Monday 8 December 2014

Jom sergah 'Big Bad Wolf' sekarang!

;big bad wolf;

Assalamualaikum. Hello bloggers. Hi kepada pencinta "Big Bad Wolf". Siapa dekat sini yang minat sangat dengan novel english? Haaa ni ceq nak cerita sikit! Hangpa semua bolehlah pi ke MIECC @ MINES. Benda ni dah mula lama dah, tapi aku pula yang ketinggalan zaman, bagitahu lambat. So, bila kira-kira balik adalah dalam 6 hari aje yang tinggal.

Cepatlah terjah sekarang! Korang boleh terjah bila-bila masa pun korang nak asalkan jangan lepas daripada 16 Disember jam 9 malam. Sebab masa tu, memang dah tutup dah. Kalau nak terjah jam 3 pagi pun suka hati koranglah sebab? Sebab dia buka 24 jam! 24 hours non stop! Suka tak? Gila kau tak suka!

Dan lagi... ada diskaun, siapa aje manusia yang tak suka bila nak beli ada diskaun? Kan? Jadi, terjahlah sekarang! Jangan melepas pulak bila tarikh dah tamat tapi baru nak pergi. Haaa, kalau macam tu, menyesal pun dah tak guna. Ya ya, memang tahun depan ada lagikan, tapi sekarang ni end year sale, jadi buku dah confirm dah murah punya!

Sebab apa? Iyalah, 25 buah buku, hanya RM250! (Bergantung kepada jenis buku @ harga). Murah lah tu kan? Buku pula semuanya cerita best, berguna dan bermoral. Dah, tak guna membebel panjang tapi tak pergi kan? Jom, pergi!

Masa : Bermula jam 7 pagi (5 Disember) hingga 9 malam (16 Disember) -24 jam tanpa henti!-

Tempat : Malaysia International Exhibition & Convention Center (MIECC) Jalan Dulang MINES                      Resort City, Seri Kembangan, Selangor.

Diskaun : 75% - 95%!

Aku suruh orang pergi, aku bila lagi? Ceh. Insyaallah pergi lah kan. Rumah jauh. Gombak nak ke Seri Kembangan tu! Pengsan aku. Sekian, wassalam.

2 comments:

  1. yeah! dah pergi sini semalam. sangat rambang mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann dahlah buku banyak. Tapi sayangnya saya tak boleh pergi, hahahaha

      Delete