Thursday, 25 December 2014

#PrayForPantaiTimur #PrayForMalaysia

Assalamualaikum w.b.t

Mesti ramai yang dah tahu yang negeri Pantai Timur dah dilanda banjir yang teruk. Allahu, dah ada yang meninggal dah pun. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t.



MOHON BANTUAN SEGERA DARI LUAR KELANTAN.




Thursday, 11 December 2014

Ekspo Buku Malaysia @ PWTC

Assalamualaikum w.b.t


Ada tak dekat sini yang peminat setia Matluthfi? Haaa, kalau nak jumpa dengan dia, bolehlah korang pergi PWTC hari Ahad ini 14 Disember 2014.

Hari eksklusif bersama AIMAN AZLAN, MATLUTHFI dan AMEEN MISRAN. HANYA 5 PEMENANG BERTUAH SAHAJA. Ingin tahu caranya?


- Cari poster Puteh Press "Ready... Set... GO!!!!"

- Kemudian, sambung ayat berikut dan postkan diruang komen.

- Saya suka buku PUTEH PRESS dan mahu berjumpa dengan Matluthfi90, Ameen Misran & Aiman Azlan kerana ___________

- Ayat tersebut perlu KREATIF, MENARIK dan merangkumi nama-nama penulis serta link Facebook Puteh Press.

- 5 pemenang BERTUAH akan dipilih sendiri oleh penulis semasa majlis 'Kerusi Puteh Bersama Penulis Puteh Press' di Expo Buku Malaysia pada 14 Disember jam 1 petang.

Pemenang boleh berbual bicara dengan penulis di atas pentas secara eksklusif.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

INGAT! Komen sambungan ayat perlu dilakukan di www.facebook.com/puteh.press

Tempat : PWTC (Booth No.71, Legar Putra)
Masa : 10 pagi - 10 malam.
Tarikh : 14 Disember 2014

Boleh aje jumpa dengan Matluthfi90, Ameen Misran & Aiman Azlan Ahad ni, tapi kalau korang menang pertandingan tu, korang akan dapat 'Kerusi Puteh Bersama Puteh Press' jam 1 petang. Kalau dah menang, korang boleh jumpa dan ambil gambar dengan penulis siap boleh naik pentas lagi. Haaa, tak nak cuba ke? Rugi tak cuba kot-kot ada rezeki? Semoga berjaya!

Sumber ; PTS - Puteh Press
Rujuk lebih lagi di ; Puteh Press

Monday, 8 December 2014

Jom sergah 'Big Bad Wolf' sekarang!

;big bad wolf;

Assalamualaikum. Hello bloggers. Hi kepada pencinta "Big Bad Wolf". Siapa dekat sini yang minat sangat dengan novel english? Haaa ni ceq nak cerita sikit! Hangpa semua bolehlah pi ke MIECC @ MINES. Benda ni dah mula lama dah, tapi aku pula yang ketinggalan zaman, bagitahu lambat. So, bila kira-kira balik adalah dalam 6 hari aje yang tinggal.

Cepatlah terjah sekarang! Korang boleh terjah bila-bila masa pun korang nak asalkan jangan lepas daripada 16 Disember jam 9 malam. Sebab masa tu, memang dah tutup dah. Kalau nak terjah jam 3 pagi pun suka hati koranglah sebab? Sebab dia buka 24 jam! 24 hours non stop! Suka tak? Gila kau tak suka!

Dan lagi... ada diskaun, siapa aje manusia yang tak suka bila nak beli ada diskaun? Kan? Jadi, terjahlah sekarang! Jangan melepas pulak bila tarikh dah tamat tapi baru nak pergi. Haaa, kalau macam tu, menyesal pun dah tak guna. Ya ya, memang tahun depan ada lagikan, tapi sekarang ni end year sale, jadi buku dah confirm dah murah punya!

Sebab apa? Iyalah, 25 buah buku, hanya RM250! (Bergantung kepada jenis buku @ harga). Murah lah tu kan? Buku pula semuanya cerita best, berguna dan bermoral. Dah, tak guna membebel panjang tapi tak pergi kan? Jom, pergi!

Masa : Bermula jam 7 pagi (5 Disember) hingga 9 malam (16 Disember) -24 jam tanpa henti!-

Tempat : Malaysia International Exhibition & Convention Center (MIECC) Jalan Dulang MINES                      Resort City, Seri Kembangan, Selangor.

Diskaun : 75% - 95%!

Aku suruh orang pergi, aku bila lagi? Ceh. Insyaallah pergi lah kan. Rumah jauh. Gombak nak ke Seri Kembangan tu! Pengsan aku. Sekian, wassalam.

Berwajah baru.

Assalamualaikum w.b.t.

; pic from google ;

Hi. You're in pink zone? Yes you are. Blog dah bertukar. Dah jadi ceria sikitlah daripada sebelum ni muram aje. Lol. Memandangkan 2014 akan melabuhkan tirai (padahal lambat lagi) aku pun bersiap sedialah buat blog berwajah baru sempat 2015. Ceh, ayat. Aku tak kisah pun kalau ada yang visit blog ni ataupun tidak. Sebab bagi aku, aku menulis oleh kerana nak suka-suka, sebagai menghilangkan rasa bosan. Sekadar untuk ada diari online selain daripada diari buku (sebab aku ni pemalas nak menulis) tapi bila dah ada online punya, malas tu masih lagi ada. Malas nak update, malas nak sign in, malas nak itu malas nak ini. Tapi cerita tu banyak nak dikongsikan. Jangan jadi macam aku. Nak itu ini, tapi malasnya berganda-ganda. Haih Ya Allah, perempuan pun malas. Hesy...

Masih ingat lagi entry aku yang waktu 2012 punya. Rasa nak hantuk kepala dekat dinding aje kau tahu tak? Aku rasa macam...

"Ya Allah, apa aku merepek?"

"Ya Allah, apasal ngek ngok sangat ayat aku?"

Hahaha! Jadi, entry aku yang lepas-lepas tu mohon janganlah baca. Lol. Entry aku adalah dalam seribu lebih termasuk dengan yang tak publish. Memang banyaklah kan. Waduh, seribu lebih aku merepek apa? Malu aje. Rasa nak delete semua, tapi dah banyak sangat, aku pun penat. Lol. Eh, menaip entry sampai seribu lebih tak penat pulak? Hahaha.

Jadi, sepanjang aku berblog ni kan, kepada semua following dan followers aku, maaflah kalau terkasar bahasa ke, komen bukan-bukan ke, komen benda yang pelik dan seangkatan dengannya. Aku manusia biasa. Kadang-kadang buat something, tak berfikir dulu. Maaflah kalau entry aku terlampau bosan dan membosankan selama ni sebab aku memang serious tak pandai buat entry. Tak pandai nak membuka mata korang luas-luas supaya terpesona, terpukau dengan entry aku. Cewah.

Sekian, wassalam.