Bab 7
Selesai sahaja makan, Dania pun terus ke kaunter untuk membayar. Ariyana berasa sangat malu, itulah kali pertama dia makan ada orang yang membelanjanya. Dan kerana itulah dia berasan sangat malu. Nak sahaja dia menghalang Cik Dania untuk membayar segala makanan dan minuman. Tapi dah rezeki orang nak belanja, dia perlu terima.
"Okay done, lets go." Kata Dania kepada Ariyana.
Ariyana yang tadinya hanya memandang Dania di kaunter sambil meminum air minumannya. Dania yang muncul dihadapannya pun dia tidak perasan.
"Aiii Yana, awak pandang saya ke pandang casher yang kacak tu?" Tanya Dania sambil senyum nakal.
"Ish mana ada Cik Dania, sudah tentulah saya pandang Cik Dania." Jawab Ariyana yang malu malu.
Sebenarnya memang dia memandang casher yang berada di kaunter tersebut. Dari tadi dia asyik memandang casher itu sahaja. Mungkin bagi Ariyana lelaki itu kacak. Ariyana dah mula rasa tertarik akan lelaki itu. Walaupun hanya kerja bawahan ataupun kerja biasa biasa sahaja yang gajinya hanya untuk cukup cukup makan sahaja, kalau itu jodoh dia, memang dia akan terima sahaja.
"Yana............. Dah lama saya tunggu ni, kalau awak nak duduk dekat sini sampai besok pun saya tak kisah. Just call me kalau awak nak suruh saya ambil awak." Senyum Dania nakal.
Malu Ariyana dibuatnya.
"Ish Cik Dania ni, suka menyakat saya, malulah saya. Hehe sorry sorry, jom lah kita pergi." Kata Ariyana kepada Dania.
"Are you sure? Betul ke ni? Nanti kalau kita pergi, menangis pula awak.." Senyum Dania nakal lagi. Suka betul dia menyakat Si Ariyana.
"Yes, i am!" Pendek sahaja balas Ariyana, nampak betul dia tidak main main. Dia betul nak pergi dari situ supaya dia tidak melting dengan wajah lelaki tersebut.
"Oh okay okay, jom jom..." Ajak Dania memasuki kedalam keretanya.
Sepanjang perjalanan, Ariyana hanya tersenyum kerana memikirkan wajah lelaki tersebut. Apa yang menarik sangat tentang lelaki itu pun Dania tak tahu. Baginya, lelaki itu tak ada lah sekacak Kim Hyun Joong, tapi mungkin bagi Ariyana kacak dan mengikut citarasa nya...
"Awak suka lelaki itu ke?" Tanya Dania kepada Ariyana yang hanya dari tadi asyik tersenyum sahaja seperti kerang busuk.
"Haa... Eh mana ada..." Jawab Ariyana dalam keadaan ragu ragu.
"Iyeke? Cakap aje lah saya janji tak akan bongkarkan rahsia awak." Janji Dania kepada Ariyana.
Ariyana pun mahu beritahu perkara yang sebenarnya, tidak salah kalau dia berterus terang. Tapi cuma minat sahaja dekat lelaki itu. Andai kata dia dah mempunyai isteri, tak apalah, mungkin tak ada jodoh.
"Hmm ya saya suka dia, minat sahaja bukan suka pun.." Jelas Ariyana kepada Dania. Dia pun tidak tahu yang sebenarnya dia suka ataupun cinta ataupun minat sahaja akan lelaki tersebut.
"Baguslah kalau awak dah temu lelaki dalam hidup awak Ariyana... Saya ni, siapa lah yang nak...." Beritahu Dania, sambil senyum kepada Ariyana.
Ariyana hanya terdiam dan sedekahkan senyuman sahaja kepada Dania. Dia tidak tahu untuk balas apa apa, bayangan lelaki itu membuatkan dia kaku!
******
Jam menunjukkan pukul 9.10 pagi. Pukul 10.00 pagi Dania ada meeting. Katanya meeting dengan orang terbesar. Tapi dia tidak kenal siapakah orang itu. Lelaki atau pun perempuan. Ahh tidak kisahlah, janji dia berjaya dalam meeting itu.
******
Syed Fadhil terus masuk kedalam perut keretanya. Dia memandu kereta dia dengan penuh cermat. Dia ada meeting dengan orang terbesar pada pukul 10.00 pagi ini. "Kenapalah meeting itu tidak ada di pejabat aku sahaja? Penatnya tidak terkata, makan pagi pun belum lagi ni..." Syed Fadhil mengeluh kerana penat.
Dari semalam dia asyik teringatkan Dania, dan kerana itu lah punca punca kenapa dia berada penat sangat. Tidur pun tidak cukup. Kalau dia pergi ke restoran itu lagi, sudah semestinya Dania sudah tidak ada, waktu sebegini semestinya orang tengah sibuk kerja bukannya makan. Tapi dia peduli apa, dia tetap juga mahu singgah makan kuih sebentar di restoran itu untuk mengisi tenaga.
Selesai sahaja makan di restoran itu, Syed Fadhil terus masuk ke dalam perut keretanya untuk pergi ke pejabat yang mereka janji untuk meeting di situ. Katanya meeting pada pukul 10.00 pagi, tapi ada segelintir lagi yang masih lagi belum sampai. Mungkin jalan sesak agaknya. Maklumlah Kuala Lumpur, penuh dengan kereta dan kenderaan kenderaan lain.
