Sunday, 15 September 2013

Only You In My Heart (Bab 5)

Bab 5


"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Dania sambil malu malu apabila dipandang sebegitu.

"Hehe... Awak nampak.... Sangat lawa and cute lah malam ni, terpegun saya" Jawab si Farid sambil sedekahkan senyuman yang macam bapa kucing.
"Haha eh? Biasa sahajalah macam biasa..." Balas Dania dengan nada yang malu malu.

Mereka berbual hanya berbual sementara menunggu makanan sampai. Tiba tiba sahaja ada yang memandang mereka dengan tidak puas hati. Siapa kah lelaki itu? Tanya Dania dengan penuh curiga dan penuh tertanya-tanya. Dari jauh nampak macam kenal, tapi siapakah? Lain macam sahaja dia memandang mereka ketika mereka sedang seronok berbual. 

Dania membiarkan sahaja lelaki itu memandang mereka. Sedang mereka seronok berbual, tiba tiba sahaja lelaki yang memandang mereka itu tadi menegur si Dania.

"Hai Dania, may I sit here?"
Syed Fadhil! Terkejut Dania! Rupa rupanya lelaki yang memandang mereka itu tadi ialah Syed Fadhil.

"Hai Syed Fadhil! Silakan duduk, kitorang pun belum habis makan lagi ni, makin meriah lah kalau ramai orang kan?" Senyuman dilemparkan kepada kedua dua jejaka di hadapannya.

"Aduhhhh! Kacau sahaja! Aku baru aje nak memberitahu perkara yang sebenarnya!" Bentak si Farid didalam hatinya dengan rasa yang agak tidak puas hati.

"Siapa lelaki ini Dania?" Tanya Si Syed Fadhil.

"Engkau dah lah datang tiba tiba sahaja, ada pulak lah tanya aku ini siapa?" Marah Farid didalam hatinya sambil memberikan senyuman kepada Syed Fadhil walaupun senyuman yang tidak ikhlas.

"Oh ya! Farid, kenalkan ini Syed Fadhil and Syed Fadhil kenalkan ini Farid" Terang Dania.

Farid dan Syed Fadhil pun bersalaman. Syed Fadhil bersalam dengan Farid bukannya ikhlas pun! Dia sengaja mahu menyakitkan tangan dan hati Farid! Siapalah yang tidak cemburu apabila gadis idamannya keluar bersama lelaki lain.

Gadis idaman? Adakah aku sudah mula falling in love? Ya allah... Terus Syed Fadhil meleraikan daripada menyakitkan lagi tangan Farid.

Tengok muka Farid pun dah tahu yang dia menahan sakit, bukannya sakit sebab sakit tangan, tapi sakit hati. Dia baru sahaja mahu makan berdua duaan bersama Dania, tetapi ada yang menyibuk! Syed Fadhil hanya tersenyum. Tersenyum kerana kepuasan sebab dah melepaskan geram kerana keluar bersama gadis pilihan hatinya itu.

"Are you guys okay?" Tanya Dania dengan penuh curiga. Apa jadi dengan dua orang ini? Lain macam sahaja.

"We're fine!" Pendek sahaja balas Syed Fadhil. Farid baru sahaja nak balas soalan Dania, tapi Syed Fadhil yang menyibuk. Adanya Syed Fadhil, segalanya hancur!

"Oh okay... Awak dah order makanan ke belum?" Soalan ditujukan kepada Syed Fadhil. Nampak macam mereka ini mesra sahaja. Itu yang membuatkan Farid bertambah cemburu!

"Saya dah order dah tadi, kejap lagi sampai lah tu... You guys dah order?" Tanya Syed Fadhil. Harap sahaja ada perkataan you guys, tapi sebenarnya dia tak nak pun tanya dekat Farid. Geram masih melekat dihatinya.

"Dah!" Jawab Farid dengan perasaan marah, benci, cemburu. Tapi senyuman dilemparkan kepada Syed Fadhil yang buat buat.

"Amboi... Marah nampak... Ahh kau marah ke apa ke, tak kisah! Yang pentingnya, Dania milik aku!" Marah Syed Fadhil dalam hatinya. Milik aku? Ya, dia memang sedang falling in love...

Dania hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Apa yang tidak kena pun dia tidak tahu. Tapi dia tidak kisah pun sebenarnya, kalau ingin ambil tahu, nanti makin bertambah pula masalah mereka. Ada kemungkinan juga yang mereka ini pernah kenal ataupun pernah berjumpa sebelum ini. Fikir Dania. "Ahh men problems"

Hampir setengah jam mereka tunggu. Akhirnya sampai juga makanan yang di order oleh Dania, Farid dan Syed Fadhil.

"Roti je dia makan? Kenyang ke? Ish kalau aku jadi isteri dia, aku masak yang sedap sedap untuk dia, biar dia kenyang. Siapalah yang tidak mahu lelaki seperti ini, macam Kim Hyun Joong!" Fikiran Dania dan panjang sampai ke gunung.

"Dania...Dania.... Kau dah kenapa? Something wrong with me? Aku dah jatuh cinta ke?" Tanya Dania dalam hatinya. Pelik juga, bila dia berjumpa dengan Syed Fadhil, hatinya rasa tenang sangat. Dia tidak tahu kenapa.

Dania hanya perhatikan sahaja Syed Fadhil dan Farid makan. Laju nya makan! Fikir Dania. Apa yang tidak kena ini sebenarnya? Itu sahaja lah yang Dania tanya. Pelik. Sangat pelik!

Mereka makan tanpa mengatakan apa apa. Dania pun biar kan sahaja lah perangai mereka. Hanya beberapa minit sahaja, Syed Fadhil dah habis makan rotinya itu, kemudian Farid pula yang habis makan, bukan makanan sahaja, tapi air pun tak sampai 15 saat dah habis! Mereka ni lawan makan ke apa? Tanya Dania.

"I'll pay the bill" Syed Fadhil mahu membayar bill. Dia tidak mahu Dania ataupun si musuhnya itu iaitu Farid membayar. Dia bukannya mahu berlagak, tapi dia memang niat nak belanja mereka.

"No, thanks. Saya bayar sendiri." Tolak Dania dengan lembut. Tapi Syed Fadhil tetap juga mahu bayar bill.

"Nak sangat kan bayar, bayarlah! Jimat sikit duit aku!" Marah Farid sambil senyum kepada Syed Fadhil.

Syed Fadhil tahu yang sebenarnya Farid mahu dia yang bayar. "Okay, thanks a lot" Senyuman dilemparkan kepada Syed Fadhil. Syed Fadhil pun pergi dari meja tersebut dan pergi ke kaunter untuk membayar. 

Farid baru sahaja mahu memulakan percakapannya bersama Dania. Itu lah masa untuk dia bercakap, tapi baru sahaja dia nak muka, Syed Fadhil pun muncul dan duduk kembali ketempatnya. Cepatnya! Aku baru sahaja mahu memulakan perbicaraan. Kau ini memotong sahaja! Marah Farid.

"Thanks again Syed Fadhil. Saya tak boleh lama lama disini. I've got to go." Dania dah mula minta diri. Farid pula yang rasa sedih. Mana tidaknya, berhajat hendak keluar bersama gadis jelita itu, tiba tiba sahaja Syed Fadhil datang nak makan bersama. Sibuk aje!

"It's okay. We can meet again right?" Senyum Syed Fadhil kepada Dania kemudian memandang Farid, dia sengaja mahu membuat Farid rasa cemburu.

"Yeah, sure!" Balas Dania pendek.

"Awak balik dengan apa? Nak saya hantar?" Tanya Syed Fadhil tanpa menghiraukan Farid.

"Ish dia balik dengan kereta dia lah. Itu pun nak tahu ke? Sejak ada kau ni, aku nak cakap apa apa pun tak boleh. Kacau daun sahaja" Bentak Farid dalam hatinya. Dia nak cakap dengan Dania, ada sahaja dia memotong. Sengaja lah tu tidak mahu memberi peluang kepada Farid untuk bercakap.

"Saya pulang naik kereta saya." Senyuman dilemparkan kepada Syed Fadhil.

"Oh kalau macam tu saya hantar awak ke kereta ya?" Ajak Syed Fadhil, sekali lagi dia tidak menghiraukan Farid.

Dania hanya tersenyum. Pertanyaan yang tidak ada jawapan! Ambil berat juga ya dia? Wah terharunya. Terpegun si Dania. 

Perasaan sahaja aku ni. Haih Dania Dania, dah dah lah tu perasan. Tak mungkin orang sekacak ini sukakan aku! Dania pun mula bangun, kemudian Syed Fadhil terus berjalan bersama Dania. Farid langsung tidak dihiraukan, tapi Dania pula yang mengajaknya untuk keluar bersama.

Sampai sahaja di kereta Dania, Dania mengucapkan terima kasih kepada Syed Fadhil dan Farid. Farid rasa agak sedih kerana dia baru sahaja mahu beritahu perkara sebenar, tetapi Dania nampak macam mesra dengan Syed Fadhil. Dia tidak jadi untuk meluahkan perasaannya terhadap Dania. Andai kata mereka ini saling menyintai, dia mahu melihat Dania gembira. Jadi Farid redha sahaja dengan jodoh Allah S.W.T.

******

Bab 6, next entry. Insya Allah

2 comments: