Thursday 11 December 2014

Ekspo Buku Malaysia @ PWTC

Assalamualaikum w.b.t


Ada tak dekat sini yang peminat setia Matluthfi? Haaa, kalau nak jumpa dengan dia, bolehlah korang pergi PWTC hari Ahad ini 14 Disember 2014.

Hari eksklusif bersama AIMAN AZLAN, MATLUTHFI dan AMEEN MISRAN. HANYA 5 PEMENANG BERTUAH SAHAJA. Ingin tahu caranya?


- Cari poster Puteh Press "Ready... Set... GO!!!!"

- Kemudian, sambung ayat berikut dan postkan diruang komen.

- Saya suka buku PUTEH PRESS dan mahu berjumpa dengan Matluthfi90, Ameen Misran & Aiman Azlan kerana ___________

- Ayat tersebut perlu KREATIF, MENARIK dan merangkumi nama-nama penulis serta link Facebook Puteh Press.

- 5 pemenang BERTUAH akan dipilih sendiri oleh penulis semasa majlis 'Kerusi Puteh Bersama Penulis Puteh Press' di Expo Buku Malaysia pada 14 Disember jam 1 petang.

Pemenang boleh berbual bicara dengan penulis di atas pentas secara eksklusif.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

INGAT! Komen sambungan ayat perlu dilakukan di www.facebook.com/puteh.press

Tempat : PWTC (Booth No.71, Legar Putra)
Masa : 10 pagi - 10 malam.
Tarikh : 14 Disember 2014

Boleh aje jumpa dengan Matluthfi90, Ameen Misran & Aiman Azlan Ahad ni, tapi kalau korang menang pertandingan tu, korang akan dapat 'Kerusi Puteh Bersama Puteh Press' jam 1 petang. Kalau dah menang, korang boleh jumpa dan ambil gambar dengan penulis siap boleh naik pentas lagi. Haaa, tak nak cuba ke? Rugi tak cuba kot-kot ada rezeki? Semoga berjaya!

Sumber ; PTS - Puteh Press
Rujuk lebih lagi di ; Puteh Press

No comments:

Post a Comment