Tuesday, 10 June 2014

Cerpen : Seniorku, Suamiku!

Terbaru (6/6/2015) : Cerpen ni cerpen pertama. Cerpen yang pertama kan macam bosan sikit en hahaha. Decided nak buat chapter 2 untuk tajuk cerpen yang ini. Jadi, tunggulah chapter 2 ya. Memandangkan ramai yang minta part sedih, in shaa allah aku cuba untuk letakkan part sedih dalam cerita ni. Selamat membaca! Thank you for your support. Cerpen ni banyak rating tak sangka :')

 

Aku melangkah dengan penuh berhati-hati. Risau juga aku kalau-kalau terjatuh, siapa nak selamatkan? Lainlah kalau ada pujaan hati si 'manis cuka' aku tu datang selamatkan aku daripada terjatuh. Hiks!

"Kau ni apasal slow sangat hah?" Sergah suara itu. Ah, Laila ini! Sabarlah.

"Kau nak ke kawan kau yang kiut miut ni terjatuh? Dahlah lecak, slow-slowlah. Bukannya ada hantu kat belakang tengah kejar kita pun!" Tempelak aku. 

"Masalahnya sekarang ni, kau orang paling depan sekali. Tapi jalan macam siput. Siput pun kalah tau! Budak kat belakang tu dah bising-bising dah. Farhana, Farhana!"Aku mendengar sahaja "makcik" di belakang aku ini membebel.

"Yelah! Aku lari!" Aku merajuk dengan kata-kata Laila. Aku terus membuka langkah seribu. Susah betul masuk kem pengawas ini, semuanya mahu cepat sahaja! Gumam aku dalam hati.

"Farhana!!!" 

Eh? Apasal semua orang jerit nama aku ni? Aku berkata-kata dalam hati. Dia tidak dapat menahan lagi kesakitan, mata aku terus terpejam rapat.

*************

"Aku kat mana ni?" Pelik.

Macam pernah ku lihat tempat ini! Tapi di mana ya? Aku berkata-kata dalam hati.

"Kau dekat dalam dorm lagi. Tadi kau terjatuh..."

"Kau jatuh atas aku pulak tuh." Terdengar suara garau yang menegur. Eh? Ni kan dorm perempuan?!

Aku terus memeriksa keadaan diri aku, takut-takut kalau ada yang "cacat-cela" ataupun tudung tak pakai ke, tak ke naya?

"Err, awak buat apa kat sini?!" Terkejut, rupanya suara garau itu adalah suara si 'manis cuka' aku. Heh, nak gembira ke nak marah ni? Gembira sebab dia ada masa aku pengsan. Marah sebab dia masuk dorm perempuan. Ish serabut!

"Kau jatuh atas aku tadi! Nasib baik tak berat mana, huh!" Kedengaran dia mengeluh kuat. Sinis pulak tu. Tiba-tiba hati ini rasa sebak. Benci sangat ke dia dengan aku?

"Errr, sorry! Saya tak sengaja tadi." Terus aku menjeling ke arah Laila, seakan-akan membuat isyarat "semua-ni-kau-punya-pasallah."

Laila menunjukkan lidahnya. Mataku kini melirik pula ke arah si 'manis cuka' aku seorang ini. Pada mulanya dia memandang aku, lepastu cepat-cepat matanya melirik ke tempat lain. Eh, dah kenapa?

"Lain kali, kalau kau nak berlari tengok depan bukan belakang. Nasib baik kau langgar aku, kalau kau langgar pokok nanti siapa nak jawab?"

Eh?! Peliknya.

"Kalau saya jatuh terlanggar pokok pun awak peduli apa," Perlahan aku berkata, takut kalau terdengar, mati aku.

"Kalau apa?" Soal dia, pelik. Mukanya berkerut. 

Aku hanya menggeleng. Mata masih lagi tidak memandang ke arah dia. Malu! Patutlah mata rasa berat dan terasa macam aku ni ada hempap badan seseorang. Rupanya dia?! Err, malunya!

"Tak ada apalah," Balas aku, masih lagi perlahan.

"Kau ni kehilangan suara ke?" Sinis dia bertanya. Sikit pun aku tak terasa. Nasib baik kau ni 'mai cuitheart'. Ha ha ha! Gediknya kau ni Ana!

"Pape je lah kau ni. Daripada angguk-geleng-angguk-geleng, kau nak jadi teleng ke apa? Dah dah jangan banyak cakap lagi, makan ni cepat!"

"Awak yang asyik membebel, nak marah orang pula." Tak puas hati. Tapi aku menasihati diri aku supaya bersabar. Hish!

"Menjawab. Nah makan, tak perlu nak suruh aku suap kau." Selamba dia berkata.

Ni yang buat aku benci ni! Sikit-sikit sinis, sikit-sikit sinis. Tak ada ke yang sopan-sopan sikit? Takkan lah pasal kejadian dulu, dia nak marah melebih? Hm...

"Tak suruh pun awak suap.." Bagaimana selamba dia, begitulah selamba aku.

"Menjawab! Makan jelah!" Mengarah. Sikit-sikit mengarah. Tahulah orang nak makan.

Aku terus mengambil sudu. Belum pun sempat ingin menyuap, tiba-tiba ada orang menegur.

"Fahmi! Buat apa dekat sini?" Seorang fasi perempuan, Kak Irah menegur. Mungkin terkejut kerana ada budak lelaki berada di dalam dorm perempuan.

"Tadi budak ni pengsan, saya tolong hantarkan makanan untuk dia. Lepastu tak nak makan pulak, mengada!" Dia menuduh. Amboi, tahulah benci tapi janganlah tunjuk sangat depan aku. Haa, sadisnya hidup...

"Mana ada kak! Saya baru nak suap, lepastu... Hehe, lepastu akak datang. Tak tersuap lah nasi ni. Hehehe.." Sengih.

"Ni nak kata akak mengacau korang berdating lah ya?" Kak Irah bergurau, sambil tersenyum mengejek.

"Eh mana ada!"

"Tak ada maknanya! Tak ingin saya nak dating dengan budak ni. Eeee." Fahmi menunjukkan muka menyampahnya.

Sudah-sudahlah tu panggil aku budak. Tahulah kau tu tua 3 tahun... Nasib aku terpikat dekat kau, kalau tak... Dah lama aku hempuk dengan bantal aku ni!

"Hahaha... Dah dah, Fahmi keluar sekarang! Sesi menghantar makanan untuk makwe dah habis. Sekarang ni biar akak yang jaga Farhana pulak. Dah, pergi! Jangan sibuk nak jadi perempuan pulak dekat sini." Panjang lebar Kak Irah membebel.

Aku pula hanya memandang si dia sambil tersenyum menang. Ha ha ha! Kesian pulak tengok si pujaan hati aku ni kena halau. Hiks!

"Ya kak, saya pergi ni.. Lagipun, tak kuasa saya nak duduk dekat sini lama-lama dengan budak katik ni!" Sekali lagi dia menyindir.

Katik-katik pun, aku ini manusia juga! Bukan tunggul! Sepatutnya kau bersyukur sebab aku suka kau yang menyindir 24 jam ni tau!

***************

"Dia hidup lagi tak?"

"Dia dah kahwin ke belum?"

"Dia mesti bahagia kan."

Mengeluh.

Entah kenapa, kenangan 10 tahun dahulu kembali menjelma di mimpi aku, semalam. Selama 10 tahun aku tidak berjumpa dengan dia selepas kejadian di kem, aku terus tidak ada selera makan, mandi tak basah, tidur tak lena. Oh, cinta!

Tak mungkin dia akan suka aku, gara-gara kejadian semasa di sekolah rendah dahulu, aku tertumpahkan nasi lemak di bajunya. Habis terkena sambal. Sudahlah baju dia hanya ada sepasang. Habis mengamuk tak tentu arah dia masa itu. Aku ini baru sahaja darjah dua, mana tahu apa-apa. Lainlah dia yang darjah lima itu.

Itu satu, kemudian terserempak pula di sekolah menengah. Aku fikir dia sekolah lebih hebat daripada aku, tapi rupanya satu sekolah dengan aku! Huh!

Masa aku tingkatan satu, dia berada di tingkatan empat. Aku menuju ke kantin bersama rakan baikku, Laila. Ketika ingin membeli air, ianya memakan masa selama 10 minit. Habis sahaja membeli air, aku terus berlalu pergi. Tanpa memandang kiri, kanan, depan, belakang, aku terus berlalu.

Dan tiba-tiba terlanggar seorang mamat, pengawas pulak tu! Err, malu! Sudahlah aku lambat bertugas, bertemu pula dengan pengawas, dahlah tu, tumpah air di bajunya pula!

"Err, sorry! Tak sengaja, saya nak....."

"Kau?!"

"Erk!"

Terkedu, terkilan, terkejut. 

"Sorry, saya nak cepat tadi!" Aku memohon maaf, tetapi dibalasnya dengan jelingan "maut".

Muka aku menahan malu kerana ditengking oleh Fahmi. Orang lain hanya melihat "adegan" kami di kantin itu. Nasib baik tak ada cikgu...

"Lain kali, kau tak payah jadi pengawas kalau dah lembab semacam!" Sedih sungguh aku mendengar ayat yang keluar daripada bibir lelaki itu.

"Maaf kalau saya kurang ajar, tapi bukan salah saya kalau ramai yang beratur beli air dekat sini! Lagipun, kalau saya mati kehausan macam mana?" Sudahlah aku bertugas di dewan, punyalah jauh. Panas pulak tu! Mananya tak mati kehausan.

"Bukan urusan aku pun!"

"Whatever. Sorry!" Aku menghulurkan sapu tangan aku berwarna merah jambu.

"Sudahlah bro, dia tak sengaja tu. Salah kau jugak, ketawa sampai tak tengok depan." Hah, ada pun yang mem-backup aku. Alhamdullilah!

Huluran yang aku berikan tidak bersambut oleh Fahmi, tetapi disambut oleh rakannya, Ijul.

"Saya pergi dulu, sorry again."

Aku mengeluh. Dua kali aku tumpah makanan di bajunya, dan ada satu kali aku terhempap dia ketika di kem pengawas. Manalah lelaki itu tidak benci aku.....

Tapi, kenapa aku susah nak lupakan dia ni? Kalau dulu aku benci, lepas tu sayang, dan tiba-tiba jadi cinta. Aku sendiri pun tak tahu macam mana "benci" jadi "cinta".

Mungkin kerana aku selalu berjumpa dengan Fahmi, tak ada benda lain selain daripada bertikam lidah. Pernah sekali aku bertemu dia di depan perpustakaan, tiba-tiba dia bersuara

"Buku-buku dalam library ni pun bosan tengok muka kau tiap-tiap hari." Sinis.

"Lain kali makan tu biar berpada-pada, tak pasal-pasal badan kau daripada kering jadi belon. Kalah kucing kat rumah aku nanti." Sinis lagi. Padahal masa tu, aku hanya memakan karipap duit ketul aje kot! huh!

'Ahh, sudah.. Kalau dia benci kau, kau pun boleh benci dia jugak.'

******************

"Nur Farhana Bt Razlan, cepatlah jalan tu! Kau ni daripada sekolah rendah sampai ke University slow aje jalan kan!" Laila membebel macam mak nenek.

"Sabarlah!" Aku terus mengemas buku di atas meja, di perpustakaan. Hari ini, hari pertama aku masuk university bagi mengambil ijazah.

Tanpa memandang depan, aku terus mengatur langkah dan.......

"Aduh!" Habis, hidung aku daripada mancung jadi penyek jugaklah nanti. 

Whoott! Jap, siapa aku langgar tadi?

"Kau lagi! Ish!" Suara itu.... Eh?

