Saturday 14 September 2013

Only You In My Heart (Bab 4)

Bab 4


Habis sahaja meeting, Syed Fadhil cepat cepat melarikan diri. Dia malu. Sangat malu. Dia takut kalau kalau ada orang yang menanyakan soalan yang sama seperti ayahnya tadi. Dia pun tidak tahu kenapa dia tiba tiba sahaja dia boleh berangan, dan dia sangat pelik, kenapa dia asyik teringat muka si Asyirah Dania? 

"Ya Allah, adakah aku sedang mempunyai perasaan cinta terhadapnya......." Tanya Si Syed Fadhil didalam hatinya.

Tepat pada jam 3.25 petang, Syed Fadhil terus ke surau di pejabatnya. Bukan di pejabatnya, tetapi didalam bilik pejabatnya. Maklumlah, dia kan boss disitu. Dia cepat cepat sahaja menanggalkan stokin dan segala aksesori di badannya. Di sudah lambat untuk menunaikan solat zohor. Ini mesti kerana meeting tadi dan dia terlupa untuk solat kerana tergesa gesa untuk mengerjakan perkara dunia. Ya allah maafkan lah hambaMu ini.... Ucapnya dalam hati dengan nada yang sayu.

******

Memandangkan Dania memang betul betul tidak sibuk pada hari ini, dia mengambil keputusan untuk balik awal pada hari ini. 

"Tepat pukul 4.30 petang, aku terus CHOWWW!" Kata Dania berseorangan.

Dia berasa amat bosan pada hari ini, kerana tidak ada apa apa kerja untuk dia buat. Dan lebih baik jika dia pulang awal ke rumah, boleh juga dia membuat kerja kerja yang sepatutnya di rumah. Ermmmm, kalau aku masak.....? Tanya Dania didalam hatinya.

Buat apa aku nak masak? Aku bukannya ada suami pun...... Dania sudah berfikir panjang. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh berfikir sampai kesitu sekali.

Umur dah 26, tapi aku still masih belum kahwin.. Ya allah, pertemukan lah jodohku dengan orang yang beriman dan beramal soleh...

Ish Dania... Dania... Panjang sungguh engkau berfikir ya?? Kata Dania didalam hatinya lagi. Dia bukannya gatal, tetapi dia takut, kalau dia tidak sempat untuk bersuami. Mana tidaknya, berkahwin itu kan mendapat pahala, dan apa salahnya jika dia membuat pahala bersama suaminya.

Okay cukup Dania. Mungkin belum sampai lagi jodoh aku... Fikir si Dania.

Berangan punya berangan, sudah tepat jam 4.30 petang. Dia sudah berhajat untuk pulang awal ke rumah. Ketika dia sedang berjalan, ramai yang menanyakan soalan yang sama terhadapnya.

Tiba tiba sahaja Farid menegurnya.

"Cik Dania jangan lupa ya pada malam ini?" Pesan si Farid sambil memberikan senyuman yang lebar terhadap Dania.

"Ya ya saya ingat... Terima kasih kerana mengingatkan saya Farid" Ucap Dania. Sebenarnya dia hampir terlupa, nasib baiklah Si Farid memesan kepadanya. Kalau tidak, memang makin lebatlah janggut dan misai si Farid kerana tunggu si Dania tak sampai sampai hingga ke pagi. Siapa yang kenal Farid, jika ada temu janji, dia pasti akan tunggu orang itu walaupun jam sudah menunjukkan lewat pagi.

"Baiklah Cik Dania, bawa kereta elok elok ya?" Senyuman yang manis diberikan lagi kepada Dania.

Dania hanya tersenyum dan berlalu pergi. Dia tidak mahu berada di situ lama lama sangat, sebab dia takut kalau tak sempat untuk mengemas rumah.

******

Sampai sahaja dirumah, dia mengunci segala pintu, pagar. Sebab dia memang berperangai begitu, mana tidaknya, tinggal berseorangan di rumah, siapalah yang tidak takut? Lagi lagi berada di rumah yang besar. Sebenarnya dia tidak mahu pun untuk tinggal berseorangan di rumah besar itu, tetapi ayahnya sudah membeli untuknya, nak buat macam mana lagi, terima aje lah.

Dania menunaikan solat asar dahulu kemudian barulah dia turun kebawah untuk makan ringan ringan sahaja pada petang itu. Hanya makan kentang goreng, nugget dan wedges dan minuman kegemarannya pada waktu petang iaitu teh 'o ais. Itu sahajalah yang paling senang untuk dia makan, tidak perlu masak.

Selesai sahaja dia makan petang, dia terus mengemas rumah, mencuci bilik air dan membersihkan seluruh halaman rumahnya. Memang penat. Tapi apa kan daya, sudah berapa bulan dia tidak membersihkan rumahnya, nanti orang pandang rendah terhadapnya dan mengatakan yang buruk terhadap.

******

Selesai mandi, solat maghrib, dia terus bersiap siap untuk makan malam bersama Farid. Nasib baiklah Farid tidak jadi mengambil di rumahnya, kalau tidak, memang berjam jam lah Farid akan menunggunya diluar. Mana tidaknya, perempuan mestilah berdandan bila mahu keluar, itu sudah menjadi kebiasaannya untuk berdandan apabila dia hendak keluar.

Sudah sahaja dia bersiap, cepat cepat sahaja dia menutup pintu biliknya dan berlalu keluar. Dia mengunci pintu rumah dan pinta pagar, sebab dia sangat takut kalau ada apa apa terjadi. Lalu dia terus masuk kedalam perut keretanya, dan memulakan bacaan bismillah lalu dia memandu kenderaannya.

******

"Assalamualaikum Farid, sudah lama tunggu saya?" Tanya Dania.

Sebenarnya dah lama Farid menunggi Dania, maklumlah perempuan kan, mestilah mahu berdandan bila keluar. Dia sudah faham dengan perangai perempuan. Tapi kalau pasal Cik Dania dia tu, tak apalah, dia sanggup menipu yang dia baru sahaja sampai.

"Tak ada lah lama mana, saya baru sahaja sampai..." Senyuman dilemparkan kepada Dania.
"Oh yeke? Saya rasa saya dah terlewat, maaflah, tadi jalan sesak sikit. Awak dah order makanan?"
"Tak apa, betul saya memang dah lama sampai. Belum lagi, ni baru nak order.."
"Oh ya, awak orderlah dahulu.."

Senyuman dilemparkan kepada Farid. Dia sengaja mahu Farid yang mengambil order dahulu, sebab dia sebenarnya tidak tahu apa menu makanan disini. Baru pertama kali dan mungkin kali terakhir dia makan disini. Mahal! Sangat mahal!

"Chicken chop RM21.90 .... Cheese Lasagna RM31.00 .... Macaroni Carbonara RM23.79 ... Masyaallah, mahalnya!" Bentak Si Dania didalam hati.

Dia bukannya kedekut ataupun berkira, tapi dia mahu berjimat. Dania memang tidak suka makan makanan yang mahal, sebab kalau makanan yang mahal ni, mesti sikit sahaja intinya. Tapi tak apalah, dah Farid mengajaknya makan disitu, redha ajalah.

"Waiter!" Panggil Farid kepada waiter yang sedang mencuci meja di restoran tersebut.
"Yes sir, nak makan and minum apa?" Tanya si waiter itu, namanya adalah Ridzuan, jelas sekali di nametagnya.
"Just give me Macaroni Carbonara and fresh orange."
"And you?...." Tanya waiter itu kepada Dania.
"Saya makan dan minum sama sahaja dengan dia." Malu malu Dania menjawab, sebab dia tidak tahu menu apa yang patut dia order. Mungkin menjadi kebiasaan Farid untuk makan disitu. Nampak makanan sedap, tapi masalahnya mahal!
"Okay, makanan akan sampai tidak lama lagi"
"Thanks!" Pendek sahaja balas si Farid.

"Ucap Thanks dekat waiter, tapi pandang aku? Alahai, malu lah kalau ditenung lama lama macam tu! Ada apa apa yang tak kena dengan aku ke apa?" Tanya Dania dengan penuh curiga didalam hatinya.

"Sungguh jelita ye awak, wahai Dania." Farid, farid... Terus terang aje lah kan senang?

Farid memang ada perasaan terhadap Dania dan dia memang nak memberitahu Dania. Tapi apa kan daya, kalau dia nak berterus terang, ada sahaja penghalangnya!

******

Bab 5, next entry.

2 comments: