhil, ibu dan akhir sekali aku. Baru sahaja aku hendak mencedok kuah asam pedas, ayah terlebih dahulu bersuara.

"Layan tetamu dulu Nia... Cedokkan kuah for your future husband first!" Baru sahaja hendak melantak nasi dengan asam pedas ayam masakan ibu. Hmm... Nasiblah, terpaksa juga aku melayan kerenah Fadhil ni.

"Nak lauk apa?" Soal aku. Tetapi tidak memandang si dia. Takut kalau senyuman atau pun pandangannya yang boleh membawa maut itu.

"Nak awak...." Terkejut aku. Muka yang separuh merayu seperti budak budak kecil. Berbisik pun, kalau ayah atau ibu dengar, malu aku! Adik pula hanya memerhati sahaja perilaku kami. Adik memang pemalu, kalau ada tetamu, dia jenis yang tidak banyak suara.

"Ohh... Kalau macam tu, cedok sendiri lah ya."

"Okay okay okay... Saya makan apa yang awak makan.." Mengalah pun. Tahu takut bila aku tak mahu melayan dia. Hehehe...

"Makan banyak banyak, nanti malam jangan nak lapar pula eh. Nanti gemuk pula." Selamba sahaja aku membalas. Alah tak apa, dia bukannya kisah pun. Ya ke?

"Sayang juga awak dekat saya kan?" Dia senyum herot. Seksi. Dania...!!! Tolonglah jangan nak berangan lagi! Nanti dia perasan pula!

"Errr... Mana ada, saya cuma tak nak awak curi curi makan time malam nanti je.."

"Yelah tu." Keningnya diangkat sedikit dan senyuman herot itu lagi. Sudah sudahlah tu buat muka handsome! Aku dah tak tahan lagi...

**********

"Hai, seorang je?" Sapa si 'dia'.

"Tak adalah, ada dua orang." Gurauku. Sudah tahu seorang, masih lagi mahu menanya.

"Amboi garangnya... Buat apa tu?" Soal Fadhil. Dia mengambil tempat untuk dia duduk disebelah ku. Tetapi aku menghalangnya dan menyuruh dia supaya duduk lebih berjauhan dekat aku. Haram woi!

"Tengok bulan bintang...." Jawabku gembira. Kalau dulu aku suka baring sambil lihat bintang bersama adik kesayanganku. Tapi sekarang aku sudah besar, tidak elok jika anak dara baring jika adanya tetamu. Adik pula sedang menduduki PMR, sudah tentu dia tidak punya masa yang banyak untuk aku.

"Dania...." Panggilnya. Lembut sahaja suara dia. Romantik! Oh my!

"Hmm.."

"Sudi tak awak jadi orang yang istimewa untuk saya?" Wopppp! Dia bergurau ke apa ni? Serious ke? Biar betul mamat ni? Maksud 'orang yang istimewa untuk saya' tu sebagai bestfriend ke apa? Huh... Kau buat aku nak terputus jantung ni...

"Err..." Aku mati kata. Tak tahu nak mengatakan apa apa walaupun satu patah perkataan. Gila! Mamat ni memang buat aku jadi gila!

"I'm serious. Now i'm asking you, will you be my wife?" Muka yang separuh merayu dan muka yang nak sangat aku ni tunaikan permintaan dia.

Ya Allah! Aku pun tak tahu sejak bila aku jatuh cinta dengan dia. Jadi perlu ke aku terima lamaran dia? Ahhh!!! Aku mimpi je kot.

Aku memandang bawah. Tidak sanggup nak pandang kearah mukanya. Jauh jauh pun, aku tetap juga cair bila tengok muka dia. Perlahan lahan aku mengangguk tanda setuju. Syed Fadhil....... Saya betul betul tak tahu sejak bila pula saya boleh jatuh cinta dengan awak..

"Yes!!! Alhamdullilah! Thanks God! Terima kasih Ya Allah!" Jeritnya riang.

Dia bertambah cute bila dia gembira.... Comelnya awak pakai kain pelekat... Hehehe...

"Thanks Dania! You make my day. Love you!" Aku hanya tersenyum. Tak sangka, selama ni aku berkawan dengan dia, dia mempunyai perasaan sama macam aku. Terima kasih ya allah...

"Err... Sebenarnya saya tak tahu sejak bila saya jatuh cinta dengan awak..." Jujurku.

"Itu tak penting, yang pentingnya awak terima saya seadanya. Itu sudah membuatkan saya rasa happy sangat." Dia mengenyitkan matanya. Ahh sudah sudahlah menggoda aku!

Tiba tiba sahaja telefonnya berdering. Entah siapa pula yang telefon dia malam malam buta begini. Mesti orang tuanya. Yalah, anaknya berada di kampung tanpa pengetahuan dia, mestilah orang tuanya risau.

Beberapa kali aku menguap. Tak tahan sangat. Di kampung, memang aku akan tidur awal. Memang senang sangat untuk aku mengantuk. Aku hanya menyandarkan badan pada dinding. Sementara dia sedang berbual di telefon, lebih baik aku tidur sekejap. Moga mogalah aku tak tidur mati pula. Takut takut kalau dia angkat aku pula. Perasannya aku ni! Hehehe...

***********

'Comelnya....... Inilah dia, bakal isteriku!' Bisik hati Fadhil.

"Nia... Kenapa tidur dekat sini..?"

"Hello....Nia...."

"Nia sayang, bangunlah sayang..."

"Abang dukung bawak masuk bilik baru tahu..." Erk... Cepat cepat aku membuka mata. Tak sangka pula aku boleh tertidur mati disini. Nasib baik aku tersedar, kalau tidak, sudah pasti aku dicempung oleh mamat ni. Kalau halal tak apa, ini masih lagi haram!

"Sorry sorry, tertidur. Awak berbual lama sangat, sampai tertidur saya.."Omel aku. Asyik menguap aje aku ni...

"Alololo... Comelnya, sorry eh sayang, adik saya call, katanya rindu." Dia tersenyum.

"Ohh..." Balasku pendek. Mengantuk sangat, inilah jadinya.

"Dahlah, awak pergi masuk dalam, then sleep tight okay?"

Aku hanya tersenyum. Aku melangkah masuk ke dalam kemudian diikuti olehnya. Pintu telah pun dikunci oleh aku. Nasib baiklah bilik tidur aku di tingkat yang kedua, kalau tingkat ketiga, boleh tertidur aku di tangga itu. Syed Fadhil pula tidur bersama ayah malam ini di bilik bawah sekali. Aku pula tidur dengan ibu dan adik. Bolehlah aku peluk mereka erat erat bila tidur malam ni. Boleh dijadikan bantal peluk. Hehehe...

"Sleep tight my baby boo. Jangan lupa untuk bangun awal solat subuh... Assalamualaikum sayang..."

"Err... Okay awak juga bangun awal esok.."

Aku menaiki tangga yang boleh tahan juga jauhnya nak sampai ke bilik tidur. Tiba tiba sahaja ada suara yang menegur.

"Ehh kejap! Lupa nak cakap something! I love you my sweetheart! There's no one else in my heart accept you..." Dia kenyitkan matanya.

"Ada ada aje lah awak ni.." Dia hanya ketawa melihat gelagat aku. Aku terus naik keatas. Dah tak larat nak melayan kerenah dia. Penat sangat. Tambah tambah lagi mata ni dah macam nak aje tidur di tangga itu juga.

*********

NEXT, Bab 12 ;)

Monday 11 November 2013

Seru Saja Bintang Itu! Review

 


Assalamualaikum...


