Sunday 10 November 2013

Only You In My Heart (Bab 10)

Bab 10


Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak berkata apa apa. Nak cakap aje mesti tergagap-gagap. Jadi, mereka hanya mendiamkan diri sehingga sampai ke kampung Dania.

Alahai....Comelnya dia tidur... Omel Dania.

Ingatkan Syed Fadhil nak teman Dania drive, tapi dia tertidur. Apakan daya...

Pergi ke kampung halaman Dania di Kedah mengambil masa 2 atau 3 jam. Jadi dia perlu ke R&R untuk berehat sebentar. Bagi mengelakkan mengantuk ketika memandu, Dania ingin membeli air kopi. Maklumlah, semalam kan tak boleh tidur.

"Fadhil... Awak nak apa apa ke? Makan ke minum ke? Saya boleh tolong belikan.." Dania mengejutkan Syed Fadhil dengan baik.

"Fadhil... Hello.... Fadhil...." Kali kedua Dania mengejutkan Syed Fadhil, dan kali ini dia menyedarkan diri.

"Err.... Sorry saya tertidur... Ingatkan nak teman awak drive, tapi tertidur pula.." Suara serak serak basah itu membuatkan Dania tertawa kecil. Comel aje suara dia apabila bangun tidur.

"Tak apa, kita dekat R&R ni, awak nak makan atau minum ke? Saya boleh tolong belikan."

"Nak ikut!" Lain yang ditanya, lain yang dijawabnya. Omel Dania.

"Err... Okay..." Dania pun mematikan enjin keretanya. Cepat sahaja Syed Fadhil berlari keluar. Ingatkan tak tahan nak buang air, tapi rupa rupanya ingin membuka pintu kereta untuk Dania.

"Silakan Tuan Puteri." Syed Fadhil menunduk tanda hormat.

Dania tidak boleh menahan tawanya. "Terima kasih..." Dania hanya melemparkan senyuman kepada Syed Fadhil.

Syed Fadhil pun bergerak dan berjalan beriringan bersama Dania.

"Saya ke ladies kejap."

"Saya temankan awak!" Amboi... nak ke ladies pun dia nak temankan?

"Err... Mana boleh!" Dania dah mula berasa malu. Dia bukannya kanak kanak yang masih bawah umur lagi untuk ditemakan apabila ke tandas.

"Saya tunggu kat luar, manalah tahu awak kena culik ke, tak sempat nak kahwin dengan awak."

Merah padam muka Dania. Boleh pulalah dia katakan sampai macam tu sekali. Malu dibuatnya.

"Yalah, kalau itu yang awak nak. Tunggu kat luar, jangan masuk dalam pula ye." Arah Dania. Takut takut juga kalau Syed Fadhil masuk kedalam demi ingin menjaga Dania. Tapi Dania percaya, Syed Fadhil tidak akan melakukan perkara sebegitu. Cukuplah hanya diluar.

"Silakan, Tuan Puteri." Syed Fadhil menunduk hormat sambil tangannya menunjukkan ke arah tandas perempuan.

Dania hanya tertawa kecil. Tanpa banyak cakap, dia terus masuk sahaja.

Lama juga Dania didalam. Syed Fadhil hanya berdiri sahaja diluar. Dah lama sangat, dia pun masuk. Takut terjadi apa apa pada Dania, lama sangat siapalah yang tak bimbang, lagi lagi buah hati Syed Fadhil. Baru nak memulakan selangkah, tiba tiba Dania muncul dihadapannya.

Oh mak kau! Nasib baik lah Syed Fadhil tak melatah kuat sangat, kalau tidak, malu dibuatnya.

"Sorry late." Dania hanya melemparkan senyuman sebelum menyambung percakapannya itu. 

"Awak nak makan apa apa ke? Minum ke?" 

"Hmm awak nak makan ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Bukannya dibalas dengan jawapan. Alahai Fadhil ni... 

"Saya nak makan roti je, nak alas perut." 

"Okay jomlah! Cakap je apa awak nak, saya belanja."

"Tak apalah, semuanya awak belanja, saya tak pernah belanja awak." Jawab Dania sambil berjalan beriringan dengan Syed Fadhil.

"Tak apalah, nak belanja bakal isteri apa salahnya.." Selamba sahaja Syed Fadhil jawab. Merah padam muka Dania. Dia pun hanya mengikut sahaja jejak langkah Syed Fadhil. Lebih baik dia ikut sahaja cakap Syed Fadhil sebelum dia melalut ke lain pula.

"Nak roti apa? Air apa? Saya orderkan."

"Roti bun, dengan kopi panas je lah."

"Okay, just wait and jangan pergi mana mana eh Tuan Puteri, nanti saya risau." Balas Syed Fadhil sambil berlari lari nak memesan makanan.

"Silakan makan Tuan Puteri.." Syed Fadhil pun menghulurkan makanan yang Dania pesan.

*********

"Alhamdullilah, sampai pun!" Jerit Dania gembira. 

Syed Fadhil melangkah keluar dari kereta. Sungguh aman di kampung Dania. Ada sawah padi. Kalau stress, bolehlah pergi ke kampung halamannya. Telahnya.

Syed Fadhil hanya tersenyum melihat gelagat Dania. Comel! Omel Syed Fadhil.

"Jomlah masuk." Ajak Dania sambil melemparkan senyuman.

Syed Fadhil terpukau. Senyuman yang cantik. Menggoda. Sangat menggoda.

"Hello Encik Fadhil! Jom masuk! Asyik termenung aje." Kata kata Dania itu tadi membuatkan Syed Fadhil terkejut. Terus hilang termenung dia tu.

"Assalamualaikum... Ibu... Ayah...." Dania pun menyalam kedua kedua ibu bapanya. Diikuti oleh Syed Fadhil. Dania memeluk tubuh yang melahirkan dia sekuat kuat hatinya.

"Dania, senak!" Jerit ibunya. Dania pun tertawa. Dia bukannya sengaja, cuma dia ingin melepaskan rindunya sahaja.

"Ibu aje? Ayahnya tak ada ke?"

"Hehehe... Lupa." Dania terus memeluk ayahnya. Ingin sahaja Dania melompat disitu. Gembira yang teramat. Kalaulah hari hari dia dapat berjumpa, mesti seronok. Telahnya.


"Saya suka sangat tengok awak bahagia Dania. Hati saya pun gembira." Omelnya dalam hati.

"Dania bawak kawan ye?" Tanya si ibunya.

"Kawan ke calon menantu? Wahhh calon menantu ayah ini, mari duduk dengan ayah." Ayahnya terlebih dahulu ayah memotong percakapan ibu.

"Err. Kawan ajelah.." Balas Dania gagap.

"Assalamualaikum pakcik, apa khabar, sihat?" Tegur Syed Fadhil.

"Waalaikumussalam. Lahh, tak payah panggil pakcik, panggil ayah aje."

Yessss!!! Awal awal lagi dia dah setuju! Jerit Syed Fadhil dalam hatinya.

"Hehehe... Ya ayah..."

"Kamu ni kawan dia ke?" Soal ayah. Syed Fadhil hanya menganggukkan kepalanya sebelum bersambung.

"Kami baru aje kenal beberapa hari yang lepas, tapi saya sayangkan dia, cintakan dia." Terlepas juga akhirnya daripada mulut Syed Fadhil. Nasib baiklah pada ketika itu Dania tak ada disitu, dia sedang berada di dapur. 

"Ayah berkenan sangat dengan kamu ni..." Kata kata ayah itu tadi membuatkan Syed Fadhil menjerit kuat dihatinya. Kalau nak aje dia peluk ayah Dania disitu. Gembira apabila orang tuanya berkata begitu.

"Dania ni ramai yang masuk meminang, kalau kamu lambat tak tahulah nak cakap macam mana..." Gurau si ayah. Syed Fadhil mati kata. Dalam kepalanya sudah fikir nak melamarnya bila pulang nanti. Ayahnya sengaja bergurau tapi ada betul juga kata katanya itu. Dania ni ramai orang yang suka. Kalau lambat, habislah Syed Fadhil...

"Insyaallah, saya akan melamar dia secepat yang mungkin." Senyuman dilemparkan kepada ayah Dania.

"Eh, jomlah kita masuk ke dapur. Sekali sekala jomlah tolong perempuan memasak kan.." Ajak ayah seraya terus berjalan menuju ke dapur dan diikuti oleh Syed Fadhil.

"Amboi... Sedapnya bau, masak apa je ibu, Dania?" Soal ayah apabila dia tiba di dapur.

"Seorang tengah memasak, seorang lagi tengah nak buat kek..." Jawab Dania sambil melemparkan senyuman kearah Syed Fadhil. Ayah hanya memerhati. Nampak mereka ni macam dah kenal lama. Tapi hakikatnya tidak.

"Nak saya tolong?" Tanya Syed Fadhil. Ibu pula yang memerhati. Suka betul si ibu dan ayahnya bila tengok anaknya dah nak kahwin. Eh, betul ke?

"Tak apalah, awak rehat je..."

"Eh saya tak penat pun. Awak buat kek apa ni?" Pandai Syed Fadhil berdalih. Dia tak mahu Dania menolak pertolongannya itu.

"Saya buat cheese cake ada topping chocolate" Jawab Dania gembira. Dania dah lama meninggalkan membuat kek. Dania memang suka membuat kek, cupcakes, cookies. Daripada kecil lagi ibunya mengajar Dania membuat benda benda itu semua.

"Wow! Fantastic! Tak sabar nak makan kek awak nanti!"

Dania hanya melemparkan senyumannya. Ayah menolong ibu memasak, dia tidak mahu mengacau Syed Fadhil dan Dania sedang bermesra-mesraan. 

"Tolong panaskan coklat dengan cheese please." Arah Dania kepada Syed Fadhil. Syed Fadhil hanya menurut tanpa banyak cakap. Dia juga yang kata nak tolong tadi.

*********

"Cheesecake ni dah siap! So kita kena simpan dalam peti ais dulu or nak makan sekarang?" Soal Syed Fadhil. Gembira betul dia apabila kek nya itu sudah siap. Maklumlah, air tangan dia dan bakal isteri kan.

"Letak dalam peti ais dulu, kita makan nasi dulu. Lepas makan nasi kita makan cheese cake ni sebagai pencuci mulut.." Jelas Dania sambil melemparkan senyuman kearah Syed Fadhil.

"Makanan tengahari pun dah siap ni... Apa lagi, marilah makan." Ajak si ibu. Dania hanya menurut. Barulah dia teringat, dia langsung tak nampak batang hidung adiknya itu. Abangnya sudah tentu tinggal bersama isterinya, mereka baru sahaja bernikah minggu lepas.

"Adik mana ibu? Abang tak balik ke?" Soal Dania. Bertubi tubi dia menyoal. Rindulah katakan.

"Adik ada tuisyen di sekolah, abang semalam lagi dia dah balik. Dia datang dengan isteri dia hari khamis haritu." Jelas Datin Mawar kepada Dania sambil mencedokkan nasi kepada tetamu iaitu Syed Fadhil.

"Nak lauk apa?" Dania menyoal Syed Fadhil. Syed Fadhil tersenyum herot. Seksi. Sukalah tu bila Dania melayannya bagaikan melayan sang suami.

"Awak letak je lauk apa-apa, saya pasti makan punya." Jawab Syed Fadhil ala-ala bahasa cina.

"Okay. Saya letak semua lauk, nanti tak habis siap awak." Gurau Dania manja.

"Mesti habis punya, kalau saya nak lagi, saya makanlah awak." Selamba sahaja Syed Fadhil berkata begitu, merah padam muka Dania.

"Ishh.. Dah lah, jemput makan." Marah Dania tetapi tetap dapat dikawal olehnya.

"Awak tahu, makin awak marah, makin awak comel. Tak kisahlah awak buat muka apapun, tetapi comel!" Bisik Syed Fadhil.

Nak aje Dania tertawa disitu. Tetapi dia tetap bermasam muka. Bukannya tak suka bila orang puji, tapi dia kurang selesa apabila Syed Fadhil berkata begitu.

**********

"Pencuci mulut nya mana Dania?" Soal ayahnya. Dania hampir terlupa tentang cheese cake yang dibuat olehnya dan Syed Fadhil.

"Hehehe.. Lupa lupa.. Kejap eh ayah. Ayah, ibu, dengan Fadhil pergilah duduk berborak dekat depan dulu."

Syed Fadhil baru aje ingin memulakan langkahnya, ayah Dania terlebih dahulu menolaknya supaya menemani Dania. Syed Fadhil hanya menurut sambil tersenyum gatal.

"Eh, duduklah dekat depan, sibuk aje." Gurau Dania. Nak aje dia tergelak disitu, kalau dia tergelak, pasti akan terkantoi.

Syed Fadhil tahu yang Dania hanya bergurau. Jadi, dia buat buat seperti kanak kanak yang merajuk kerana dihalau. "Tak apalah, siapalah kita ni kan, dia halau lagi..."

"Alololo... Merajuk pula dia ni..." Entah bila pula keluar dari mulut Dania keluar perkataan itu. Dia dah terbiasa berkata begitu dengan adiknya, jadi dibawa bawa ke orang lain pula. Alahai malunya!

"Macam ni lah baru saya suka bila ada bakal isteri pujuk..." Syed Fadhil mengelipkan matanya sambil senyum herot kepada Dania.

"Ish.. Dahlah layan awak ni, sampai bila bila pun kek ni tak terpotong."

"Siapa yang suruh layan... Saya tak suruh pun..."

Dania hanya membiarkan sahaja Syed Fadhil disebelahnya. Jantungnya berdengup kencang bagaikan nak tercabut sahaja jantungnya itu. Belum pernah lagi jantung aku berdengup kencang bila dengan lelaki lain kecuali Syed Fadhil...

Dania memotong kek nya itu. Tiba tiba sahaja Syed Fadhil menyampuk.

"Lain kali, potong kek tu biarlah lawa sikit, ikut bentuk diamond ke, barulah lawa macam awak sayang... Haih meh sini saya tolong potongkan." Syed Fadhil merampas pisau itu dari tangan Dania.

"Yelah, awak kan chef..." Balas Dania. 'Ya Allah! Handsomenya bila lelaki pandai memasak, menghias kek dan membuat kek ni!' Jerit kecil dihati Dania.

"Hah, macam ni baru lawa... Lepastu kita letaklah chocolate and strawberry. Please give me a strawberry and chocolate." Arah Syed Fadhil. Dania hanya menurut tanpa berkata kata. Tadi dia yang mengarah Syed Fadhil, kali ini Syed Fadhil pula yang mengarahnya. Adil bukan?

"Coklat yang dah dicairkan ke coklat yang cube?" Soal Dania.

"Coklat yang dah dicairkan tadi tu..."

"Oh okay. Nah!" Dania pun menghulur Strawberri  dan coklat.

Syed Fadhil mengambil satu sudu coklat kemudian diletak diatas pinggan kemudian dia membuat hiasan bagaikan bentuk tahi bintang yang terjatuh. Kemudian dia membasuh satu persatu strawberi dan dibelah dua. Kedua dua strawberi itu diletakkan diatas coklat tersebut.

"Yeah! Siap!" Jerit Syed Fadhil gembira. Sudah lama dia tidak membuat kek dan menghias kek. Sedari kecil lagi dia meminati membuat kek.

"Wow! Look great! Fantastic! Really love your design!" Puji Dania. Puji ikhlas dari lubuk hatinya. Bukannya dia mahu menipu, tetapi memang hakikat.

"Tengoklah siapa yang buat kan, your future husband."

"Err.... Dahlah saya pergi hantar kek ni kedepan."

"Elok elok jalan tu, nanti jatuh sedih saya.." Dania hanya tertawa sahaja. Tak tahu nak cakap apa apa apabila Syed Fadhil bergurau sebegitu.

Pinggan yang berisi kek itu dihulurkan kepada ayah dan ibu. Dari jauh lagi mereka sudah tersenyum. Mungkin senyum kerana hiasannya cantik kot..

"Cantiknya! Siapa yang hias ni?" Soal ibu Dania. Ayahnya juga turut menanyakan soalan yang sama.

"Fadhil lah siapa lagi, bu....ayah...."

"Sedapnya kek ni.... Pandai Dania dengan Syed Fadhil buat..." Puji ibunya.

"Yelah sedap betul. Tak sangka kan, Syed Fadhil yang lelaki pun pandai buat kek, ayah ni satu apa pun tak tahu..."

Errkkk ayah? Sejak bila? Hmm.. Fikir Dania sejenak.

"Hehe... Saya dari dulu belajar buat kek sebenarnya ayah.. Dah minat memasak kan..." Jelas Syed Fadhil.

"Eh Fadhil tak makan ke?" Soal ayah pula. Dania dah macam patung pula, asyik mendiamkan diri aje..

"Dania, suap kan lah kek tu kedalam mulut Fadhil..." Gurau ayahnya. Malu Dania dibuatkan. Nak aje dia pengsan disitu. Ibunya pula tidak bersetuju dengan kata kata ayah sebentar tadi, meskipun mereka nak berkahwin, tetapi belum lagi dinamakan sebagai suami isteri. Jadi, pantang larang, halal dan haram memang patut dijaga.

**********

Bab 11, esok ya?! :D

2 comments: