Saturday 31 August 2013

Only You In My Heart (Bab 1)

BAB 1


Dania sedang duduk berseorangan sambil membaca buku di dalam perpustakaan di sekolahnya. Sedang dia asyik membaca, tiba tiba ada seorang yang menegurnya dari belakang. Suaranya kelihatan macam seorang lelaki. Siapa mamat itu? Dalam hatinya tertanya tanya siapakah mamat yang bersuara garau itu tiba tiba sahaja menegurnya. Dia terus memandang ke belakang.

Tengku Syed Muhammad Fadhil bin Tengku Syed Syah.

Dania terkejut. Dia hampir pengsan. Tiba tiba sahaja dia terbangun dan dia berada di atas katil. Ya, dia hanya bermimpi. Tetapi kenapa dia mimpi mamat itu? Dan kenapa dia mimpi pada zaman sekolah? Hatinya tertanya tanya. Dia langsung tidak mengenali siapa mamat itu, dan dia juga tidak pernah bertemu ataupun bersua dengan lelaki yang tiba tiba sahaja muncul di dalam mimpinya tadi. Mamat itu juga sangat kacak, segak dan bergaya baginya.

"Ah, asyik fikir tentang lelaki itu aje, lebih baik aku sambung tidur." Kata Dania. Dia memang hendak tidur, tetapi fikirannya asyik mengingatkan kepada lelaki yang kacak itu. "Buat apa aku asyik fikirkan dia, hanya mimpi dan tak mungkin ianya menjadi kenyataan." Lantas dia terus menyambung tidurnya. Yalah, siapalah yang tidak mengantuk tiba tiba sahaja terbangun pada waktu pagi pada pukul 1.30 pagi? Semestinya bagi Dania sangat mengantuk dan dia harus menyambung tidur.

******

Dania tersedar dari tidurnya apabila jam locengnya sudah berbunyi. Sudah menjadi kebiasaannya untuk bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh dan membaca al-Quran. Dalam keadaan yang mamai mamai, Dania tetap juga bangun dari tidurnya, kerana ibunya sudah berpesan agar menunaikan solat 5 waktu. Ibunya juga berpesan agar melawan hasutan syaitan. Dia selalu ingat akan pesan pesan ibunya. Dia pula duduk berseorangan di rumah sewanya, siapa lagi yang hendak mengejutkan dia untuk bangun pada awal pagi? Semestinya diri dia sendiri.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh dan membaca al-Quran, dia terus bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Dia tidak memasak kerana dia hanya tinggal berseorangan di rumah. Jadi dia mengambil sarapan di luar sahaja bersama rakan se-pejabatnya ataupun berseorangan. Kalau dia ada mood, baru dia akan memasak untuk dirinya. 

Dania berdandan dengan melepaskan rambutnya yang lurus itu tanpa mengikat rambut. Dia memang tidak memakai tudung walaupun ibu dan bapanya sudah berkali kali memesan untuk memakai tudung. Dia tetap berdegil. Dia berusaha untuk berubah, tetapi ada kalanya dia terlupa dan malas untuk memakai tudung.

Dania keluar dari rumahnya dan memakai kasut wedges kesukaannya. Dia memulakan dengan kaki kanan dan membaca doa. Mana lah tahu, tiba tiba sahaja dia terjatuh ke, dia juga yang susah. Kemudian dia mengunci rumahnya dan dia terus memasuki ke dalam keretanya, Honda Civic. Sebelum memandu, dia membaca doa dan ayat kursi agar Allah melindungi dirinya daripada kemalangan.

******

Dania sampai di pejabatnya pada pukul 8.30 pagi, sudah tiga kali berturut turut dia sampai lambat di pejabatnya. Ahh siapa kisah, aku yang boss di sini, tidak kisahlah aku sampai pukul berapa pun. Bentak hatinya. Dia pergi ke bilik di pejabatnya untuk membuat kerja kerjanya. Nasib baik pada hari ini dia tidak mempunyai meeting ataupun makan-makan bersama kliennya. Bolehlah dia berehat untuk hari yang bermakna ini.

 ******

Dania mula langkah keluar daripada pejabatnya untuk makan pagi di gerai ataupun di restoran. Dia tidak mengajak sesiapa pun rakan sekerjanya kerana dia tidak ada mood untuk bercakap. Dari tadi dia hanya terfikirkan tentang kejadian semalam. Kereta Honda Civicnya mula dipandunya oleh Dania.

Sampai sahaja di restoran, dia terus duduk dan order. Sambil menunggu, dia mula melihat buku catatan hariannya, iya, hari ini memang betul betul tidak ada meeting. Alhamdullilah. Bisik dalam hati Dania. Kemudian dia mula melihat telefon bimbitnya pula, jika ada janji temu, pastinya dia akan menyimpan di dalam memo, tetapi dia tidak ada mana mana janji temu pada hari ini. Alhamdullilah, bolehlah aku pulang awal ke rumah pada hari ini. Ucap dalam hatinya sekali lagi.

Makanan yang di-ordernya sudah sampai. Dania memakan makanannya bagaikan orang yang tidak ada mood ataupun orang yang tidak bermaya untuk makan. Sedang dia mengunyah, tiba tiba sahaja dia terpandang seorang lelaki didepannya yang mukanya seakan akan lelaki yang muncul didalam mimpinya. Ya, dia pasti memang lelaki itu. Lelaki itu memakai pin nametag di tali leher nya. "Tengku Syed Muhammad Fadhil!" bisik dalam hati Dania. Dania tertarik dengan ketampanan lelaki tersebut. Kulitnya yang putih, matanya yang sepet macam artis korea yang bernama 'KIM HYUN JOONG', hidungnya yang mancung, ya memang dia tertarik sangat. Sedang asyik dia memandang lelaki tersebut, lelaki itu terperasan yang Dania hanya memerhatikan sahaja pada dirinya. Lalu Syed Muhammad Fadhil melemparkan senyuman kepada Dania. Kantoi! Ya Allah! Kata Dania dalam hati. Dania membalas senyuman tersebut kepada lelaki yang bernama Syed Muhammad Fadhil itu lalu dia cepat cepat memandang ke tempat lain. Merah mukanya kerana terkantoi dengan lelaki itu. Cepat cepat Dania menghabiskan makanannya lalu dia beredar dari situ.

******

"Tok tok tok!" Pintu biliknya sudah berkali kali diketuk oleh Fazly. Tetapi Dania langsung tidak memberi isyarat boleh masuk ke dalam biliknya ataupun tidak. Fazly terus masuk ke dalam biliknya. Dania terkejut. "Kenapa kamu tidak mengetuk pintu terlebih dahulu?" Tanya Dania yang malu malu kerana Fazly masuk ke dalam biliknya ketika dia sedang berangan.

"Saya sudah ketuk berkali kali, tetapi Cik Dania yang tidak dengar, maaf ya kalau mengganggu..." Kata Fazly yang sedang memandang tepat pada anak mata Dania yang jelita itu. Mana lah lelaki yang tak suka perempuan jelita seperti Cik Dania ni, cantik, kulitnya yang putih, mata berseri seri, hidung yang mancung. Kata Fazly dalam hatinya.

"Hello...hello Fazly, kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Dania lalu memandang Fazly dengan muka yang pelik. Alamak kantoi! Bentak dalam hati Fazly. "Hehe tidak ada apa apa Cik Dania, saya cuma mahukan Cik Dania tandatangan je." Kata Fazly dalam keadaan yang agak gagap. Dania pun mengambil file yang dipegang oleh Fazly, Fazly pula asyik memandangnya sejak dari tadi tanpa berkelip. Dania hanya membiarkannya sahaja. Dania sudah menanda tangani di kertas dalam file tersebut, file itu dipulangkan kembali ke Fazly. "Terima kasih Cik Dania.." Ucap Fazly lalu dia sedekahkan senyuman nya yang kacak itu kepada Dania. "Ya sama sama.." Balas Dania. Fazly pun pergi meninggalkan Cik Dania yang berada dalam biliknya lalu Fazly tersenyum bagaikan kerang busuk. Mana tidaknya, Dania seorang yang sangat sangat sangat comel, cantik dan jelita baginya. Orangnya yang putih, rambut yang lurus, mata yang bulat dan memakai lens berwarna biru. Baginya, Cik Dania adalah seorang bidadari dalam hatinya...

******

Next entry, BAB 2 . Insyaallah.

6 comments: