Bab 3
Dania terhenti daripada lamunan dia kerana telefon bimbitnya berdering. Sudah tiga kali berdering tetapi Dania tidak perasan langsung, hanya kerana Syed Fadhil, orang sedang bercakap dengan dia pun semestinya Dania tidak perasan.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam, siapa ini?" Tanya Dania dengan penuh curiga. Nombor yang dia tidak pernah kenali tiba tiba sahaja menghubunginya.
"Ini saya Farid, Cik Dania. Maaf, saya sudah tukar nombor baru.." Fuhhhh nasib baiklah Farid. Kata Dania dalam hati.
"Oh Farid, kamu ni, saya ingatkan siapalah tadi. Kamu nak apa telefon saya ni?"
"Tak ada apa apa Cik Dania, saya cuma ingin mengajak Cik Dania makan malam bersama saya, itupun kalau Cik Dania tidak sibuklah..
Dania pun tidak memasak dirumah, dia tinggal seorang sahaja dirumah, memang malas betul dia hendak memasak untuk dirinya sendiri. Tidak salahlah kalau dia keluar bersama Farid hanya untuk makan makan.
"Setakat ni saya tidak sibuk. Ya boleh boleh..."
Farid, seorang rakannya sejak dari sekolah menengah. Memandangkan Dania ini bos besar kepada Si Farid, memang patutlah Si Farid ni panggil Dania 'Cik Dania'.
Farid pun senyum melebar hingga ke telinga. Yelah, siapa yang tidak seronok apabila gadis jelita bagaikan bidadari sudi keluar bersamanya. Sangat gembira. Tidak boleh berkata kata kerana terlampau gembira. Farid sebenarnya ada hati dengan Dania sejak dari sekolah lagi semasa mereka bertemu pada tingkatan satu lagi. Tapi Farid sahaja yang menyimpan perasaan terhadap Dania.
"Jadi kita hendak makan dimana?" Tanya Farid kepada Dania.
"Saya tidak kisah, awak yang mengajak saya.."
"Kalau di restoran di KLCC awak mahu pergi?"
"Boleh sahaja, tidak ada masalah..." Jelas Dania.
"Baiklah. Nak saya ambil awak dirumah ke?"
"Tak apalah, saya sendiri yang pergi, saya tak nak susahkan awak.. Kita nak meet pukul berapa ya?" Jelas Dania dengan rasa yang agak malu malu.
"8.00 malam..."
"Oh kalau saya terlambat, maaf ya.." Kata Dania, dia memang kalau hendak bersiap siap pergi berjalan atau bekerja, memang dia siap lambat. Sebab itu lah dia minta maaf awal awal.
"Oh baiklah. Itu sahaja yang saya mahu tanya. Jumpa malam nanti ya.."
"Ya baiklah, assalamualaikum Farid."
"Waalaikumussalam Dania.."
Dia memang gembira sangat, walaupun Dania seorang bos besar di pejabatnya, tetapi Dania tidak pernah menyombong. Ya Farid sedar yang dia hanya seorang yang miskin, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun dia hanya dapat cukup cukup makan. Apatah lagi hendak masuk ke Universiti ataupun Kolej, dia tidak ada duit untuk membayarnya. Nasib baiklah bapa Dania memberikan syarikat kepada anaknya, bolehlah Farid bekerja bersamanya. Sejak keluarga Farid meninggal hanya tinggal dia seorang dan dia sahajalah yang perlu menyara hidup. Dia pula sedang mencari isteri untuk teman penggantinya. Cadangnya hendak melamar Dania, tapi dia takut jika Dania tidak menyukainya ataupun memandang rendah terhadap Farid.
Ahhh siapa kisah, yang pentingnya aku mencuba. Dania bukannya jenis orang yang macam itu, Dania baik. Kata Farid didalam hati. Dia yakin yang Dania mesti tidak memandang rendah terhadapnya. Farid tersenyum keseorangan.
Ahhh siapa kisah, yang pentingnya aku mencuba. Dania bukannya jenis orang yang macam itu, Dania baik. Kata Farid didalam hati. Dia yakin yang Dania mesti tidak memandang rendah terhadapnya. Farid tersenyum keseorangan.
******
Dania meletakkan kunci keretanya diatas meja pejabatnya. Dia mengeluh kepenatan kerana membawa kereta tadi, dengan jalan yang sesak, panas dan dahaga.
Dania keluar dari biliknya untuk membuat air milo. Dia tidak memerlukan bantuan orang gaji di pejabatnya, kerana dia lebih selesa membuat sendiri. Dia lebih suka membuat sendiri kerana dia boleh mengikut citarasa tersendiri. Sambil dia membancuh milo didalam cawan, tiba tiba ada seorang perempuan menegurnya.
Ariyana Dalila.
"Hai Cik Dania..." Senyuman dilemparkan kepada Dania.
"Ya Yana. Mahu bancuh air ke mahu makan biskut?"
"Dua dua Cik Dania, saya tidak makan tengahari tadi.."
"Laaa kenapa tidak makan?"
"Kerja banyak Cik Dania, kalau saya tak siapkan kerja kerja tu, saya takut kalau Cik Dania marah aje.."
"Laaa patutnya awak makan lah dulu, kesihatan tu yang penting.. Takpa takpa, awak pergi ke restoran mana mana ke, pergi makan nasi. Kasi tenaga sikit. Setakat biskut awak mesti tak kenyang. Nah ambil RM50 ini. Ambil buat belanja ya..." Senyuman dilemparkan kepada Ariyana.
"Tak apalah Cik Dania, saya boleh tahan lagi ni..."
"Jangan degil Yana, nah ambil duit ini."
"Ya ya baiklah, tapi duit itu saya rasa tak perlulah kot, menyusahkan Cik Dania aje.."
"Tak apa, saya ikhlas Yana..." Senyuman yang manis diberikan kepada Ariyana.
"Baiklah, saya perlu dulu. Terima kasih banyak banyak ya Cik Dania.."
"Sama-sama.."
Dania sengaja memberikan duit itu kepada Ariyana, dia tahu Ariyana sangat lapar dan dahaga. Bagaikan tidak ada tenaga untuk hidup. Dan Dania tahu yang Ariyana masih lagi tidak mengambil sarapan pagi tadi. Ariyana, siapalah yang tidak kenal, seorang pekerja yang rajin yang mementingkan kerjanya untuk adik beradik dan ibunya sehinggakan masa untuk makan pun dia tidak peduli. Iyalah, siapa lagi yang boleh menyara untuk keluarganya kalau bukan lagi dia? Ayah dia pula sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas, dia pula seorang anak yang sulong, jadi dia lah yang patut menyara ibunya dan adiknya.
******
"Saya sayang abang, wahai Syed Fadhil, tolong jangan tinggalkan saya......" Kata Dania kepada Syed Fadhil.
"Ya sayang, abang akan sentiasa sayang awak, wahai isteriku, Asyirah Dania...." Satu ciuman di dahi diberikan kepada Dania.
Dania hanya tersenyum dan memeluk suaminya. Satu ciuman di pipi dihadiahkan daripada isterinya. Syed Fadhil hanya tersenyum dan memeluk isterinya dengan erat.
"Tuan.... Tuan....." Panggil Adam sambil memandang bosnya, Tengku Syed Muhammad Fadhil.
Tiba tiba sahaja Syed Fadhil terperasan kerana Adam memanggilnya.
Ya Allah, aku berangan ke tadi? Tapi rasa macam betul betul. Ya Allah, malunya aku, apa aku hendak jawab ini didepan orang ramai? Kenapalah masa aku sedang mesyuarat aku boleh berangan ni? Ya allah..... Malunya.... Kata Syed Fadhil didalam hatinya.
"Are you dreaming, Tengku Syed Muhammad Fadhil?" Tanya ayahnya, Tengku Syed Syah.
"No, saya cuma memikirkan sesuatu. I'm sorry. Can we start now? Shall we?"
"Are you dreaming again my son?! Kita dah lama start, and kami hanya memerhatikan awak aje daripada tadi, asyik berangan dan termenung."
"Sorry. Really sorry." Hanya itu sahaja yang boleh Syed Fadhil ucapkan. Dia berasa sangat malu kerana tiba tiba berangan tentang Dania semasa bermesyuarat. Ya allah....
******
Bab 4? Next entry..
No comments:
Post a Comment