Sunday 22 September 2013

Only You In My Heart (Bab 8)

Bab 8


"Tuan Syed Muhammad Fadhil...." Panggil Dania kepada Syed Fadhil tetapi didalam keadaan yang gagap.

Ya Allah! Berikan lah aku peluang untuk aku bercakap tanpa gagap. Adakah ini dinamakan cinta? Takkan lah sebab cinta aku boleh jadi gagap pula? Tanya Dania dalam hatinya. Dia pun berasa pelik, tiba tiba sahaja apabila duduk disebelah Syed Fadhil, mesti hatinya berdenyut kencang. Adakah Syed Fadhil pun berasa seperti aku? Fikir Dania sejenak.

"Hmm... Awak tak payahlah panggil saya Tuan tuan bagai, panggil aje Fadhil. Ada apa Cik Dania?" Pinta Syed Fadhil lalu menyedekahkan senyuman yang menggoda terhadap Dania.

Ishhh... Malunya aku kalau begini! Baru pertama kali aku keluar bersama orang terbesar dan terkaya didunia! Rasanya macam nak pengsan aje. Kaku yang amat! Jerit Dania dalam hatinya. Kalau boleh, nak aje dia jerit sekuat-kuat hatinya.

"Hm... Ya baiklah Fadhil. Awak pun jangan lah panggil saya Cik... Panggil Dania aje... Kita nak pergi mana?" Dania... Dania.... Sudah-sudahlah tu gagap! Ishhh malunya!

Syed Fadhil hanya tersenyum melihat gelagat Dania. 

Bukan awak aje yang kaku Dania, saya pun sama.... Adakah awak pun suka dekat saya ? Saya berharap sangat awak mempunyai perasaan yang sebegitu.

Kalau boleh, nak aje Syed Fadhil terus bawa Dania pergi bernikah malam itu juga. Tetapi Syed Fadhil tidak rasa yang Dania sukakannya. Iyalah, Dania cantik, comel, mempunyai kerjaya. Tidak mungkinlah dia langsung tidak mempunyai boy-friend. Tapi kalau tak ada pun lagi bagus. Tiba tiba sahaja Syed Fadhil fikir sebegitu.

"Awak ikut aje saya..." Jawab Syed Fadhil .

Daripada tadi Syed Fadhil hanya tersenyum aje bila aku tanya soalan sebegitu. Ya Allah, selamatkan lah aku kalau aku berada dalam keadaan yang susah ya allah...

Daripada wajah Dania itu, Syed Fadhil sudah boleh meng-agak yang Dania risau jika Syed Fadhil meng-apa apakan Dania. Syed Fadhil hanya tersenyum melihat gelagat Dania. Comel! Sangat comel dan menggoda!

"Dania... Just trust me... Saya tak apa apakan awak.. Percayalah, lagipun saya cuma janji nak bawa awak pergi dinner dan jalan-jalan bukan? Saya janji saya akan bahagia kan awak malam ni dan hari yang seterusnya.."

Saya janji saya akan bahagiakan awak malam ni dan hari yang seterusnya?

Dia nak buat aku bahagia? Apa maksud dia yang sebenarnya? Ahh tidak kisahlah. Dania berasa lega sedikit apabila Syed Fadhil berkata sebegitu. Dia bukannya tidak percaya yang Syed Fadhil itu baik orangnya, tapi dia cuma takut sedikit, iyalah, tidak pernah dia keluar bersama lelaki yang berpangkat besar ini, tiba tiba sahaja Syed Fadhil mengajak Dania keluar.

Dania hanya tersenyum sahaja apabila Syed Fadhil berkata sebegitu. Nak jawab takut pula kalau dia betul betul tahu yang Dania sememangnya sedang berasa gelisah.

*********

Syed Fadhil meletakkan keretanya ditempatnya yang sangat jauh daripada pandangan orang ramai. Dia bukannya nak apa apakan Dania, cuma tidak ada parking di depan restoran tersebut. Terpaksalah lah dia meletakkan keretanya itu di tempat yang jauh.

Daripada raut wajah Dania, Syed Fadhil sudah boleh meng-agak.

"Saya janji tak akan apa-apakan awak, sayang.... " Kata Syed Fadhil didalam hatinya. Kalau boleh, nak aje dia peluk Dania untung menenangkan hati Dania.

"Macam apa yang saya cakap tadi dalam kereta, saya janji tak akan apa apa kan awak." Senyum Syed Fadhil kepada Dania.

Senyuman yang menggoda itu membuatkan Dania berhenti daripada berasa gelisah. Kerana senyuman yang menggoda itu, membuatkan dia berasa tenang sekali. 

Mereka berjalan menuju ke restoran yang dimaksudkan oleh Syed Fadhil. Mereka amat sesuai dan serasi bersama pada malam itu. Sangat sesuai. Dania mengenakan dress labuh dan berdandan rambut lurus. Syed Fadhil pula mengenakan kot hitam. Bagaikan pasangan yang mahu mengadakan majlis perkahwinan aje.

Dania hampir terjatuh kerana memakai kasut high heels. Nasib baiklah Syed Fadhil sempat memegang Dania. Kalau tidak, jatuh ke tanah lah dia pada malam itu.

Ishhh... Buat malu aku aje! Bentak Dania didalam hatinya. Rasa bengang pula rasanya bila pakai kasut tinggi sebegini. Menyesal pun ada. Katanya.

"Walk carefully and just hold my hand" Syed Fadhil menyuruh Dania memegang tangannya untuk mengelakkan Dania terjatuh buat kali kedua.

Dania hanya tersenyum dan menurutkan sahaja perintah Syed Fadhil.

Syed Fadhil pun tersenyum. Senyum gembira. Gelagat Dania memang amat comel dan membuatkan dia tertarik dan tergoda.

Bukan Syed Fadhil sahaja yang tergoda. Dania pun turut tergoda sama. Mana tidaknya, inilah baru kali pertama dia jatuh dan ada seorang lelaki menyambutnya. Bagaikan puteri seperti dalam cerita kanak kanak pula.

"Hmmmmm... Thanks Fadhil for helping me." 

"Kenapa panjang sangat hmmm tu? Pleasure, my dear." Syed Fadhil sengaja menyebut perkataan my dear itu secara perlahan-lahan. Dia tidak mahu Dania mendengar apa yang dikatakan oleh Syed Fadhil.

Dania hanya tersenyum. Dia berasa pelik kerana ayat yang terakhir itu dia tidak dengar dengan jelas. Tapi dia biarkan sahaja. 

Mereka mula masuk kedalam restoran tersebut. "Restoran ni mesti makanannya mahal! Aku pun bawa duit cukup cukup aje ni..." Fikir Dania. Dari luaran sahaja sudah nampak macam mahal. Apatah lagi makanan didalamnya, mesti mahal mahal belaka.

Seorang pelayan datang kearah mereka. Pelayan itu mengenakan baju waiter dan tudung. Ini mesti restoran muslim. Fikir Dania, tapi makanannya semua nampak mahal. Asyik itu ajelah yang dia fikirkan.

"Order sir." Kata seorang pelayan.

"Just order what do you want. Saya bayar." Kata Syed Fadhil sambil mengenyitkan matanya.

Ahhh, Syed Fadhil! Please don't do that! Melting tengok awak tahu tak? Kata Dania dalam hatinya. Kalau boleh, nak aje dia jerit sekuat hatinya. Sangat melting.

"Are you sure?" Tanya Dania bagi mendapatkan kepastian.

"Yes i'm! Just order what you want" Sekali lagi Syed Fadhil mengenyitkan matanya.

Ahh sangat menggoda! Jerit Dania.

Dania tidak membalas apa apa. Dia hanya tersenyum. Tersenyum kerana gembira. Bukan gembira sebab Syed Fadhil belanja dia, tapi gembira sebab Syed Fadhil mengenyitkan mata kepadanya.

**********

Usai sahaja mereka makan, Syed Fadhil terus membayar bill. Masuk kali ini, sudah dua kali Syed Fadhil yang belanja Dania. 

Syed Fadhil menuju kearah Dania. Hati Dania berdengup dengan kencang. Syed Fadhil pun sama. Tapi dia peduli apa, dia nak bahagiakan Dania. Semakin dekat. Semakin Dania rasa macam nak aje mati disitu.

Syed Fadhil terus menarik tangan Dania lalu berkata, "Just follow me. Saya dah janji dengan awak nak buat awak gembira."

Ayat Syed Fadhil membuatkan Dania berasa pelik. Kenapa tiba tiba sahaja dia berbuat macam itu terhadap aku? Fikir Dania sejenak. Dia hanya ikut sahaja langkah langkah Syed Fadhil. Syed Fadhil tidak melepaskan tangan Dania. Takut takut kalau Dania lari ke.

Mereka masuk kedalam kereta Syed Fadhil. Dania berasa penat kerana Syed Fadhil berjalan bagaikan ada orang nak beranak. Syed Fadhil membawa kereta dengan penuh berhati-hati. Dia tidak mahu ada apa apa kemalangan. Dia mahu Dania hidup! Dia mahu Dania hidup bersama dengannya!



Mereka pun sampai ke destinasi yang Syed Fadhil tuju. Hanya pergi ke taman aje? Tanya Dania dalam hatinya. Bukan taman permainan, tapi taman bunga.

Dania bukannya tak suka bila pergi ke taman bunga, tapi Syed Fadhil mahu buat apa disini? Fikir Dania sejenak.

Syed Fadhil menghulurkan tangannya. Dania pun menyambutnya lalu memberikan senyuman. Syed Fadhil mengenyitkan matanya lagi. Syed Fadhil membawa Dania berjalan jalan di taman bunga tersebut. Tiada sesiapapun di taman bunga tersebut pada malam itu. Iyalah, biasanya orang akan pergi ke taman bunga pada waktu petang ataupun pada waktu yang panas. Tapi berlainan pula dengan Syed Fadhil, dia membawa Dania pada waktu malam.

"Music!" Tiba tiba perkataan itu keluar daripada mulut Syed Fadhil. Dania berasa sangat pelik. Ada pula ya musik di taman bunga?

Lagu pun mula dimainkan. Syed Fadhil mencapai sebuah mikrofon dan bermain piano. Ada seorang lagi sedang bermain violin. Syed Fadhil menyanyikan sebuah lagu untuk Dania.

And the conversation was right
underneath the shade of moonlight
you were standing there
with sun-touched hair
and your dress the color white
like an aeroplane I took flight
fell in love with you that first night
cause you danced with me
and I could see, that there was more to life.  


I’m falling, I’m falling
in love with you
I’m falling, I’m falling
in love with you. (ooh)


Just before the strike of midnight
you said “This could be the good life”
and you say “goodbye, hope that I get to see you soon”
then I walked for several miles
couldn’t rid me of my smile
cause you found me and I found you
in this lovely month of June.


I’m falling, I’m falling
in love with you
I’m falling, I’m falling
in love with you.


Will you catch me
because lately..
you’re a dream come true
say you love me
you are lovely
do you feel it too?


I’m falling, I’m falling
in love with you
I’m falling, I’m falling
in love with you.

(Tyler Ward ft Alex G - Falling)

Dania terpukau. Tergoda. Terharu. Semunya lah pada malam itu! Tidak sangka, Syed Fadhil betul betul menunaikan janjinya. Dania berasa sangat terharu. Nak aje dia peluk Syed Fadhil pada saat ketika itu.

Habis sahaja lagu tadi, Syed Fadhil terus menyanyikan lagu yang kedua untuk Dania.

Baby, I love you
I never want to let you go
The more I think about,
The more I want to let you know:
That everything you do,
Is super fucking cute
And I can't stand it

I've been searching for
A girl that's just like you
Cause I know
That your heart is true

Baby, I love you
I never want to let you go
The more I think about,
The more I want to let you know:
That everything you do,
Is super duper cute
And I can't stand it

Let's sell all our shit,
And run away
To sail the ocean blue
Then you'll know,
That my heart is true

Baby, I love you
I never want to let you go
The more I think about,
The more I want to let you know:
That everything you do,
Is super duper cute
And I can't stand it

You, you got me where you want me
Cause I'll do anything to please you
Just to make it through:
Another year

You, I saw you across the room
And I knew that this is gonna
Blossom into something beautiful.
You're beautiful.

Baby, I love you
I never want to let you go
The more I think about,
The more I want to let you know:
That everything you do,
Is super duper cute
And I can't stand it
No I can't stand it
No I can't stand it 

(Can't Stand It - NeverShoutNever)

"You make my day... Fadhil...." Nangis Dania tetapi sebenarnya dia menangis kerana terharu.

Selesai sahaja lagu itu dipermainkan, Syed Fadhil memberikan sekuntum bunga kepada Dania. Dania menerima bunga itu dengan rela hati.

"Thanks for everything.." Kata Dania lalu memberikan senyuman yang manis kepada Syed Fadhil.

Syed Fadhil mengelap air mata Dania. Dia akan rasa gembira kalau Dania gembira. Dia mahu Dania gembira. Dia tidak mahu Dania menangis kerana kecewa.

"You're welcome. Terima sebab menggembirakan saya.." Kata Syed Fadhil.

Dania hanya tersenyum.

Syed Fadhil memeluk bahu Dania. Dia menyuruh Dania supaya pandang kehadapan. Secara tiba tiba, ada mercun yang warna warni. Dania terkejut lalu memandang Syed Fadhil.

"Don't look at me, pandang depan. Fokus" Kata Syed Fadhil.

Fokus? Fokus hanya untuk mercun? Fikir Dania pelik. Tapi tak apalah, dia tetap juga fokus untuk memandang mercun itu.

**************

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Walaupun pulang lewat malam, tetapi Dania berasa sangat gembira apabila bersama dengan Syed Fadhil.

Sampai didepan rumah Dania, Syed Fadhil terus menanyakan nombor telefon Dania. Dania memberikan kepada Syed Fadhil dengan ikhlas. Dia tahu Syed Fadhil memang baik.

"Thanks again for everything.." Kata Dania.
"Pleasure.." Balas Syed Fadhil dengan senyuman yang menggoda.

Dania rasa dah tidak tahan lagi. Tidak tahan kerana senyuman Syed Fadhil yang menggoda dan dia berasa sangat mengantuk.

"Okaylah saya masuk dulu. Drive carefully." Pesan Dania sebelum masuk kerumahnya.
"Okay. Take care."

Dania pun masuk kedalam rumahnya dengan perasaan yang gembira. Dia terus masuk kedalam biliknya untuk mandi dan solat isyak. Dia berasa sangat penat dan mengantuk. Tetapi dia berasa sangat gembira.

*************

Selesai sahaja mandi dan solat isyak, Dania melihat telefon bimbitnya. Ada nombor yang tidak dikenali menghantar mesej kepadanya.

"I will never let you go. Saya tak akan lepaskan awak ke tangan orang lain. Thanks cause made my day and remember, jangan bagi lelaki lain menyentuh dan menyakitkan hati awak, Dania. -Syed Fadhil-"

Dania membaca mesej tersebut dengan perasan hairan. Kenapa Syed Fadhil berkata begitu?

