Resepi Puding Roti Berkuah Kastard

Assalamualaikum.

Nilah rupanya puding roti tu.

Why I'm so excited to publish this post. Hahaha, this recipe is not mine, I'm just watched it on youtube. Abang aku lah dok suruh buat puding roti katanya dah terliur lama tak makan. Dulu first time buat puding roti dia yang buat, tapi dia letak cheese. Boleh tahan sedap. Tapi taste aku, nak ala-ala sos gitu, aku pun trylah buat puding roti dengan sos kastard. Semua bagi komen yang positif, alhamdullilah kehkeh.

Bahan pun simple. Ikut resepi aku, memang simple, pemalas dan kedekut habis. Kalau orang lain adalah jugak letak buah-buahan yang dipotong kecil. Tapi aku senang aje, letak kismis. Btw, resepi akulah sangat kan. Memang semua orang biasanya letak kismis pun. Ahah.

Bahan-bahan untuk puding roti :
- Roti (6-10 keping)
- Telur 3 biji
- Esen vanila
- Gula 5 sudu (Jangan letak penuh sangat dalam satu sudu, agak-agak aje)
- Susu biasa 2 cawan (Maaplah, aku tak tahu berapa sukatan dia, main campak aje, tapi pastikan jangan terlalu banyak jangan terlalu sikit)
- Kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard :
- Tepung kastard 2 sudu
- Susu biasa 1 cawan
- Gula 2 sudu
- Esen vanila

Cara-cara :
-Potong @ koyak roti ikut citarasa koranglah nak besar ke kecik lepastu masukkan dalam loyang. Lepastu boleh tabur kismis kalau nak letak. Kalau aku potong kecik senang nak susun lelawa. Haa maklumlah, mak aku cukup cerewet orangnya. Dia mahukan anak daranya menunjukkan presentation yang lelawo. Ikut malas aku, koyak then campak. Simple.

-Ambil mangkuk, masukkan susu 2 cawan, telur 3 biji, esen vanila, gula 5 sudu dan kacau sambil gula larut. Kalau nak hilangkan bau telur, buang pusat (pusat?) telur. Aku pun tak tahu apa namanya, tapi mak aku panggil pusat telur. Alah, yang warna putih macam hinguih hehe. Tak tahu nak describe macam mana.

-Dah habis kacau, terus masukkan ke dalam loyang yang berisi roti tadi. Tekan sikit roti, bagi kesemua roti kena susu. Kalau nak sedap, rendamkan roti dulu. Aku cuma rendam 5 minit. Sebab malas nak tunggu. Pemalaih sungguh aih.

-Hidupkan oven dengan suhu 200 *C dan bakar selama 35-40 minit. Ikut oven aku, lambat sikit. Kekadang lebih daripada sejam. Oven lama katakan, oven pakai api punya. Beselahh.

Untuk kuah kastard pulak,

-Masukkan kastard 2 sudu, susu biasa 1 cawan, gula 2 sudu dan esen vanila ke dalam periuk. Kacau sehingga tepung dah tak berketul, dan gila dah terlarut. Masakkan di atas api yang perlahan. Kacau eh jangan tak kacau nanti berketul tak sedap. Jangan kacau sampai pekat sangat, agak-agak aje.

Lepastu, bolehlah hidangkan. Potong puding masuk dalam piring @ pinggan, kemudian letak aje kuah kastard dekat atasnya. Aku ni jenis orang yang penyabar (kononnyaa) sikit, so puding roti tu aku simpankan dalam peti ais besoknya baru aku makan. Baru sedaaappp makan sesejuk.


Bagaimana melelehnya kuah kastard tu, begitulah melelehnya air liur aku ketika melihat gambar ini. Hamboih. Ayat takmau kalah. Bon appetit. Cewah.

Bonne chance cette recette :) Sekian.

Comments

  1. sedapnyaa. teringin nak cuba tapi MALAS. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dedulu pun saya malas jugak, tapi sebab teringin kena jugak buat huhu

      Delete
  2. sedapnya! boleh la try nanti hehe

    ReplyDelete
  3. mujurlah bukan peminat puding..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak dah meleleh air liur ceh hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular Posts