Wednesday 17 September 2014

Cerpen : Jodoh Tak Kesampaian

"Terima kasih yang..." Aku senyum. Aku perhatikan si suami mendukung anak kecil yang baru lahir itu. Mukanya suci bersih sahaja. Si suami mahu mengazankan anak kecil itu.

"Comel macam sayang..." Sekali lagi, aku tersenyum bahagia.

"Abang, terima kasih..." Ucap aku, sayu.

Kalau tak kerana kasih sayang si suami, pasti aku tidak akan dikurniakan seorang cahaya mata. Kalau tak kerana dia jugalah, aku tak ada bahagia macam sekarang ini.

"Sayang... sepatutnya abang yang cakap macam tu... Sayang yang bagi abang anak, sayang yang alami semua ni... so, stop berterima kasih dekat abang. Thanks for the love, and the baby." Syihan, suami aku memegang erat tangan aku, bayi yang didukungnya diletakkan di sebelah aku.

"Hi mommy and daddy! How are you baby?" Kawan rapat aku, Lina datang menyerpa kami. Ops... bukan menyerpa tapi menerjah!

Orang baru sahaja nak berkasih sayang dengan suami, yang dia main terjah aje.

"I'm fine, thank you!" Aku membuat suara seperti anak kecil, tangan bayi kecil aku, aku buat seperti melambai ke arah Lina.

Semua tergelak.

"Alaaa cute sangat! Macam auntie dia." Lina mendukung anak aku. Aku hanya membiarkan sahaja dia melakukan sebegitu.

"Aip, anak aku tu mestilah muka macam mama dia..." Aku tak mahu mengalah.

"Handsome macam papa dia..." Semua tergelak apabila ketiga-tiga orang seperti tak mahu mengalah.

"Apa nama anak kau ni?" Soal Lina.

"Muhammad Firhan Shah Bin Muhammad Syihan." Aku tersenyum, suami aku pun tersenyum sama.

"Cutenya..."

Semua terdiam, memerhatikan Firhan yang sedang enak tidur. Comel sangat.

"Eh Fiya... aku tak boleh lamalah. Something work to do." Lina bersuara setelah agak lama kami semua mendiamkan diri melihat muka si anak kecil aku.

"Ok, lain kali jemput lah datang rumah kami lagi..." Aku menjemput.

"Okay kawan. Syihan, jaga kawan aku dengan anak kawan aku ni elok-elok tau." Lina memberi pesan sebelum berlalu.

Apabila Lina hilang dari pandangan mata, suami aku cepat-cepat menutup dan mengunci pintu.

"Abang, nanti nurse nak check macam mana? Suka-suka abang aje kunci pintu..."

"Alah, pandai-pandailah nurse tu. Sekarang ni... abang nak bermanja dengan isteri abang..."

"Dah jadi bapak orang pun mengada lagi kan?" Aku mencubit pipi suami aku.

Dia membalas cubitan aku di hidung aku. "Mestilah, dah isteri pun nakal kan."

Tak sempat aku ingin membalas, tiba-tiba sahaja bibirnya yang hangat menyentuh lembut bibir aku. Lama...

"Thanks again, sayang." Ucapnya.

Aku senyum.

*********************

3 Tahun kemudian...

"Papa dah balik!" Jerit Firhan kegirangan. Aku tersenyum pahit melihat anak aku.

"Abang..." Salam aku tidak disambut, tetapi dia terus mendukung anak aku. Bermain bersama Firhan.

"Anak papa dah makan?" Soal Syihan kepada Firhan.

"Dah... Mama suapkan."

Firhan sekarang sudah pun pandai bercakap, walaupun kadang-kala percakapannya kurang difahami. Maklumlah, umur tiga tahun mana fasih lagi...

"Abang nak makan?"

"Tak, abang dah makan dekat luar tadi."

Sayu sahaja aku mendengar ayat Syihan. Semenjak dua menjak ini, dia sering mengelak daripada aku. Dia cuma pulang hanya ingin bermain bersama Firhan. Masa untuk aku, langsung tak ada...

Aku rindu dia yang dulu...

Dia yang selalu memanggil aku dengan panggilan manja...

Syihan yang melayan aku dengan penuh kasih sayang... romantik. Tapi, sekarang... dingin seperti ais, kadang-kadang berubah menjadi api yang marak.

"Abang..."

"Erm..."

"Dah lama kita tak holiday kan?" Aku cuba untuk mengalihkan perhatiannya.

Aku sedang berfikir positif, mungkin dia penat dengan kerjanya. Sampai tak ada masa dengan aku. Tapi... janganlah sampai dingin sebegini.

"Abang sibuklah."

Aku mendengus keras. "Abang, abang tahu tak semenjak dua menjak ni abang dah berubah?!" Aku sudah tidak tahan lagi. Segala yang terbuku di dalam hati, aku luahkan.

Dia merenung aku tajam. "Awak ni kenapa? Kan saya kata saya busy, maknalah saya busylah!"

Tiada lagi panggilan abang, tetapi 'saya' dan 'awak'.

"Fiya tahu abang sibuk, tapi takkanlah sampai boleh berubah macam ni?" Suara aku, aku rendahkan. Aku tidak lagi menjerit seperti tadi. Kemarahan aku, aku cuba kawal.

"Saya penatlah cakap dengan awak ni! Dah, saya nak tidur!" Syihan terus bangun dari duduknya dan menuju ke tingkat atas.

Dia memang dah berubah...

Sabar Fiya...

Setitis...

Dua titis...

Tiga titis...

"Kenapa mama nangis?" Firhan datang ke arah aku. Anak kecil itu duduk di sebelah aku. Dia melentokkan kepalanya di bahu aku.

Aku tersenyum. "Mata mama masuk habuk sayang." Cepat-cepat aku lap air mata aku, aku tak nak yang anak aku tahu aku sedang bersedih.

"Kalau mama nangis, Firhan pun nangis jugak... Janganlah nangis..."

"Tak, mama tak nangis pun sayang." Aku memeluk erat anak aku. Cuba untuk melepaskan rasa sedih apabila memeluk anak aku.

Ya Allah... jika dialah sememangnya jodoh aku, panjangkanlah hubungan kami hingga ke syurga. Jika bukan lagi jodoh aku, jauhkan lah dia dari aku. Sesungguhnya, aku amat menyayanginya. Tapi, aku percaya dengan qada' dan qadarmu Ya Allah...

Doa aku dalam hati.

*****************

"Fiya... kau okay?" Soal Lina, prihatin.

"Eh, okay aje kenapa kau tanya?" Soal aku pula. Buat-buat tak faham dengan pertanyaan Lina.

"Muka kau... pucat sangat. Kau tak sihat ke? Kalau tak sihat..."

"Eh, aku okaylah!" Aku cuba untuk bersenyum, walaupun hati ini rasa sakit... kecewa... sedih... marah... semuanyalah.

"Are you sure?" Soal Lina lagi, tak puas hati.

"100% sure!"

Aku menyisip minuman. Melembapkan tekak yang terasa kering.

"Fiya..."

"Yup?"

"Kau tak ada benda yang nak share dengan aku?"

"Em, tak." Jawab aku, gagap.

Kalau dah nama pun bestfriend tu, segala perubahan kawan mesti dia tahu juga. Tapi... aku tak boleh nak ceritakan masalah rumah tangga aku kepada Lina.

Walaupun Lina tu sahabat baik aku...

Sekarang ni, Lina pun dah bahagia dengan pilihan hati dia. Jadi, aku tak nak lah dia tahu masalah aku. Aku tak nak dia fikirkan masalah aku. Nak tolong sekalipun, aku tak mahu. Aku tak nak susahkan Lina.

"Fiya... Kalau ada masalah, tell me okay? Kita kan kawan..."

"Insyaallah Lina... Eh, kau dah ada isi ehhh?" Soal aku, sengaja ingin mengubah topik.

"Ermmm, tujuan aku ajak kau datang ni pun sebab..."

"Sebab apa?"

"I'm pregnant Fiya!"

Aku senyum. Gembira kalau kawan aku gembira.

Alhamdullilah.

Walaupun hati ni masih lagi sedih.

Ya Allah...

******************

"Mama... tu bukan papa ke?" Firhan yang sedang memegang erat tangan aku ketika sedang melintas jalan, tiba-tiba sahaja bersuara.

"Mana sayang? Mama tak nampak pun?" Soal aku, mata ini melilau mencari kelibat si suami.

"Tuuuu..." Firhan menunjuk dengan jari telunjuknya.

Aku terkedu. Terpaku. Terkejut. Dan segala jenis 'ter' ada.

Tak mungkin...

"Kenapa papa dengan perempuan lain? Siapa auntie tu mama?"

Soalan Firhan aku hanya buat tak tahu.

Aku lihat, Syihan sedang berpelukan dengan wanita lain. Ya Allah... aku sendiri pun tak kenal dengan perangai suami aku sendiri. Suami aku kah ini?

And the answer is, YES!!!


Mungkin, inilah jalannya yang Allah tunjukkan kepada aku. Dia sudah tidak memerlukan aku lagi. Patutlah perangainya berubah sejak akhir-akhir ini. Kadang-kadang sampai tak balik rumah.

Dan sekarang... aku kena redha dengan ketentuan Allah yang aku sepatutnya bukan lagi milik Syihan!

Aku tak boleh menangis. Air mata aku bukan untuk Syihan! Aku tak sepatutnya menangis untuk dia. Dia sedang berseronok, tapi aku sedang bersedih? Adilkah macam itu? Sepatutnya... aku seorang isteri dan seorang ibu diberikan kasih sayang, kerana aku seorang WANITA. Insan yang lemah.

Memang inilah petunjuknya...

Syihan bukan milik aku lagi!

******************

"Assalamualaikum abang. Fiya nak cakap kejap." Ujar aku apabila melihat si suami di muka pintu.

"Saya penatlah..."

"Kejap je..." Pinta aku lagi.

Segalanya harus diselesaikan sekarang! Aku dah tak tahan dianiaya macam ni...

"Apa?" Soalnya kasar.

"Fiya tahu... abang ada perempuan lain dekat luar."

Dia seperti terkejut. Aku hanya senyum, cuba mengusir rasa sedih dalam hati. Tak perlulah nak sedih lagi... He's not your 'abang' anymore.

"Macam mana... Fiya tahu?" Soalnya gagap.

"Awak tak perlu risaulah. Saya akan setuju awak kahwin dengan dia." Ujar aku, cuba menahan sebak di dalam dada ini.

"Kenapa pula Fiya cakap macam tu?"

"Daripada awak buat maksiat, lebih baik awak berdua kahwin sahaja... Tak apa, saya izinkan, tapi dengan syarat."

Dia angkat muka, memandang aku.

"Ceraikan Fiya."

****************************

Sejak daripada kejadian, aku suruh Syihan ceraikan aku, Syihan selalu berbaik dengan aku. Dia selalu pulang awal ke rumah. Layanannya untuk anak aku kini lebih banyak masa daripada dulu. Selepas daripada kejadian itu, aku jarang nampak Syihan keluar dengan perempuan itu lagi. Syihan pula, masih tak mahu lepaskan aku.

"Fiya... urutkan abang boleh?"

Permintaannya, aku buat tak endah.

"Fiya... abang cakap dengan Fiya ni, dengar tak?"

"Kenapa tak suruh perempuan simpanan awak aje yang urut? Well, dia kan lebih seksi daripada saya, mestilah layanan dia menggoda daripada saya."

Firhan yang berada di dalam dukungan Syihan, aku rampas. Baru sahaja ingin menapak ke atas, tiba-tiba tangan aku dipautnya.

"Fiya, duduk kejap abang nak cakap."

Aku hanya menurut, tapi sepatah pun tidak keluar daripada mulut aku ini. Hati aku dah tertutup untuk dia. Kalau dia nak pergi... pergilah. Asalkan Firhan jangan diambil dari aku.

"Cepatlah cakap. Saya nak tidurkan Firhan ni." Aku memberi alasan.

"Ermm macam mana eh nak mulakan..."

Aku ingin bangun apabila dia lambat ingin menuturkan kata-kata. Tapi cepat-cepat Syihan menghalang aku.

"Fiya... kenapa Fiya layan abang macam ni? Abang kan suami Fiya?"

Aku gelak, gelak sinis. "Suami? Ohhh suami... Suami apanya kalau layan perempuan lain?" Jawab aku, bersinis.

Mukanya seperti dipagut rasa bersalah.

"Fiya... dengar ni abang nak cakap. Sebenarnya, apa yang Fiya minta haritu, susah abang nak tunaikan."

"Apa yang susahnya. Lepaskan ajelah, awak kan ada perempuan mantoppp daripada saya." Aku bersinis lagi. Firhan yang berada di atas riba aku, aku menutup telinganya. Tak mahu dia mendengar apa yang kami gaduhkan.

"Fiya, dengar dulu."

Aku mendiamkan diri. Membatukan diri. Aku langsung tak pandang wajah dia.

Aku bukan tak nak pandang... tapi aku takut, rasa sedih itu akan datang lagi. Bukan mudah untuk aku benci orang yang aku sayang selama bertahun-tahun.

Firhan yang sudah tidur, aku letakkan di atas sofa, berjauhan daripada kami berdua.

"Abang dengan perempuan tu, dah tak apa-apa. Nothing. It's over."

"So, ada kena mengena dengan saya ke? It's over or not, awak tetap kena ceraikan saya! Hati saya ni dah remuk, dan pecah berkecai sebab awak tau!" Aku menumbuk dada Syihan. Kuat. Melepaskan rasa geram di dalam hati.

"Bagi abang peluang please..."

"Senanglah awak cakap. Hati yang pecah, susah untuk dicantumkan semula."

Mata Syihan berkaca...

Oh suami... aku lemah! Aku lemah dalam melihat air matamu yang gugur.

Syihan memeluk aku, erat. Aku mahu lepaskan pelukannya, tetapi makin erat dan makin kuat dia memeluk aku. Tidak mahu lepaskan aku.

"Abang betul-betul menyesal. Baru abang tahu, yang cinta abang sebenarnya pada isteri abang, bukan perempuan lain. Maafkan abang... abang menyesal sangat Fiya. Please give a one more chance... I will love you eternally."

Air mata aku, gugur juga akhirnya. Aku sudah tidak tahan lagi. Lama aku menanggung rasa sedih, kini terluah juga akhirnya.

"Abang menyesal sangat sayang... Abang tak sepatutnya buat Fiya macam tu. Sekarang baru abang sedar, Fiya. Lepas daripada Fiya minta abang ceraikan Fiya, abang terus fikir... yang abang rasa bersalah sangat masa tu."

"Fiya... say something... jangan diam aje."

Aku diam lagi. Tak tahu nak cakap apa.

Aku masih lagi boleh terima dia, tapi... ego aku menghalang. Ego aku menghalang seperti mengingatkan aku apa yang Syihan pernah buat dulu.

Makin erat pelukan dia.

"Abang... bukan mudah Fiya nak lupakan cinta Fiya..." Jawab aku, apabila lama kami berdua mendiamkan diri.

Pelukan kami terlerai, Syihan memandang aku seraya tersenyum.

"Jadi, Fiya boleh terima abang balik?"

Aku angguk.

Dan mungkin... ini jugalah petunjuk yang dia benar-benar jodoh aku. Allah memanjangkan hubungan kami. Alhamdullilah, terima kasih Ya Allah!

"Abang janji, abang takkan sia-siakan Fiya dengan Firhan lagi..."

"Janji?"

"Ya, sayang."

Kami berdua tersenyum. Aku dan dia saling berpelukan. Firhan masih lagi enak dibuai mimpi.

"Ermm, sayang..."

"Ya?"

"Haritu abang ada tengok sayang punya test pregnant, are your pregnant again?"

Aku pandang wajahnya. Terkejut. Bukan ke... aku dah buang benda tu? Macam mana dia boleh tahu? Dia tersenyum melihat aku yang seperti terkejut.

"Betullah tu. Saja tau rahsia daripada abang." Syihan mencubit pipi aku.

"Thanks sayang..." Ucapnya, bibirnya menyentuh dahi aku.

-TAMAT-

***************************

Assalamualaikum. Oittt, lamanya ambo tak update! Cuti-cuti gini, bosan duduk rumah tulah yang update tu. Kalau tak, memang busy memanjang. Ceh Hidayah... macamlah kau dah kerja sekarang ni kan. Poyo aje memanjang. Padahal update blog second tu boleh pulak? Haaaa haaaa, kantoi!

Hahaha, selamat membaca semua! :)

2 comments: