BAB 2
Sambil Fazly berjalan, dia hanya asyik tersenyum seperti kerang busuk kerana Dania melemparkan senyuman yang lebar kepadanya. Rakan sepejabatnya hanya melihat kerenah rakannya iaitu Fazly. Rakan rakan lelaki pejabatnya sudah tahu kenapa Fazly senyum seperti baru mendapat isteri itu. Ini pasti kerana Cik Dania dia tersenyum sebegitu sekali, sampai berjalan pun hendak senyum. Kata Adam di dalam hatinya. Nada suara yang cemburu terhadap Fazly. Siapalah yang tidak cemburu kalau Cik Dania melayan orang lelaki? Ya pastinya cemburu kerana dia memang direbuti oleh ramai lelaki.
"Kenapa kau senyum Fazly, sedangkan orang hanya memandang pelik terhadap kau." Tanya Intan kepada Fazly. Fazly terkejut dan dia tidak menyangka yang dia berperangai seperti orang gila. Tapi cara untuk dia cover, dia melemparkan senyuman kepada Intan lalu berkata "Kenapa salah ke? Senyum itu kan sedekah..." Fazly hanya tersenyum. Senyum ada makna. Intan memandang Fazly dengan muka yang pelik, dia yang yang Fazly bukannya ingin senyum kepada rakannya, tetapi dia senyum kerana berangan dengan Cik Dania lah tu.
******
Dania hanya bersandar pada kusyen didalam bilik pejabatnya. Memang indah jika tidak ada kerja di luar pejabat, memang memenatkan baginya. Tiba tiba sahaja telefon bimbitnya berdering. Dania mengambil Iphone 5 nya di dalam beg tangannya. Dia takut jika ada klien yang menefonnya untuk meeting, rupa rupanya ibunya yang menefon dia. Pantas aje dia menjawab.
"Assalamualaikum, hello ibu..."
"Waalaikumussalam, Nia. Sihat anak ibu?"
"Sihat aje ibu, ibu pula?"
"Ibu sihat aje, buat apa ni?"
"Tak buat apa apa bu...."
"Oh... Bila Nia nak balik? Ayah dan adik beradik rindu sangat dekat Nia..."
"Nia nak balik bu, tapi bukan sekaranglah, nanti kan ada majlis pernikahan abang, sudah tentu Nia akan balik. Ibu tunggu lah ye? Lagi berapa je lagi bukan?" Dania tersenyum, dia amat merindui keluarganya yang berada dia Kedah.
"Oh iya baiklah. Duduk dekat KL jangan lupa solat, kalau boleh carilah penyewa, ibu risaulah anak dara ibu ini duduk berseorangan.."
"Insyaallah ibu, Nia lagi senang tinggal berseorangan, terasa malas pula mahu mencari penyewa."
"Kalau susah sangat mahu cari penyewa, Nia kahwin aje lah, kan senang." Ibunya, Datin Mawar tersenyum lagu gelak kecil didalam hatinya.
"Ish kesitu pula ibu ni, lambat lagi kot ibu, siapalah yang mahukan Nia ni bu..."
"Insyaallah ada Nia, ibu doakan ya... Nia tu jangan lupa pakai tudung, rambut tu aurat sayang.. Aurat hanya untuk suami, sebab itu ibu suruh kahwin, ibu risau nanti Nia jadi anak dara tua pula"
"Ya allah bu, kesitu pula dah.... Ibu doa kan lah Nia ni dapat suami yang soleh ya bu. Oh ya jangan lupa doakan supaya Nia dapat suami yang mukanya macam KIM HYUN JOONG. Hehe"
"Nia, nia.... Kim Hyun Joong juga Nia pilih. Hmm ya ibu sentiasa doakan anak ibu ni baik baik aje kat sana, dapat suami yang macam nia impikan.."
"Thanks mom, you're the best mother in the world!"
"Amboi bodek ibu ke ikhlas ni?"
"Ikhlas lah ibu, ish ibu ni.."
"Ye ye ibu gurau aje. Nia dah makan tengahari belum?"
Sedang sibuk melayan ibunya, dia terlupa yang tengahari masa untuk rehat dan makan. Patut aje ada orang yang memanggilnya dari tadi, mungkin mahu mengajak makan tengahari bersama. Tetapi Dania hanya membuat tidak tahu, dia terlalu letih. Walaupun tidak membuat kerja yang banyak sangat pada hari ini, tapi dia rasa letih. Sangat letih.
"Belum ibu, hehe terlupa."
"Astarghfirullah.. Takpe takpe, Nia pergi makan dulu ye. Ibu pun nak memasak ni, adik dah pulang dari sekolah ni."
"Baiklah bu, assalamualaikum, iloveyou, saranghaeyo, muah muah!"
"Amboi, waalaikumussalam, jaga diri ya..."
"Baik bu..."
Talian diputuskan oleh ibunya. Dania cepat cepat mengemas office nya lalu beredar dari situ. Dia sangat lapar dan penat.
******
Sampai sahaja di restoran yang baru sahaja Dania makan pada pagi tadi, dia terus mengambil makanan dan order segelas FRESH ORANGE. Itulah favourite dia hari hari. Tetapi tidak selalu juga dia minum air ais, hanya beberapa kali seminggu. Dia hanya mengambil nasi dua cedok dan mengambil dua lauk iaitu sup sayur dan ikan goreng. Baginya itu sahaja menu sihat yang ada di restoran tersebut. Harga pun murah.
Sambil dia mengunyah, dia terpandang muka yang seakan Tengku Syed Muhammad Fadhil yang dijumpainya itu tadi. Ya memang betul, orang yang sama, baju yang sama. Memang favourite dia ke makan di restoran ini? Pagi tadi ada, tengahari ada, entah entah petang dengan malam pun ada. Kata Dania didalam hati lalu ketawa kecil. Syed Fadhil terpandang kearah Dania. Muka Dania yang comel, mata besar, kulit yang putih, hidung mancung, rambut yang lurus membuatkan hati Syed Fadhil mula menyukai Dania. Syed Fadhil hanya melemparkan senyuman kepada Dania, Dania pun membalas dengan senyuman lalu memandang ketempat lain, sudah beberapa kali dia terkantoi dengan Syed Fadhil.
"Wahhh ini bidadari ke? Cantiknya ya allah, indahnya penciptaanMu." Tanya Syed Fadhil didalam hatinya sambil memandang keayuan Dania. "Siapakah nama bidadari ini? Ya Allah sungguh jelita...." Syed Fadhil menanyakan soalan lagi dalam hatinya. Syed bangun dan pergi ke tempat yang Dania duduk.
"Assalamualaikum, boleh saya duduk di sini?" Tanya Syed Fadhil.
Dania terpaku. Dia hendak menjawab, tetapi agak gagap sedikit, mana lah dia tidak gagap, muka yang seakan akan Kim Hyun Joong tiba tiba aje muncul di depan matanya.
"Waalaikumussalam, ya boleh duduklah.." Dania melemparkan senyuman terhadap Syed Fadhil.
"Memang favourite awak ke selalu datang ke restoran ini?" Tanya Syed Fadhil. Ya allah, sungguh cantik bila di depan mata. Kuat kan lah imanku Ya allah.
Dania memandangnya pelik. Eh, dia pun sama, pagi ada, tengahari pun ada juga. Bentak Dania didalam hatinya.
"Hehe, taklah, dah ini sahaja restoran yang paling terdekat dan paling sedap bagi saya.."
"Oh, patutlah saya nampak awak asyik berada di restoran ini sahaja. Pagi ada, tengahari pun ada." Senyuman dilemparkan kepada Dania.
Dania tergoda dengan senyuman Syed Fadhil.
"Siapa nama awak?" Tanya Syed Fadhil.
"Asyirah Dania bt Mahmud." Senyuman Dania yang membuatkan Syed Fadhil tergila gila kan Dania.
"Oh cantik nama itu. Saya panggil awak DANIA sahaja lah. Saya pula Syed Fadhil bin Syed Akim."
"Oh selamat berkenalan Syed Fadhil."
Perbualan mereka tiba tiba sahaja terhenti kerana kedua duanya saling memandang tepat pada anak mata bagaikan mahu tahu isi hati mereka. Tiba tiba sahaja lamunan mereka terhenti kerana telefon bimbit Syed Fadhil berdering. Dania memberikan senyuman dan senyumannya itu dibalas oleh Syed Fadhil, Dania membiarkan sahaja Syed Fadhil bercakap didalam telefon, dia tidak mahu menjaga tepi kain orang.
"Maaf ye, saya harus pergi sekarang." Kata Syed Fadhil dengan nada yang seperti orang baru lepas berlari marathon.
"Ya ya, baiklah. Saya pun hendak ke pejabat semula, jumpa lain kali ya. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Pendek sahaja Syed Fadhil membalas.
******
Syed Fadhil memasuki ke dalam perut keretanya, Mercedes. Dia membawa kereta bagaikan ada isteri hendak beranak. Sebenarnya dia ada meeting dengan orang terbesar, tetapi dia terlupa. Berbual bual dengan Dania membuatkan dia terpukau dan lupa segala ingatannya, yang dia ingat, hanyalah Dania. Ya Dania. Hanya Dania yang membuatkan hatinya tenang. Syed Fadhil tersenyum sambil membawa kereta. Dia teringatkan senyuman Dania kepadanya. Sangat jelita dan sangat tergoda. Ya allah kuatkanlah imanku. Ucap Syed Fadhil dalam hatinya.
******
Sambil Dania memandu, dia hanya teringatkan Syed Fadhil. Orangnya yang kacak, mukanya seakan akan Kim Hyun Joong yang menjadi pujaan hatinya itu. Dania memang tergoda dengan senyuman Syed Fadhil. Dania asyik teringatkan Syed Fadhil hinggakan telefon bimbitnya berdering pun dia tidak sedar.
******
Bab 3? Just waiting...
bestx3 XD
ReplyDelete