Saturday, 6 June 2015

School Holiday - Part 1

Assalamualaikum.

It's quite long I'm not update my blog. Sekarang ni busy beno lah dengan pt3 (eceh kononnya padahal sibuk layan movie, buat benda yang tak berpekdah) But seriously, when I looked at someone's blog, I felt so jealousy tau sebab "eh asal aku tak update blog haaa blog dia lawanyaa" Kekadang jealous bila tengok blog orang yang simple template tanpa edit tapi tetap cantik tapi bila blog sendiri mesti tak puas hati. Tak paham apahei dengan aku ni. So then I've decided to edited my blog then. But still takde post yang baru kan? Kahkah it's because I'm too lazy to update my own blog.


So back to the topic, my school holiday part one. Ceh part one, lepas habis part one ni pun belum tentu aku akan update blog ni. Tapi in shaa Allah jika ada kerajinan pasti guwe update blog ini ya buk pak.

Nahhh, tak adalah pergi bercuti memana pun sebenarnya cuti ni. Maklumlah kalau bercuti pun tanpa kedua-dua abang aku mesti bosan (hai abang-abang guwe sila kembangkan diri) and you know what, makanan dekat atas ni pun aku pergi makan dengan kengkawan aku hari Rabu lepas. We've decided to going out this holiday pergilah memana kan, last-last aku cadang pergi uia sebab aku tersangatlah suka makan dekat situ sebab makanan dia sedap dan murah gila beb! Tak percaya? Engkorang pergilah uia Gombak. Oh ya, kepada perempuan diluar sana yang nak pergi uia sila bawa duit lebih dan anda boleh cuci mata dan sudah pasti mata anda akan rambang (ayat aku sukahatilah wah) apabila melihat pakaian dua helai cuma RM50 (hela nafas). Panjang ayat kau nyah sebab promote.

Sebenarnya aku nak makan nasi arab tau, tapi disebabkan nak jimat aku pun makan macaroni. Pikir macaroni RM7++ yelah sebab tak pernah makan lagi macaroni kan selama ni makan nasi arab aje. Rupanya RM3.70 aje, murah kan? Sekolah aku pun tak sebegini murah tau. Kihkih gurau.
Oh lupa nak bagitahu. gambar yang atas sekali dan kiri sekali ialah mandy chicken RM9!!! Dan yang ada roti tulah pinggan aku, total semua sekali dengan air RM6 :') Jimat sangat kan? Rasa pun puas hati. Eh lupa lagi, yang ada lasagna dengan macaroni tu pinggan Izzatul budak kuat makan katakan. Kahkah.


Aku pun tak tahu kenapa aku tangkap gambar ni dan aku post dekat insta (dah delete pun). Tapi ada gunanya aku tangkap gambar ni. Supaya senang untuk kaum hawa cari jalan untuk beli baju ahaks. Kalau engkorang semua nampak bangunan ni, maknanya dah dekat sangatlah tu. Nampak bangunan ni, depan dia aje dah ada gerai jualan. Wah promote lagi. Waktu tu bawak pun doploh aje jangan berangan nak beli baju mahupun shawl bahahaha.

Lepas dah pusing dekat-dekat situ, kitorang pun pergilah dekat gerai yang lain and tetibe terjumpa inai lukis. Wahhh RM4 aje!!! Serious aku sayang Uia sebab baki duit aku tinggal RM10+ tersangatlah jimat. Makan pun kenyang kan. Semua pakat share duit beli henna. Dah beli tu, terus duduk dekat memana meja terus buat henna. Time buat tu, semua orang yang lalu-lalang pandang, mula-mula malu jugak yelah uia orang kan yang budak tiga orang ni dah takde kerja sangat ke nak buat henna dekat uia? Buang tebiat? Bahahahaha. Lama-lama tu dah terbiasa dah haaa depa nak pandang biaq pi lah dekat depa.


Yang kiri tu tak berapa nak jadi sangat sebab first aku nervous sebab ada kes orang pakai inai bengkak sampai kena potong kaki tangan seram oii. Tapi dorang think positive. Tapi aku ni tak habis-habis fikir "memanglah think positive yang lukisnya aku bukan korang nanti kalau jadi pape aku yang kena" kahkah fikiran aku ni merepek sikit so abaikan. Tiba-tiba mak Izzatul call so terpaksalah balik dan sambung dekat rumah Fatin.


Sampai turn aku terus buruk kahkah. Ikutkan pergi uia ada 4 orang kesemuanya. Atyn tetiba tak datang pulak kan kalau semua orang cukup mesti lagi meriah but it's okay aku akan pergi dengan Atyn dua orang pulak esok in shaa allah kalau tak cirit birit macam tadi. Kihkih. Ikut plan harini tapi ditunda pulak. Weh serious straightforward gila aku ni.

So cuti ni saja ajelah pergi uia kekononnya nak jalan-jalan cari makan tapi last-last aku cadang dekat uia sebab nak jimat punya pasal. (life student katakan)

Cuti ni tak adalah banyak masa sangat, sebab nak pt3 kan kena struggle habis-habisan kena buat projek bagai lagi (projek ke alah dia folio ajepun). Jadi sesiapa yang ada request sambungan novel tu, maaflah bebanyak tak dapat sambung sekarang, tak janji akan disambungkan ke tak tapi in shaa allah kalau rajin aku buat eh. Maaf lah ye. Sekian, assalamualaikum.

p/s : alhamdulillah akhirnya aku rajin juga meng-update post :')