Aku menyarung baju perkahwinan yang dipilih oleh ibu sebentar tadi. Erkk... Perkahwinan ke? Atau baju tunang ke baju nikah? Ahh... Tak kisahlah janji tutup aurat sepenuhnya. Maklumlah, zaman sekarang baju perkahwinan banyak yang jenis jarang boleh nampak kulit.
Aku melangkah keluar setelah selesai menyarung baju tersebut.
"Cantiknya anak ayah..." Puji ayah kepadaku. Aku hanya tersenyum. Bangga bila ayah sendiri memuji aku. Haha! Salah satu sifat dan sikap aku, bila orang puji, mesti nak senyum hingga ke telinga. Allah yang menciptakan, mestilah kena memuji.
"Sesuai sangat baju ni dengan Nia... Mana perginya si Fadhil ni tak keluar keluar lagi?" Soal ibu kearah ayah. Aku hanya membuntukan diri. Ayah hanya memuncungkan mulutnya kearah bilik fitting room lelaki. Ibu mengangguk tanda faham seraya tersenyum melihat gelagat ayah.
Aku pula asyik sibuk memerhatikan baju yang dipakai oleh aku di cermin yang boleh tahan juga besarnya. Dari atas hingga bawah, kiri kanan. Nak tengok sama ada baju ini ketat ataupun tidak. YA sememangnya perfect! Tak terlalu ketat sangat. Jadi bolehlah aku pakai tudung masa hari pernikahan nanti. Bukan nanti, mungkin esok, atau secepat yang mungkin. Insyaallah.
Ibu dan ayah hanya membiarkan aku berperangai seperti budak kecil yang asyik memerhatikan baju yang dipakai dari atas hingga bawah. Ibu dan ayah hanya sibuk memilih baju pengantin untuk kami berdua. Seminit selepas itu, barulah Fadhil keluar. Huh! Lamanya.
"Perfect! Nia suka ke tak dengan baju tu? Fadhil ok?" Soal ayah kearah kami.
"Okay je ayah!" Jawab Fadhil seraya menunjukkan ibu jarinya. Aku pula hanya mengangguk. Aku terus ke fitting room untuk bertukar baju yang asal. Panas juga baju ini. Mana tidaknya, bunga sana sini, manik sana sini, mana tak panasnya. Dengan berat lagi. Huh! Belum tengok harganya lagi. Harga pun tak tulis, memang susahlah nak tahu harganya. Kalau mahal... Hm tak membazir ke?
Selesai sahaja menukar baju, aku terus keluar dari bilik itu. Kelihatan ibu, ayah dan Fadhil sedang berbincang. Berbincang berkenaan dengan baju kami mungkin. Aku berjalan menghampiri kearah mereka. Aku mengambil tempat duduk disebelah ibu. Fadhil hanya memandang aku sambil tersenyum. Aku hanya membalas senyumannya yang ikhlas lagi menawan itu.
"Lusa ni kau orang bertunang. Setuju?" What?!!! Cepatnya!
"Biar betul?!! Tak ke cepat sangat?" Soal aku pula. Bukannya tidak setuju, tapi betul ke ni? Si 'DIA' tu setuju ke? Kalau aku kata setuju, takut dikatakan gatal pula. Alahai.
"Yup, Fadhil dah bersetuju. Esok family dia datang sini then minggu depan Nia bertunang dengan Fadhil. Muktamad." Wow... Macam serious aje ayah ni... Bukannya aku tak terima pun. Tak kata pun tak nak terima. Cuma.... Err.... Apa apa sahajalah!
"Tweet.. Tweet.. Tweet.. Tweet.. Sms.." Telefon bimbit aku berdering menandakan ada mesej yang masuk.
Cepat sangat ke ataupun nak mempercepatkan pernikahan? ;) -Fadhil
Dia memang gila! Orangnya didepan mata tapi mahu ber-mesej bagai. Apa dia bisu ke apa? Aku membiarkan sahaja mesej itu. Buang kredit sahaja mahu membalasnya. Lebih baik berbincang di rumah daripada dia membuang kredit begitu sahaja.