"Awak study sini?!" Teruja. Tak sangka pula dia study sini jugak.

"Sorry sikit, aku pensyarah dekat sini."

"Ohhh..." Senyum. Dalam hati dah berbunga, 'kalau-jodoh-tak-kemana' ha ha ha ha!

"Kau ni daripada sekolah rendah, menengah, university asyik langgar aku aje kan!" Dia tak puas hati.

"Dah jodoh, nak buat macam mana..." Suara sengaja aku perlahan, kalau dengar oleh dia, mahu tanam muka aku ni nanti!

"Apa?"

"Mana ada saya cakap apa-apa."

"Dahlah, menyusahkan aku aje."

"Tak terasa."

"Woi Farhana, cepatlah! Kang marah pulak pensyarah kita tu nanti!" Laila ni, mengganggu ketenteraman aku ajelah! Baru aje nak feeling-feeling 'kuch kuch hota hei' dekat lantai ni. Ha ha ha! Dalam perpustakaan pulak tu, amboi kau Ana!

"Coming!"

*****************

"Ana, kau nampak apa yang aku nampak?" Laila bertanya. Aku sekadar senyap.

Berdebar sebenarnya, pensyarahnya terlalu garang. Aku pula jenis yang gerun bila tengok muka yang garang-garang ni. Tetapi aku cuba berlagak tenang di hadapan Laila.

Sebab, orangnya aku sudah kenal berapa kurun lamanya! Jadi, 'gerun-gerun' aku pun, ada terselit rasa gembira didalam hati ini. Gembiralah si pujaan hati jadi pensyarah! Hiks!

"Yang tudung hijau tu kenapa pandang saya macam nak makan?" Soal Fahmi.

Erk! Aku pandang dia macam nak makan ke? Setahu aku, aku pandang dia sambil tersenyum, tak ada pun rupa nak makan dia. Ish!

"Err, nothing sir. Sir ada nombor tak? Sebab kalau kami ada something yang tak faham, bolehlah call sir." Selamba aku meminta nombor telefonnya.

Namun, itu bukan tujuan utama aku untuk meminta nombornya, tujuan aku ialah untuk simpan nombor dia didalam memory. Ha, nampak sangat kau tak ada kerja Farhana!

"Nak nombor ke nak orangnya?" Sekali lagi aku terkena.

Dia ni sengaja nak buat aku malu ke apa? Habis satu dewan ketawakan aku. Termasuk Laila. Ish!

Tarik balik apa yang aku cakap tadi. Tak gembira okay! Tak gembira langsung, dah kerjanya menyindir aku di dalam dewan aje.

Ergh, stress!

***************

"Betul ke apa yang aku dengar ni?" Laila bertanya, terkejut. Tapi dalam senyuman.

"Hm tulah, aku pun masih tak percaya sebenarnya." Pasrah.

Pada mulanya, aku gembira sangat bila ibu kata yang aku akan berkahwin dengan anak kawan ibu, tak lagi dan tak bukan, Fahmi. Memang aku gembira sangat, sampai ibu pun pelik kenapa aku gembira sangat.

Selepas tahu berita gembira itu, tiba-tiba Fahmi telefon aku untuk berjumpa. Lagi bertambah gembira, lagi-lagi Fahmi tahu nombor telefon aku. Huhu!

Jumpa sahaja, hanya aku yang beria-ia. Ingatkan dia akan gembira dengan cadangan ibu aku dan ibu dia utnuk jodohkan kami, tapi tidak.

"Kau kena ingat, aku kahwin dengan kau sebab mummy aku. Kalau tak, tak ingin aku nak isteri macam kau!" Sinis. Memang aku terasa dengan kata-kata itu, tapi aku tetap bertahan.

"Listen here carefully young lady, kau akan menyesal." Senyum sinis, kemudian mukanya kembali tegang.

Sepanjang berjumpa dengan dia, aku langsung tak bersuara.

Gembira, sedih, marah, kecewa. Empat dalam satu perasaan aku.

