Siapa Kita?

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Siapa kita sebenarnya? Makhluk Tuhan.
Siapa kita? Manusia.
Siapa kita? Pendosa.
Siapa kita? Umat akhir zaman.

Kita tahu kita umat islam,
Tapi tidak mengamalkan apa yang disuruh-Nya.

Kita tahu apa yang disuruh oleh-Nya,
Tapi kita mengabaikannya.

Kita tahu Tuhan memerhatikan kita,
Tapi kita buat juga kesalahan.

Kita tahu adanya balasan api neraka,
Tapi kita tidak mengendahkannya.

Kita tahu apa itu syurga neraka,
Tapi kita pilih jalan yang salah.

Kita tahu Allah maha pengampun,
Tapi kita tak pernah menggunakan masa yang ada dengan betul.

Kita takut pada hari kiamat,
Tapi tetap juga melalukan perkara yang sama.

Kita tahu apa dosa jika melawan ibubapa,
Tapi kita lakukan juga.

Kita tahu Nabi Muhammad adalah nabi terakhir,
Tapi ada yang kata adanya nabi selepas Nabi Muhammad.

Kita tahu dosa meninggalkan solat,
Tapi kita lakukan perkara yang sama.

Kita tahu aurat yang tak patut ditunjukkan kepada bukan muhrim adalah berdosa,
Tapi tanpa kita sedar, kita melakukannya.

Kenapa kita selalu lalai? Kerana syaitan menghasut sentiasa menghasut dan menghasut kita.

Tapi kita tak pernah berusaha untuk abaikan sahaja bisikan syaitan.

Allah memang Maha Penyayang, bertaubatlah sebelum terlambat.

Comments

Popular Posts