Seru Saja Bintang Itu! Review

 


Assalamualaikum...


Dah lama betul aku tak berblogging kan? Rindu gila dekat blog ni haa! Maklumlah, dulu exam. Lepastu dah habis exam, tetibe aku lesap! Takdelah lesap kemana, cuma mana malas nak menaip aje. Yelah, dah lama tinggalkan blog lah katakan. Sebab tu nak update apa apa, rasa macam... Entah kosong je permikiran aku ni nak taip apa. Sebab tulah, aku asyik update pasal Only You In My Heart je. Cewah kau! Padahal baru 2 bab aku update. lolol.
 
Sabtu lepas aku ada beli novel Seru Saja Bintang Itu! Boleh tahan lah novel dia. Cerita dia sedih, sama macam 13 JAM 1380, sedih je. Tapi bagi aku novel 13 jam 1380 lagi best. Bukannya nak kata novel ni tak best, cuma aku lebih suka semua novel by Evelyn Rose.

Dan yang paling penting, novel kalau aku bayangkan, mencabar gila kot! Amboi, bayang? Hahaha... Boleh lah jugak terasa betapa sakitnya hati bila suami meninggal. Lah malas nak cerita panjang, korang boleh baca dia punya sinopsis. Sinopsis dia tak best? Amboi, baca dulu dalamnya! Don't judge a book by its cover. Serious, dulu aku ragu ragu nak beli tak nak novel ni, sebab dia punya sinopsis takdelah best mana kan. Lepastu fikir punya fikir, amik je lah mana tahu best. Bila dah tengah tengah muka surat tu, sedih gilo hinggo dok terkato! Belilah novel ni, kalau tak nak pun takpe. Tiada paksaan.

SINOPSIS
 
Waktu kecil-kecil dulu, si gemuk memang suka sangat mengusik Nurina. Mentang-mentanglah anak majikan ibu, asyik Nurina saja yang harus mengalah.
“Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?”
“Alah… Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar pula? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?”
KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan. Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.
“Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu tu hangus. Kalau tidak… kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima.” – Khairy Adrian
Tapi NURINA cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya?
“Pergilah balik, menyibuk aje.”
“Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa. Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!”

Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?
“Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula.” – Nurina
“Buat apa nak ambil baju, lebih baik ambil orangnya.” – Khairy Adrian 
Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.
Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu hanya mereka saja yang mampu menjawabnya…

Comments

Post a Comment

Popular Posts