****************

Bab 9? Next entry. Insyaallah.

Monday 16 September 2013

Only You In My Heart (Bab 7)

Bab 7


Selesai sahaja makan, Dania pun terus ke kaunter untuk membayar. Ariyana berasa sangat malu, itulah kali pertama dia makan ada orang yang membelanjanya. Dan kerana itulah dia berasan sangat malu. Nak sahaja dia menghalang Cik Dania untuk membayar segala makanan dan minuman. Tapi dah rezeki orang nak belanja, dia perlu terima.

"Okay done, lets go." Kata Dania kepada Ariyana.

Ariyana yang tadinya hanya memandang Dania di kaunter sambil meminum air minumannya. Dania yang muncul dihadapannya pun dia tidak perasan.

"Aiii Yana, awak pandang saya ke pandang casher yang kacak tu?" Tanya Dania sambil senyum nakal.
"Ish mana ada Cik Dania, sudah tentulah saya pandang Cik Dania." Jawab Ariyana yang malu malu.

Sebenarnya memang dia memandang casher yang berada di kaunter tersebut. Dari tadi dia asyik memandang casher itu sahaja. Mungkin bagi Ariyana lelaki itu kacak. Ariyana dah mula rasa tertarik akan lelaki itu. Walaupun hanya kerja bawahan ataupun kerja biasa biasa sahaja yang gajinya hanya untuk cukup cukup makan sahaja, kalau itu jodoh dia, memang dia akan terima sahaja.

"Yana............. Dah lama saya tunggu ni, kalau awak nak duduk dekat sini sampai besok pun saya tak kisah. Just call me kalau awak nak suruh saya ambil awak." Senyum Dania nakal.

Malu Ariyana dibuatnya.

"Ish Cik Dania ni, suka menyakat saya, malulah saya. Hehe sorry sorry, jom lah kita pergi." Kata Ariyana kepada Dania.

"Are you sure? Betul ke ni? Nanti kalau kita pergi, menangis pula awak.." Senyum Dania nakal lagi. Suka betul dia menyakat Si Ariyana.

"Yes, i am!" Pendek sahaja balas Ariyana, nampak betul dia tidak main main. Dia betul nak pergi dari situ supaya dia tidak melting dengan wajah lelaki tersebut.

"Oh okay okay, jom jom..." Ajak Dania memasuki kedalam keretanya.

Sepanjang perjalanan, Ariyana hanya tersenyum kerana memikirkan wajah lelaki tersebut. Apa yang menarik sangat tentang lelaki itu pun Dania tak tahu. Baginya, lelaki itu tak ada lah sekacak Kim Hyun Joong, tapi mungkin bagi Ariyana kacak dan mengikut citarasa nya...

"Awak suka lelaki itu ke?" Tanya Dania kepada Ariyana yang hanya dari tadi asyik tersenyum sahaja seperti kerang busuk.

"Haa... Eh mana ada..." Jawab Ariyana dalam keadaan ragu ragu.

"Iyeke? Cakap aje lah saya janji tak akan bongkarkan rahsia awak." Janji Dania kepada Ariyana.

Ariyana pun mahu beritahu perkara yang sebenarnya, tidak salah kalau dia berterus terang. Tapi cuma minat sahaja dekat lelaki itu. Andai kata dia dah mempunyai isteri, tak apalah, mungkin tak ada jodoh.

"Hmm ya saya suka dia, minat sahaja bukan suka pun.." Jelas Ariyana kepada Dania. Dia pun tidak tahu yang sebenarnya dia suka ataupun cinta ataupun minat sahaja akan lelaki tersebut.

"Baguslah kalau awak dah temu lelaki dalam hidup awak Ariyana... Saya ni, siapa lah yang nak...." Beritahu Dania, sambil senyum kepada Ariyana.

Ariyana hanya terdiam dan sedekahkan senyuman sahaja kepada Dania. Dia tidak tahu untuk balas apa apa, bayangan lelaki itu membuatkan dia kaku!

******

Jam menunjukkan pukul 9.10 pagi. Pukul 10.00 pagi Dania ada meeting. Katanya meeting dengan orang terbesar. Tapi dia tidak kenal siapakah orang itu. Lelaki atau pun perempuan. Ahh tidak kisahlah, janji dia berjaya dalam meeting itu.

******

Syed Fadhil terus masuk kedalam perut keretanya. Dia memandu kereta dia dengan penuh cermat. Dia ada meeting dengan orang terbesar pada pukul 10.00 pagi ini. "Kenapalah meeting itu tidak ada di pejabat aku sahaja? Penatnya tidak terkata, makan pagi pun belum lagi ni..." Syed Fadhil mengeluh kerana penat.

Dari semalam dia asyik teringatkan Dania, dan kerana itu lah punca punca kenapa dia berada penat sangat. Tidur pun tidak cukup. Kalau dia pergi ke restoran itu lagi, sudah semestinya Dania sudah tidak ada, waktu sebegini semestinya orang tengah sibuk kerja bukannya makan. Tapi dia peduli apa, dia tetap juga mahu singgah makan kuih sebentar di restoran itu untuk mengisi tenaga.

Selesai sahaja makan di restoran itu, Syed Fadhil terus masuk ke dalam perut keretanya untuk pergi ke pejabat yang mereka janji untuk meeting di situ. Katanya meeting pada pukul 10.00 pagi, tapi ada segelintir lagi yang masih lagi belum sampai. Mungkin jalan sesak agaknya. Maklumlah Kuala Lumpur, penuh dengan kereta dan kenderaan kenderaan lain.

Pada pukul 10.15 pagi barulah ramai dan cukup orang untuk meeting. Dah lama dia tunggu. Mereka pun bergerak bersama sama. Syed Fadhil hanya ikut sahaja pembantu di syarikat itu menunjukkan bilik untuk mereka meeting. Dia melihat seorang perempuan, mempunyai rambut yang lebat dan lurus. Dari belakang nampak cantik, belum lagi apabila face to face. "Ahh aku tak kisah siapa perempuan ini, yang pentingnya Asyirah Dania lah yang menjadi pilihan hati aku.." Tiba tiba sahaja ayat itu keluar daripada mulutnya.

Perempuan itu pun memandang kearah mereka. Tiba tiba sahaja Syed Fadhil terkejut dan tersedak. Adakah ini mimpi? Tanya Syed Fadhil didalam hatinya.

Bukan Syed Fadhil sahaja yang terkejut, Dania pun terkejut sama. Rupa rupanya Syed Fadhil yang dia kenal ini sebenarnya anak Tengku Syah? Ya allah, biar betul? Dia benar benar tidak sangka, lelaki yang dia kenal selama ini ingatkan seorang pekerja biasa. Sebenarnya Syed Fadhil yang tidak mahu membongkarkan rahsia yang sebenarnya. Begitu juga Dania. Dania bukannya seorang yang pilih lelaki kaya. Bukan! Dia tidak mencari lelaki yang kaya tetapi dia mencari lelaki yang mampu membawa dia ke syurga kelak.

"Introducing you, Tengku Syed Muhammad Fadhil bin Tengku Syed Syah." Cakap seorang pekerja kepada Dania.

Dania dan Syed Fadhil pun hanya tersenyum. Mereka tidak mahu bersalaman kerana itu adalah haram kerana tidak ada apa apa ikatan yang sah.

Semasa meeting, Syed Fadhil asyik melihat wajah keanggunan Dania. Dania langsung tidak sedar bahawa ada mata yang sedang memerhatikannya. Kerana dia sedang asyik menumpukan perhatian kepada pekerja yang sedang berhujah didepan.

******

Selesai sahaja meeting tadi, Syed Fadhil terus berjumpa dengan Dania. Dia tidak mahu berlakon seperti orang yang tidak kenal gadis itu. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk keluar makan bersama Dania. Tujuan dia mahu berjumpa Dania adalah untuk mengajak makan bersama.

"Excuse me, Dania.." Tegur Syed Fadhil.
"Oh Tengku Syed Muhammad Fadhil, do you need any help?" Tanya Dania sambil melemparkan senyuman.
"No, i'm fine. Saya cuma nak ajak awak makan tengahari bersama. Boleh?" Tanya Syed Fadhil kepada Dania.
"Hmm, boleh aje.." Pendek sahaja balas Dania. 

Dalam hati Syed Fadhil, sudah melompat keriangan kerana dapat keluar bersama gadis idamannya itu. Kalau dia ada ikatan yang sah dengan Dania, sudah tentu dia peluk sahaja Dania pada ketika itu.

"Okay, awak naik kereta saya sahajalah..." Ajak Syed Fadhil.

"Eh tak apalah, saya naik kereta saya sendiri..." Jawab Dania yang malu malu.

"Tak apa, percayalah dekat saya, saya tak akan apa apa kan awak..." Syed Fadhil melemparkan senyuman kepada Dania. Memang niat dia hanya untuk mengajak Dania bukan untuk mengapa-apakan Dania.

"Okay, kalau begitu tunggu sebentar ya, saya nak ambil handbag saya sekejap.." Balas Dania sambil melemparkan senyuman yang manis lagi membuatkan Syed Fadhil berasa melting, nak sahaja dia pengsan disitu.

"Okay baiklah, saya tunggu.." Senyuman dibalas senyuman.

Ya allah, comelnya awak Dania... Sekali awak senyum, terus saya nak pengsan... Indah sungguh ciptaanMu Ya allah..

Tiba tiba sahaja Dania berjalan nak menuju ke arah Syed Fadhil. Cara dia berjalan pun dah nampak sangat comel dengan mukanya itu. Ya allah tabah kan lah iman hambuMu ini...

Syed Fadhil mendahului Dania supaya Syed Fadhil tidak pengsan apabila melihat wajah Asyirah Dania. Dania hanya ikut sahaja jejak jejak langkah Syed Fadhil. Syed Fadhil membukakan pintu keretanya untuk Dania. Dania pun masuk kedalam kereta Syed Fadhil dengan memulakan bacaan Bismillah agar tidak berlaku apa apa keburukkan terhadapnya.

Syed Fadhil berasa agak kaku apabila berada bersebelahan dengan Asyirah Dania. Dia rasa gagap untuk bercakap. Lidah dia keras untuk bercakap! Hatinya berdenyut kencang. Laju sekali! Begitu juga Dania. Jadi sepanjang perjalanan, mereka hanya tersenyap tanpa berkata apa apa. Hati mereka berdengup kencang membuatkan mereka jadi gagap untuk memulakan perbicaraan.

******

Bab 8, next entry. Insya Allah.

Only You In My Heart (Bab 6)

Bab 6


Dania hampir terlanggar kereta dihadapannya itu. Nasib baik dia sempat menekan brek sebelum terlanggar kereta itu. "Ya allah, terima kasih kerana selamat kan HambuMu ini. Alhamdullilah" Nafas yang teresak esak kerana hampir melanggar kereta tersebut, nasib sahaja Allah menolong dia. Terima kasih Ya Allah.

"Haihh Dania.. Dania.. berangan punya pasal, macam ini lah jadinya.. Kerana Syed Fadhil, aku hampir kemalangan. Ya Allah, kenapa lah aku asyik terbayangkan wajah lelaki itu? Adakah aku mempunyai perasaan terhadap dia?" Dania mengeluh.

Hampir setengah jam dia berada didalam kereta kerana jalan sesak. Jam keretanya menunjukkan pukul 9.30 malam. "Pukul 9.30 malam pun jalan sesak juga ya?" Fikir Dania. Takkan lah pada pukul sebegini orang masih lagi belum pulang dari kerja? Nak cari rezeki halal lah katakan, kerja apa apa pun sanggup demi ak menyara hidup. Belum lagi kalau ada isteri dan anak, makin banyaklah usaha yang dia kena usahakan.

"Aku ni bila lagi mahu kahwin?...." Fikir Dania sejenak. "Uhukkk! Apa yang aku fikir ini? Mungkin belum ada jodoh lagi." Tiba tiba sahaja Dania terbatuk dan berhenti daripada lamunan. Dia sudah mula rasa mengantuk, daripada tadi kereta tidak bergerak langsung. Rasanya macam nak aje tidur dalam keretanya. Dia hanya mampu bersabar.

Dalam pukul 10.03 malam, barulah kereta berjalan tanpa ada sesak jalan. Rupa rupanya ada orang kemalangan. Nasib baik jugalah dia pula yang tidak kemalangan tadi. Alhamdullilah Allah menolongnya.

******

Selesai sahaja mandi dan solat isyak, Syed Fadhil terus sahaja berbaring di atas katilnya. "Alangkah seronoknya apabila ada isteri, boleh tidur bersama isteri, boleh bergurau senda, boleh berpeluk, semua dapat pahala free free sahaja..." Fikir Syed Fadhil. Tinggi menggunung betul Si Syed Fadhil ni fikir.

"Rasa rasanya Asyirah Dania tu dah ada boyfriend ke belum?" Fikir Syed Fadhil lagi.

"Kalau betul lah dia tidak ada teman lelaki, aku nak aje cepat cepat masuk meminang. I want you to be my wife, my dear Asyirah Dania.." Umur Syed Fadhil lebih kurang sahaja dengan Dania. Hanya beza 3 tahun. Syed Fadhil berumur 29 tahun, hanya tinggal lagi setahun nak masuk 30 tahun. Cepat cepat lah Allah menemukan jodoh aku.

"Makin jauh, makin bertambah rindu pula aku dekat engkau, Asyirah Dania. Baru tadi sahaja kita berkenalan, aku dah mula suka dekat awak." Syed Fadhil pun dah mula rasa mengantuk dan mula memejamkan mata. Syed Fadhil berharap sangat dia mimpikan Asyirah Dania. Rindu dia semakin membuak buak. Cukup sahaja Dania muncul di mimpinya, kurang lah sedikit rindunya kepada Dania.

******

"Tak apa lah Dania, demi awak, saya sanggup tengok awak bahagia dengan Syed Fadhil..." Kata Farid dengan nada redha.

"Saya doakan awak bahagia dengan Syed Fadhil. Mungkin kita ni tak ada jodoh. Yalah, asal saya nak berterus terang sahaja, ada sahaja yang mengganggu. Dari situ lagi saya boleh nampak, memang saya tidak ada jodoh dengan awak. Tak apa, saya redha dengan ketentuan Allah.." Panjang lebar Farid fikir. Redha sahaja lah. 

Farid pun baring diatas katilnya sambil memikirkan tentang Dania. Dia asyik teringatkan bayang bayang Dania yang tersenyum kepadanya. Sangat manis senyuman itu. Dia hanya mampu redha dengan ketentuan ilahi, walaupun sudah bertahun tahun dia suka dan ada perasaan terhadap Dania dari sejak sekolah lagi.

******

Dalam pukul 10.32 malam baru lah Dania sampai di rumahnya. Lama betul dia berada didalam kereta. Dia berasa sangat letih. Dia mahu mandi dahulu kemudian baru dia solat isyak dan terus tidur. Penat yang teramat hingga tak terkata. Siapa lah yang tidak penat apabila berada didalam kereta hampir 2 jam.

Selesai sahaja solat isyak, Dania berdoa agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan lelaki yag mampu menjaganya. Tidak lupa juga untuk berdoa kesejahteraan ibu bapa dan adik beradiknya yang berada di kampung. Dania berasa sangat rindu dekat ibu bapa dan adik beradik dia. Sangat rindu. Sudah berbulan mereka tidak bertemu ataupun bersua. Telefon tu adalah seminggu 4 kali, tetapi rindu tetap juga ada. Setakat suara sahaja, rindu itu tak akan terubat. Bukannya dia tidak mahu pulang ke kampung, tetapi sebagai boss di pejabatnya, dia terlalu sibuk sampai tidak ada masa.

Esok hari pula dia ada meeting. Jadi dia perlu berehat secukupnya pada malam itu. Selalunya dia menonton televisyen dahulu sebelum tidur, tapi malam itu, dia perlu tidur supaya tidak terlambat untuk ke pejabatnya. Mata pun sudah terlelap.

******

"Aku terima nikahnya, Asyirah Dania bt Muhammad Azuwan dengan mas kahwinnya 20 ribu dinar."

Dania terkejut lalu tersedar dari mimpinya itu. Ya allah nasib baik lah hanya mimpi. "Lelaki itu mukanya seperti Syed Fadhil... Ya allah, apa yang aku mimpi ini?" Dania berasa pelik, kenapa dia mimpi Syed Fadhil. Sangat pelik baginya. Sedangkan dia baru sahaja kenal Syed Fadhil pagi semalam, takkanlah baru kenal dah boleh masuk kedalam mimpinya.

"Nasib baiklah mimpi. Ahh biarkan, ianya hanya mimpi.." Ucap Dania.

Hanya tinggal lagi beberapa jam lagi masa untuk dia tidur. Dia berasa sangat mengantuk dan lebih baik dia sambung tidur agar dia tidak mengantuk untuk bekerja pada keesokkan harinya.

******

"Ya allah! Dania muncul dalam mimpiku? Apakah tanda semua ini?.." Fikir Syed Fadhil. Memang dia ada minta untuk mimpi Dania pada malam itu, tetapi takkanlah mimpi yang dia bernikah dengan Dania? Ya allah, ianya hanya mimpi...

Jam dinding menunjukkan pukul tepat 3.00 pagi. Lebih baik dia bangun untuk membuat solat hajat dan sebagainya. Pada waktu begitu memang doa dimakbulkan. Syed Fadhil pun bangun dari katilnya dan terus ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk.

******

Sampai sahaja di pejabat, Dania terus mengajak rakan bawahannya iaitu Ariyana Dalila. Dia tahu yang Ariyana ni memang tidak mahu makan dan hanya mementingkan kerjayanya demi menyara hidup adik beradiknya.

"Yana, jom breakfast dengan saya?" Ajak Dania.
"Oh tak apa lah Cik Dania, saya tak mahu makan.." Jelas Ariyana.
"No, awak kena breakfast jugak, kalau awak tak ada energy nanti, lepastu pengsan siapa susah?"

Betul juga cakap Cik Dania. Selama ni Ariyana sudah banyak kali dia pengsan di pejabatnya kerana mementingkan kerja daripada makan. Jadi dia hanya akur sahaja cakap boss nya itu, Cik Dania.

"Ya baiklah, saya ikut Cik Dania.." Senyuman dilemparkan kepada Dania.
"Good girl. Jom, saya belanja..." Dania memuji Yana sambil menunjuk ibu jarinya.

Tiba sahaja di restoran yang Dania selalu pergi, mereka terus mengambil tempat duduk. Seorang pelayan datang ke meja mereka dan mengambil pesanan.

"Hari ini dia tidak ada ke?" Fikir Dania sambil matanya mencari cari di mana kah Syed Fadhil.

"Cik Dania, cari siapa? Are you okay?" Tanya Ariyana kepada Dania.

"I'm fine. Tak cari sesiapa pun.." Jelas Dania. Dia hanya tipu Ariyana sahaja. Dia tidak mahu Ariyana tahu perkara yang sebenar. 

Sekejap sahaja mereka tunggu, makanan pun dah sampai. Itulah salah sebabnya kenapa Dania suka sangat makan disitu. Sebabnya adalah, kalau kita pesan makanan, sepantas kilat sahaja makanan tu akan sampai. Pemilik restoran iaitu Puan Hanisah sudah kira menjadi ibu angkatnya kerana Dania tidak mempunyai keluarga di Kuala Lumpur dan Puan Hanisah lah yang menjadi ibu angkatnya. Mereka mula rapat kerana Dania selalu pergi ke restoran ibu angkatnya.

******

Bab 7, next entry. Insya Allah.

Sunday 15 September 2013

Only You In My Heart (Bab 5)

Bab 5


"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Dania sambil malu malu apabila dipandang sebegitu.

"Hehe... Awak nampak.... Sangat lawa and cute lah malam ni, terpegun saya" Jawab si Farid sambil sedekahkan senyuman yang macam bapa kucing.
"Haha eh? Biasa sahajalah macam biasa..." Balas Dania dengan nada yang malu malu.

Mereka berbual hanya berbual sementara menunggu makanan sampai. Tiba tiba sahaja ada yang memandang mereka dengan tidak puas hati. Siapa kah lelaki itu? Tanya Dania dengan penuh curiga dan penuh tertanya-tanya. Dari jauh nampak macam kenal, tapi siapakah? Lain macam sahaja dia memandang mereka ketika mereka sedang seronok berbual. 

Dania membiarkan sahaja lelaki itu memandang mereka. Sedang mereka seronok berbual, tiba tiba sahaja lelaki yang memandang mereka itu tadi menegur si Dania.

"Hai Dania, may I sit here?"
Syed Fadhil! Terkejut Dania! Rupa rupanya lelaki yang memandang mereka itu tadi ialah Syed Fadhil.

"Hai Syed Fadhil! Silakan duduk, kitorang pun belum habis makan lagi ni, makin meriah lah kalau ramai orang kan?" Senyuman dilemparkan kepada kedua dua jejaka di hadapannya.

"Aduhhhh! Kacau sahaja! Aku baru aje nak memberitahu perkara yang sebenarnya!" Bentak si Farid didalam hatinya dengan rasa yang agak tidak puas hati.

"Siapa lelaki ini Dania?" Tanya Si Syed Fadhil.

"Engkau dah lah datang tiba tiba sahaja, ada pulak lah tanya aku ini siapa?" Marah Farid didalam hatinya sambil memberikan senyuman kepada Syed Fadhil walaupun senyuman yang tidak ikhlas.

"Oh ya! Farid, kenalkan ini Syed Fadhil and Syed Fadhil kenalkan ini Farid" Terang Dania.

Farid dan Syed Fadhil pun bersalaman. Syed Fadhil bersalam dengan Farid bukannya ikhlas pun! Dia sengaja mahu menyakitkan tangan dan hati Farid! Siapalah yang tidak cemburu apabila gadis idamannya keluar bersama lelaki lain.

Gadis idaman? Adakah aku sudah mula falling in love? Ya allah... Terus Syed Fadhil meleraikan daripada menyakitkan lagi tangan Farid.

Tengok muka Farid pun dah tahu yang dia menahan sakit, bukannya sakit sebab sakit tangan, tapi sakit hati. Dia baru sahaja mahu makan berdua duaan bersama Dania, tetapi ada yang menyibuk! Syed Fadhil hanya tersenyum. Tersenyum kerana kepuasan sebab dah melepaskan geram kerana keluar bersama gadis pilihan hatinya itu.

"Are you guys okay?" Tanya Dania dengan penuh curiga. Apa jadi dengan dua orang ini? Lain macam sahaja.

