Monday 23 November 2015

Pengalaman Berjual di USIM

Assalamualaikum.

Lamo bebeno eden dok tak upload any post on this blog (upload?) Semalam cuma sempat tukar rupa blog aje, tapi kalau nak post something new memang tak larat habis. Mata pun dah mengantuk, badan pun dah letih. Selama dua hari tanpa rehat. Eceh.

Jadi sekarang ni, baru aku tahu bukan senang untuk dapatkan rezeki yang halal. Susah sangat. Penat semua ada. Banyak cabaran. Aku baru dua hari dah mengeluh. Lagilah orang-orang yang bekerja selama 5 hari tu kan, huhu.


Wednesday 18 November 2015

New cerpen is updated!

Assalamualaikum.

Since aku pun dah tak tahu nak buat apa selain daripada buat art yang buruk, merosakkan planner dan memburukkan lagi planner aku, membuang tenaga elektrik dengan menonton movie sambil bermain phone dan ditemani oleh lagi exo, lebih baik aku buat cerpen atau novel yang memang lama aku tinggalkan sejak ada pt3.

Huh kau, ayat tak mahu kalah. Ayat nak bm aje, padahal bm fail. Kerek betul.

Please visit my second blog,


To read new short story, please click >here<

And please, do read my friend's novel too >here<

Tq!

Btw, sekarang ni aku cuma tinggal lagi dua nak sekolah. Lepastu cuuutiii. What a freedom guys. So then I can keep update my blog as usual in shaa allah if I have a time to post something new on this blog. Bye huhu.

Tuesday 10 November 2015

#planneraddictmalaysia

Assalamualaikum.

Sejak tengok tumblr inspired, planner, jurnal dan diy aku terus dah minat dan terikut-ikut perangai omputeh yang selalu buat jurnal dan planner yang cecomey. Gila ko tak comey, meh nak tunjuk sikit!

Comel gila kan?

Tambah-tambah planner hijau, masyaallah fav aku.

Aku ingat naklah buat planner cari dekat kedai diy, daiso dengan kaison. My forever and always favourite shop, which is I can find a cute stuff. Aku memang tak tahan dengan benda-benda comel dengan colourful hahaha. Tapi penat aku cari kebanyakkannya mahal, dan tak berapa nak lawa. Yang dekat daiso punya takyah cerita lah, memang comel bukunya tapi nipis sangat huhu.

Dan bila aku fikir balik, why not buat sendiri aje. Daripada beli buku dia, baik buat sendiri planner untuk seumur hidup. In shaa allah lah seumur hidup, sebab aku pun tak tahu berapa banyak muka surat yang ada tapi memang teballah kan. Planner sekali dengan jurnal. Kuh.

Gambar pun blur hahaha

Actually, I made this planner about 10 months ago waktu the first year 2015. Tapi baru harini teringat ada buat planner dan baru harini aku nak mula decorate :')

Muka depan tersangatlah simple. Aku cuma pakai kertas A4 warna putih dan warna-warni lepastu aku bahagikan dua dan aku tebuk lubang macam dalam gambar di atas. Untuk muka depan dengan belakang aku cuma pakai cardboard yang aku rembat daripada bilik abang aku memandangkan dia pun tak guna cardboard tu. Kah.

Pastu, balut dengan pembalut cute polka dot tu yang aku beli dekat kedai diy, rm0.80 aje okay, murah! lepastu buatlah design sesimple yang boleh. Dan cardboard tu kalau bosan, boleh tukar design lain hahaha. Dah siap buat lubang, boleh terus letak ring. Nampak buruk, tapi comel di mata aku sudahlah kann hahaha.


Annyeonghi gaseyo hahaha.

Thursday 5 November 2015

Resepi Kimbap (Korean Food)

Assalamualaikum.

Semalam aku baru post resepi puding roti. Actually, puding roti tu last week punya and it should be posted on last week lah kan. Haha, nampak pemalasnya aku ni.

So, ahad lepas adalah pergi beli barang untuk buat kimbap. Mana taknya, dah layan korea, sekali dengan makanannya sekali nak cuba. Poyo betul hahahaha benda biasaaa sama aje macam yang kita selalu makan western food tu. It's not wrong if we just want to try another things such as makan makanan daripada negara orang lain. It's not because I'm too obsessed with Korea guys, don't get me wrong hahaha. I'm type of person who always want to try a new thing. To me, why not kan hahahaha. Dah merepek apa dah.

Okey, kimbap dia rupanya macam gini

Ni kimbap waktu hari Ahad haritu.

Bahan-bahan untuk kimbap :
- Timun (Dipotong secara memanjang dan dibuang ditengahnya yang lembut dan berair)
- Carrot @ lobak merah (dipotong halus)
- Daging cincang
- Hotdog
- Telur 2 biji
- Nasi (Beras SUMO)
- Minyak bijan (But I didn't used it, sebab tak jumpa yang ada halal)
- Garam
- Sedikit lada hitam
- Seaweed (Rumpai laut)

Cara-cara : (Nasi)

Pastikan korang pakai beras yang ini. HALAL pun dah ada.

- Ambil nasi mengikut banyak mana yang korang nak. Kalau aku, agak-agak aje, ikut berapa banyak inti yang korang buat. Bagi aku, inti banyak, nasi kurang kan sikit. Sebab kalau nasi yang terlebih banyak pun tak sedap jugak.
- Basuh beras (Kalau aku basuh 5 kali huahua) dengan selawat tiga kali. Setiap kali basuh, setiap kali tulah selawat.
- Lepastu masaklahhh. Hahaha.
- Bila nasi dah masak, masukkan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit garam. Kalau ada minyak bijan, letakkan sedikit dalam dua ke tiga sudu. Sorrylah tak tahu berapa banyak sebab aku tak pakai minyak bijan.

Rupa nasi tu bila dah masak. Nasi dia melekat-lekat walaupun kau buat nasi ni dengan cara kau buat nasi yang biasa.

Untuk inti kimbap pulak,
- Potong carrot dengan halus, contohnya macam gini.


- Lepastu carrot yang dipotong tu, letak dalam pinggan dan letak sedikit garam. Nak bagi rasa. Sikit aje. Ketepikan.
- Hotdog pulak, kalau aku bahagikan 4 bahagian untuk satu hotdog yang panjang tu. Ikut koranglah nak potong macam mana. Nak bahagikan 2 pun boleh tapi asalkan jangan beso-beso sangat eh. Ketepikan.
- Daging cincang pulak, basuh di atas penapis. Dengan selawat 3 kali. Basuh sampai hilang darah dekat daging cincang tu. Ketepikan.
- Timun potong macam yang aku cakap dekat atas. Ketepikan.
- Lepastu, ambil telur 2 biji pecahkan dalam mangkuk @ pinggan. Masukkan sikit garam dan lada hitam kemudian kacau (kacau ke pukul?) telur sampai berbuih. Hah ikut hatilah nak pakai blender pun boleh kahkah. Ketepikan.

Masa untuk goreng pulak,
- Goreng carrot, masukkan dalam pinggan. (Nak rebus pun boleh)
- Goreng hotdog yang dipotong tadi, dan masukkan dalam satu pinggan yang ada carrot tadi. Takyah bebanyak pinggan, penat nak basuh nanti. (Nak rebus pun boleh)
- Goreng daging cincang, masukkan sedikit lada hitam dan garam. Masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam pinggan yang sama.
- Goreng telur dadar pulak, kemudian potong memanjang dan masukkan ke dalam pinggan yang sama. Macam dalam gambar bawah ni.

Menarik kan? Ceh ceh.

- Ambil papan (bagi yang tak pakai rolling apa entah namanya). Kalau nak pakai rolling tu pun boleh, semestinya. Tapi aku malas nak beli walaupun dekat kedai DIY RM1 aje haaa kau murah! Tapi lebih berbaloi kalau gulung pakai tangan kehkeh. Jimat rm1 aku huhu.

- Letak seaweed diatas papan @ rolling. Aku pakai seaweed ni.


- Diatas seaweed tu, korang letak nasi. Tekan sikit nasi tu supaya dia melekat. Part nak tekan ni susah sikit. Sebab nasi dia melekat-lekat. Tapi, aku pakai sudu plastik yang licin waktu nak tekan. Mudahkan kerja sikit.
- Lepastu, susun ajelah benda-benda yang korang buat tadi. Hotdog, timun, carrot, daging cincang dan telur. Tapi pastikan korang susun dalam keadaan bertindih. Kalau susun memanjang susah nak gulung.

Macam gini haa rupanya. Lagi banyak inti, lagi sedap.

Lepastu, siap! Disebabkan aku terbuat banyak nasi, jadi kimbap aku kurang sedap sebab terlampau banyak nasi dan inti tersangatlah kedekut. Yang kali pertama sedap (sedap? puji masakan diri sendiri) sebab kurang nasi, banyak inti.

Inti tu, kalau nak pakai crab yang panjang tu pun boleh. Ikut sukalah nak letak apa. Nak letak daun spinach ke. Up to you guys. That's your recipe, why not if you want to try something new kan.

Ni yang kali kedua. Tapi still nampak sedap bhahaha sebab dah ketagih sangat.

Zoom sikit. Hahahaha.

Selamat mencuba. I'm so sorry if you can't even understand my recipe, the way I'm talked (talked sangat). Goodluck untuk mencuba sesuatu yang baharu wah tak habis habis ayat tu.

Wednesday 4 November 2015

Resepi Puding Roti Berkuah Kastard

Assalamualaikum.

Nilah rupanya puding roti tu.

Why I'm so excited to publish this post. Hahaha, this recipe is not mine, I'm just watched it on youtube. Abang aku lah dok suruh buat puding roti katanya dah terliur lama tak makan. Dulu first time buat puding roti dia yang buat, tapi dia letak cheese. Boleh tahan sedap. Tapi taste aku, nak ala-ala sos gitu, aku pun trylah buat puding roti dengan sos kastard. Semua bagi komen yang positif, alhamdullilah kehkeh.

Bahan pun simple. Ikut resepi aku, memang simple, pemalas dan kedekut habis. Kalau orang lain adalah jugak letak buah-buahan yang dipotong kecil. Tapi aku senang aje, letak kismis. Btw, resepi akulah sangat kan. Memang semua orang biasanya letak kismis pun. Ahah.

Bahan-bahan untuk puding roti :
- Roti (6-10 keping)
- Telur 3 biji
- Esen vanila
- Gula 5 sudu (Jangan letak penuh sangat dalam satu sudu, agak-agak aje)
- Susu biasa 2 cawan (Maaplah, aku tak tahu berapa sukatan dia, main campak aje, tapi pastikan jangan terlalu banyak jangan terlalu sikit)
- Kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard :
- Tepung kastard 2 sudu
- Susu biasa 1 cawan
- Gula 2 sudu
- Esen vanila

Cara-cara :
-Potong @ koyak roti ikut citarasa koranglah nak besar ke kecik lepastu masukkan dalam loyang. Lepastu boleh tabur kismis kalau nak letak. Kalau aku potong kecik senang nak susun lelawa. Haa maklumlah, mak aku cukup cerewet orangnya. Dia mahukan anak daranya menunjukkan presentation yang lelawo. Ikut malas aku, koyak then campak. Simple.

-Ambil mangkuk, masukkan susu 2 cawan, telur 3 biji, esen vanila, gula 5 sudu dan kacau sambil gula larut. Kalau nak hilangkan bau telur, buang pusat (pusat?) telur. Aku pun tak tahu apa namanya, tapi mak aku panggil pusat telur. Alah, yang warna putih macam hinguih hehe. Tak tahu nak describe macam mana.

-Dah habis kacau, terus masukkan ke dalam loyang yang berisi roti tadi. Tekan sikit roti, bagi kesemua roti kena susu. Kalau nak sedap, rendamkan roti dulu. Aku cuma rendam 5 minit. Sebab malas nak tunggu. Pemalaih sungguh aih.

-Hidupkan oven dengan suhu 200 *C dan bakar selama 35-40 minit. Ikut oven aku, lambat sikit. Kekadang lebih daripada sejam. Oven lama katakan, oven pakai api punya. Beselahh.

Untuk kuah kastard pulak,

-Masukkan kastard 2 sudu, susu biasa 1 cawan, gula 2 sudu dan esen vanila ke dalam periuk. Kacau sehingga tepung dah tak berketul, dan gila dah terlarut. Masakkan di atas api yang perlahan. Kacau eh jangan tak kacau nanti berketul tak sedap. Jangan kacau sampai pekat sangat, agak-agak aje.

Lepastu, bolehlah hidangkan. Potong puding masuk dalam piring @ pinggan, kemudian letak aje kuah kastard dekat atasnya. Aku ni jenis orang yang penyabar (kononnyaa) sikit, so puding roti tu aku simpankan dalam peti ais besoknya baru aku makan. Baru sedaaappp makan sesejuk.


Bagaimana melelehnya kuah kastard tu, begitulah melelehnya air liur aku ketika melihat gambar ini. Hamboih. Ayat takmau kalah. Bon appetit. Cewah.

Bonne chance cette recette :) Sekian.

Tuesday 3 November 2015

New look, again.

Assalamualaikum.

Aku jenis yang ketagih suka sangat tukar rupa blog lepas tengok blog orang lain yang lelawa. Alah, macam perempuan yang lawa, lepastu ko rasa diri ko tak lawa bila tengok dia ko rasa insecure, hahhh macam tu lah. (Contoh menyakitkan hati betul)

Lepastu mulalah nak gedek-gedek (gedek-gedek?) coding yang simpan untuk template yang dulu, then edit sesikit. You will know how and what I feel until you're in a 'boring' situation. Dah tak tahu nak buat, blog jugak kau gedek-gedek.

I've changed this look just because I'm getting bored dengan warna putih without any background on it.



So, this is the new look after I changed them. Lebih kurang sama aje rupanya, tak banyak yang berubah. Tu ajelahhh warna blog aku, hitam, putih dengan kelabu hah bosan. But at least, nampaklah jugak warna background. Kah.



I didn't use any blogskins or template yang free tu, I rather use blog sendiri which is I edited it by myself. Edit sendiri boleh tahu code sendiri, boleh tahu apa yang nak buat, you can know what you want and what you like to. I'm very satisfied now, eventhough I didn't changed it into a better look, kah. The look is not so important, yang penting isi blog, isi di dalam post. Rupa blog, it's just to attract your readers, but the post is about to attract their eyes and mind to read your blog.

Wah, cakap macam aku ni ada post yang menarik perhatian readers aje kan kahkah. I know I'm not good in writing, I really don't know how to attract readers just like how blogger-blogger yang pemes attracted their readers. They used a better words and something yang helpful to their readers unlike me. Wah ayat kemain rendah diri hengkooo. Kahkah.