'Tak apa, aku tak akan menyesal bila kahwin dengan kau. Tapi aku akan buat kau menyesal sebab kau cakap macam tu dekat aku.' Kata aku dalam hati.

Dan sepanjang berjumpa dengan dia, aku hanya tersenyum, manis. Biar dia rasa, apa yang dia cakap tu langsung aku tak hiraukan.

"Hoii bakal pengantin! Apa citer termenung bagai ni?" Laila menyergah.

Aku tersengih.

"Nak kahwin dah kawan aku ni! Aku pasti datang weh!"

*************

"Aku terima nikahnya Nur Farhana bt Razlan dengan mas kahwin RM500 tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Air mata aku terus mengalir. Air mata bahagia. Ibu dan abah memelukku erat. Mereka menangis teresak-esak, mungkin berat untuk melepaskan satu-satunya anak perempuan mereka.

"Kau pakai telekung ke tak?" Bisik si dia, perlahan. Aku pantas menggeleng, pakaian ini sudah memadai. Cukup menutup, tanpa memakai telekung.

"Ok." Ringkas.

Aku mendengar dia membaca doa, sangat menyentuh hatiku. Kalau benar dia membenciku, kenapa begitu syahdu sekali dia membaca doa? Dan...... hampir menitiskan air mata?

Selesai solat, sesi untuk membatalkan air sembahyang. Aku hanya memerhati si suami datang ke arah aku. Selang berapa saat, cincin sudah pun tersarung di jari manisku.

Aku mencium tangan si suami, dan dia menyentuh dahiku sambil membaca doa. Doanya aku tidak dapat didengari kerana terlalu perlahan.

"Tolong jadi isteri yang baik dan solehah buat abang," Bisiknya perlahan. 

Eh, aku salah dengar ke? Rasanya telinga aku ni masih lagi berfungsi dan belum pekak!

Aku tengok sahajanya bibirnya, dia menguntumkan senyuman yang manis dan........ seksi?

"Err, awak cakap apa tadi?" Sengaja aku ingin dia mengulangi ayat-ayat yang dia cakapkan sebentar tadi. Aku cuma mahu meminta kepastian.

"Pekak lagi rupanya." Selamba dia membalas, sinis, menyindir. Huh, menyesal pula aku tanya!

**************

"Farhana..." Si suami memanggil.

"Hm.."

"Duduklah sini kejap," Err, seksinya suara dia.. Ni yang buat aku malu ni!

Aku tak membalas apa-apa. Aku terus mengemas baju di dalam almari. Malam ni aku kena tidur di rumah dia, dan satu bilik dengannya!

"Biy..." Erk?!

Aku sudah menelan liur. Aku belum pekak lagi, tapi betul ke apa yang aku dengar ni? Dulu bukan main sinis lagi dengan aku, tapi sekarang bukan main manja!

Senyap.

"Sayang..."

Senyap lagi. Aku hanya menyepikan diri. Pada masa yang sama, aku sengaja ingin mengacau si suami. Mahu lihat sejauh mana dia melayan kerenah aku. He he he, sorry wahai cik abang sayang sebab dapat isterimu yang nakal lagi kiut miut ni!

"Darling..."

Ha ha ha! Nak aje tergelak! Tapi aku tahankan, kali ini aku mahu jadi sinis pula dengan dia. He he he!

"Farhanaku sayang, honey, darling, baby, wahai isteriku tak habis mengemas lagi ke?"

"Belum." Pendek sahaja aku balas. Yang peliknya, bukan ke dia kata nak buat aku menyesal? Heh! Entah-entah dia yang menyesal sebab cakap macam tu dekat aku dulu. Tulah, siapa suruh. Hehehe!

"Mak kau pocot!" Aku melatah, serta-merta dia ketawakan aku.

Errr, geramnya! Suka-suka hati aje peluk orang senyap-senyap. Nasiblah kau tu suami aku.

"Dah habis kemas dah, apa dia?" Aku bertanya, acuh tidak acuh.

Our game has begin! He he he.

"Sayang duduk dulu, abang nak cakap something." Whoot! Aku tak salah dengar lagi kan? Bahagianya rasa!

"Bukan awak cakap, awak nak buat saya menyesal bila kahwin dengan awak?" Segala pertanyaan yang bermain dalam fikiranku, kini aku tanya.

"Okay, let me explain.."

"Yeah, no lies."

"Sebenarnya, daripada sekolah rendah lagi abang suka dengan sayang. Sumpah, abang tak tipu! Mula-mula abang memang marah jugaklah bila sayang tumpah nasi dekat baju abang. Memang abang tak suka dekat sayang masa tu. Lepastu, bila abang masuk sekolah menengah, tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja rindu dekat sayang. Dan sampai kita terserempak dekat kantin tu, mula-mula abang happy sangat dapat jumpa sayang. Dan serta-merta kali kedua orang tu tumpahkan minuman pulak dekat baju kita." Dia mencubit pipi dan hidungku. Aku ketawa kegelian.

Dia menyambung semula "Lepastu, abang ikut ego abang. Abang marah sayang, tapi dalam hati dah sumpah menyumpah marahkan diri sendiri sebab marahkan sayang. Dan ingat lagi tak dekat kem pengawas?"

Soalnya, aku sekadar mengangguk.

"Ingat lagi tak yang sayang berlari dalam lecak tu?" Soalnya lagi dan aku hanya sekadar mengangguk. Dah burung belatuk dah gayanya. Angguk, angguk. Ha ha ha.

"Masa sayang lari tu, sayang tak perasan yang abang melintas depan sayang. Dalam fikiran abang timbul idea jahat nak kenakan sayang. Abang sengaja sepak kaki sayang, dan tak sangka pulak sayang jatuh atas abang. Ha ha ha! Tiba-tiba je sayang pengsan. Abang memang dah kalut sangat, tapi cuba untuk bertenang. Sebab abang tak nak dorang tahu idea jahat abang ni. Sebab tulah masa sayang pengsan, abang ada sebelah sayang." 

"Eiii, jahatnya awak ni!" Aku terus mencubit lengan si suami. Cubitan manja, ha ha ha!

"Aduh! Sakitlah sayang. Hehehe, tapi masa tu sayang gembira kan sebab abang ada time sayang pengsan? Kan kan kan?" Soalnya sambil menggeletekku.

Eh, tak geli pun lah! Si suami memandang aku dengan perasaan yang pelik, fikirannya seolah "dia-ni-robot-ke-apa-takkan-tak-geli-kot"

"Hahaha, apasal pandang saya macam tu?" Soal aku pula.

"Tak ada apa-apa. Nak tahu tak sebab apa abang asyik sindir sayang?"

"Kenapa?" Hah! Dia ingatkan aku tentang sindiran dan ke-sinis-an dia. Soalan ini memang nak sangat aku tanya.

"Sebab... Abang tak nak sayang tahu yang abang jatuh cinta dengan sayang. Dan, jodoh kita memang kuat. Sayang tahu tak?" Dia tergelak kecil, aku juga tergelak kecil.

"Sebab apa pula?"

"Sebab, kita berpisah time sekolah rendah, lepastu jumpa dekat sekolah menengah. Kita berpisah dekat sekolah menengah, kita jumpa dekat uni." Dia masih lagi ketawa kecil.

"Allah dah tetapkan jodoh saya dengan awak." Ucap aku.

Kini, aku sudah tahu kenapa dia selalu sindir-sindir, sinis dengan aku. Dan aku sudah faham kenapa dia kata dia mahu buat aku menyesal apabila berkahwin dengan dia. Semuanya sudah terjawab.

"Abang ada permintaan ni." Dia memegang erat tangan aku. Tiba-tiba sahaja hatiku gugup. 

Kalau minta yang bukan-bukan, memang aku tak bersedia. Oh pleaselah jangan wahai suamiku! Kalau dia minta untuk tambah payung emas, siaplah! Baru nak feeling bahagia, tiba-tiba dia mintak nak tambah cawangan pula. Memang kena hempuk dengan payung emas nanti!

