Resepi Kimbap (Korean Food)

Assalamualaikum.

Semalam aku baru post resepi puding roti. Actually, puding roti tu last week punya and it should be posted on last week lah kan. Haha, nampak pemalasnya aku ni.

So, ahad lepas adalah pergi beli barang untuk buat kimbap. Mana taknya, dah layan korea, sekali dengan makanannya sekali nak cuba. Poyo betul hahahaha benda biasaaa sama aje macam yang kita selalu makan western food tu. It's not wrong if we just want to try another things such as makan makanan daripada negara orang lain. It's not because I'm too obsessed with Korea guys, don't get me wrong hahaha. I'm type of person who always want to try a new thing. To me, why not kan hahahaha. Dah merepek apa dah.

Okey, kimbap dia rupanya macam gini

Ni kimbap waktu hari Ahad haritu.

Bahan-bahan untuk kimbap :
- Timun (Dipotong secara memanjang dan dibuang ditengahnya yang lembut dan berair)
- Carrot @ lobak merah (dipotong halus)
- Daging cincang
- Hotdog
- Telur 2 biji
- Nasi (Beras SUMO)
- Minyak bijan (But I didn't used it, sebab tak jumpa yang ada halal)
- Garam
- Sedikit lada hitam
- Seaweed (Rumpai laut)

Cara-cara : (Nasi)

Pastikan korang pakai beras yang ini. HALAL pun dah ada.

- Ambil nasi mengikut banyak mana yang korang nak. Kalau aku, agak-agak aje, ikut berapa banyak inti yang korang buat. Bagi aku, inti banyak, nasi kurang kan sikit. Sebab kalau nasi yang terlebih banyak pun tak sedap jugak.
- Basuh beras (Kalau aku basuh 5 kali huahua) dengan selawat tiga kali. Setiap kali basuh, setiap kali tulah selawat.
- Lepastu masaklahhh. Hahaha.
- Bila nasi dah masak, masukkan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit garam. Kalau ada minyak bijan, letakkan sedikit dalam dua ke tiga sudu. Sorrylah tak tahu berapa banyak sebab aku tak pakai minyak bijan.

Rupa nasi tu bila dah masak. Nasi dia melekat-lekat walaupun kau buat nasi ni dengan cara kau buat nasi yang biasa.

Untuk inti kimbap pulak,
- Potong carrot dengan halus, contohnya macam gini.


- Lepastu carrot yang dipotong tu, letak dalam pinggan dan letak sedikit garam. Nak bagi rasa. Sikit aje. Ketepikan.
- Hotdog pulak, kalau aku bahagikan 4 bahagian untuk satu hotdog yang panjang tu. Ikut koranglah nak potong macam mana. Nak bahagikan 2 pun boleh tapi asalkan jangan beso-beso sangat eh. Ketepikan.
- Daging cincang pulak, basuh di atas penapis. Dengan selawat 3 kali. Basuh sampai hilang darah dekat daging cincang tu. Ketepikan.
- Timun potong macam yang aku cakap dekat atas. Ketepikan.
- Lepastu, ambil telur 2 biji pecahkan dalam mangkuk @ pinggan. Masukkan sikit garam dan lada hitam kemudian kacau (kacau ke pukul?) telur sampai berbuih. Hah ikut hatilah nak pakai blender pun boleh kahkah. Ketepikan.

Masa untuk goreng pulak,
- Goreng carrot, masukkan dalam pinggan. (Nak rebus pun boleh)
- Goreng hotdog yang dipotong tadi, dan masukkan dalam satu pinggan yang ada carrot tadi. Takyah bebanyak pinggan, penat nak basuh nanti. (Nak rebus pun boleh)
- Goreng daging cincang, masukkan sedikit lada hitam dan garam. Masukkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam pinggan yang sama.
- Goreng telur dadar pulak, kemudian potong memanjang dan masukkan ke dalam pinggan yang sama. Macam dalam gambar bawah ni.

Menarik kan? Ceh ceh.

- Ambil papan (bagi yang tak pakai rolling apa entah namanya). Kalau nak pakai rolling tu pun boleh, semestinya. Tapi aku malas nak beli walaupun dekat kedai DIY RM1 aje haaa kau murah! Tapi lebih berbaloi kalau gulung pakai tangan kehkeh. Jimat rm1 aku huhu.

- Letak seaweed diatas papan @ rolling. Aku pakai seaweed ni.


- Diatas seaweed tu, korang letak nasi. Tekan sikit nasi tu supaya dia melekat. Part nak tekan ni susah sikit. Sebab nasi dia melekat-lekat. Tapi, aku pakai sudu plastik yang licin waktu nak tekan. Mudahkan kerja sikit.
- Lepastu, susun ajelah benda-benda yang korang buat tadi. Hotdog, timun, carrot, daging cincang dan telur. Tapi pastikan korang susun dalam keadaan bertindih. Kalau susun memanjang susah nak gulung.

Macam gini haa rupanya. Lagi banyak inti, lagi sedap.

Lepastu, siap! Disebabkan aku terbuat banyak nasi, jadi kimbap aku kurang sedap sebab terlampau banyak nasi dan inti tersangatlah kedekut. Yang kali pertama sedap (sedap? puji masakan diri sendiri) sebab kurang nasi, banyak inti.

Inti tu, kalau nak pakai crab yang panjang tu pun boleh. Ikut sukalah nak letak apa. Nak letak daun spinach ke. Up to you guys. That's your recipe, why not if you want to try something new kan.

Ni yang kali kedua. Tapi still nampak sedap bhahaha sebab dah ketagih sangat.

Zoom sikit. Hahahaha.

Selamat mencuba. I'm so sorry if you can't even understand my recipe, the way I'm talked (talked sangat). Goodluck untuk mencuba sesuatu yang baharu wah tak habis habis ayat tu.

Comments

Post a Comment

Popular Posts