"We're fine!" Pendek sahaja balas Syed Fadhil. Farid baru sahaja nak balas soalan Dania, tapi Syed Fadhil yang menyibuk. Adanya Syed Fadhil, segalanya hancur!

"Oh okay... Awak dah order makanan ke belum?" Soalan ditujukan kepada Syed Fadhil. Nampak macam mereka ini mesra sahaja. Itu yang membuatkan Farid bertambah cemburu!

"Saya dah order dah tadi, kejap lagi sampai lah tu... You guys dah order?" Tanya Syed Fadhil. Harap sahaja ada perkataan you guys, tapi sebenarnya dia tak nak pun tanya dekat Farid. Geram masih melekat dihatinya.

"Dah!" Jawab Farid dengan perasaan marah, benci, cemburu. Tapi senyuman dilemparkan kepada Syed Fadhil yang buat buat.

"Amboi... Marah nampak... Ahh kau marah ke apa ke, tak kisah! Yang pentingnya, Dania milik aku!" Marah Syed Fadhil dalam hatinya. Milik aku? Ya, dia memang sedang falling in love...

Dania hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Apa yang tidak kena pun dia tidak tahu. Tapi dia tidak kisah pun sebenarnya, kalau ingin ambil tahu, nanti makin bertambah pula masalah mereka. Ada kemungkinan juga yang mereka ini pernah kenal ataupun pernah berjumpa sebelum ini. Fikir Dania. "Ahh men problems"

Hampir setengah jam mereka tunggu. Akhirnya sampai juga makanan yang di order oleh Dania, Farid dan Syed Fadhil.

"Roti je dia makan? Kenyang ke? Ish kalau aku jadi isteri dia, aku masak yang sedap sedap untuk dia, biar dia kenyang. Siapalah yang tidak mahu lelaki seperti ini, macam Kim Hyun Joong!" Fikiran Dania dan panjang sampai ke gunung.

"Dania...Dania.... Kau dah kenapa? Something wrong with me? Aku dah jatuh cinta ke?" Tanya Dania dalam hatinya. Pelik juga, bila dia berjumpa dengan Syed Fadhil, hatinya rasa tenang sangat. Dia tidak tahu kenapa.

Dania hanya perhatikan sahaja Syed Fadhil dan Farid makan. Laju nya makan! Fikir Dania. Apa yang tidak kena ini sebenarnya? Itu sahaja lah yang Dania tanya. Pelik. Sangat pelik!

Mereka makan tanpa mengatakan apa apa. Dania pun biar kan sahaja lah perangai mereka. Hanya beberapa minit sahaja, Syed Fadhil dah habis makan rotinya itu, kemudian Farid pula yang habis makan, bukan makanan sahaja, tapi air pun tak sampai 15 saat dah habis! Mereka ni lawan makan ke apa? Tanya Dania.

"I'll pay the bill" Syed Fadhil mahu membayar bill. Dia tidak mahu Dania ataupun si musuhnya itu iaitu Farid membayar. Dia bukannya mahu berlagak, tapi dia memang niat nak belanja mereka.

"No, thanks. Saya bayar sendiri." Tolak Dania dengan lembut. Tapi Syed Fadhil tetap juga mahu bayar bill.

"Nak sangat kan bayar, bayarlah! Jimat sikit duit aku!" Marah Farid sambil senyum kepada Syed Fadhil.

Syed Fadhil tahu yang sebenarnya Farid mahu dia yang bayar. "Okay, thanks a lot" Senyuman dilemparkan kepada Syed Fadhil. Syed Fadhil pun pergi dari meja tersebut dan pergi ke kaunter untuk membayar. 

Farid baru sahaja mahu memulakan percakapannya bersama Dania. Itu lah masa untuk dia bercakap, tapi baru sahaja dia nak muka, Syed Fadhil pun muncul dan duduk kembali ketempatnya. Cepatnya! Aku baru sahaja mahu memulakan perbicaraan. Kau ini memotong sahaja! Marah Farid.

"Thanks again Syed Fadhil. Saya tak boleh lama lama disini. I've got to go." Dania dah mula minta diri. Farid pula yang rasa sedih. Mana tidaknya, berhajat hendak keluar bersama gadis jelita itu, tiba tiba sahaja Syed Fadhil datang nak makan bersama. Sibuk aje!

"It's okay. We can meet again right?" Senyum Syed Fadhil kepada Dania kemudian memandang Farid, dia sengaja mahu membuat Farid rasa cemburu.

"Yeah, sure!" Balas Dania pendek.

"Awak balik dengan apa? Nak saya hantar?" Tanya Syed Fadhil tanpa menghiraukan Farid.

"Ish dia balik dengan kereta dia lah. Itu pun nak tahu ke? Sejak ada kau ni, aku nak cakap apa apa pun tak boleh. Kacau daun sahaja" Bentak Farid dalam hatinya. Dia nak cakap dengan Dania, ada sahaja dia memotong. Sengaja lah tu tidak mahu memberi peluang kepada Farid untuk bercakap.

"Saya pulang naik kereta saya." Senyuman dilemparkan kepada Syed Fadhil.

"Oh kalau macam tu saya hantar awak ke kereta ya?" Ajak Syed Fadhil, sekali lagi dia tidak menghiraukan Farid.

Dania hanya tersenyum. Pertanyaan yang tidak ada jawapan! Ambil berat juga ya dia? Wah terharunya. Terpegun si Dania. 

Perasaan sahaja aku ni. Haih Dania Dania, dah dah lah tu perasan. Tak mungkin orang sekacak ini sukakan aku! Dania pun mula bangun, kemudian Syed Fadhil terus berjalan bersama Dania. Farid langsung tidak dihiraukan, tapi Dania pula yang mengajaknya untuk keluar bersama.

Sampai sahaja di kereta Dania, Dania mengucapkan terima kasih kepada Syed Fadhil dan Farid. Farid rasa agak sedih kerana dia baru sahaja mahu beritahu perkara sebenar, tetapi Dania nampak macam mesra dengan Syed Fadhil. Dia tidak jadi untuk meluahkan perasaannya terhadap Dania. Andai kata mereka ini saling menyintai, dia mahu melihat Dania gembira. Jadi Farid redha sahaja dengan jodoh Allah S.W.T.

******

Bab 6, next entry. Insya Allah

Saturday 14 September 2013

Only You In My Heart (Bab 4)

Bab 4


Habis sahaja meeting, Syed Fadhil cepat cepat melarikan diri. Dia malu. Sangat malu. Dia takut kalau kalau ada orang yang menanyakan soalan yang sama seperti ayahnya tadi. Dia pun tidak tahu kenapa dia tiba tiba sahaja dia boleh berangan, dan dia sangat pelik, kenapa dia asyik teringat muka si Asyirah Dania? 

"Ya Allah, adakah aku sedang mempunyai perasaan cinta terhadapnya......." Tanya Si Syed Fadhil didalam hatinya.

Tepat pada jam 3.25 petang, Syed Fadhil terus ke surau di pejabatnya. Bukan di pejabatnya, tetapi didalam bilik pejabatnya. Maklumlah, dia kan boss disitu. Dia cepat cepat sahaja menanggalkan stokin dan segala aksesori di badannya. Di sudah lambat untuk menunaikan solat zohor. Ini mesti kerana meeting tadi dan dia terlupa untuk solat kerana tergesa gesa untuk mengerjakan perkara dunia. Ya allah maafkan lah hambaMu ini.... Ucapnya dalam hati dengan nada yang sayu.

******

Memandangkan Dania memang betul betul tidak sibuk pada hari ini, dia mengambil keputusan untuk balik awal pada hari ini. 

"Tepat pukul 4.30 petang, aku terus CHOWWW!" Kata Dania berseorangan.

Dia berasa amat bosan pada hari ini, kerana tidak ada apa apa kerja untuk dia buat. Dan lebih baik jika dia pulang awal ke rumah, boleh juga dia membuat kerja kerja yang sepatutnya di rumah. Ermmmm, kalau aku masak.....? Tanya Dania didalam hatinya.

Buat apa aku nak masak? Aku bukannya ada suami pun...... Dania sudah berfikir panjang. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh berfikir sampai kesitu sekali.

Umur dah 26, tapi aku still masih belum kahwin.. Ya allah, pertemukan lah jodohku dengan orang yang beriman dan beramal soleh...

Ish Dania... Dania... Panjang sungguh engkau berfikir ya?? Kata Dania didalam hatinya lagi. Dia bukannya gatal, tetapi dia takut, kalau dia tidak sempat untuk bersuami. Mana tidaknya, berkahwin itu kan mendapat pahala, dan apa salahnya jika dia membuat pahala bersama suaminya.

Okay cukup Dania. Mungkin belum sampai lagi jodoh aku... Fikir si Dania.

Berangan punya berangan, sudah tepat jam 4.30 petang. Dia sudah berhajat untuk pulang awal ke rumah. Ketika dia sedang berjalan, ramai yang menanyakan soalan yang sama terhadapnya.

Tiba tiba sahaja Farid menegurnya.

"Cik Dania jangan lupa ya pada malam ini?" Pesan si Farid sambil memberikan senyuman yang lebar terhadap Dania.

"Ya ya saya ingat... Terima kasih kerana mengingatkan saya Farid" Ucap Dania. Sebenarnya dia hampir terlupa, nasib baiklah Si Farid memesan kepadanya. Kalau tidak, memang makin lebatlah janggut dan misai si Farid kerana tunggu si Dania tak sampai sampai hingga ke pagi. Siapa yang kenal Farid, jika ada temu janji, dia pasti akan tunggu orang itu walaupun jam sudah menunjukkan lewat pagi.

"Baiklah Cik Dania, bawa kereta elok elok ya?" Senyuman yang manis diberikan lagi kepada Dania.

Dania hanya tersenyum dan berlalu pergi. Dia tidak mahu berada di situ lama lama sangat, sebab dia takut kalau tak sempat untuk mengemas rumah.

******

Sampai sahaja dirumah, dia mengunci segala pintu, pagar. Sebab dia memang berperangai begitu, mana tidaknya, tinggal berseorangan di rumah, siapalah yang tidak takut? Lagi lagi berada di rumah yang besar. Sebenarnya dia tidak mahu pun untuk tinggal berseorangan di rumah besar itu, tetapi ayahnya sudah membeli untuknya, nak buat macam mana lagi, terima aje lah.

Dania menunaikan solat asar dahulu kemudian barulah dia turun kebawah untuk makan ringan ringan sahaja pada petang itu. Hanya makan kentang goreng, nugget dan wedges dan minuman kegemarannya pada waktu petang iaitu teh 'o ais. Itu sahajalah yang paling senang untuk dia makan, tidak perlu masak.

Selesai sahaja dia makan petang, dia terus mengemas rumah, mencuci bilik air dan membersihkan seluruh halaman rumahnya. Memang penat. Tapi apa kan daya, sudah berapa bulan dia tidak membersihkan rumahnya, nanti orang pandang rendah terhadapnya dan mengatakan yang buruk terhadap.

******

Selesai mandi, solat maghrib, dia terus bersiap siap untuk makan malam bersama Farid. Nasib baiklah Farid tidak jadi mengambil di rumahnya, kalau tidak, memang berjam jam lah Farid akan menunggunya diluar. Mana tidaknya, perempuan mestilah berdandan bila mahu keluar, itu sudah menjadi kebiasaannya untuk berdandan apabila dia hendak keluar.

Sudah sahaja dia bersiap, cepat cepat sahaja dia menutup pintu biliknya dan berlalu keluar. Dia mengunci pintu rumah dan pinta pagar, sebab dia sangat takut kalau ada apa apa terjadi. Lalu dia terus masuk kedalam perut keretanya, dan memulakan bacaan bismillah lalu dia memandu kenderaannya.

******

"Assalamualaikum Farid, sudah lama tunggu saya?" Tanya Dania.

Sebenarnya dah lama Farid menunggi Dania, maklumlah perempuan kan, mestilah mahu berdandan bila keluar. Dia sudah faham dengan perangai perempuan. Tapi kalau pasal Cik Dania dia tu, tak apalah, dia sanggup menipu yang dia baru sahaja sampai.

"Tak ada lah lama mana, saya baru sahaja sampai..." Senyuman dilemparkan kepada Dania.
"Oh yeke? Saya rasa saya dah terlewat, maaflah, tadi jalan sesak sikit. Awak dah order makanan?"
"Tak apa, betul saya memang dah lama sampai. Belum lagi, ni baru nak order.."
"Oh ya, awak orderlah dahulu.."

Senyuman dilemparkan kepada Farid. Dia sengaja mahu Farid yang mengambil order dahulu, sebab dia sebenarnya tidak tahu apa menu makanan disini. Baru pertama kali dan mungkin kali terakhir dia makan disini. Mahal! Sangat mahal!

"Chicken chop RM21.90 .... Cheese Lasagna RM31.00 .... Macaroni Carbonara RM23.79 ... Masyaallah, mahalnya!" Bentak Si Dania didalam hati.

Dia bukannya kedekut ataupun berkira, tapi dia mahu berjimat. Dania memang tidak suka makan makanan yang mahal, sebab kalau makanan yang mahal ni, mesti sikit sahaja intinya. Tapi tak apalah, dah Farid mengajaknya makan disitu, redha ajalah.

"Waiter!" Panggil Farid kepada waiter yang sedang mencuci meja di restoran tersebut.
"Yes sir, nak makan and minum apa?" Tanya si waiter itu, namanya adalah Ridzuan, jelas sekali di nametagnya.
"Just give me Macaroni Carbonara and fresh orange."
"And you?...." Tanya waiter itu kepada Dania.
"Saya makan dan minum sama sahaja dengan dia." Malu malu Dania menjawab, sebab dia tidak tahu menu apa yang patut dia order. Mungkin menjadi kebiasaan Farid untuk makan disitu. Nampak makanan sedap, tapi masalahnya mahal!
"Okay, makanan akan sampai tidak lama lagi"
"Thanks!" Pendek sahaja balas si Farid.

"Ucap Thanks dekat waiter, tapi pandang aku? Alahai, malu lah kalau ditenung lama lama macam tu! Ada apa apa yang tak kena dengan aku ke apa?" Tanya Dania dengan penuh curiga didalam hatinya.

"Sungguh jelita ye awak, wahai Dania." Farid, farid... Terus terang aje lah kan senang?

Farid memang ada perasaan terhadap Dania dan dia memang nak memberitahu Dania. Tapi apa kan daya, kalau dia nak berterus terang, ada sahaja penghalangnya!

******

Bab 5, next entry.

Friday 6 September 2013

Only You In My Heart (Bab 3)

Bab 3


Dania terhenti daripada lamunan dia kerana telefon bimbitnya berdering. Sudah tiga kali berdering tetapi Dania tidak perasan langsung, hanya kerana Syed Fadhil, orang sedang bercakap dengan dia pun semestinya Dania tidak perasan.

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam, siapa ini?" Tanya Dania dengan penuh curiga. Nombor yang dia tidak pernah kenali tiba tiba sahaja menghubunginya.
"Ini saya Farid, Cik Dania. Maaf, saya sudah tukar nombor baru.." Fuhhhh nasib baiklah Farid. Kata Dania dalam hati.
"Oh Farid, kamu ni, saya ingatkan siapalah tadi. Kamu nak apa telefon saya ni?"
"Tak ada apa apa Cik Dania, saya cuma ingin mengajak Cik Dania makan malam bersama saya, itupun kalau Cik Dania tidak sibuklah..

Dania pun tidak memasak dirumah, dia tinggal seorang sahaja dirumah, memang malas betul dia hendak memasak untuk dirinya sendiri. Tidak salahlah kalau dia keluar bersama Farid hanya untuk makan makan.

"Setakat ni saya tidak sibuk. Ya boleh boleh..."

Farid, seorang rakannya sejak dari sekolah menengah. Memandangkan Dania ini bos besar kepada Si Farid, memang patutlah Si Farid ni panggil Dania 'Cik Dania'. 

Farid pun senyum melebar hingga ke telinga. Yelah, siapa yang tidak seronok apabila gadis jelita bagaikan bidadari sudi keluar bersamanya. Sangat gembira. Tidak boleh berkata kata kerana terlampau gembira. Farid sebenarnya ada hati dengan Dania sejak dari sekolah lagi semasa mereka bertemu pada tingkatan satu lagi. Tapi Farid sahaja yang menyimpan perasaan terhadap Dania.

"Jadi kita hendak makan dimana?" Tanya Farid kepada Dania.
"Saya tidak kisah, awak yang mengajak saya.."
"Kalau di restoran di KLCC awak mahu pergi?"
"Boleh sahaja, tidak ada masalah..." Jelas Dania.
"Baiklah. Nak saya ambil awak dirumah ke?"
"Tak apalah, saya sendiri yang pergi, saya tak nak susahkan awak.. Kita nak meet pukul berapa ya?" Jelas Dania dengan rasa yang agak malu malu.
"8.00 malam..."
"Oh kalau saya terlambat, maaf ya.." Kata Dania, dia memang kalau hendak bersiap siap pergi berjalan atau bekerja, memang dia siap lambat. Sebab itu lah dia minta maaf awal awal.

"Oh baiklah. Itu sahaja yang saya mahu tanya. Jumpa malam nanti ya.."
"Ya baiklah, assalamualaikum Farid."
"Waalaikumussalam Dania.." 

Dia memang gembira sangat, walaupun Dania seorang bos besar di pejabatnya, tetapi Dania tidak pernah menyombong. Ya Farid sedar yang dia hanya seorang yang miskin, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun dia hanya dapat cukup cukup makan. Apatah lagi hendak masuk ke Universiti ataupun Kolej, dia tidak ada duit untuk membayarnya. Nasib baiklah bapa Dania memberikan syarikat kepada anaknya, bolehlah Farid bekerja bersamanya. Sejak keluarga Farid meninggal hanya tinggal dia seorang dan dia sahajalah yang perlu menyara hidup. Dia pula sedang mencari isteri untuk teman penggantinya. Cadangnya hendak melamar Dania, tapi dia takut jika Dania tidak menyukainya ataupun memandang rendah terhadap Farid.

Ahhh siapa kisah, yang pentingnya aku mencuba. Dania bukannya jenis orang yang macam itu, Dania baik. Kata Farid didalam hati. Dia yakin yang Dania mesti tidak memandang rendah terhadapnya. Farid tersenyum keseorangan.

******

Dania meletakkan kunci keretanya diatas meja pejabatnya. Dia mengeluh kepenatan kerana membawa kereta tadi, dengan jalan yang sesak, panas dan dahaga.

Dania keluar dari biliknya untuk membuat air milo. Dia tidak memerlukan bantuan orang gaji di pejabatnya, kerana dia lebih selesa membuat sendiri. Dia lebih suka membuat sendiri kerana dia boleh mengikut citarasa tersendiri. Sambil dia membancuh milo didalam cawan, tiba tiba ada seorang perempuan menegurnya.

Ariyana Dalila.

"Hai Cik Dania..." Senyuman dilemparkan kepada Dania.
"Ya Yana. Mahu bancuh air ke mahu makan biskut?"
"Dua dua Cik Dania, saya tidak makan tengahari tadi.."
"Laaa kenapa tidak makan?"
"Kerja banyak Cik Dania, kalau saya tak siapkan kerja kerja tu, saya takut kalau Cik Dania marah aje.."
"Laaa patutnya awak makan lah dulu, kesihatan tu yang penting.. Takpa takpa, awak pergi ke restoran mana mana ke, pergi makan nasi. Kasi tenaga sikit. Setakat biskut awak mesti tak kenyang. Nah ambil RM50 ini. Ambil buat belanja ya..." Senyuman dilemparkan kepada Ariyana.
"Tak apalah Cik Dania, saya boleh tahan lagi ni..."
"Jangan degil Yana, nah ambil duit ini."
"Ya ya baiklah, tapi duit itu saya rasa tak perlulah kot, menyusahkan Cik Dania aje.."
"Tak apa, saya ikhlas Yana..." Senyuman yang manis diberikan kepada Ariyana.
"Baiklah, saya perlu dulu. Terima kasih banyak banyak ya Cik Dania.."
"Sama-sama.."

Dania sengaja memberikan duit itu kepada Ariyana, dia tahu Ariyana sangat lapar dan dahaga. Bagaikan tidak ada tenaga untuk hidup. Dan Dania tahu yang Ariyana masih lagi tidak mengambil sarapan pagi tadi. Ariyana, siapalah yang tidak kenal, seorang pekerja yang rajin yang mementingkan kerjanya untuk adik beradik dan ibunya sehinggakan masa untuk makan pun dia tidak peduli. Iyalah, siapa lagi yang boleh menyara untuk keluarganya kalau bukan lagi dia? Ayah dia pula sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas, dia pula seorang anak yang sulong, jadi dia lah yang patut menyara ibunya dan adiknya.

******

"Saya sayang abang, wahai Syed Fadhil, tolong jangan tinggalkan saya......" Kata Dania kepada Syed Fadhil.
"Ya sayang, abang akan sentiasa sayang awak, wahai isteriku, Asyirah Dania...." Satu ciuman di dahi diberikan kepada Dania.

Dania hanya tersenyum dan memeluk suaminya. Satu ciuman di pipi dihadiahkan daripada isterinya. Syed Fadhil hanya tersenyum dan memeluk isterinya dengan erat.

"Tuan.... Tuan....." Panggil Adam sambil memandang bosnya, Tengku Syed Muhammad Fadhil.

Tiba tiba sahaja Syed Fadhil terperasan kerana Adam memanggilnya.

Ya Allah, aku berangan ke tadi? Tapi rasa macam betul betul. Ya Allah, malunya aku, apa aku hendak jawab ini didepan orang ramai? Kenapalah masa aku sedang mesyuarat aku boleh berangan ni? Ya allah..... Malunya.... Kata Syed Fadhil didalam hatinya.

"Are you dreaming, Tengku Syed Muhammad Fadhil?" Tanya ayahnya, Tengku Syed Syah.
"No, saya cuma memikirkan sesuatu. I'm sorry. Can we start now? Shall we?"
"Are you dreaming again my son?! Kita dah lama start, and kami hanya memerhatikan awak aje daripada tadi, asyik berangan dan termenung."
"Sorry. Really sorry." Hanya itu sahaja yang boleh Syed Fadhil ucapkan. Dia berasa sangat malu kerana tiba tiba berangan tentang Dania semasa bermesyuarat. Ya allah....

******

Bab 4? Next entry..