Dah lama betul aku tak berblogging kan? Rindu gila dekat blog ni haa! Maklumlah, dulu exam. Lepastu dah habis exam, tetibe aku lesap! Takdelah lesap kemana, cuma mana malas nak menaip aje. Yelah, dah lama tinggalkan blog lah katakan. Sebab tu nak update apa apa, rasa macam... Entah kosong je permikiran aku ni nak taip apa. Sebab tulah, aku asyik update pasal Only You In My Heart je. Cewah kau! Padahal baru 2 bab aku update. lolol.
 
Sabtu lepas aku ada beli novel Seru Saja Bintang Itu! Boleh tahan lah novel dia. Cerita dia sedih, sama macam 13 JAM 1380, sedih je. Tapi bagi aku novel 13 jam 1380 lagi best. Bukannya nak kata novel ni tak best, cuma aku lebih suka semua novel by Evelyn Rose.

Dan yang paling penting, novel kalau aku bayangkan, mencabar gila kot! Amboi, bayang? Hahaha... Boleh lah jugak terasa betapa sakitnya hati bila suami meninggal. Lah malas nak cerita panjang, korang boleh baca dia punya sinopsis. Sinopsis dia tak best? Amboi, baca dulu dalamnya! Don't judge a book by its cover. Serious, dulu aku ragu ragu nak beli tak nak novel ni, sebab dia punya sinopsis takdelah best mana kan. Lepastu fikir punya fikir, amik je lah mana tahu best. Bila dah tengah tengah muka surat tu, sedih gilo hinggo dok terkato! Belilah novel ni, kalau tak nak pun takpe. Tiada paksaan.

SINOPSIS
 
Waktu kecil-kecil dulu, si gemuk memang suka sangat mengusik Nurina. Mentang-mentanglah anak majikan ibu, asyik Nurina saja yang harus mengalah.
“Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?”
“Alah… Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar pula? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?”
KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan. Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.
“Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu tu hangus. Kalau tidak… kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima.” – Khairy Adrian
Tapi NURINA cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya?
“Pergilah balik, menyibuk aje.”
“Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa. Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!”

Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?
“Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula.” – Nurina
“Buat apa nak ambil baju, lebih baik ambil orangnya.” – Khairy Adrian 
Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.
Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu hanya mereka saja yang mampu menjawabnya…

Sunday 10 November 2013

Only You In My Heart (Bab 10)

Bab 10


Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak berkata apa apa. Nak cakap aje mesti tergagap-gagap. Jadi, mereka hanya mendiamkan diri sehingga sampai ke kampung Dania.

Alahai....Comelnya dia tidur... Omel Dania.

Ingatkan Syed Fadhil nak teman Dania drive, tapi dia tertidur. Apakan daya...

Pergi ke kampung halaman Dania di Kedah mengambil masa 2 atau 3 jam. Jadi dia perlu ke R&R untuk berehat sebentar. Bagi mengelakkan mengantuk ketika memandu, Dania ingin membeli air kopi. Maklumlah, semalam kan tak boleh tidur.

"Fadhil... Awak nak apa apa ke? Makan ke minum ke? Saya boleh tolong belikan.." Dania mengejutkan Syed Fadhil dengan baik.

"Fadhil... Hello.... Fadhil...." Kali kedua Dania mengejutkan Syed Fadhil, dan kali ini dia menyedarkan diri.

"Err.... Sorry saya tertidur... Ingatkan nak teman awak drive, tapi tertidur pula.." Suara serak serak basah itu membuatkan Dania tertawa kecil. Comel aje suara dia apabila bangun tidur.

"Tak apa, kita dekat R&R ni, awak nak makan atau minum ke? Saya boleh tolong belikan."

"Nak ikut!" Lain yang ditanya, lain yang dijawabnya. Omel Dania.

"Err... Okay..." Dania pun mematikan enjin keretanya. Cepat sahaja Syed Fadhil berlari keluar. Ingatkan tak tahan nak buang air, tapi rupa rupanya ingin membuka pintu kereta untuk Dania.

"Silakan Tuan Puteri." Syed Fadhil menunduk tanda hormat.

Dania tidak boleh menahan tawanya. "Terima kasih..." Dania hanya melemparkan senyuman kepada Syed Fadhil.

Syed Fadhil pun bergerak dan berjalan beriringan bersama Dania.

"Saya ke ladies kejap."

"Saya temankan awak!" Amboi... nak ke ladies pun dia nak temankan?

"Err... Mana boleh!" Dania dah mula berasa malu. Dia bukannya kanak kanak yang masih bawah umur lagi untuk ditemakan apabila ke tandas.

"Saya tunggu kat luar, manalah tahu awak kena culik ke, tak sempat nak kahwin dengan awak."

Merah padam muka Dania. Boleh pulalah dia katakan sampai macam tu sekali. Malu dibuatnya.

"Yalah, kalau itu yang awak nak. Tunggu kat luar, jangan masuk dalam pula ye." Arah Dania. Takut takut juga kalau Syed Fadhil masuk kedalam demi ingin menjaga Dania. Tapi Dania percaya, Syed Fadhil tidak akan melakukan perkara sebegitu. Cukuplah hanya diluar.

"Silakan, Tuan Puteri." Syed Fadhil menunduk hormat sambil tangannya menunjukkan ke arah tandas perempuan.

Dania hanya tertawa kecil. Tanpa banyak cakap, dia terus masuk sahaja.

Lama juga Dania didalam. Syed Fadhil hanya berdiri sahaja diluar. Dah lama sangat, dia pun masuk. Takut terjadi apa apa pada Dania, lama sangat siapalah yang tak bimbang, lagi lagi buah hati Syed Fadhil. Baru nak memulakan selangkah, tiba tiba Dania muncul dihadapannya.

Oh mak kau! Nasib baik lah Syed Fadhil tak melatah kuat sangat, kalau tidak, malu dibuatnya.

"Sorry late." Dania hanya melemparkan senyuman sebelum menyambung percakapannya itu. 

"Awak nak makan apa apa ke? Minum ke?" 

"Hmm awak nak makan ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Bukannya dibalas dengan jawapan. Alahai Fadhil ni... 

"Saya nak makan roti je, nak alas perut." 

"Okay jomlah! Cakap je apa awak nak, saya belanja."

"Tak apalah, semuanya awak belanja, saya tak pernah belanja awak." Jawab Dania sambil berjalan beriringan dengan Syed Fadhil.

"Tak apalah, nak belanja bakal isteri apa salahnya.." Selamba sahaja Syed Fadhil jawab. Merah padam muka Dania. Dia pun hanya mengikut sahaja jejak langkah Syed Fadhil. Lebih baik dia ikut sahaja cakap Syed Fadhil sebelum dia melalut ke lain pula.

"Nak roti apa? Air apa? Saya orderkan."

"Roti bun, dengan kopi panas je lah."

"Okay, just wait and jangan pergi mana mana eh Tuan Puteri, nanti saya risau." Balas Syed Fadhil sambil berlari lari nak memesan makanan.

"Silakan makan Tuan Puteri.." Syed Fadhil pun menghulurkan makanan yang Dania pesan.

*********

"Alhamdullilah, sampai pun!" Jerit Dania gembira. 

Syed Fadhil melangkah keluar dari kereta. Sungguh aman di kampung Dania. Ada sawah padi. Kalau stress, bolehlah pergi ke kampung halamannya. Telahnya.

Syed Fadhil hanya tersenyum melihat gelagat Dania. Comel! Omel Syed Fadhil.

"Jomlah masuk." Ajak Dania sambil melemparkan senyuman.

Syed Fadhil terpukau. Senyuman yang cantik. Menggoda. Sangat menggoda.

"Hello Encik Fadhil! Jom masuk! Asyik termenung aje." Kata kata Dania itu tadi membuatkan Syed Fadhil terkejut. Terus hilang termenung dia tu.

"Assalamualaikum... Ibu... Ayah...." Dania pun menyalam kedua kedua ibu bapanya. Diikuti oleh Syed Fadhil. Dania memeluk tubuh yang melahirkan dia sekuat kuat hatinya.

"Dania, senak!" Jerit ibunya. Dania pun tertawa. Dia bukannya sengaja, cuma dia ingin melepaskan rindunya sahaja.

"Ibu aje? Ayahnya tak ada ke?"

"Hehehe... Lupa." Dania terus memeluk ayahnya. Ingin sahaja Dania melompat disitu. Gembira yang teramat. Kalaulah hari hari dia dapat berjumpa, mesti seronok. Telahnya.


"Saya suka sangat tengok awak bahagia Dania. Hati saya pun gembira." Omelnya dalam hati.

"Dania bawak kawan ye?" Tanya si ibunya.

"Kawan ke calon menantu? Wahhh calon menantu ayah ini, mari duduk dengan ayah." Ayahnya terlebih dahulu ayah memotong percakapan ibu.

"Err. Kawan ajelah.." Balas Dania gagap.

"Assalamualaikum pakcik, apa khabar, sihat?" Tegur Syed Fadhil.

"Waalaikumussalam. Lahh, tak payah panggil pakcik, panggil ayah aje."

Yessss!!! Awal awal lagi dia dah setuju! Jerit Syed Fadhil dalam hatinya.

"Hehehe... Ya ayah..."

"Kamu ni kawan dia ke?" Soal ayah. Syed Fadhil hanya menganggukkan kepalanya sebelum bersambung.

"Kami baru aje kenal beberapa hari yang lepas, tapi saya sayangkan dia, cintakan dia." Terlepas juga akhirnya daripada mulut Syed Fadhil. Nasib baiklah pada ketika itu Dania tak ada disitu, dia sedang berada di dapur. 

"Ayah berkenan sangat dengan kamu ni..." Kata kata ayah itu tadi membuatkan Syed Fadhil menjerit kuat dihatinya. Kalau nak aje dia peluk ayah Dania disitu. Gembira apabila orang tuanya berkata begitu.

"Dania ni ramai yang masuk meminang, kalau kamu lambat tak tahulah nak cakap macam mana..." Gurau si ayah. Syed Fadhil mati kata. Dalam kepalanya sudah fikir nak melamarnya bila pulang nanti. Ayahnya sengaja bergurau tapi ada betul juga kata katanya itu. Dania ni ramai orang yang suka. Kalau lambat, habislah Syed Fadhil...

"Insyaallah, saya akan melamar dia secepat yang mungkin." Senyuman dilemparkan kepada ayah Dania.

"Eh, jomlah kita masuk ke dapur. Sekali sekala jomlah tolong perempuan memasak kan.." Ajak ayah seraya terus berjalan menuju ke dapur dan diikuti oleh Syed Fadhil.

"Amboi... Sedapnya bau, masak apa je ibu, Dania?" Soal ayah apabila dia tiba di dapur.

"Seorang tengah memasak, seorang lagi tengah nak buat kek..." Jawab Dania sambil melemparkan senyuman kearah Syed Fadhil. Ayah hanya memerhati. Nampak mereka ni macam dah kenal lama. Tapi hakikatnya tidak.

"Nak saya tolong?" Tanya Syed Fadhil. Ibu pula yang memerhati. Suka betul si ibu dan ayahnya bila tengok anaknya dah nak kahwin. Eh, betul ke?

"Tak apalah, awak rehat je..."

"Eh saya tak penat pun. Awak buat kek apa ni?" Pandai Syed Fadhil berdalih. Dia tak mahu Dania menolak pertolongannya itu.

"Saya buat cheese cake ada topping chocolate" Jawab Dania gembira. Dania dah lama meninggalkan membuat kek. Dania memang suka membuat kek, cupcakes, cookies. Daripada kecil lagi ibunya mengajar Dania membuat benda benda itu semua.

"Wow! Fantastic! Tak sabar nak makan kek awak nanti!"

Dania hanya melemparkan senyumannya. Ayah menolong ibu memasak, dia tidak mahu mengacau Syed Fadhil dan Dania sedang bermesra-mesraan. 

"Tolong panaskan coklat dengan cheese please." Arah Dania kepada Syed Fadhil. Syed Fadhil hanya menurut tanpa banyak cakap. Dia juga yang kata nak tolong tadi.

*********

"Cheesecake ni dah siap! So kita kena simpan dalam peti ais dulu or nak makan sekarang?" Soal Syed Fadhil. Gembira betul dia apabila kek nya itu sudah siap. Maklumlah, air tangan dia dan bakal isteri kan.

"Letak dalam peti ais dulu, kita makan nasi dulu. Lepas makan nasi kita makan cheese cake ni sebagai pencuci mulut.." Jelas Dania sambil melemparkan senyuman kearah Syed Fadhil.

"Makanan tengahari pun dah siap ni... Apa lagi, marilah makan." Ajak si ibu. Dania hanya menurut. Barulah dia teringat, dia langsung tak nampak batang hidung adiknya itu. Abangnya sudah tentu tinggal bersama isterinya, mereka baru sahaja bernikah minggu lepas.

"Adik mana ibu? Abang tak balik ke?" Soal Dania. Bertubi tubi dia menyoal. Rindulah katakan.

"Adik ada tuisyen di sekolah, abang semalam lagi dia dah balik. Dia datang dengan isteri dia hari khamis haritu." Jelas Datin Mawar kepada Dania sambil mencedokkan nasi kepada tetamu iaitu Syed Fadhil.

"Nak lauk apa?" Dania menyoal Syed Fadhil. Syed Fadhil tersenyum herot. Seksi. Sukalah tu bila Dania melayannya bagaikan melayan sang suami.

"Awak letak je lauk apa-apa, saya pasti makan punya." Jawab Syed Fadhil ala-ala bahasa cina.

"Okay. Saya letak semua lauk, nanti tak habis siap awak." Gurau Dania manja.

"Mesti habis punya, kalau saya nak lagi, saya makanlah awak." Selamba sahaja Syed Fadhil berkata begitu, merah padam muka Dania.

"Ishh.. Dah lah, jemput makan." Marah Dania tetapi tetap dapat dikawal olehnya.

"Awak tahu, makin awak marah, makin awak comel. Tak kisahlah awak buat muka apapun, tetapi comel!" Bisik Syed Fadhil.

Nak aje Dania tertawa disitu. Tetapi dia tetap bermasam muka. Bukannya tak suka bila orang puji, tapi dia kurang selesa apabila Syed Fadhil berkata begitu.

**********

"Pencuci mulut nya mana Dania?" Soal ayahnya. Dania hampir terlupa tentang cheese cake yang dibuat olehnya dan Syed Fadhil.

"Hehehe.. Lupa lupa.. Kejap eh ayah. Ayah, ibu, dengan Fadhil pergilah duduk berborak dekat depan dulu."

Syed Fadhil baru aje ingin memulakan langkahnya, ayah Dania terlebih dahulu menolaknya supaya menemani Dania. Syed Fadhil hanya menurut sambil tersenyum gatal.

"Eh, duduklah dekat depan, sibuk aje." Gurau Dania. Nak aje dia tergelak disitu, kalau dia tergelak, pasti akan terkantoi.

Syed Fadhil tahu yang Dania hanya bergurau. Jadi, dia buat buat seperti kanak kanak yang merajuk kerana dihalau. "Tak apalah, siapalah kita ni kan, dia halau lagi..."

"Alololo... Merajuk pula dia ni..." Entah bila pula keluar dari mulut Dania keluar perkataan itu. Dia dah terbiasa berkata begitu dengan adiknya, jadi dibawa bawa ke orang lain pula. Alahai malunya!

"Macam ni lah baru saya suka bila ada bakal isteri pujuk..." Syed Fadhil mengelipkan matanya sambil senyum herot kepada Dania.

"Ish.. Dahlah layan awak ni, sampai bila bila pun kek ni tak terpotong."

"Siapa yang suruh layan... Saya tak suruh pun..."

Dania hanya membiarkan sahaja Syed Fadhil disebelahnya. Jantungnya berdengup kencang bagaikan nak tercabut sahaja jantungnya itu. Belum pernah lagi jantung aku berdengup kencang bila dengan lelaki lain kecuali Syed Fadhil...

Dania memotong kek nya itu. Tiba tiba sahaja Syed Fadhil menyampuk.

"Lain kali, potong kek tu biarlah lawa sikit, ikut bentuk diamond ke, barulah lawa macam awak sayang... Haih meh sini saya tolong potongkan." Syed Fadhil merampas pisau itu dari tangan Dania.

"Yelah, awak kan chef..." Balas Dania. 'Ya Allah! Handsomenya bila lelaki pandai memasak, menghias kek dan membuat kek ni!' Jerit kecil dihati Dania.

"Hah, macam ni baru lawa... Lepastu kita letaklah chocolate and strawberry. Please give me a strawberry and chocolate." Arah Syed Fadhil. Dania hanya menurut tanpa berkata kata. Tadi dia yang mengarah Syed Fadhil, kali ini Syed Fadhil pula yang mengarahnya. Adil bukan?

"Coklat yang dah dicairkan ke coklat yang cube?" Soal Dania.

"Coklat yang dah dicairkan tadi tu..."

"Oh okay. Nah!" Dania pun menghulur Strawberri  dan coklat.

Syed Fadhil mengambil satu sudu coklat kemudian diletak diatas pinggan kemudian dia membuat hiasan bagaikan bentuk tahi bintang yang terjatuh. Kemudian dia membasuh satu persatu strawberi dan dibelah dua. Kedua dua strawberi itu diletakkan diatas coklat tersebut.

"Yeah! Siap!" Jerit Syed Fadhil gembira. Sudah lama dia tidak membuat kek dan menghias kek. Sedari kecil lagi dia meminati membuat kek.

"Wow! Look great! Fantastic! Really love your design!" Puji Dania. Puji ikhlas dari lubuk hatinya. Bukannya dia mahu menipu, tetapi memang hakikat.

"Tengoklah siapa yang buat kan, your future husband."

"Err.... Dahlah saya pergi hantar kek ni kedepan."

"Elok elok jalan tu, nanti jatuh sedih saya.." Dania hanya tertawa sahaja. Tak tahu nak cakap apa apa apabila Syed Fadhil bergurau sebegitu.

Pinggan yang berisi kek itu dihulurkan kepada ayah dan ibu. Dari jauh lagi mereka sudah tersenyum. Mungkin senyum kerana hiasannya cantik kot..

"Cantiknya! Siapa yang hias ni?" Soal ibu Dania. Ayahnya juga turut menanyakan soalan yang sama.

"Fadhil lah siapa lagi, bu....ayah...."

"Sedapnya kek ni.... Pandai Dania dengan Syed Fadhil buat..." Puji ibunya.

"Yelah sedap betul. Tak sangka kan, Syed Fadhil yang lelaki pun pandai buat kek, ayah ni satu apa pun tak tahu..."

Errkkk ayah? Sejak bila? Hmm.. Fikir Dania sejenak.

"Hehe... Saya dari dulu belajar buat kek sebenarnya ayah.. Dah minat memasak kan..." Jelas Syed Fadhil.

"Eh Fadhil tak makan ke?" Soal ayah pula. Dania dah macam patung pula, asyik mendiamkan diri aje..

"Dania, suap kan lah kek tu kedalam mulut Fadhil..." Gurau ayahnya. Malu Dania dibuatkan. Nak aje dia pengsan disitu. Ibunya pula tidak bersetuju dengan kata kata ayah sebentar tadi, meskipun mereka nak berkahwin, tetapi belum lagi dinamakan sebagai suami isteri. Jadi, pantang larang, halal dan haram memang patut dijaga.

**********

Bab 11, esok ya?! :D

Friday 8 November 2013

Only You In My Heart (Bab 9)

Bab 9


Dania terpaku. Dia mendiamkan diri seketika. Pelik. Entah kenapa dari tadi dia hanya asyik memikirkan tentang Syed Fadhil. Mungkin kerana mesej itu. 

Jam sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi. Dari asyik memikirkan Syed Fadhil, better kalau aku tidur.... Telahnya.

*******

Dania tidak dapat melelapkan matanya. Mungkin terlalu gembira hinggakan dia tidak boleh melelapkan matanya. Jadi dia bangun untuk melakukan qiamulail.

Sudah menjadi kewajiban untuk umat islam solat pagi kerana melakukan solat pagi banyak manfaatnya, mendapat ganjaran pahala dan lain lain.

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”

(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Usai sahaja menunaikan solat, dia terus menunaikan solat subuh. Berjam jam juga dia hanya menghadap sejadah dan bersujud kepada Allah. Bukannya apa, dia jarang untuk bangun pagi, dan dia mengambil keputusan untuk berdoa kepada Allah sepanjang malam itu.

Pada pukul 7 pagi dia bersiap siap untuk bersenam di taman tasik Titiwangsa. Sudah lama dia tidak melakukan senaman. Mana tidaknya, asyik dengan kerja sahaja, kesihatan dilupakan. Manusia zaman sekarang, lebih suka mengejar harta dunia, daripada mementingkan kesihatan diri dan pahala yang dikumpul selama kita hidup.

Dania melangkah keluar dengan bacaan bismillah dan membaca ayatul kursi agar Allah melindungi dia pergi dan balik. Moga moga tiada ada apa apa kecederaan atau sesuatu perkara yang buruk berlaku keatasnya.

"Segarnya udara pagi ini... Ya Allah sungguh besar dan sangat cantik ciptaan-Mu..." Dania memejamkan matanya sambil menghirup udara yang segar.

"Janganlah tutup lama-lama, nanti kalau ada orang culik nanti siapa susah?" Gurau seorang lelaki.

Dania terkejut.

Dia tidak mahu membuka matanya. Kata kata orang itu membuatkan dia berasa sangat takut. Moga moga Allah melindunginya.

Perlahan perlahan Dania membuka matanya.

Syed Fadhil.

Fuhhhhhhhhh! Fikir siapalah tadi. Pandai mamat ni bergurau. 

"Lain kali, beri salam dulu ya." Kata kata Dania itu tadi membuatkan Syed Fadhil tergelak. Tergelak kerana wajah yang garang tapi comel.

"Assalamualaikum, Dania. Sorry buat awak terkejut."

"Waalaikumussalam. Ya, lain kali jangan buat lagi. Tak kerja harini?"

"Kerja apa nya, hari ini kan hari Ahad, semua pekerja cuti. Tak kesian ke dekat saya kalau asyik kerja aje?" 

Aduhhhhhhhh!!! Kenapa aku tanya dia soalan yang macam tu? Sedangkan hari ni hari Ahad! Ya allah malunya!

"Manalah tahu awak kerja..."

"Hmm... Jom joging dengan saya?"

"Err... Tak apalah, saya dah habis joging..."

Dania menolak dengan baik. Dia tidak mahu orang melihat dia jenis yang suka dan senang untuk menerima apabila lelaki mengajaknya.

"Oh okay. So dah nak balik ke nak breakfast dulu?"

"Terus balik je, lepastu saya keluar pergi breakfast."

"Oh kalau macamtu, saya pun nak balik lepastu breakfast. Boleh saya ikut awak breakfast sekali?"

Makkkkkk!! Dia ini tidak pernah mengalah dalam mengajak orang untuk keluar. Apakan daya, dia perlu terima ajakan Syed Fadhil kali kedua. Nak ditolak dikatanya sombong pula nanti. 

"Hmm... okay... Saya balik dulu, nanti mesej saya nak meet restoran mana.."

"Okay! See you again! Jangan lupa pula ya!" Jerit Syed Fadhil setelah Dania berlalu pergi. Gembira tak terkata lelaki itu. Tersenyum Dania apabila melihat gelagat Syed Fadhil. Lucu. Tak pernah nak mengalah.

*******

Cepat sahaja Syed Fadhil menghantar mesej kepada Dania, belum sempat lagi dia nak masuk kereta. Dania menoleh kebelakang, ada seorang yang sedang melambai dan senyum terhadapnya. Dania hanya menyambut dengan rela hati.

"Meet me at Starbucks Cyberjaya" Mesej itu dibaca sebelum Dania memulakan perjalanannya.

'Saya berharap agar tidak ada sesiapapun yang melafazkan kata cinta kepada awak sebelum dan selepas saya...' Bisik hati Syed Fadhil apabila Dania mula hilang dari pandangan matanya.

********

Syed Fadhil hanya mengenakan pakaian yang biasa tetapi tetap macho. Dia mengenakan t-shirt pagoda, seluar slack dan kaca mata ray-ban.

Lama juga Syed Fadhil tunggu Dania. Mana tidaknya, semangat ingin meneman Dania pergi breakfast. Dalam masa sejam barulah nampak Dania.

Dari jauh lagi sudah mengecam, memang itulah gadis yang menjadi idaman dan ingin dijadikan isterinya. Amboi....

"Hai, lama tunggu?" Sapa Dania.

"Taklah, saya baru tunggu aje ni..." Tipu Syed Fadhil, sedangkan dia sudah lama menunggu gadis itu.

"Oh, so dah order ke belum?"

"Belum lagi, saya tunggu awak lah ni, takkan lah saya nak makan seorang diri pulak..."

Dania hanya tersenyum dan diikuti oleh Fadhil.

**********

"Alhamdullilah....So lepas ni awak nak buat apa?" Tanya Fadhil setelah mereka sudah habis makan.

"Maybe pergi rumah ibu saya, sebab saya jarang ada masa untuk jumpa ibu saya." Senyum si Dania. Hati Syed Fadhil sudah mula bertaman bunga dah ni, ini semua gara-gara senyuman menggoda Dania.

"Oh kebetulan pula harini saya free, boleh saya ikut?"

Haihhhh mamat ni , kelakar je, siapalah yang mengajak dia.. Hehehe..

"Hm boleh juga, bolehlah berborak dengan ayah saya.. Dia pun memerlukan teman untuk berborak.."

Yessssssssss!!! Syed Fadhil bersorak kuat dalam hatinya. Ini peluangnya untuk dia mengambil hati orang tua Dania.

"Kalau macam tu jomlah kita gerak sekarang!" Ceria sahaja Fadhil mengajak Dania. Cerialah, siapalah yang tak ceria kan bila dapat peluang keemasan ni.

"Errr.. Okay.. Awak nak ikut dari belakang ke?"

"Siapa kata! Saya naik kereta dengan awaklah! Baru sweet!" Main lepas aje mamat ni... Fikir Dania sejenak, tapi tetap macho..

"Errr... Okay, baiklah..." Lepas dengar Dania kata begitu, cepat sahaja Fadhil bayar bill, belum sempat Dania nak bayar, Syed Fadhil terlebih dahulu belanja dia.

"Okay let's go! Biar saya drive." Amboi.....  Macam lah dia tahu mana kampung aku. Hmm..

"Awak tahu ke mana kampung saya? Hahaha..."

"Errr... Excited sangat, macam ni lah jadinya... Sorry..." Buat muka sedih pula dia ni.... Haih....

Dania hanya tersenyum apabila melihat gelagat comel oleh Syed Fadhil itu. Buat muka sedih pun dia masih lagi nampak macho. Mata seperti mata burung helang yang sedang menahan malu. Sangat macho dan comel!

Mereka pun jalan beringan. Syed Fadhil memegang tangan Dania sebelum mereka melintas. Sayang benar Syed Fadhil terhadapnya..

Kelakuan Syed Fadhil itu membuatkan Dania terkejut dan hampir pengsan disitu juga. Sudahlah semalam dia melakukan perkara romantik, harini dia buat lagi. Mahu tidak dia pengsan.

Mereka pun masuk kedalam perut kereta Dania. "Oh baru teringat! Kereta awak macam mana nanti?" Tanya Dania apabila dia teringatkan kereta Syed Fadhil.

"Tak apa, nanti saya suruh kawan saya yang ambilkan. Lagipun kunci dekat dia." Dia sebenarnya tidak mahu beritahu Dania perkara yang sebenarnya. Dia pergi tadi pun dengan driver, dan kunci itu ada pada tangan driver Fadhil, bukan di tangan kawannya.

"Ok baiklah," Pendek sahaja balas Dania. Mereka membaca doa sebelum memulakan perjalanan yang agak jauh itu.

Bab 10! Kejap lagi ya?! :D

Sunday 22 September 2013

Only You In My Heart (Bab 8)

Bab 8


"Tuan Syed Muhammad Fadhil...." Panggil Dania kepada Syed Fadhil tetapi didalam keadaan yang gagap.

Ya Allah! Berikan lah aku peluang untuk aku bercakap tanpa gagap. Adakah ini dinamakan cinta? Takkan lah sebab cinta aku boleh jadi gagap pula? Tanya Dania dalam hatinya. Dia pun berasa pelik, tiba tiba sahaja apabila duduk disebelah Syed Fadhil, mesti hatinya berdenyut kencang. Adakah Syed Fadhil pun berasa seperti aku? Fikir Dania sejenak.

"Hmm... Awak tak payahlah panggil saya Tuan tuan bagai, panggil aje Fadhil. Ada apa Cik Dania?" Pinta Syed Fadhil lalu menyedekahkan senyuman yang menggoda terhadap Dania.

Ishhh... Malunya aku kalau begini! Baru pertama kali aku keluar bersama orang terbesar dan terkaya didunia! Rasanya macam nak pengsan aje. Kaku yang amat! Jerit Dania dalam hatinya. Kalau boleh, nak aje dia jerit sekuat-kuat hatinya.

"Hm... Ya baiklah Fadhil. Awak pun jangan lah panggil saya Cik... Panggil Dania aje... Kita nak pergi mana?" Dania... Dania.... Sudah-sudahlah tu gagap! Ishhh malunya!

Syed Fadhil hanya tersenyum melihat gelagat Dania. 

Bukan awak aje yang kaku Dania, saya pun sama.... Adakah awak pun suka dekat saya ? Saya berharap sangat awak mempunyai perasaan yang sebegitu.

Kalau boleh, nak aje Syed Fadhil terus bawa Dania pergi bernikah malam itu juga. Tetapi Syed Fadhil tidak rasa yang Dania sukakannya. Iyalah, Dania cantik, comel, mempunyai kerjaya. Tidak mungkinlah dia langsung tidak mempunyai boy-friend. Tapi kalau tak ada pun lagi bagus. Tiba tiba sahaja Syed Fadhil fikir sebegitu.

"Awak ikut aje saya..." Jawab Syed Fadhil .

Daripada tadi Syed Fadhil hanya tersenyum aje bila aku tanya soalan sebegitu. Ya Allah, selamatkan lah aku kalau aku berada dalam keadaan yang susah ya allah...

Daripada wajah Dania itu, Syed Fadhil sudah boleh meng-agak yang Dania risau jika Syed Fadhil meng-apa apakan Dania. Syed Fadhil hanya tersenyum melihat gelagat Dania. Comel! Sangat comel dan menggoda!

"Dania... Just trust me... Saya tak apa apakan awak.. Percayalah, lagipun saya cuma janji nak bawa awak pergi dinner dan jalan-jalan bukan? Saya janji saya akan bahagia kan awak malam ni dan hari yang seterusnya.."

Saya janji saya akan bahagiakan awak malam ni dan hari yang seterusnya?

Dia nak buat aku bahagia? Apa maksud dia yang sebenarnya? Ahh tidak kisahlah. Dania berasa lega sedikit apabila Syed Fadhil berkata sebegitu. Dia bukannya tidak percaya yang Syed Fadhil itu baik orangnya, tapi dia cuma takut sedikit, iyalah, tidak pernah dia keluar bersama lelaki yang berpangkat besar ini, tiba tiba sahaja Syed Fadhil mengajak Dania keluar.

Dania hanya tersenyum sahaja apabila Syed Fadhil berkata sebegitu. Nak jawab takut pula kalau dia betul betul tahu yang Dania sememangnya sedang berasa gelisah.

*********

Syed Fadhil meletakkan keretanya ditempatnya yang sangat jauh daripada pandangan orang ramai. Dia bukannya nak apa apakan Dania, cuma tidak ada parking di depan restoran tersebut. Terpaksalah lah dia meletakkan keretanya itu di tempat yang jauh.

Daripada raut wajah Dania, Syed Fadhil sudah boleh meng-agak.

"Saya janji tak akan apa-apakan awak, sayang.... " Kata Syed Fadhil didalam hatinya. Kalau boleh, nak aje dia peluk Dania untung menenangkan hati Dania.

"Macam apa yang saya cakap tadi dalam kereta, saya janji tak akan apa apa kan awak." Senyum Syed Fadhil kepada Dania.

Senyuman yang menggoda itu membuatkan Dania berhenti daripada berasa gelisah. Kerana senyuman yang menggoda itu, membuatkan dia berasa tenang sekali. 

Mereka berjalan menuju ke restoran yang dimaksudkan oleh Syed Fadhil. Mereka amat sesuai dan serasi bersama pada malam itu. Sangat sesuai. Dania mengenakan dress labuh dan berdandan rambut lurus. Syed Fadhil pula mengenakan kot hitam. Bagaikan pasangan yang mahu mengadakan majlis perkahwinan aje.

Dania hampir terjatuh kerana memakai kasut high heels. Nasib baiklah Syed Fadhil sempat memegang Dania. Kalau tidak, jatuh ke tanah lah dia pada malam itu.

Ishhh... Buat malu aku aje! Bentak Dania didalam hatinya. Rasa bengang pula rasanya bila pakai kasut tinggi sebegini. Menyesal pun ada. Katanya.

"Walk carefully and just hold my hand" Syed Fadhil menyuruh Dania memegang tangannya untuk mengelakkan Dania terjatuh buat kali kedua.

Dania hanya tersenyum dan menurutkan sahaja perintah Syed Fadhil.

Syed Fadhil pun tersenyum. Senyum gembira. Gelagat Dania memang amat comel dan membuatkan dia tertarik dan tergoda.

Bukan Syed Fadhil sahaja yang tergoda. Dania pun turut tergoda sama. Mana tidaknya, inilah baru kali pertama dia jatuh dan ada seorang lelaki menyambutnya. Bagaikan puteri seperti dalam cerita kanak kanak pula.

"Hmmmmm... Thanks Fadhil for helping me." 

"Kenapa panjang sangat hmmm tu? Pleasure, my dear." Syed Fadhil sengaja menyebut perkataan my dear itu secara perlahan-lahan. Dia tidak mahu Dania mendengar apa yang dikatakan oleh Syed Fadhil.

Dania hanya tersenyum. Dia berasa pelik kerana ayat yang terakhir itu dia tidak dengar dengan jelas. Tapi dia biarkan sahaja. 

Mereka mula masuk kedalam restoran tersebut. "Restoran ni mesti makanannya mahal! Aku pun bawa duit cukup cukup aje ni..." Fikir Dania. Dari luaran sahaja sudah nampak macam mahal. Apatah lagi makanan didalamnya, mesti mahal mahal belaka.

Seorang pelayan datang kearah mereka. Pelayan itu mengenakan baju waiter dan tudung. Ini mesti restoran muslim. Fikir Dania, tapi makanannya semua nampak mahal. Asyik itu ajelah yang dia fikirkan.

"Order sir." Kata seorang pelayan.

"Just order what do you want. Saya bayar." Kata Syed Fadhil sambil mengenyitkan matanya.

Ahhh, Syed Fadhil! Please don't do that! Melting tengok awak tahu tak? Kata Dania dalam hatinya. Kalau boleh, nak aje dia jerit sekuat hatinya. Sangat melting.

"Are you sure?" Tanya Dania bagi mendapatkan kepastian.

"Yes i'm! Just order what you want" Sekali lagi Syed Fadhil mengenyitkan matanya.

Ahh sangat menggoda! Jerit Dania.

Dania tidak membalas apa apa. Dia hanya tersenyum. Tersenyum kerana gembira. Bukan gembira sebab Syed Fadhil belanja dia, tapi gembira sebab Syed Fadhil mengenyitkan mata kepadanya.

**********

Usai sahaja mereka makan, Syed Fadhil terus membayar bill. Masuk kali ini, sudah dua kali Syed Fadhil yang belanja Dania. 

Syed Fadhil menuju kearah Dania. Hati Dania berdengup dengan kencang. Syed Fadhil pun sama. Tapi dia peduli apa, dia nak bahagiakan Dania. Semakin dekat. Semakin Dania rasa macam nak aje mati disitu.

Syed Fadhil terus menarik tangan Dania lalu berkata, "Just follow me. Saya dah janji dengan awak nak buat awak gembira."

Ayat Syed Fadhil membuatkan Dania berasa pelik. Kenapa tiba tiba sahaja dia berbuat macam itu terhadap aku? Fikir Dania sejenak. Dia hanya ikut sahaja langkah langkah Syed Fadhil. Syed Fadhil tidak melepaskan tangan Dania. Takut takut kalau Dania lari ke.

Mereka masuk kedalam kereta Syed Fadhil. Dania berasa penat kerana Syed Fadhil berjalan bagaikan ada orang nak beranak. Syed Fadhil membawa kereta dengan penuh berhati-hati. Dia tidak mahu ada apa apa kemalangan. Dia mahu Dania hidup! Dia mahu Dania hidup bersama dengannya!



Mereka pun sampai ke destinasi yang Syed Fadhil tuju. Hanya pergi ke taman aje? Tanya Dania dalam hatinya. Bukan taman permainan, tapi taman bunga.

Dania bukannya tak suka bila pergi ke taman bunga, tapi Syed Fadhil mahu buat apa disini? Fikir Dania sejenak.

Syed Fadhil menghulurkan tangannya. Dania pun menyambutnya lalu memberikan senyuman. Syed Fadhil mengenyitkan matanya lagi. Syed Fadhil membawa Dania berjalan jalan di taman bunga tersebut. Tiada sesiapapun di taman bunga tersebut pada malam itu. Iyalah, biasanya orang akan pergi ke taman bunga pada waktu petang ataupun pada waktu yang panas. Tapi berlainan pula dengan Syed Fadhil, dia membawa Dania pada waktu malam.

"Music!" Tiba tiba perkataan itu keluar daripada mulut Syed Fadhil. Dania berasa sangat pelik. Ada pula ya musik di taman bunga?

Lagu pun mula dimainkan. Syed Fadhil mencapai sebuah mikrofon dan bermain piano. Ada seorang lagi sedang bermain violin. Syed Fadhil menyanyikan sebuah lagu untuk Dania.

And the conversation was right
underneath the shade of moonlight
you were standing there
with sun-touched hair
and your dress the color white
like an aeroplane I took flight
fell in love with you that first night
cause you danced with me
and I could see, that there was more to life.  


I’m falling, I’m falling
in love with you
I’m falling, I’m falling
in love with you. (ooh)


Just before the strike of midnight
you said “This could be the good life”
and you say “goodbye, hope that I get to see you soon”
then I walked for several miles
couldn’t rid me of my smile
cause you found me and I found you
in this lovely month of June.


I’m falling, I’m falling
in love with you
I’m falling, I’m falling
in love with you.


Will you catch me
because lately..
you’re a dream come true
say you love me
you are lovely
do you feel it too?


I’m falling, I’m falling
in love with you
I’m falling, I’m falling
in love with you.

(Tyler Ward ft Alex G - Falling)

Dania terpukau. Tergoda. Terharu. Semunya lah pada malam itu! Tidak sangka, Syed Fadhil betul betul menunaikan janjinya. Dania berasa sangat terharu. Nak aje dia peluk Syed Fadhil pada saat ketika itu.

Habis sahaja lagu tadi, Syed Fadhil terus menyanyikan lagu yang kedua untuk Dania.

Baby, I love you
I never want to let you go
The more I think about,
The more I want to let you know:
That everything you do,
Is super fucking cute
And I can't stand it

I've been searching for
A girl that's just like you
Cause I know
That your heart is true

Baby, I love you
I never want to let you go
The more I think about,
The more I want to let you know:
That everything you do,
Is super duper cute
And I can't stand it

Let's sell all our shit,
And run away
To sail the ocean blue
Then you'll know,
That my heart is true

Baby, I love you
I never want to let you go
The more I think about,
The more I want to let you know:
That everything you do,
Is super duper cute
And I can't stand it

You, you got me where you want me
Cause I'll do anything to please you
Just to make it through:
Another year

You, I saw you across the room
And I knew that this is gonna
Blossom into something beautiful.
You're beautiful.

Baby, I love you
I never want to let you go
The more I think about,
The more I want to let you know:
That everything you do,
Is super duper cute
And I can't stand it
No I can't stand it
No I can't stand it 

(Can't Stand It - NeverShoutNever)

"You make my day... Fadhil...." Nangis Dania tetapi sebenarnya dia menangis kerana terharu.

Selesai sahaja lagu itu dipermainkan, Syed Fadhil memberikan sekuntum bunga kepada Dania. Dania menerima bunga itu dengan rela hati.

"Thanks for everything.." Kata Dania lalu memberikan senyuman yang manis kepada Syed Fadhil.

Syed Fadhil mengelap air mata Dania. Dia akan rasa gembira kalau Dania gembira. Dia mahu Dania gembira. Dia tidak mahu Dania menangis kerana kecewa.

"You're welcome. Terima sebab menggembirakan saya.." Kata Syed Fadhil.

Dania hanya tersenyum.

Syed Fadhil memeluk bahu Dania. Dia menyuruh Dania supaya pandang kehadapan. Secara tiba tiba, ada mercun yang warna warni. Dania terkejut lalu memandang Syed Fadhil.

"Don't look at me, pandang depan. Fokus" Kata Syed Fadhil.

Fokus? Fokus hanya untuk mercun? Fikir Dania pelik. Tapi tak apalah, dia tetap juga fokus untuk memandang mercun itu.

**************

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Walaupun pulang lewat malam, tetapi Dania berasa sangat gembira apabila bersama dengan Syed Fadhil.

Sampai didepan rumah Dania, Syed Fadhil terus menanyakan nombor telefon Dania. Dania memberikan kepada Syed Fadhil dengan ikhlas. Dia tahu Syed Fadhil memang baik.

"Thanks again for everything.." Kata Dania.
"Pleasure.." Balas Syed Fadhil dengan senyuman yang menggoda.

Dania rasa dah tidak tahan lagi. Tidak tahan kerana senyuman Syed Fadhil yang menggoda dan dia berasa sangat mengantuk.

"Okaylah saya masuk dulu. Drive carefully." Pesan Dania sebelum masuk kerumahnya.
"Okay. Take care."

Dania pun masuk kedalam rumahnya dengan perasaan yang gembira. Dia terus masuk kedalam biliknya untuk mandi dan solat isyak. Dia berasa sangat penat dan mengantuk. Tetapi dia berasa sangat gembira.

*************

Selesai sahaja mandi dan solat isyak, Dania melihat telefon bimbitnya. Ada nombor yang tidak dikenali menghantar mesej kepadanya.

"I will never let you go. Saya tak akan lepaskan awak ke tangan orang lain. Thanks cause made my day and remember, jangan bagi lelaki lain menyentuh dan menyakitkan hati awak, Dania. -Syed Fadhil-"

Dania membaca mesej tersebut dengan perasan hairan. Kenapa Syed Fadhil berkata begitu?

****************

Bab 9? Next entry. Insyaallah.

Monday 16 September 2013

Only You In My Heart (Bab 7)

Bab 7


Selesai sahaja makan, Dania pun terus ke kaunter untuk membayar. Ariyana berasa sangat malu, itulah kali pertama dia makan ada orang yang membelanjanya. Dan kerana itulah dia berasan sangat malu. Nak sahaja dia menghalang Cik Dania untuk membayar segala makanan dan minuman. Tapi dah rezeki orang nak belanja, dia perlu terima.

"Okay done, lets go." Kata Dania kepada Ariyana.

Ariyana yang tadinya hanya memandang Dania di kaunter sambil meminum air minumannya. Dania yang muncul dihadapannya pun dia tidak perasan.

"Aiii Yana, awak pandang saya ke pandang casher yang kacak tu?" Tanya Dania sambil senyum nakal.
"Ish mana ada Cik Dania, sudah tentulah saya pandang Cik Dania." Jawab Ariyana yang malu malu.

Sebenarnya memang dia memandang casher yang berada di kaunter tersebut. Dari tadi dia asyik memandang casher itu sahaja. Mungkin bagi Ariyana lelaki itu kacak. Ariyana dah mula rasa tertarik akan lelaki itu. Walaupun hanya kerja bawahan ataupun kerja biasa biasa sahaja yang gajinya hanya untuk cukup cukup makan sahaja, kalau itu jodoh dia, memang dia akan terima sahaja.

"Yana............. Dah lama saya tunggu ni, kalau awak nak duduk dekat sini sampai besok pun saya tak kisah. Just call me kalau awak nak suruh saya ambil awak." Senyum Dania nakal.

Malu Ariyana dibuatnya.

"Ish Cik Dania ni, suka menyakat saya, malulah saya. Hehe sorry sorry, jom lah kita pergi." Kata Ariyana kepada Dania.

"Are you sure? Betul ke ni? Nanti kalau kita pergi, menangis pula awak.." Senyum Dania nakal lagi. Suka betul dia menyakat Si Ariyana.

"Yes, i am!" Pendek sahaja balas Ariyana, nampak betul dia tidak main main. Dia betul nak pergi dari situ supaya dia tidak melting dengan wajah lelaki tersebut.

"Oh okay okay, jom jom..." Ajak Dania memasuki kedalam keretanya.

Sepanjang perjalanan, Ariyana hanya tersenyum kerana memikirkan wajah lelaki tersebut. Apa yang menarik sangat tentang lelaki itu pun Dania tak tahu. Baginya, lelaki itu tak ada lah sekacak Kim Hyun Joong, tapi mungkin bagi Ariyana kacak dan mengikut citarasa nya...

"Awak suka lelaki itu ke?" Tanya Dania kepada Ariyana yang hanya dari tadi asyik tersenyum sahaja seperti kerang busuk.

"Haa... Eh mana ada..." Jawab Ariyana dalam keadaan ragu ragu.

"Iyeke? Cakap aje lah saya janji tak akan bongkarkan rahsia awak." Janji Dania kepada Ariyana.

Ariyana pun mahu beritahu perkara yang sebenarnya, tidak salah kalau dia berterus terang. Tapi cuma minat sahaja dekat lelaki itu. Andai kata dia dah mempunyai isteri, tak apalah, mungkin tak ada jodoh.

"Hmm ya saya suka dia, minat sahaja bukan suka pun.." Jelas Ariyana kepada Dania. Dia pun tidak tahu yang sebenarnya dia suka ataupun cinta ataupun minat sahaja akan lelaki tersebut.

"Baguslah kalau awak dah temu lelaki dalam hidup awak Ariyana... Saya ni, siapa lah yang nak...." Beritahu Dania, sambil senyum kepada Ariyana.

Ariyana hanya terdiam dan sedekahkan senyuman sahaja kepada Dania. Dia tidak tahu untuk balas apa apa, bayangan lelaki itu membuatkan dia kaku!

******

Jam menunjukkan pukul 9.10 pagi. Pukul 10.00 pagi Dania ada meeting. Katanya meeting dengan orang terbesar. Tapi dia tidak kenal siapakah orang itu. Lelaki atau pun perempuan. Ahh tidak kisahlah, janji dia berjaya dalam meeting itu.

******

Syed Fadhil terus masuk kedalam perut keretanya. Dia memandu kereta dia dengan penuh cermat. Dia ada meeting dengan orang terbesar pada pukul 10.00 pagi ini. "Kenapalah meeting itu tidak ada di pejabat aku sahaja? Penatnya tidak terkata, makan pagi pun belum lagi ni..." Syed Fadhil mengeluh kerana penat.

Dari semalam dia asyik teringatkan Dania, dan kerana itu lah punca punca kenapa dia berada penat sangat. Tidur pun tidak cukup. Kalau dia pergi ke restoran itu lagi, sudah semestinya Dania sudah tidak ada, waktu sebegini semestinya orang tengah sibuk kerja bukannya makan. Tapi dia peduli apa, dia tetap juga mahu singgah makan kuih sebentar di restoran itu untuk mengisi tenaga.

Selesai sahaja makan di restoran itu, Syed Fadhil terus masuk ke dalam perut keretanya untuk pergi ke pejabat yang mereka janji untuk meeting di situ. Katanya meeting pada pukul 10.00 pagi, tapi ada segelintir lagi yang masih lagi belum sampai. Mungkin jalan sesak agaknya. Maklumlah Kuala Lumpur, penuh dengan kereta dan kenderaan kenderaan lain.

Pada pukul 10.15 pagi barulah ramai dan cukup orang untuk meeting. Dah lama dia tunggu. Mereka pun bergerak bersama sama. Syed Fadhil hanya ikut sahaja pembantu di syarikat itu menunjukkan bilik untuk mereka meeting. Dia melihat seorang perempuan, mempunyai rambut yang lebat dan lurus. Dari belakang nampak cantik, belum lagi apabila face to face. "Ahh aku tak kisah siapa perempuan ini, yang pentingnya Asyirah Dania lah yang menjadi pilihan hati aku.." Tiba tiba sahaja ayat itu keluar daripada mulutnya.

Perempuan itu pun memandang kearah mereka. Tiba tiba sahaja Syed Fadhil terkejut dan tersedak. Adakah ini mimpi? Tanya Syed Fadhil didalam hatinya.

Bukan Syed Fadhil sahaja yang terkejut, Dania pun terkejut sama. Rupa rupanya Syed Fadhil yang dia kenal ini sebenarnya anak Tengku Syah? Ya allah, biar betul? Dia benar benar tidak sangka, lelaki yang dia kenal selama ini ingatkan seorang pekerja biasa. Sebenarnya Syed Fadhil yang tidak mahu membongkarkan rahsia yang sebenarnya. Begitu juga Dania. Dania bukannya seorang yang pilih lelaki kaya. Bukan! Dia tidak mencari lelaki yang kaya tetapi dia mencari lelaki yang mampu membawa dia ke syurga kelak.

"Introducing you, Tengku Syed Muhammad Fadhil bin Tengku Syed Syah." Cakap seorang pekerja kepada Dania.

Dania dan Syed Fadhil pun hanya tersenyum. Mereka tidak mahu bersalaman kerana itu adalah haram kerana tidak ada apa apa ikatan yang sah.

Semasa meeting, Syed Fadhil asyik melihat wajah keanggunan Dania. Dania langsung tidak sedar bahawa ada mata yang sedang memerhatikannya. Kerana dia sedang asyik menumpukan perhatian kepada pekerja yang sedang berhujah didepan.

******

Selesai sahaja meeting tadi, Syed Fadhil terus berjumpa dengan Dania. Dia tidak mahu berlakon seperti orang yang tidak kenal gadis itu. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk keluar makan bersama Dania. Tujuan dia mahu berjumpa Dania adalah untuk mengajak makan bersama.

"Excuse me, Dania.." Tegur Syed Fadhil.
"Oh Tengku Syed Muhammad Fadhil, do you need any help?" Tanya Dania sambil melemparkan senyuman.
"No, i'm fine. Saya cuma nak ajak awak makan tengahari bersama. Boleh?" Tanya Syed Fadhil kepada Dania.
"Hmm, boleh aje.." Pendek sahaja balas Dania. 

Dalam hati Syed Fadhil, sudah melompat keriangan kerana dapat keluar bersama gadis idamannya itu. Kalau dia ada ikatan yang sah dengan Dania, sudah tentu dia peluk sahaja Dania pada ketika itu.

"Okay, awak naik kereta saya sahajalah..." Ajak Syed Fadhil.

"Eh tak apalah, saya naik kereta saya sendiri..." Jawab Dania yang malu malu.

"Tak apa, percayalah dekat saya, saya tak akan apa apa kan awak..." Syed Fadhil melemparkan senyuman kepada Dania. Memang niat dia hanya untuk mengajak Dania bukan untuk mengapa-apakan Dania.

"Okay, kalau begitu tunggu sebentar ya, saya nak ambil handbag saya sekejap.." Balas Dania sambil melemparkan senyuman yang manis lagi membuatkan Syed Fadhil berasa melting, nak sahaja dia pengsan disitu.

"Okay baiklah, saya tunggu.." Senyuman dibalas senyuman.

Ya allah, comelnya awak Dania... Sekali awak senyum, terus saya nak pengsan... Indah sungguh ciptaanMu Ya allah..

Tiba tiba sahaja Dania berjalan nak menuju ke arah Syed Fadhil. Cara dia berjalan pun dah nampak sangat comel dengan mukanya itu. Ya allah tabah kan lah iman hambuMu ini...

Syed Fadhil mendahului Dania supaya Syed Fadhil tidak pengsan apabila melihat wajah Asyirah Dania. Dania hanya ikut sahaja jejak jejak langkah Syed Fadhil. Syed Fadhil membukakan pintu keretanya untuk Dania. Dania pun masuk kedalam kereta Syed Fadhil dengan memulakan bacaan Bismillah agar tidak berlaku apa apa keburukkan terhadapnya.

Syed Fadhil berasa agak kaku apabila berada bersebelahan dengan Asyirah Dania. Dia rasa gagap untuk bercakap. Lidah dia keras untuk bercakap! Hatinya berdenyut kencang. Laju sekali! Begitu juga Dania. Jadi sepanjang perjalanan, mereka hanya tersenyap tanpa berkata apa apa. Hati mereka berdengup kencang membuatkan mereka jadi gagap untuk memulakan perbicaraan.

******

Bab 8, next entry. Insya Allah.