Ibu yang berada di sebelah ku hanya memerhatikan aku yang sedang sibuk membelek telefon bimbit. Lantas aku terus menyimpan telefon bimbitku dalam beg tangan. Tak mahu terkantoi dengan ibu yang Fadhil sedang ber-mesej dengan aku.
"Kau orang nak tema pertunangan warna apa?" Soal ayah. Aku memandang Fadhil, Fadhil memandang aku. Awhh! Your eyes... Sangat menyerlah... Dalam fikiran hanya memikirkan warna green emerald. Ya green emerald! Warna kegemaran aku!
Lantas aku terus berpaling ke muka ayah lalu menjawab pertanyaan ayah "Green emerald!"
"Green emerald!" Ehh... Dia pun pilih warna turqoise juga? Ehem... Macam boleh baca minda aku aje?
"Haha! Kau orang berdua ni memang dah bincang dulu ke? Pilih warna tema sama aje.." Gurau ayah. Ibu pula hanya tersenyum memandang aku. Aku mengertikan senyuman ibu itu. Senyuman yang membelahi kata-kata ayah.
"Kebetulan je ayah," Aku baru sahaja mahu bersuara, dia terlebih dahulu memotong.
Serius. Aku akan jadi lebih pendiam, mati kata apabila berada didepan dan disebelah dia. Wahai hati! Kenapalah dengan engkau ini?
Seraya itu Syed Fadhil mengenyitkan matanya. Aku hanya menjeling seraya mencebik. Mentang-mentanglah ayah sudah mahu menerima dia dengan senang, suka-suka dia sahaja mahu buat begitu pada aku? Boleh jalan!
"Awak ni kan, sibuk aje. Asal saya nak cakap, mesti awak dah potong." Aku membebel tetapi dengan hanya cara membisik. Takut takut pula kalau ayah terdengar, pasti ayah marah apabila aku berkata sebegitu kepada 'bakal suami'.
"Well, you know me." Syed Fadhil mengenyitkan matanya lagi. Untuk ke sejuta kali agaknya! Sakit mata ke apa?
"Awak sakit mata eh?" Dania sengaja menduganya.
"Tulah, asyik terkenyit-kenyit aje mata saya ni bila tengok awak. Tak nak ubatkan ke, hm?"
"Eee, tak kuasa!"
***************
"Hai Fazly, termenung jauh nampak?" Sapa Ariyana.
Aiii? Termenung lagi mamat ni... Mentang-mentanglah boss kesayangan tak masuk kerja, termenung sakan pulak dia. Bebel Ariyana dalam hati. Dia memetik jarinya kemuka Fazly serentak itu Fazly tersedar daripada lamunannya.
Tindakan Ariyana itu membuatkan Fazly termalu sendiri.
"Ishh kau ni tak reti-reti nak bagi salam ke?" Marah Fazly tetapi masih lagi dapat dikawal suaranya.
"Assalamualaikum Encik Fazly. Maaf mengganggu. Tadi saya ada tegur encik, tapi encik yang tak dengar. Mengelamun apa ya encik?" Gurau Ariyana.
"Encik konon! Huh!" Marah Fazly. Ariyana semakin pelik dengan perangai rakan sekerjanya itu. Merah ke? Lelaki pun merah ya? Merepek dan mengarut betul!
"Kau ni asyik marah je kenapa?"
"Entah."
"Merah ya?"
"Kau fikir aku perempuan?! Agak-agaklah!" Ariyana ketawa kecil apabila mendengar jawapan itu. Mana tidaknya, soalan tak masuk dek akal langsung!
"Then tell me why, what's your problem?" Tanya Ariyana lembut. Sebagai rakan Fazly, dia perlu mengambil tahu masalah rakannya, mungkin akan meringankan sedikit beban lelaki tersebut.
"Tak ada apa-apalah..." Jawab Fazly juga dalam nada yang lembut. Ditanya baik balaslah dengan baik, kan?
"Hm it's okay kalau kau tak nak share dengan aku lagi. But if kau nak cari tempat untuk meluahkan perasaan, anytime aku ada untuk kau." Ariyana menghadiahkan senyuman yang manis.
"Thanks Ariyana. Kau memang sahabat baik aku dari sekolah menengah!"
***************
"Nia...." Dania berpaling kearah suara itu. Kenal sangat dia dengan empunya milik suara tersebut. Suara yang disayangi, dikasihi dan amat dicintai.
"Ya ayah..."
"Ayah nak berbincang sikit dengan kamu ni." Ayah memberikan senyuman yang ikhlas dan manis. Senyuman yang pasti digodai oleh ibu. Eh! Sempat lagi berlawak!
"Ada apa yah?"
"Ayah bukannya paksa kamu tapi...." Ayat ayahnya tergantung. Dania hanya menunggu kata-kata seterusnya daripada mulut ayahnya.
"Tapi ayah rasa dia memang sesuai dengan kamu. Daripada pandangan dia, memang nampak ikhlas sangat... Dan nampak yang dia memang sayangkan kamu.."
Dania hanya terdiam. Nak jawab ataupun tak? Lidahnya mati untuk berkata-kata.
"Ayah bukannya apa, ayah teringin jugak nak tengok anak perempuan ayah bahagia... Nak tengok Diana tu kahwin, memang lambat lagilah jawabnya, SPM pun belum lagi.." Ayah ketawa kecil diikuti oleh Dania.
"Ehem ehem, rancak berbual. Mengumpat pasal Ana eh?" Sapa adik kecilnya itu dari arah belakang.
"Eh Ana..."
"Haah memang pun tengah mengumpat dia. Orang tu SPM belum lagi tapi gatalnya nak kahwin dah kemuncak." Gurau Dania.
Nadia hanya mencebik kemudian dia menjelirkan lidah kepada kakak kesayangannya itu.
"Hahaha... Tak adalah, ayah bincang pasal kakak kamu ni..."
"Ohh... Ingatkan mengumpat Ana.. Hehehe.."
"Mana ibu adik? Abang Fadhil mana?" Soal Dania. Dari tadi langsung tak nampak batang hidung Syed Fadhil. Letih sangat agaknya.
"Ibu dekat dalam, abang fadhil dah tidur..." Jawab Diana pendek seraya tersenyum kearah kakaknya itu.
"Aiii anak beranak ni, berbual tak ajak ibu ye?" Sapa ibu pula dari arah belakang.
"Mana ada..." Jawab mereka anak-beranak serentak.
"Dah malam ni tak nak tidur ke?" Soal ibu prihatin.
"Esokkan cuti." Jawab Dania dan Diana serentak kemudian menunjukkan jari seolah-olah membuat peace kearah ibunya seraya tersenyum bagaikan kerang busuk.
"Cuti pun, tapi esok ada tempat yang kita nak pergi ni." Ayah mengenyitkan matanya kearah ibu.
Melihatkan taktik ayah itu, ibunya sudah mengagak yang ayahnya ingin membawa Dania dan Syed Fadhil berjalan sama-sama memandang esok ada lagi sehari sebelum Dania dan Syed Fadhil pulang ke Kuala Lumpur.
"Ana ikut sekali kan?" Diana yang dari tadi terdiam terus menyampuk.
"Tak kot."
Diana mencebik padahal dia tahu yang mereka hanya bergurau sahaja. Mana bisa mereka akan meninggalkan Diana tinggal seorang diri dirumah.
"Saja je kan Kak Nia ni!" Pecah tawa mereka sekeluarga.
************
Maaf sebab novel bab 13 lambat sangat dipublishkan. Saya busy dengan sekolah, dan saya sedang memperbaiki bab-bab yang sebelumnya. Keep reading & thanks for your support!