Ehh, jauhnya aku fikir!

"Hm, apa dia?"

"First, abang sayang panggil abang dengan nama yang manja iaitu 'abang' dan sewaktu dengannya."

"Ha ha ha, awak ingat ni waktu azan ke apa nak sewaktu sewaktu?" Sindir aku sambil tergelak kecil.

"Hish, abang serious lah!"

"Okay okay, gurau-gurau." Jawab aku pantas. Takut juga kalau dia merajuk, sehari semalam tak tidur dengan dia. Naya! Jangan beb, malam pertama aku mestilah nak suami sebelah aku. Nak dijadikan bantal peluk. Hiks!

"Tahu takut." Dia mencubit pipi aku. Asyik-asyik pipi ini aje yang jadi sasaran, tahulah cute! Hohoho, perasan pulak kau ni Farhana!

"Syarat kedua, tak ada batas antara kita." Dia terus membuka tudung aku. 

Jap, jap. Aku memang tak buka tudung lagi eh? Boleh pulak terlupa yang aku belum buka tudung lagi. Ha ha ha.

"Syarat ketiga, tak ada rahsia antara kita. Syarat keempat, kalau ada masalah kita kena sama-sama selesaikan. Syarat kelima, sayang kena jadi makmum abang sepanjang solat kita."

Fuh, lima kesemuanya! Banyak tapi, yang terakhir tu buat aku rasa nak menangis...

Setitis, dua titis... Tiga titis...

"Eh kenapa tiba-tiba menangis ni?" Soalnya, hairan. Tak ada ribut, tak ada angin, tiba-tiba sahaja aku emosi. Suami mana yang tak pelik? huhu

"Tak.. Saya bahagia dapat suami macam awak.. Terima kasih sebab sudi terima saya," Menangis lagi. Terus dia memeluk aku. Aku begitu selesa dalam dakapannya. Rasa macam sampai besok tak nak turun. Ewah!

"Shhh, jangan nangis. Ini semua tanggungjawab abang sebagai suami. Dah, dah jangan menangis. Apa ni sayang abang menangis di waktu 'first night' ni?"

Perkataan first night tu sengaja dia kuatkan. Eii, geram pula rasanya!

"Saya cuma..."

"Shhh, abang kata apa tadi? Jangan menangis kan. Kalau nangis abang peluk sampai esok tak nak lepaskan."

"Kalau macam tu nak sambung menangis lah,"

"Gatal eh gatal,"

"Mana ada, saya gatal dengan awak je."

Aku tergelak kecil.

"Kan abang dah cakap, panggil abang dengan panggil yang manja, sweet macam gula. 'Awak' dan 'saya' langsung tak sweet tau. Kalau degil, abang cium." Dia mula nak merajuk.

Kelakar pula bila tengok lelaki merajuk, ingatkan lelaki ni keras sikit hati tu sampai tak tahu nak merajuk. Ops!

"Saya gu...."

Cupp!

Aku terpaku, terpana, terkejut, semuanyalah! Nasib dekat pipi, kalau tempat lain... Err...

"Tu baru sikit tau, kalau sayang nak lebih abang boleh bagi." Selambanya! Muka pun tenang macam tak ada apa-apa. Muka aku ni punyalah merah tahap infinity.

"Err... Abang.." Ucap aku lantas tersenyum.

Ya, aku perlu praktis dari sekarang dan panggilan itu memang sepatutnya aku gunakan untuk dia. Hanya untuk dia. Untuk dia. Ewah dah macam lagu Najwa Latif pulak.

"Good, that's my lovely wife."

Allah itu maha adil. Yang dulunya sinis-sinis, sekarang sudah jadi 'manja-manja kucing'. Yang dulunya menjadi musuh, sekarang menjadi suami. Ya, dialah Seniorku, Suamiku!

**********

p/s : Penat menaip, harap-harap korang terhibur dengan cerpen pertama aku. Selamat membaca!

6 comments: