Saturday, 19 July 2014

Cerpen : PA Dua Bulan Untuk Bos Kekwat! 3

Cerpen : Part 3

Masuk hari ini, sudah lima puluh hari Faisyah bekerja sebagai Personal Assistant untuk Raykarl. Dan selama lima puluh hari jugalah, Faisyah merasa apa itu sakit hati, benci, geram dan macam-macam rasa bila dengan Raykarl. Kecuali... Jatuh cinta! Euwww, siapa nak jatuh cinta dengan mamat kekwat macam tu?

"Ina termenung apa?" Tegur Kak Sarah, seorang pekerja kerani di syarikat ini.

Hanya dia seorang sahaja yang panggil nama Faisyah dengan panggilan "Ina".

"Eh, mana ada." Bohong Faisyah. Tangannya yang tadi terhenti menulis, kini mencapai pen di atas meja dan mula menulis di atas kertas A4.

"Yelah tu. Entah-entah teringatkan dekat bos kita takkk." Kak Sarah tersenyum nakal.

Ramai yang kenen-kenenkan Faisyah dengan Raykarl. Kata mereka, Faisyah dengan Raykarl ni secocok. Lagi-lagi apabila bertemu, pasti bergaduh. Orang kata, lawan jadi kawan. Benci jadi cinta. Musuh jadi... Jodoh!

"Ish, merepek aje akak ni." Faisyah menahan malu. Mukanya kini sudah kemerah-merahan. Malu kerana apa yang Kak Sarah katakan adalah benar.

"Kak Sarah dah banyak makan garam Ina... Tak usahlah nak tipu..." Kak Sarah yang tadinya berdiri kini duduk di hadapan Faisyah.

"Ish bahaya tu kak." Faisyah pasang muka serius.

Kak Sarah memandang Faisyah dengan muka pelik. "Apasal?"

"Kena darah tinggi tu." Faisyah tersengih dengan lawaknya sendiri.

"Orang serius, dia main-main pula ya," Kak Sarah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Faisyah... Selalunya, benci jadi cinta dan musuh tu selalu jadi jodoh kita tau." Ujar Kak Sarah tiba-tiba.

"Ehh?" Faisyah pandang Kak Sarah dengan perasaan bingung. Dah kenapa? Tiba-tiba sahaja cakap soal cinta... Musuh... Jodoh... Ish!

"Love is not a honey and a sugar, but it gives us sweetness more than those." Ujar Kak Sarah lagi. Tiba-tiba.

Memang sesuai sangat ayat itu dengan Faisyah. Yalah, si hati batu lah katakan.

Kak Sarah terus berlalu dan meninggalkan Faisyah yang terpinga-pinga. Ah, sudah! Tak payah fikirkan soal cinta. Apa yang penting sekarang ni, kerja! Kau cuma ada lagi 11 hari sahaja lagi untuk berkhidmat sebagai PA.

Lepas ni...

Balik kepada asal.

Hm, macam berat aje nak tinggalkan pejabat ni.

Aippp, berat nak tinggalkan pejabat, bukan bosnya!

"Echa, malam ni awak busy tak?" Tegur satu suara. Bukan suara asing dan bukan suara mamat filipina.

Ceit, filipina!

"Tak, kenapa bos?"

"Saya nak awak teman saya pergi reunion malam ni," Terang Raykarl. Wajahnya selamba.

"Ohh.. Eh, hah? Tapi kenapa saya pula?" Faisyah menunjukkan jari telunjuknya ke arah mukanya.

Wajah pelik Faisyah dipandang tenang oleh Raykarl. "Sebab saya rasa awak aje yang sesuai."

"Tapi reunion bos mesti yang grand - grand punya. Saya segan lah." Ujar Faisyah. Faisyah mana ada baju yang mahal-mahal.

Kang kalau dia pakai baju murah, mahu tahan malu pula Raykarl ni...

"Awak simpan ajelah segan awak tu. Saya nak awak temankan juga saya malam ni. Pasal baju, tengahari ni kita pergi beli. Titik!"

Pehhh, sekali dia arah... Memang kena ikut jugalah aku. Dasar mamat kekwat!

"Kalau saya pakai baju biasa aje tak boleh ke?" Soal Faisyah. Malas betul dia nak pergi ikut si mamat kekwat tu membeli belah. Kang, ada sahaja yang dipangkahnya. Itu tak nak, ini tak kenan. Hish!

"Awak ada ke baju mahal?" Sinis. Tahulah aku ni tak kaya macam kau! Gumam hati Faisyah.

"Tak ada, sebab saya tak kaya macam bos." Jawab Faisyah perlahan. Agak terasa dengan kata-kata Raykarl. Tahulah aku ni sebatang kara...

"Eh, saya berlawak aje," Ujar Raykarl, serba - salah.

"Saya pun berlawak juga tadi," Faisyah gagahkan juga untuk memaniskan muka. Tak mahu nampak wajah yang sedih di hadapan Raykarl.

"Oh,"

"Oh je?"

"Habis tu awak nak apa?"

"Tak nak say sorry?"

"Perlu ke?" Sarkastik.

Ahhh! Boleh sakit otak kalau bercakap dengan Raykarl ni.

"Tak perlu pun," Faisyah kembali menyambung kerja. Ceit, sejak bila kau pandai merajuk ni Faisyah?

Diam...

Satu saat... Dua saat... Tiga saat... Seminit...

"Sorry, sayang." Erk? Sorry tu aku boleh terima lagi, tapi... Sayang?

Faisyah yang dari menunduk memandang meja kini terus menghadap orang di hadapannya kini. Telinga dia belum pekak lagi kan?

"Sorry. Say it again?" Pinta Faisyah. Wajah tenang Raykarl ditenung lama oleh Faisyah.

"Awak ni tak korek telinga ke?" Sinis.

"Eh tak, saya tak korek telinga sebab tu lah saya suruh bos ulang balik." Hah! Kena. Tadi dok sinis dengan aku, sekarang biar turn aku pula ye bos yeeeeee.

"Whatever lah Echa. Tengahari ni jangan lupa," Raykarl terus berlalu. Dia masuk ke dalam biliknya dan menghempas tubuhnya di atas kerusi empuk.

Malu gila!

'Agak-agak dia dengar tak?'

'Ish, kalau dia dengar mahu aku sorok muka ni. Kalau aku tenggiling dah lama aku gulung sorokkan muka,'

"Nasiblah Faisyah, aku dah tertarik dengan kau." Mengeluh.

**************

Faisyah terduduk. Diam. Kaku.

'Telinga aku belum pekak!' Jerit Faisyah kuat dalam hatinya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata yang baru keluar dari mulut dia...

"Nasiblah Faisyah, aku dah tertarik dengan kau."

Fail yang mahu dihantar terus tak jadi hantar. Lebih yang buat dia menjadi kaku apabila Raykarl tersenyum sendiri dan berkata...

"Aku tak tahu bila aku cintakan kau. But, i love you Faisyah."

Diam...

Kalau nak kata itu bukan dia, mungkin ada lagi manusia yang bernama Faisyah, memang macam tak logik sangat kut. Yelah, Setahu dia, Raykarl ni jenis tunggul. Ada ke kawan perempuan? Aish!

Ish, fikir positif! Tak mungkinlah 'Faisyah' itu adalah 'aku'. Ya, mungkin 'Faisyah' tu kawan Raykarl. Tapi, bukan aku. Ya, fikir positif!

Fail yang tadi diletakkan di atas meja, terus di capai. Dengan bacaan bismillah, perlahan-lahan Faisyah memasuki ke dalam pintu bilik Raykarl.

Semua rasa gundah di dalam hati, sedaya upaya Faisyah cuba untuk menghilangkan dan menenangkan dirinya.

Okay... Tujuan utama kau cuma hantar fail ni untuk di tanda tangani dan, terus.... BLAH!

*******************

"Dah pukul sebelas setengah, jom gerak."

"Eh eh, kot ya pun nak ajak saya keluar, lepaskan tangan ni." Pinta Faisyah. Sesuka mak bapak dia aje nak pegang tangan aku. Ingat tangan aku ni tangan barbie doll sesuka boleh pegang?

Eh, kahwin dulu baru boleh peganglah!

Ceit, kahwin? Ops!

"Oh, sorry. Tak sengaja." Ujar Raykarl, serba-salah apabila melihat jelingan tajam Faisyah.

"Sorry, sorry." Ejek Faisyah. Tetapi tangannya tetap juga mencapai handbagnya. Laptop yang tadi menyala kini di 'sleep' kan.

"Nak pergi mana?" Soal Faisyah. Mereka berjalan bersama sehingga ke kereta milik Raykarl.

"Dating,"

"Whuuuuuuuut???"

"Tahu pun terkejut. Kan saya kata tadi, pergi beli baju." Raykarl tergelak.

Faisyah menghembuskan nafasnya. Fuhhhh! Nasib baik. Mahu terkejut beruk aku tau, ish Raykarl, Raykarl!

"Bos ni, buat saya terkejut jee."

"Kalau awak nak dating dengan saya, apa salahnya. Saya on je." Ujar Raykarl selamba.

"Uishh, merepeklah." Faisyah mencebik. Aku. Nak. Dating. Dengan. Mamat. Kekwat. Ni?

Ehh-kirim-salam-lah-eh!

"Saya pun tak inginlah nak dating dengan awak," Raykarl meniru gaya Faisyah, mencebik.

Ek eleh, tadi kata 'on' ni kata 'tak nak' pula. Ish!

"Good." Balas Faisyah. Ibu jarinya ditunjukkan ke muka Raykarl. Faisyah tersenyum.

"Dah, dah. Masuk cepat. Ke nak saya dukung?"

"Uish, apa bos merepek ni. Saya tahu lah cara nak masuk kereta macam mana..." Balas Faisyah, mencebik. Dan tangannya laju membuka pintu. Bimbang dengan kata-kata Raykarl.

Mereka sama-sama sudah berada di dalam kereta. Raykarl dan Faisyah memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan diri. Suasana senyap sunyi sepi menghuni di dalam kereta itu.

"Oh ya, by the way... Kata-kata saya tadi tu gurau je, tak ada maknanya saya nak angkat awak. Silap-silap, saya yang tumbang." Tanpa dipinta, Raykarl menuturkan kata-kata sebegitu.

Faisyah hanya menjuih bibir.

I-Lagi-Tak-Ingin-You!

*****************

"Pink?"

Geleng.

"Green emerald?"

Geleng lagi.

"Turqoise?"

Masih lagi menggeleng.

"Biru?"

Geleng.

"Merah?"

"Oren?"

"Kuning?"

Dan........... Geleng!

"Ish, habistu nak warna apa?!" Soal Faisyah kasar. Itu tak nak, ini tak nak.

Dah tu, nak warna apa? Cuba cakap? Ini tak, geleng - geleng. Aku telengkan kepala kau tu baru tahu! Biar tak jadi kekwat sangat dah. Eiii! Gumam hati Faisyah.

"Hmm.. Semuanya tak sesuai." Ujar Raykarl, selamba.

"Kalau tak sesuai, kita baliklah ye bos." Balas Faisyah geram.

Seorang pekerja wanita di sebelah mereka, hanya melihat adegan antara Faisyah dan Raykarl bergaduh memilih baju.

"No." Balas Raykarl.

"Dah tu? Semuanya tak berkenan. Kekwat!" Ujar Faisyah selamba.

Raykarl hanya memandang Faisyah, atas dan bawah. Matanya dijegilkan. Faisyah hanya bersikap tenang dan pasang muka tanpa riak.

"Putih lah." Ujar Raykarl. Lantas tangan Raykarl mencapai gaun labuh berwarna putih. Coraknya agak simple, bermanik di pinggang dan ber lace di pergelangan tangan. Simple dan menarik. Tapi...

"RM2000 kauuuuuuuuu!" Bulat mata Faisyah apabila melihat harga baju itu.

Okay, baru dia perasan. Dia tengah masuk dalam kedai baju pengantin.

Okay...

Erk!

Pengantin?

"Bos, terlalu mahal dan... Kenapa kedai baju pengantin?" Soal Faisyah, separuh berbisik.

"Saya yang bayar, bukan awak. Jadi, ikut ajelah." Balas Raykarl. Masih lagi dengan sinis dia tu. Hailahhh bos!

"Yelah, kedai baju biasa kan ada. Kenapa mesti pengantin?" Soal Faisyah tak mahu berputus asa.

"Sebab, saya nak awak pakai baju ni time kita nikah nanti."

"Whaaaaaaaaaattt?!"

"Awak belum pekak lagi kan? Apa yang awak dengar, itulah apa yang akan terjadi."

"Bos bergurau kan?" Soal Faisyah, tergelak-gelak. Cuba mengusir rasa debar dalam hati.

"Nope. I'm deadly serious."

Faisyah yang dari tadi tergelak, terus gelaknya mati apabila terdengar kata-kata Raykarl.

Okay, dia tak bergurau!

"Dik, baju ni dah okay. Say beli aje terus. Tak nak tempah, dan saya nak harini juga." Kata Raykarl kepada penjual yang berada di kaunter pembayaran.

Faisyah hanya terdiam. Nak membantah? Dia jadi kaku. Nak percaya dengan kata-kata Raykarl tadi? 50-50!

Okay, mungkin dia hanya bergurau. Yelah, dia kan mamat tak cukup vitamin, sebab tulah bergurau tak bertempat.

*******************

"Bos, ni reunion bukan wedding kan?" Soal Faisyah. Matanya sedikit terpukau dengan majlis pada malam itu.

Dah macam majlis perkahwinan lah pula! Mana taknya, bunga sana sini. Boleh pula di atas pentas, ada hiasan bunga di belakang sofa yang muat dua orang. Macam tempat untuk bersanding!

"Yep, reunion." Balas Raykarl pendek.

"Wahhhhhhhhh, kalau bos nak tahu, wedding saya macam ni lah yang saya nak," Tanpa dipinta, Faisyah menuturkan angan-angannya.

Raykarl yang berada di sebelah hanya memandang mata Faisyah dan tersenyum manis. Gembira apabila orang yang tersayang berada di sebelahnya kini.

"Pokai duit bakal suami awak tu nanti," Sinis. Okay, ingatkan bila dah sayang... Semuanya kesinisan tu dibuang, tapi TAK!!!

"Eleh, biarlah saya punya suami bukan bos." Faisyah menjuih bibir.

"Kot - kotlah saya ni yang jadi suami awak," Raykarl juga ikut juih bibir.

"Euww, siapa nak kahwin dengan bos kekwat macam ni?" Selamba sahaja Faisyah berkata sebegitu.

"Ingat saya nak ke kahwin dengan awak? Setakat perempuan macam awak ni, beratur lah. Beribu saya boleh dapat." Okay, berlagak!

"Huh, berlagak pulak bos ni."

"Biarlah." Masuk sahaja di dalam dewan hotel itu, masing-masing tersenyum kepada mereka berdua.

"Hello bro! Lama tak jumpa," Tegur seorang lelaki, Farhan atau digelar sebagai Paan.

"Biasalah Paan. Masing-masing dah umur 28 tahun. Last jumpa form five. Uish, rindu!" Raykarl memeluk mesra bahu Paan.

"Ehem, siapa awek cun sebelah kau ni?" Soal Paan.

"Oh awek cun sebelah aku ni, bakal isteri aku." Raykarl tersenyum, tanpa memandang Faisyah yang sedang bulat mata memandang Raykarl.

"Lah, yeke? Aku baru terfikir nak masuk line..." Ujar Paan, sedikit kecewa.

"Don't worry bro, bunga bukan sekuntum. Eh, mana kawan-kawan yang lain?" Soal Raykarl. Matanya melilau mencari kelibat kawan-kawan lama.

"Tuuu." Paan menunjukkan ke arah sekumpulan orang di hadapan mereka. Ada yang Raykarl kenal, dan ada yang Raykarl tak kenal. Mungkin itu adalah suami ataupun isteri kawannya.

"Raykarl! Jejaka Malaya!" Jerit Firdaus a.k.a Pidot. Pidot yang menjerit nama Raykarl, terus memeluk Raykarl. Rindu bertamu di hati.

"Bro, rindu siot." Dany, Andrian dan Darin turut sama memeluk bahu Raykarl. Mereka berenam memang rakan baik sejak dari bangku sekolah menengah lagi.

Faisyah yang berada di sebelah hanya tersenyum apabila rakan-rakan Raykarl. Dari tadi, Faisyah berdiri kaku. Tanpa sebarang bicara.

"Bro, tak nak kenalkan ke?" Mata Darin melirik ke arah Faisyah. Faisyah pula kelihatan terpinga-pinga.

"Kenalkan, ni Faisyah. My future wife." Okay, lagi sekali dia cakap macam tu.

"Sejak bila pula saya ni future wife bos?" Faisyah bertanya separuh berbisik.

"Sejak saya tertarik dengan awak," Raykarl mengenyitkan matanya.

"Wooo. Pheewwiiittt. Kawan kita ni dah nak kahwin dah." Rakan Raykarl bersorak apabila melihat Raykarl yang mengenyitkan mata ke Faisyah.

"Cantik future wife kau, Karl." Ujar Linda. Linda dan Faisyah berjabat tangan.

"Biasalah, future husband dia pun handsome." Ujar Raykarl bernada bergurau.

"Ceit, kau daripada dulu sampai sekarang sama aje perangai." Farha pula bersuara apabila sudah lama dia berdiri di situ tidak bersuara.

"Kau pun sama, daripada dulu sampai sekarang masih dengan tomboynya. Even dah bersuami." Raykarl menjeling Farha. Darin terus memeluk pinggang Farha.

"Eh bro, gadis yang kau kata tomboy ni, bini aku okay!" Ujar Darin, dan Farha cuma tersenyum.

Tak sangka, dulu Darin dan Farha masing-masing tak ngam. Kalau jumpa aje, mesti ada benda yang nak digaduhkan. Bila dah besar, saling falling-in-love lah pula.

"Kahwin tak ajak!" Raykarl berkata dengan nada merajuk.

"Bukannya apa, dulu kami kahwin jemput saudara terdekat aje." Ujar Darin serba salah. Dulu, sewaktu Darin dan Farha masih belum ngam, ibu bapa mereka beriya-iya mahu satukan mereka.

Ya, kahwin paksa!

Bercinta selepas kahwin, memang cukup indah.

"Yalah, dulu macam anjing dengan kucing. Sekarang macam bulan dan bintang." Raykarl ketawa kecil.

"Faisyah, you sekarang kerja mana?" Soal Linda, prihatin.

"Kerja dengan Raykarl aje." Ujar Faisyah.

"Eh, asyik berborak aje. Jomlah makan." Ajak Dany. Dany kini sudah ada anak dua orang, kembar. Di tangannya kini sedang mendukung bayi perempuannya, Dania.

"Jom, my princess." Kata Raykarl seraya mengenyitkan matanya. Kawan Raykarl yang lain sekadar tersenyum apabila melihat adegan Raykarl yang menggoda manakala Faisyah pula malu-malu.

**************

"Ni apasal senyap aje ni? Selalunya pot-pet-pot-pet." Raykarl memulakan bicara apabila suasana sepi di dalam kereta.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan."

"Seriously tak ada? Saya tahu awak ada benda nak tanya." Ujar Raykarl. Tangannya memegang stering kereta. Memandu dengan penuh berhati-hati.

"Hmm, apa makna ayat bos tadi?" Soal Faisyah.

"Yang mana satu?" Tanya Raykarl, polos. Padahal sebenarnya dia tahu apa maksud Faisyah. Tapi sengaja dia buat-buat tak tahu. Sengaja menguji kesabaran Faisyah.

"Yang, future tu lah." Perlahan sahaja suara Faisyah. Malu. Dadanya berdebar menunggu jawapan yang akan Raykarl berikan.

"Hm, I'm really mean it."

"Hah?" Faisyah terkejut. "Tapi sejak bila?" Soal Faisyah lagi. Selama ni, mereka selalu bergaduh. Kalau Raykarl pula, 24 jam sinis. Faisyah pula, bila Raykarl dah sinis, dia pulak dok pot-pet-pot-pet.

"First day awak start kerja." Kali ni, dada Raykarl sedikit berdebar. Takut jika dia tersalah berkata-kata.

"Err, okay."

"So, awak terima saya?"

"Saya tak boleh bagi jawapan sekarang." Tenang Faisyah berkata. Tapi dalam hati, jangan cakaplah. Macam dah nak meletop.

"Okay, look Faisyah." Raykarl menghentikan keretanya di tepi jalan.

"Saya suka awak, sebab awak bersederhana. Awak bersopan santun. Dan jujur, first day awak masuk kerja, saya dah mula terpikat. Sebab tulah saya uji awak macam-macam. Saya suruh awak buat itu ini. Awak ikutkan aje. Sampai saya suruh masakkan, awak buat. Dan lebih saya tertarik dengan awak, bila saya nampak awak di sebuah restoran." Ujar Raykarl.

"Restoran?" Soal Faisyah, pelik.

"Ya. Dengan seorang lelaki. Fakaruddin kan? Mula-mula saya kecewa sangat tengok awak dengan dia.Saya terus keluar daripada restoran tu. Ikutkan hati, saya nak duduk dengan awak sekali. Tapi, ego menghalang." Benarlah kata orang, kerana ego semuanya menjadi sukar.

"Lagi-lagi bila tengok awak dengan Fakaruddin, manja sangat! Saya jadi jealous." Raykarl menghela nafas.

"Dan nasib baik, saya ada nombor Fakaruddin. Saya ni jenis yang tak nak menyerah kalah." Raykarl tergelak kecil.

"Saya call dia. Saya tanya apa hubungan awak dengan dia. Dan Fakaruddin cakap awak adalah adik kembar tak seiras dia. Terus lega hati saya. Jujur saya cakap, saya sangat tertarik dengan awak masa dekat restoran haritu. Cara awak cakap dengan abang awak, sangat berbeza. Kalau awak bercakap dengan saya, mesti lain. Garang semacam aje. Dan semenjak daripada di restorang tu, baru saya tahu perangai awak yang sebenarnya. Awak sebenarnya lembut, tapi sengaja berkasar dengan saya." Raykarl tergelak kecil.

"Err, bos saya nak balik." Ujar Faisyah tiba-tiba. Terus mati gelak Raykarl apabila melihat Faisyah yang seperti tidak suka dengannya.

"Faisyah... saya..."

"Saya nak balik!" Faisyah memberontak.

"Okay, saya hantar awak balik." Kereta terus dipandu. Laju. Raykarl benar-benar terguris hati dengan Faisyah apabila Faisyah sanggup memarahinya.

'Tak apa, aku tak akan pernah mengalah!' Jerit hati kecil Raykarl.

***************

p/s : Lama gila tak update blog. Hahaha. Part 3 cerpen ni macam agak boring jugaklah. Sorry kalau tak memuaskan hati korang. Maklumlah, idea dalam otak ni dah kering. Hahaha.

p/s : Last episode, Part 4.

3 comments:

  1. salam ramadhan , saya membalas kunjungan
    andd follow sini :)

    http://caraleezaty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sekadar teguran. Kalau isteri puan Sri, suami mesti tan Sri bukan datuk.

    ReplyDelete