Pada pukul 10.15 pagi barulah ramai dan cukup orang untuk meeting. Dah lama dia tunggu. Mereka pun bergerak bersama sama. Syed Fadhil hanya ikut sahaja pembantu di syarikat itu menunjukkan bilik untuk mereka meeting. Dia melihat seorang perempuan, mempunyai rambut yang lebat dan lurus. Dari belakang nampak cantik, belum lagi apabila face to face. "Ahh aku tak kisah siapa perempuan ini, yang pentingnya Asyirah Dania lah yang menjadi pilihan hati aku.." Tiba tiba sahaja ayat itu keluar daripada mulutnya.
Perempuan itu pun memandang kearah mereka. Tiba tiba sahaja Syed Fadhil terkejut dan tersedak. Adakah ini mimpi? Tanya Syed Fadhil didalam hatinya.
Bukan Syed Fadhil sahaja yang terkejut, Dania pun terkejut sama. Rupa rupanya Syed Fadhil yang dia kenal ini sebenarnya anak Tengku Syah? Ya allah, biar betul? Dia benar benar tidak sangka, lelaki yang dia kenal selama ini ingatkan seorang pekerja biasa. Sebenarnya Syed Fadhil yang tidak mahu membongkarkan rahsia yang sebenarnya. Begitu juga Dania. Dania bukannya seorang yang pilih lelaki kaya. Bukan! Dia tidak mencari lelaki yang kaya tetapi dia mencari lelaki yang mampu membawa dia ke syurga kelak.
"Introducing you, Tengku Syed Muhammad Fadhil bin Tengku Syed Syah." Cakap seorang pekerja kepada Dania.
Dania dan Syed Fadhil pun hanya tersenyum. Mereka tidak mahu bersalaman kerana itu adalah haram kerana tidak ada apa apa ikatan yang sah.
Semasa meeting, Syed Fadhil asyik melihat wajah keanggunan Dania. Dania langsung tidak sedar bahawa ada mata yang sedang memerhatikannya. Kerana dia sedang asyik menumpukan perhatian kepada pekerja yang sedang berhujah didepan.
******
Selesai sahaja meeting tadi, Syed Fadhil terus berjumpa dengan Dania. Dia tidak mahu berlakon seperti orang yang tidak kenal gadis itu. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk keluar makan bersama Dania. Tujuan dia mahu berjumpa Dania adalah untuk mengajak makan bersama.
"Excuse me, Dania.." Tegur Syed Fadhil.
"Oh Tengku Syed Muhammad Fadhil, do you need any help?" Tanya Dania sambil melemparkan senyuman.
"No, i'm fine. Saya cuma nak ajak awak makan tengahari bersama. Boleh?" Tanya Syed Fadhil kepada Dania.
"Hmm, boleh aje.." Pendek sahaja balas Dania.
Dalam hati Syed Fadhil, sudah melompat keriangan kerana dapat keluar bersama gadis idamannya itu. Kalau dia ada ikatan yang sah dengan Dania, sudah tentu dia peluk sahaja Dania pada ketika itu.
"Okay, awak naik kereta saya sahajalah..." Ajak Syed Fadhil.
"Eh tak apalah, saya naik kereta saya sendiri..." Jawab Dania yang malu malu.
"Tak apa, percayalah dekat saya, saya tak akan apa apa kan awak..." Syed Fadhil melemparkan senyuman kepada Dania. Memang niat dia hanya untuk mengajak Dania bukan untuk mengapa-apakan Dania.
"Okay, kalau begitu tunggu sebentar ya, saya nak ambil handbag saya sekejap.." Balas Dania sambil melemparkan senyuman yang manis lagi membuatkan Syed Fadhil berasa melting, nak sahaja dia pengsan disitu.
"Okay baiklah, saya tunggu.." Senyuman dibalas senyuman.
Ya allah, comelnya awak Dania... Sekali awak senyum, terus saya nak pengsan... Indah sungguh ciptaanMu Ya allah..
Tiba tiba sahaja Dania berjalan nak menuju ke arah Syed Fadhil. Cara dia berjalan pun dah nampak sangat comel dengan mukanya itu. Ya allah tabah kan lah iman hambuMu ini...
Syed Fadhil mendahului Dania supaya Syed Fadhil tidak pengsan apabila melihat wajah Asyirah Dania. Dania hanya ikut sahaja jejak jejak langkah Syed Fadhil. Syed Fadhil membukakan pintu keretanya untuk Dania. Dania pun masuk kedalam kereta Syed Fadhil dengan memulakan bacaan Bismillah agar tidak berlaku apa apa keburukkan terhadapnya.
Syed Fadhil berasa agak kaku apabila berada bersebelahan dengan Asyirah Dania. Dia rasa gagap untuk bercakap. Lidah dia keras untuk bercakap! Hatinya berdenyut kencang. Laju sekali! Begitu juga Dania. Jadi sepanjang perjalanan, mereka hanya tersenyap tanpa berkata apa apa. Hati mereka berdengup kencang membuatkan mereka jadi gagap untuk memulakan perbicaraan.
******
Bab 8, next entry. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment