Bab 6
Dania hampir terlanggar kereta dihadapannya itu. Nasib baik dia sempat menekan brek sebelum terlanggar kereta itu. "Ya allah, terima kasih kerana selamat kan HambuMu ini. Alhamdullilah" Nafas yang teresak esak kerana hampir melanggar kereta tersebut, nasib sahaja Allah menolong dia. Terima kasih Ya Allah.
"Haihh Dania.. Dania.. berangan punya pasal, macam ini lah jadinya.. Kerana Syed Fadhil, aku hampir kemalangan. Ya Allah, kenapa lah aku asyik terbayangkan wajah lelaki itu? Adakah aku mempunyai perasaan terhadap dia?" Dania mengeluh.
Hampir setengah jam dia berada didalam kereta kerana jalan sesak. Jam keretanya menunjukkan pukul 9.30 malam. "Pukul 9.30 malam pun jalan sesak juga ya?" Fikir Dania. Takkan lah pada pukul sebegini orang masih lagi belum pulang dari kerja? Nak cari rezeki halal lah katakan, kerja apa apa pun sanggup demi ak menyara hidup. Belum lagi kalau ada isteri dan anak, makin banyaklah usaha yang dia kena usahakan.
"Aku ni bila lagi mahu kahwin?...." Fikir Dania sejenak. "Uhukkk! Apa yang aku fikir ini? Mungkin belum ada jodoh lagi." Tiba tiba sahaja Dania terbatuk dan berhenti daripada lamunan. Dia sudah mula rasa mengantuk, daripada tadi kereta tidak bergerak langsung. Rasanya macam nak aje tidur dalam keretanya. Dia hanya mampu bersabar.
Dalam pukul 10.03 malam, barulah kereta berjalan tanpa ada sesak jalan. Rupa rupanya ada orang kemalangan. Nasib baik jugalah dia pula yang tidak kemalangan tadi. Alhamdullilah Allah menolongnya.
******
Selesai sahaja mandi dan solat isyak, Syed Fadhil terus sahaja berbaring di atas katilnya. "Alangkah seronoknya apabila ada isteri, boleh tidur bersama isteri, boleh bergurau senda, boleh berpeluk, semua dapat pahala free free sahaja..." Fikir Syed Fadhil. Tinggi menggunung betul Si Syed Fadhil ni fikir.
"Rasa rasanya Asyirah Dania tu dah ada boyfriend ke belum?" Fikir Syed Fadhil lagi.
"Kalau betul lah dia tidak ada teman lelaki, aku nak aje cepat cepat masuk meminang. I want you to be my wife, my dear Asyirah Dania.." Umur Syed Fadhil lebih kurang sahaja dengan Dania. Hanya beza 3 tahun. Syed Fadhil berumur 29 tahun, hanya tinggal lagi setahun nak masuk 30 tahun. Cepat cepat lah Allah menemukan jodoh aku.
"Makin jauh, makin bertambah rindu pula aku dekat engkau, Asyirah Dania. Baru tadi sahaja kita berkenalan, aku dah mula suka dekat awak." Syed Fadhil pun dah mula rasa mengantuk dan mula memejamkan mata. Syed Fadhil berharap sangat dia mimpikan Asyirah Dania. Rindu dia semakin membuak buak. Cukup sahaja Dania muncul di mimpinya, kurang lah sedikit rindunya kepada Dania.
******
"Tak apa lah Dania, demi awak, saya sanggup tengok awak bahagia dengan Syed Fadhil..." Kata Farid dengan nada redha.
"Saya doakan awak bahagia dengan Syed Fadhil. Mungkin kita ni tak ada jodoh. Yalah, asal saya nak berterus terang sahaja, ada sahaja yang mengganggu. Dari situ lagi saya boleh nampak, memang saya tidak ada jodoh dengan awak. Tak apa, saya redha dengan ketentuan Allah.." Panjang lebar Farid fikir. Redha sahaja lah.
Farid pun baring diatas katilnya sambil memikirkan tentang Dania. Dia asyik teringatkan bayang bayang Dania yang tersenyum kepadanya. Sangat manis senyuman itu. Dia hanya mampu redha dengan ketentuan ilahi, walaupun sudah bertahun tahun dia suka dan ada perasaan terhadap Dania dari sejak sekolah lagi.
******
Dalam pukul 10.32 malam baru lah Dania sampai di rumahnya. Lama betul dia berada didalam kereta. Dia berasa sangat letih. Dia mahu mandi dahulu kemudian baru dia solat isyak dan terus tidur. Penat yang teramat hingga tak terkata. Siapa lah yang tidak penat apabila berada didalam kereta hampir 2 jam.
Selesai sahaja solat isyak, Dania berdoa agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan lelaki yag mampu menjaganya. Tidak lupa juga untuk berdoa kesejahteraan ibu bapa dan adik beradiknya yang berada di kampung. Dania berasa sangat rindu dekat ibu bapa dan adik beradik dia. Sangat rindu. Sudah berbulan mereka tidak bertemu ataupun bersua. Telefon tu adalah seminggu 4 kali, tetapi rindu tetap juga ada. Setakat suara sahaja, rindu itu tak akan terubat. Bukannya dia tidak mahu pulang ke kampung, tetapi sebagai boss di pejabatnya, dia terlalu sibuk sampai tidak ada masa.
Esok hari pula dia ada meeting. Jadi dia perlu berehat secukupnya pada malam itu. Selalunya dia menonton televisyen dahulu sebelum tidur, tapi malam itu, dia perlu tidur supaya tidak terlambat untuk ke pejabatnya. Mata pun sudah terlelap.
******
"Aku terima nikahnya, Asyirah Dania bt Muhammad Azuwan dengan mas kahwinnya 20 ribu dinar."
Dania terkejut lalu tersedar dari mimpinya itu. Ya allah nasib baik lah hanya mimpi. "Lelaki itu mukanya seperti Syed Fadhil... Ya allah, apa yang aku mimpi ini?" Dania berasa pelik, kenapa dia mimpi Syed Fadhil. Sangat pelik baginya. Sedangkan dia baru sahaja kenal Syed Fadhil pagi semalam, takkanlah baru kenal dah boleh masuk kedalam mimpinya.
"Nasib baiklah mimpi. Ahh biarkan, ianya hanya mimpi.." Ucap Dania.
Hanya tinggal lagi beberapa jam lagi masa untuk dia tidur. Dia berasa sangat mengantuk dan lebih baik dia sambung tidur agar dia tidak mengantuk untuk bekerja pada keesokkan harinya.
******
"Ya allah! Dania muncul dalam mimpiku? Apakah tanda semua ini?.." Fikir Syed Fadhil. Memang dia ada minta untuk mimpi Dania pada malam itu, tetapi takkanlah mimpi yang dia bernikah dengan Dania? Ya allah, ianya hanya mimpi...
Jam dinding menunjukkan pukul tepat 3.00 pagi. Lebih baik dia bangun untuk membuat solat hajat dan sebagainya. Pada waktu begitu memang doa dimakbulkan. Syed Fadhil pun bangun dari katilnya dan terus ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk.
******
Sampai sahaja di pejabat, Dania terus mengajak rakan bawahannya iaitu Ariyana Dalila. Dia tahu yang Ariyana ni memang tidak mahu makan dan hanya mementingkan kerjayanya demi menyara hidup adik beradiknya.
"Yana, jom breakfast dengan saya?" Ajak Dania.
"Oh tak apa lah Cik Dania, saya tak mahu makan.." Jelas Ariyana.
"No, awak kena breakfast jugak, kalau awak tak ada energy nanti, lepastu pengsan siapa susah?"
Betul juga cakap Cik Dania. Selama ni Ariyana sudah banyak kali dia pengsan di pejabatnya kerana mementingkan kerja daripada makan. Jadi dia hanya akur sahaja cakap boss nya itu, Cik Dania.
"Ya baiklah, saya ikut Cik Dania.." Senyuman dilemparkan kepada Dania.
"Good girl. Jom, saya belanja..." Dania memuji Yana sambil menunjuk ibu jarinya.
Tiba sahaja di restoran yang Dania selalu pergi, mereka terus mengambil tempat duduk. Seorang pelayan datang ke meja mereka dan mengambil pesanan.
"Hari ini dia tidak ada ke?" Fikir Dania sambil matanya mencari cari di mana kah Syed Fadhil.
"Cik Dania, cari siapa? Are you okay?" Tanya Ariyana kepada Dania.
"I'm fine. Tak cari sesiapa pun.." Jelas Dania. Dia hanya tipu Ariyana sahaja. Dia tidak mahu Ariyana tahu perkara yang sebenar.
Sekejap sahaja mereka tunggu, makanan pun dah sampai. Itulah salah sebabnya kenapa Dania suka sangat makan disitu. Sebabnya adalah, kalau kita pesan makanan, sepantas kilat sahaja makanan tu akan sampai. Pemilik restoran iaitu Puan Hanisah sudah kira menjadi ibu angkatnya kerana Dania tidak mempunyai keluarga di Kuala Lumpur dan Puan Hanisah lah yang menjadi ibu angkatnya. Mereka mula rapat kerana Dania selalu pergi ke restoran ibu angkatnya.
******
Bab 7, next entry. Insya Allah.
beznye mengarang novel
ReplyDeletemenarik kisahnya
kalau free, jemput LIKE post ni:
LIKE SINI
TQ :)
TQ :) DONE
Deletenice story..:)
ReplyDeleteTQ :)
Delete