Monday 23 November 2015

Pengalaman Berjual di USIM

Assalamualaikum.

Lamo bebeno eden dok tak upload any post on this blog (upload?) Semalam cuma sempat tukar rupa blog aje, tapi kalau nak post something new memang tak larat habis. Mata pun dah mengantuk, badan pun dah letih. Selama dua hari tanpa rehat. Eceh.

Jadi sekarang ni, baru aku tahu bukan senang untuk dapatkan rezeki yang halal. Susah sangat. Penat semua ada. Banyak cabaran. Aku baru dua hari dah mengeluh. Lagilah orang-orang yang bekerja selama 5 hari tu kan, huhu.




Start Jumaat lepas dah kena buat semua makanan. Nak kena masak spaghetti goreng, garlic bread dengan cheesekut oreo. Mak aku tolong potongkan bawang semua tu, abang aku adalah tolong tampal sticker dan sebagainya. Tampal sticker pun ingat tak penat ke kahkahkah. Abang aku yang second pulak, ikutkan kena balik hari Jumaat haritu, tapi tak jadi sebab dia yang kena settlekan pasal meja, kain, kerusi nak kena bayar sewa segala bagai.

Tidur lambat, bangun awal. Dalam pukul 3 kena bangun sebab nak buat garlic bread pulak. Dah siap itu ini, gerak pergi usim selepas subuh act, tapi disebabkan aku terlalu lambat, tak jadi pergi awal. Pukul 8 baru gerak kahkah. Sampai sana dalam pukul 9. Lek aje, usim tak jauh pun dari Gombak kehkeh.



Gambar ni waktu hari pertama dekat usim. Alhamdullilah lah kan. Abang aku suruh jual pun sebab ada program daurah, katanya ada pelajar dari luar U. So I guess memang ramai gilalah yang ada dalam beribu ke apa, rupanya hahahaha takdelah ramai sangat ye ye aje aku kata makanan tak cukuplah, sikit sangatlah tapi alhamdullilah kira habis jugaklah.

Satu aje aku tertarik dekat sana. Aip. Bukan pasal tertarik dekat mamat handsome. Aip aip. Aku tertarik dekat pemandangan sana, langit dengan awan dia. Subhanallah, lawa serious. Lagi-lagi awan. Aku memang obses dengan awan, sebab tu aku suka tangkap gambar pemandangan. (Ayat awkward gila)





Waktu dalam pukul 9 gitu sambil tunggu pelajar keluar dewan, sambil-sambil tengah bosan tangkaplah gambar langit tu. Lawa ennn. Kalau depan mata lagi lawa.

 Aku dah mula jatuh cinta dengan popia ni. Simple aje sebenarnya. Inti dia cuma pisang lenyek dan dibalut dengan kulit popia. Lepastu letak syrup chocolate hersheys. Kreatif en student dia hahaha.

 Ikutkan ada banyak lagi, tapi tak muat meja nak susun penuh-penuh. Sebab dah terjadi incident waktu aku susun barang, tetibe terjatuh. Nasib tak tumpah, meja kecik sangat en.

Ni rupa cheesekut oreo tu dari tepi. Boleh tengok insta @foodeat_bakery. Cheesekut oreo, cheese pior punya tanpa whip cream dan segala cream dalamnya.

Seronok sebenarnya berjual beli dekat situ. Satuuu ajeelaahhh yang aku kurang suka hahahaha, asal orang nak beli mesti

"Kak, ni satu berapa?"

"Kak, saya nak ni satu."

Hahahahaha, aku ni tua sangat ke apa. Dah confirm-confirm en depa lagi tua daripada aku. Hahaha lek lek, aku tak marah pun. Cuma kelakar aje mana taknya, aku sendiri pun confuse nak panggil dorang akak ke abang bila dorang dah gelarkan aku sebagai akak. Huhu.


Our treats lepas dah berpenat lelah. "Alah kfc aje pun." Eventhough 'kfc aje pun', aku dah kira bersyukur sangatlah sebab aku seorang aje dapat makan ayam 3 ketul set dengan burger nachos tu (takde dalam gambar) sebab mak aku kata, aku paling teruk kena buat kerja. Agak heaven jugaklah dapat makan lepastu gigih okey aku simpan dari nilai ke gombak, ayam dua ketul dengan coeslaw, kentang putar dengan burger semata-mata nak lepak depan tv tengok movie sambil makan.

Btw, napelah kfc nilai lawa sangaaaattttt.

Sesiapa nak tempat cheesekut oreo @ garlic bread @ spaghetti atau macaroni goreng @ olive house punya barang boleh whatsapp 011-16696365 (Nazmi) @ 011-19700344 (Ashraf) @ 011-32909283 (Hidayah)

Untuk olive house, boleh contact ayah aku (013-6034611). Sekian hahaha.

7 comments:

  1. wah bestnya...err boleh pos ke ..hihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha boleh hantar ke rumah, tapi gombak aje huhu

      Delete
  2. pengalaman yang tiada bandingnya :) alamak ternampak gambar favourite kfc ^^

    tolong view link ni. bukak saja
    http://visittopaid.com/?ref=70576

    ReplyDelete
  3. Seronoknyaa... cuaca pun bestt jee... amboi, business laa diaa :) hehe

    Salam ukhuwwah naa..

    ReplyDelete